Wednesday, September 30, 2009

Life must go on

Nak tak nak, cuti seminggu telah berakhir. panjang betol perjalanan kami raya ni. berjalan ke macam2 tempat di kampung halaman suami. bagi suami pulak, dia dapat experience beraya kat tempat aku dan 1st time join aktiviti keluarga. biasalah, family aku mmg suke picnic2 ni, BBQ, seafood, main mercun. So mmg pengalaman baru utk dia. haishhh makin teruk laa resdung mu wahai suami :p tak ape nanti kita berubat sama2. haha. tapi yang peliknya, dia takde jerawat eventho ada resdung! jeles ai nyahh T__T

Hari ahad raya ke-8 tak silap aku, kami gerak ke Bukit Jalil dari Ipoh, Perak. Seperti biasa, rancang lah perjalanan anda. so gerak kul 11.30 pagi, kul 1.30tghr da sampai. 2 jam saje. bukan jauh beno pon. itu pon bawak pelan2 aje. takde ape nak di kejor kan yop! hehe. erm masa balek ganu pon kami amik masa 4 jam aje. hehe gile laju. alhamdulillah pegi balek tak jammed :)

sang driver yang bermata setim. aku selalu riso sbb aku ingat dia ngantuk n mata nak katup. padahal mata dia sokmo gitu. mata setim original nyahh :p

ehh sapekah?? hehe opkoss mak ai. as promised, mak ai dtg umah kami utk buat spot-checked. huhu takutt takuttt T__T. itu pon mak dah komplen umah aku byk semut. hihi. haih menakotkan jugak mak aku ni. nasib anak dia seme pempuan. kalo ada anak lelaki and nak terima menantu, abes laaa menantu pempuan dia kena brainwashed baekkk punya. haha =D ai lap u mak ^__^

dalam perjalanan tu, ada yang menarik perhatian. sekumpulan pemuda bermotosikal berkonvoi. dorg bwak dgn kelajuan menten aje. pastu always bagi signal & isyarat tangan kalo nak memotong @ masuk susur. haa camni la pemandu motosikal yg berhemah :)

psttt: tp cam tonggek sgt lak bontot moto tu. hehe. but still the vass :p.

pesanan utk pemilik motosikal: jgn marah yer ai letak gamba u and moto u dlm belog ai. huhu. selamat ari raye :)

seperti biasa aku akan tido. dalam keta selalunya aku akan minum sebotol 100 plus kecik, makan jajan @ kepok @ ape saje :p, singgah RnR utk buang ape patot, pastu snap pictures sana sini pastu aku tido. kahkah. suami aku sampai dah hafal step2 ni. lepas dia ckp, baru aku pasan aku ada habit gini. hehe. tp utk perjalanan pjg, lepas bgn tido aku ulang balek dr step pertama. haha.

last but not least, puan che-ah. hehe che-ah tu ape?? emm sape yg confius nak sebut ciare tu, actually cara nak sebut nama aku bukan ci-a-re...huhu lawak la korg ni. spelling ciare tu version omputeh. tp secara melayunye cara nak sebut nama aku adalah ci'a @ che-ah. yang che-ah tu kampung sket. teehee :p

Maka abes lah perjalanan Raya Aidilfitri 2009. InsyaAllah jika dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t kita akan bertemu lagi Aidilfitri tahun hadapan. Aminn.

pssssstttttt: dalam kamu semua berseronok makan2 openhouse, ingat lah jgn membazir. dan ingatlah pd org2 yang susah dan tidak berkemampuan. dari membazir makanan, sedekahkan pada mereka yg memerlukan. insyaAllah

Xoxo;
Ciare =)

2 comments:

  1. hahahaha...ci'a...bile nak nak wat open house + house warming nie... jemput2 lar..dah kebetulan mak u dah de ni..hehhhee...tetiba ann wat suggestion..miahhahah

    ReplyDelete
  2. ^^Ann^^ Haiyaa Ann..niat di hati mmg nak buat..tgh berkira2 nk buat ke tak ni..sbb masa terhad. ahad je bleh buat kalo nak. erk..mak?? mak ai mn sihat la ann.dia tlg bg resepi bleh la.nk tlg tdk berupaya kot..huhuu

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha