Search any keyword such as cloth diaper, resepi, makeup, tutorial etc

Loading...

Tuesday, February 28, 2012

Beriadah di taman tasik titiwangsa :)

Bila anak dah membesar dan aktif ni, bila ada masa free mesti nak pergi bersiar-siar. Kalo masa takde anak pantang free mesti nak terjah shopping mall. Dapat cuci mata pon jadi. But now dengan budak kecik ni, I prefer lagi pegi taman beriadah dengan dia. Dia pon lebih super duper happy pergi taman dari pergi shopping mall. Hah elok lah tu, budak lelaki mana vasss shopping2 kan. Berlari suka la dia. Tau2 jelah zaman sekarang ni bukan senang nak berlari dalam tempat shopping sebab manusia sesak. Kalo kat taman kan lapaaanggg aje ;;) Hehehe. Cian yayen kecik2 dah stress masuk tempat shopping ekekeke. Takpe lah nak, berlari lah semahu hati kamu. Asalkan anak happy, mama pon happy.



Jadi pada suatu petang kami pon pergi taman yang jauh sikit. Kat taman titiwangsa nun. Wuah kemain excited uols budak kecik tu. Kalo nampak playground langsung lupa mama papa. Sentappppp ;))


Muka stress sebab kena peluk dengan papa. Dia mana suka kena pegang2. Nak jalan sendiri. Nak berlari lari sebebas yang mungkin. Eh, ape ke itam pulak MK dalam ni. Ceh, puteh sangat keee diaaa? ekekekeke

Cara paling effective panjat slide. Nak panjat tangga tak pandai lagi so panjat dari depan wuwuwuw

meng'aim' kemuncak slide. skrg udah terror dah manjat bikin mama terkeluar jantung tengok aksi dia T_T
Jalan2 kat taman dengan anak memang menseronokkan. Tambahan pulak lepas dia main, dia akan keletihan. So pada sebelah malamnya dia akan tido nyenyak bangat sampai kadang2 tu tak bangun untuk susu. Haaa senang keje mama kan ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Currently in Japan

Grrrrrrrrrrrrrrrrr ~~~~ sejuk sehhhhh. Almaklum le kat sini snow tengah lebat turun uols.. Grrrr ~~~ tido berselimutkan 10 helai toto pon still sejuk lagi... grrrrrr.....


Haruslah sejuk kan, ni negative darjah celcius okayyy. Nak dibandingkan dengan temperature kat Malaysia yang dalam air-cond tu memang bagai langit dengan bumi huhu....

Wuahhh comelnyaaaaaa azib lutfan bermain salji ;;)

Eh cop, bukan aku yang kat Jepung, tapi kawan mat rayeng (rayyan dialek ganu) yang sedang berada di Jepun. 10 hari dorang pegi sana. Best siotttt. Aku pon pegi gak Jepun. Tak payah naik flight, duduk aje dalam opis ni, haaa sejuknya dah macam kat Jepun dah :(


Ok until then, bye!


p/s: Mari buat kerja dgn bersemangat. Hopefully tak demam sebab
sejuk gila kotttttttttttt. Haruskah aku berselimut dengan telekung?


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Monday, February 27, 2012

Tutorial: Cara memakai tudung bawal agar sentiasa kemas dan tak selebet

Okay cara tajuk entry kali ni mungkin bisa membuat sesetengah individu jatuh pengsan berkali-kali. Pengsan kemudian bangun dan pengsan semula bila baca lagi sekali. Like, seriously kau nak buat tutorial?? Macam kau gojesss sangat kannn ciare?? Well, tak apa sebab I memang gojes (di mata suamiku hewhewhew ;)) )


Bukan lah nak buat tutorial gaya aku hebat sangat macam kaum artis sekarang yang hebak2 (hebat2) pakai tudung the vasss mahal2 tahap rege ratus2 and riban2 kan. No no no. Tutorial ini untuk orang yang pakai tudung kategori bawal pasar malam jewwwwwww. Jadi siapa rasa dia bukan dikategori itu sila shuhhhh shuhhhh jauh2 okay. Oh, bawal asli no satu ke nombor kosong point lima ke tetap tak masuk kategori. I really mean it, bawal pasar malam sajeeeeeeeeeeee =))


OK semua paham? Mari mula :-

1) Pastikan anda menggunakan sehelai tudung (bawal pasar malam ye pasar malam! sebab kalau kau test pakai tudung mahal tetiba tudung kau rosak aku tak ada duit nak ganti).


2) Dan anda bajet2 nak aim untuk jadi segojes wanita di bawah okay. Sila scroll sambil pegang plastic senang sket kot nak termuntah ke ;))


=))
 3) Kemudian sila beli dulu sebotol spray untuk mengeras-kejungkan tudung bawal (pasar malam) anda yang lembik dan bergoyang2 seperti agar2 atau royal jelly itu. Aku tak sure lah ada jenama lain ke yang jual tapi aku pakai produk di bawah.


4) Spray di bahagian kemuncak tudung anda. Bajet2 la kawasanya. Jangan lah sampai spray ke seluruh kawasan tudung itu nescara anda akan menjadi sebuah robot muslimah yang bergaya sebab tudung kejung ala2 tudung saji ;)) Oh ya, masa spray tu, sila la spray di bahagian yang terbalik sebab nanti dia menjadi habuk2 so macam messy la kalo letak di bahagian elok kan. But dont worry, habuk2 tu boleh je hilang dengan kibasan kuasa super saiya.


5) Kemudiannya gosok dengan penuh berhati waja sambil berdoa anda akan menjadi gojes kuikui.


Hasilnya?? Anda akan menjadi gojes dengan tudung bawal (pasar malam) anda. Silaaaaaa la ikot tips ni sebab hasilnya mantap. InsyaAllah tudung akan kemas dari pagi sampai lah ke petang! :D


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

we had a great weekend!! :D

Hai ya yaa! (cari baru menyapa ke ni? motip tak bagi salam?)


Assalamualaikummmmmm ;;)


Ewah mana tak great weekend kan sebabbbb pegi Sunway Lagoooonnnn :D Ok ok fine sorry I memang over sebab umur dah menginjak (baru menginjak okay belom official lagi ok) 28 tahun ni baruuuuu merasa pegi sunway lagoon okkk. Walaupon pegi sunway pyramid dah lapanploh kali tapi sunway lagoon memang belommm lagi jejak. Takpe la at least tempat ice-skating tu dah penah jejak. Siap jatuh tergolek macam nangka busuk. Kau hado? ;))


Yelah, orang lain pegi universal studio la, disneyland laaaa, mak tak mampu okeyyyy. Masuk Sunway Lagoon je yang mampu. Itu pon, orang sponsor. Hikhik.



Dan seperti yang dijangka budak kecik ni adalah yang paaaalinggggggg excited! Dia boleh berendam dari 10.30am sampai laaaa kul 4pm huhu. Bila ajak dia naik, dia tarik balik ke air. Kalo biarkan, dia relax jer lepak dalam air sorang2 hu hu hu. Merayap je pergi ke air sambil tersengih2. Motip anak mama excited sangat jumpa air? ;))


Utk extreme mama sempat la main kayuh swan (extreme la sgt ;)) ), memanah etc. Papa sempat surfing ok. Kelassss suami mak. Kalo bawak main kat pandai hawaiii terror sangat dah rupanya ;))


Malangnya indoor theme park tak sempat main sebab hujan kul 4pm. Dah hujan baru reti nak benti main air. Yayen pon dia punya excited main air sampai tak hengat makan, tak hengat susu.... Mainnnnnn air je kejenye. Bila da stop main baru terasa lapar dan mengamuk. Lepas tu bleh dia tertido sambil makan french fries. Tertidur yang tahap sambil mengunyah and ada lagi balance kentang goreng dalam mulut. Adehhhh anak mamaaa ;))


Balik rumah semua pengsan hikhik. Emm gamba cukup jelah satu ek? Rasa nak resign la letak gamba banyak2 dalam blog ni. Nak keep it as privacy bole? Cewah ciare!! Konon la cakap macam tu, padahal gamba tak transfer itu sebabnya. Nanti bukan takat 20 keping, tapi 10 album aku upload hihihi.


Cuma yang tak bestnya, anak aku dah jadi macam anak orang minyak. HITAM GELAP BERKILAT. Hasil sunburn seharian. Adehhh, dah la anak tak berapa puteh, tapi terus jadik itam. Mak paknye itam tak apa laaa sebab da kawen. Yayen tak kawen lagi motip itam? Camne yayen nak tekel awek kalo itam berkilat gitu?? Tak seswaiiiiiii huhu


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Friday, February 24, 2012

Main layang-layang di Pantai Morib

Ahad lepas, kami sekeluarga pergi beriadah di Pantai Morib. Bukan plan dirancang pon. Plan mengejut yang best hehe. Biasanya benda yang diplan mesti tak jadi maka mak stress hihi. So malas nak plan2 dah. Ahad ni pon dah plan nak pergi ke Sunway Lagoon. Hopefully jadi realiti la nanti. Ade uols nak pegi sunway lagoon this Sunday? Jumpa di sana yukkk ;))


Jadi aktiviti beriadah makan angin tepi laut je pon. Air laut yang pasang dan berombak deras petang tu membuatkan si kecik tu excited. Terjerit2 tepi laut dan menjadi perhatian orang ramai huhuu. Well, if you ever hear he screams, than you know la betapa HIGH PITCHnya suara beliau ;)) Kalo dalam rumah harus lah bergema bila dia menjerit. Pasti jiran aku stress terpaksa dengar jeritan si Khair Rayyan kehkeh.

Muka masam sebab baru bangun tido. Masa bergerak tido sampai la ke destinasi huhu

Sesampainya di Pantai Morib dalam jam 5pm. Elok pon pegi lewat sebab by that time pon punya la panas matahari terik lagi. Kalau pegi awal2 mesti stress silap2 kena lepak dalam kereta dulu sampai matahari turun sket huhu.


Motip papa goda anak dengan makanan?? Dan sila kau  tengok betapa terliurnya anak aku tengok bapak dia makan =)) Yayennnn yayennn *geleng kepala*

Unedited picture, cuma resize dan taruk watermark. Cantek kan gamba qualiti aipong? hehe
Orang memang ramai petang tu. Especially yang ada anak sebab best sangat nak main layang2. Yayen pon ada jugak dibeli oleh papanya main layang2. He was soooo excited. Terdongak2 ke langit tengok layang2 corak burung helang tu. Sesekali dia menjerit sebab nak lompat tangkap layang2 namun tak terdaya. Mama tukang gelak jer ;))


Anda tau tak yayen ni gayat orangnya. Dia tak bisa melangkah longkang eventhough longkang tu ada besi jarang2 macam gamba di atas ;)) Lawak okey! Sampai malam aku gelak teringatkan peristiwa yayen gayat nak langkah longkang =)) Wuah anak mamaaaa niiiiii. Tak macho lah sayang anok jatang takot2 ni. Nanti kita praktis langkah longkah okeh hehehe.


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!