Friday, May 15, 2009

{Bertengahari di ChowKit}

Salam. (ewah arini suci murni sket bg salam pg jumaat :p) alkisahnya arini aku sedikit relax sbb most of the checklist yg aku pening smlm udah setle. alhamdulillah :) tak sia2 jugak aku pening2kan kepala sendiri lepas tuh terus berapi2 dan semangat nak siapkan cepat apa yg pending.

Maka, tengahari semalam aku telah mengheret opismateku iaitu Dina pergi ke pasar chowkit. mula2 ingat nk pegi semua house. tp kat semua house mcm mahal sket lah aku rasa. aku kalo bleh nk cut cost apa2 yg boleh dicutcostkan. huhu T.T

Oyya sebelum itu, pagi semalam, aku telah menambah doorgifts aku. err i mean yg nak taruk dlm goodies bag tuh kan. (haihh sapa lah yg cipta goodies bag ni? meh aku lem*pang sket. haha. zaman akak aku kawen xde mende ni. jimat babe. hah kan dah terkeluar sifat kedekutku. tp xpe lah, demi nak jadi raja sehari dan mau meraikan bersama keluarga, kwn, jiran maka aku jadik dermawan pulak ;n). Alkisahnya di MIHAS arituh, aku terbekenan satu brg yg menjual cakes, coklats ngn segala jenis mak nenek goodies tuh. So aku belek2 macam lawo ngn murah lah pulak doorgifts tuh. Plus! mmg murah bila dicomparekan dgn ChowKit. maksudnya, gila murah =D

Jadi masa MIHAS tuh aku order lah kat kakak tuh. kedainya kat jln kg attap. jgn tanya kat mana sbb aku dah ilang flyers dia. ni no phone akak tuh 019-3378164. So sapa yg nk dptkan doorgifts dgn harga rendah bleh call situ :) Aku order mggu lepas ari Khamis. Then semalam pg baru akak tuh free dan menghantar sendiri doorgifts tuh pd aku. sweet no? :) plus! no delivery charges. hiks

Problem doorgifts setle! tp kiranya ada dua jenis lah doorgifts. erm lantak lah nak bg yg mana satu pd sapa. itu pndai2 lah fmly aku handle nti. aku dah ckup penin nih. hrp2 sume tuh ckup utk kwn2 dan sedara2. org kg tak payah. haha. keji keji. okay lah tuh, sbb aku catering kan, tak nyusahkan sesapa so xyah lah nk amek ati sesapa. huhu. kejam kejam. makin hampir ngn 30 Mei aku makin kejam. perasaan ku yg penting harus dijaga. org lain?? err pandai2 lah korg jaga perasaan sendiri. huhu.

Okay terus ke tghari. dgn sepantas kilatnya aku call teksi. panggil ke matrade utk pegi ke chow kit. malas babe nk drive bagaiii. tak kuasa aku nak menghangatkan diri semata2 nak pegi chow kit. baik aku amek jalan mudah dan pakai khidmat teksi aja.

Sesampai kat Chow Kit, apa lg? terus shopping laju2. err actually bukan shopping tapi membeli. bagi aku, kalo tak beli baju, kasut, make up..itu bukan shopping namanya. hahahahahhahahannggila =D

Jadi semalam aku memborong bunga telur (tambahan sbb mcm xckup), bekas kuih muih nak ltk dlm paperbag, bunga manggar, tag Terima Kasih yg comei ^_- pastu aku beli apa lg tah. total nya rm162..uuuu~~melayang duit T_____T. ape ko ckp?? sikit rm162 tuh?? huhu erm maybe sikit kot. sbb kalo belanja kat semua house paling cikai pon rm200. erm okay lah tuh. sabarrr sabarrr.

Dengan itu, saya mengisytiharkan bahawa saya pokai. T____T. eh eh tak baek tak baek. mana ada pokai lagi. kang Allah tarik balek rejeki tuh kang. tarek balek tarek balek. belom pokai lg. insyaAllah ada lg rezeki tu. MK chayok chayok!! cari duit byk2 ye utk bakal bini you ni. dia ada macam2 lagi dlm senarai nk beli. hoho ~~ kejam tak kejam tak? ahh tak kesah. nak jugak! =D

Tp, oleh kerana MK TERLalu busy mencari rejeki, maka aku adalah diabaikan. Tiada moment bercinta saat ini kerna saat ini MK sibuk bercinta dgn customer dia, eh silap! choiii. MK sibuk bercinta dgn kereta2 customer dia. dah la opishour kat toyota. balek keje sampai malam pon kat workshop!! ugh! bosan okay. lepas kawen kalo camni jugak i nak lari balek kg (??). ehh silap lagik, pas kawen kalo camni jugak i nk ikot you g workshop. bleh jugak tlg pas2 spanar ke jek keta ke. huhu jek ke jet aku pon xtau. kahkah. erm mari kita bercinta mcm spanar jaya pnye drama pon okay jugak :) I jadi secretary you merangkap akauntan merangkap menyimpan mohor2 besar sume duit hasil kerja you. then kite enjoyyyy. kHKAHKAH ^%$^$^$%^!!! hahahaha. sifat mata duitan tetap ada. T.T

Okay lah ckup saja setakat ini. tghr ni mau pegi Plaza Damas. pagi td aku dah campak seseorg di situ maka kena kutip balek. hahha. sekian terima kasih.

Love;
Ciare =)



1 comment:

  1. akak pun masa kawin beli brg kat chowkit..sama je brgnyer ngan kat semua house tu..tp lg murah..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha