Thursday, July 2, 2009

mak sangat suwittt & berteknologi tinggi ^__-

~~err dah remove pic yg pipi ciare tembam. haha~~

Berapa umur mak? erm dia lahir tahun 1944. lu pikir lah sendiri berapa umur dia. dan di kala umurnya yang masih muda & kiut tu, mak sgtttttt berteknologi tinggi. YA YA aku tau mak kamu pon berteknologi tinggi jugak. but excuse me! mak kamu semua masih muda belia & berkerjaya bukan?? mak aku tidak.

Kalau kamu semua yang dah lama mengikuti blog ini pasti tau mak aku yang mana satu kan? Mak kini seorg nenek yg mempunyai 2 org cucu di kala umur 65thn. Mak sihat dan jauh dari penyakit2 kronik. mintak simpang. nauzubillah. cuma mak ada masalah tulang. apa org kata...apetah dlm bahasa sainsnya. di mana tulang dia tak kuat utk mensupport dia utk berjalan2 banyak. mak perlukan bantuan tongkat (yang mana kyra selalu buat main tongkat tu. huhu) utk dlm rumah dan jugak sebuah kerusi roda utk berjalan2......:) itu jer yg kami mampu tlg mak. dgn kemudahan & ubat2an. harap mak kuat!! we know you are strong =D

Owh ini bukan entri sedih yaaaaa.......ini sebuah entri kasih sayang namanyaaa. hikhik. erm anyway, mak sgt canggih orgnya. erm beberapa tahun lepas, kakak hadiahkan mak sebuah phone. of kos arr fon 2nd hand sbb tipon yg dolu2 aja button nya beso2 kannn. phone baru2 laaa ni sumenye kecik2. jenuh lakkk mak aku nak pkai nanti. hehe. berbekalkan sebijik phone itu, kami pon dok gilir2 topup mak. hehe. biasa lah bukan pakai selalu, xpayah line2 bagai. phone mak selalu ada terlebih balance tp xbley pakai sbb expired. hehe. mak makk :)

Mula2 kakak ajar mak utk call out & call in aja. bagaimana nak call org & jwb panggilan. yang tu berehhhhh :) aku ada suruh kakak ajo (masa ni mak duduk umah kakak) mak buat SMS. which is kakak aku giveup utk ajo mak. sbb mak asik takot2 silap tekan ;) hehe. few months later, aku dok gigih mengajar man berSMS. mula2 mmg jenuh arr jugak. tp aku paksa gak dia belajar. SMS more cheaper right =P biasalah kami bukan org kaya nk bergayut 24 jam. so dgn berkat usaha gigih akhirnya mak berjayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa buat sms sendiri. yeayyyy =D

soo please tell me, siapa tak tkejut mak yg berusia 65thn (org kg yg tak suka teknologi) pandai berSMS. since pakcik2 aku yg mudah 40an pon tak terer berSMS. tau calling2 aja. biasalah org kg kot. sampai skrg pon aku mmg asik berSMS dgn mak :) sampai suami penin "YANGGG betulke you SMS dgn mak ni? meh sini nak buat spot-check!" hahahah comel sgguh suamiku yg jeles =P

Sampai skrg kalo org tau aku berSMS dgn mak, pasti org tak percaya aku main SMS dgn mak. mesti org akan tanya "MAK ko umur bape? mak aku tau jwb fon jeee. baca SMS tak reti. nk tulis SMS apetahh" =P hehehe mak makk :) erm yang ni tak penting lah kan. ni semua bergantung pada usaha seseorg tu dan keinginan dia nak belajar sesuatu ^__-

Ehh motip entri ni adalah nak kongsi SMS2 mak yang sangattttt kelakar =D
contoh1: "Mak dah dpt adek topup. tank you"
hehehehe mak comel. siap ckp mat salleh okay. few minits later.
"Mak rasa mcm salah ejaan tadi"
hehe yelah, thank you jadik tank you :)) mak makk...suwittt.

contoh 2: "Harini mak dah makan. kak kamu masak sbepgeti"
okay tang ni mmg aku gelak panjang =D sbb aku tau dia nak ckp dia mkn spagetti :)

contoh 3: "Tadi mak tgk tv. cerita cek puan masak"
hahaha. kamu tau tak apa itu cek puan????? maksud sebenarnya adalah CHEF WAN tuuu. hahaha

Mak mak..mak sgt comel. tak kira lah mak SMS mcm mana pon adik tetap paham apa maksud mak. Tp kdg2 adik lambat balas sms sampai mak merajuk. masa tu dekat umah baru skrg. mak bg sms pagi, tp asar baru aku baca. cepat2 balas. dah agak dah mak merajuk. mak kata "dah lama dah mak msg tp adek tak balas". cecepat aku call mak dan menerangkan bahawa umah sebelah aku tgh renovate. sumpah kuat gila dorg renovate "tungggg tanggggg tunggggg tangggggg!!! zrrrrrrrrrrrrr! zrrrrrrrrrrrrrr!" hah bygkan lah menderitanya hidup aku. sampai dinding master bedroom retak!! naseb ah rumah sewa. kontraktor, sila bertgjwab!

sekadar gambar hiasan. teringat zaman anak dara. kahkahkah =D

this is kyra masa blom setahun. comel x mcm acuuu?? haha

Xoxo;
Ciare =)

3 comments:

  1. chef wan jadi cek puan?
    hahaha comei mak ko tersalah eja :D

    alaa mak kite reti ym ;p mak kite ade blog ;p mak kite comei jugakkkkk ;p --> saje gado secara budak2 yang taknak kalah. hehe. trus kena lempang ngan ciare ;p

    ReplyDelete
  2. hak hak, memang comel, gelak je aku baca sms tu, tapi mak ko mmg berteknologi tinggi la, mak ayah aku pun reti kol je gak

    ReplyDelete
  3. ^^mun-e^^ alaaaa mak ko careerwoman T___________T. alaaaa tetiba rs nk mkn cekodok durian mak muni buat.hehehehe :P

    ^^rose^^ hehe.haishh tuh lah.aku pon tak terkejar nk menjawab sms mak aku..hehe...bleh masuk speed test kottt :P

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha