Sunday, September 20, 2009

Selamat bercuti korg semua dan selamat menyambut Aidilfitri yg mulia ^__^

Bismillahirahmanirrahim

Sempena bulan yg mulia ini, kami nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir & batin.

Dan jgk, ada beberapa pesanan, tips, luahan perasaan utk kamu semua. teehee :p

Saya memohon maaf jika ada pihak yg terasa hati, makan hati, tak sedap hati, takde hati (apesal sume hati ni?) sepanjang saya menjadik penulis bebas di http://ciare.blogspot.com. Secara jujurnya, saya tak pernah terlintas @ melintas di pikiran utk memperkotak katikkan sesiapa di laman umah ni. mintak ampun dan maap yer.
Saya berbesar hati utk memaapkan sesapa saje secara direct atau indirectly yg telah membuat onar pd diri ini (ada ke?). em ada jawapannye. walaupon tidak byk namun, kadang2 bikin panas jgk hati saya ni. tapi tak ape, anda kutuk2 saya di blog saya (sgt lah how dare you T__T) tapi saya tak kesah lalu sgt baik hati pulak memaapkan anda. owh baiknye ciare. haha ^__^
tips pulang ke kampung: make sure you all dah prepare semua jadual perjalanan. baik dari segi isi minyak, topup touch n berambus (ops!), servis kereta (sape yg belom servis kereta bleh jumpe suami saya. sempat lg tu :p), siapkan segala mak nenek yg korg nak bawak balek kmpung at least 2-3 hari before blk kmpg, kalo nak bertolak siang better gerak pas sahur sbb time tu cergas sket jln pon tak sesak. sape yg nak bertolak mlm, elok lah kul 12 ke atas kang bleh dpt tol free. hehe ;)
tips hari raya: sapa2 yg agak2 baru aje kawen tu bawak2 la sedar sket diri tu dah ada pasangan. kang pagi raya terlupa pulak dah ada laki@bini pastu tak semena mena terus pergi melepak kat umah kawan2. ko ape kes? :p tak pasal2 kena tido luaq raya pertama kang. haha. pada bini tu, ingat2 la persediaan utk laki ko. jgn ingat baju raya sendiri aje. mentang2lah ko ada 4-5 pasang baju raya, ko ingat nak iron baju ko aje. baju laki ko dah la sepasang lepas tu tak diiron pulak. kang ada yang pergi smyg raya baju berkedut kang. tak pasal ada suara sumbang "haishh dah ada bini pon baju berkedut ke mat oii??" hahaa. ni tips utk aku jgk nih. kena letak dlm reminder phone. teehee :p
tips makan makan hari raya: Ya Allah, bawak2lah beristighfar. perot kamu tu dah berpuasa sebulan. pagi raya ko pegi melantak mcm kelaparan sgt ke apetah. mcm lah smlmnye berbuka ko tak makan. lepas tu sakit perot, perot kejung plak. tak pasal2 ko raya kat hospital. berpada2lah ye. sian doktor ngn nurse kat hospital kena jaga ko. depa pon nak raya jgk. huhu
sesiapa yg sekapal dgn aku iaitu beraya di rumah mertua buat kali pertama raya lepas kawen, mari lah kita beristighfar banyak2. hehe. bukan ape, kadang2 emosi tu terlebih sudah. sudah merancang tapi jgn ada yg bergadoh kat highway pulak kang. tak pasal2 jem susah plak :p beraya di rumah dia bukan bermaksud kalah bcoz its not a battle. it's about give and take. mcm saya, 4 hari rumah dia 4 hari rumah saya. pasti sgt manis bukan :) lagipon skrg sudah canggih ape, bukannye tak buleh mintak maaf ngn mak pak ko kat kampung, sms, call, video call sume bleh. kemaafan tu tetap kemaafan waloape pon caranya. nanti time ko da smpi kampg sendiri peluk cium lah mak pak ko seadanya ^__^
pesanan: utk sesiapa yg membaca entri ini, jgn noti-noti raya kali ni. just take care of yourself and enjoy the holidays. May Allah bless all of you and my family. InsyaAllah.

Ikhlas dari kami;
Ciare & Suami

2 comments:

  1. aku pon mintak maaf ats segala salah silap.. huhu

    selamat enjoy di hari raya..

    ReplyDelete
  2. Sy pn nk ade suami juge T_T sob sob!~

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha