Tuesday, July 21, 2009

Apabila kek menjadi bukan kek?? #$%^&^*!!

Bukan semua kejayaan akan dicapai pabila surirumah menjadi chef segera. walaupon berbekalkan kek coklat segera tapi aku tak tahu kenapa kek menjadi bukan kek. tetapi kek menjadi...errr...okay tak mau sebut. hehe. nanti ada yang tak lalu makan kek 44hari kang susah den ;)

Owh rasa nak hentak kepala cicak (abes tu takkan hentak kepala aku plak) ke dinding sbb gagal T_____T. mungkin kerana over confident maka telah diuji oleh Allah utk gagal buat pertama kali di dapur kami T_____T. sedih okay.

kenapa gagal??HEHE yang tu verry fun-ny. sebabnye sah2 aku salah ramuan. hehe. dah terang2 ditulis kat kotak tepung kek tu kena letak bla bla bla, tapi aku bleh plak salah nengok dan TERskip beberapa ramuan. owh sedih ouhh. dah la siap2 dah inform mak "adik nak buat kek cokelat nih. hehe". tup tup tak menjadi T____T

Apa apa pon terima kasih kpd team projek matrade sbb menghadiahkan oven tersebut. hehe sgt2 menghargaiiiii wedding give dari korg. walopon cubaan masak kali pertama bersama oven itu GAGAL, tapi aku akan tetap berusaha. nanti bila dah berjaya buat betul2 nanti aku akan jamu kamu semua di opis okek. janji.

Ehh baru teringat aku takde pon capture adiah2 hasil dari majlis perkahwinan aku aritu. erm mmg best ah adiah korg. we really appreciare those gifts :) muah kat korg. erm mostly adiah tu tersimpan lagi dalam kotak. hanya akan dikeluarkan bila nak pakai. lepas tu simpan balek. hehe. almaklumlah, masih tiada rak2 besar @ almari utk letak barang. hehe.

Ehh apa aku merapek ptg2 ni. em actually malas nak balek waktu skrg yg konfem lah tgh jem tahap berleluasa tu. so baik aku dok dlm opis jap dan menambahkan kos elektrik kat sini. heh. lantak ah ni opis klien bukan opis sendiri pon ^_-

okay semua tata titi tutu :)

Xoxo;
Ciare =)

3 comments:

  1. kejayaan takkan datang bergolek..
    ececeh~ keep it up bebeh.. nnt boleh la wat kek coklat time housewarming nnt kan?

    ReplyDelete
  2. kek akak jd apa?
    jd pancake ke..
    hihihi
    usaha tangga kejayaan

    ReplyDelete
  3. ^^Zarith^^ hehe.mggu ni nak berusaha lagik.hehe.tp teman serumah dah mula senyum senyum kambeng takot gagal lagi.huhu

    ^^Zack^^ erm nak tau jadi ape? jadi hiasan TONG SAMPAH =D

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha