Tuesday, June 30, 2009

Bukan double chin malah triple chin!! hoho

Ini adalah entri luahan perasaan. errr ingatkan preparation kawen jer mentensyenkan. rupanya dah kawen lg tensen owh! hehe. jgn salah paham ini takde kena mengena dgn perihal suami isteri tp ini perihal SI ISTERI yang mahu menjaga badan tp lagi dijaga lagi berisi. ape kes?? bukan kes H1N1 okay. hoho. jauhkan kami dari siput bab*. eh silap! dari selsema bab*. nauzubillah. eh apehal tetiba merepek psl pasal selsema bab* plak neh? aiseh. nehi nehi. sila tgglkan perangai buruk lari tajuk entri nih.

Erm kali ni saya nak mengadu domba mengenai berat badan (eh eh ciare dah sopan tetiba ckp saya. hehe tatasusila isteri kena sopan santun. ceewah =P) atau lebih tepat lagi adalah bentuk badan. Adalah sgt kecewa secara mendadak kerana saya telah bertambah berat badan. 1 mggu naik 1kilo okay!!! maksudnye dah 4 mggu berkahwin, maka 4 kilo sudah naik. Ripley's believe it OR not. ^%&^^*(&!! believe it. sila percaya. ini bukan omongan kosong.

Jumlah keseluruhan berat biarlah rahsia. tak payah tau nanti kamu akan parkinson =P serius ni. berat saya bertambah 4 kilo!!!! hasil yang paling ketara adalah PIPI ku of course! dan juga..okay tak payah bagi tau nanti kamu semua imagine. kahkahkah. lu pikir arr sendiri. ~~ tumpang lalu kpd Nabil ;)

Selain pipi yang obvious, ntah knapa aku rasa muka aku diserang jerawat bertubi2 tanpa henti sumpah tak lalu nk tgk dah muka aku ni T__________T. errr I mean, sebelum ni jrwat dah nak pulih, cuma tggl parut2, tapi sekarang, dah bertambah2!! jerawat batu bukan main lagi rasa nak sepak2 aja. adakah sebab pertukaran hormon?? ehh kalo kawen berlaku pertukaran hormon ke tak eh?? ape aku merepek ni daaaaaa T___________T

Maka adalah tiada mood utk mengletakkan muka2 sendiri yg konon perasan lawa nak mampos terhadap blog ini lagi. ptg ni semalam nak tgkp pictures ADAM ZARIF byk2 jadi xdelah sampai kempunan nak update gambo. owh! I hate entri without pictures. Err I mean entri di sini ya bukan entri di tmpat lain. ya Allah. ngapain arini suka sgt membebel ni. nauzubillah. saya tak mahu menjadi wanita yg kuat membebel. eh tp wanita & bebelan tak dpt dipisahkan. I dont mind lah.

Ish mmg kagum lah siapa yg baca entri membebel ni. harap takde sapa yg baca. biarlah entri ni sekadar entri dalam lipatan online diariku. MAKA, tiada comment is allowed. KAHKAHKAH. saya kejam arini T______T. tipu je. comment is allowed. kahkah. T_______T. nape aku nih mcm angin pasang surut. betoi ka tak betoi nih?? HOHO

Oyya, hampir terlupa nak cerita perihal saudara Azhan & Saudari Fitriah yg sudah 'selamat' (ehem ehem) menjalankan majlis sambut menantu di De Palma Hotel Ampang sabtu lepas. terima kasih kerana menjemput kami suami isteri. tapi tak puas hati sbb tak dapat tempat VVIP! best sangat ke Dato' Datin Dato' Seri yg datang sampai dapat tempat VVIP @ VIP?? kehkeh. tak puas hati tak bertempat. excuse me. ciare sila tarik napas...hehe

Majlisnya bermula around 830pm gitu lah. kami tiba lebih kurg 840pm dan ting ting!! belom start lagi. Seee?? janji melayu. dekat hotel pon janji melayu jugak. tak pasti tuan hotel melayu ke tidak. tp kalo di tanah melayu ni I am 80% sure janji adalah janji melayu. okay okay, saya pon melayu jugak. bukan nk rendah2kan martabat melayu. tp kan dah sinonim gitu. kalo lambat org kata "janji melayu". kang tak pasal2 ciare.blogspot.com kena ban kerana dikatakan melayu tidak sedar diri. hoho.

ampun yer. kami terlambat kerana menunaikan solat jemaah suami isteri. biasalah suami yang dicintai berzikir berdoa bukan main panjang. hehe. okay tipu jer. (eh tang jemaah tuh betol. kang org ingat aku main2 bab solat plak. adeee kena ban lg skali blog ni kang =P) kami lambat kerana isteri suami saya (maksudnya saya lah =P) bersiap makeup bagai bukan main tebal mcm opera. tapi taknak upload gambar kerana kecewa dgn statement DOUBLE CHIN & TRIPLE CHIN. hahaha. maka tiada gamba utk majlis Saudara Azhan & Saudari Fitriah.

Pesana utk anda berdua: Layarilah kehidupan bersuami isteri dgn penuh kesyukuran. Bersyukurkan nikmat mendapat cinta agung yang dipermudahkan oleh Allah swt. Kenalilah erti kesabaran seperti tiada esok utk meminta maaf. kenalilah erti cinta seperti tiada esok utk meneruskan kasih sayang. kenalilah erti hidup berdua seperti esok akan berseorangan.

Azhan, jaga your wife elok2. ingatlah wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki utk sentiasa hampir dgn kamu dan berlindung dgn kamu, dan bukannya tulang kaki utk disepak2 dan dipijak2.

Fitriah, ingatlah suami adalah nombor 1 selepas Allah & Nabi saw. dengarlah katanya dan bukan sebaliknya. Rendahkan suara seperti angin berbisik sepoi2. taat perintah suami kamu selagi ia baik utk keharmonian rumahtangga kamu.

:)

wahhh tak sangka saya mengeluarkan statement di atas. sgt jiwang bukan ^__-. hakhak. erm btw, mariage is beautiful, make it sweet ;)

geramgeramgeram: I am so pissed of! entri ni patot publish smlm kol 5pm. tp baru aku pasan dia tak publish2. why why why?? scheduled memanjang. then aku edit post & tekan semula button publish baru dia publish!! eeee gerammmm. padahal aku dah pilih timezone yg betol. dan yg plg pissed of nye...this is not the 1st time terjadi okay. aku rasa dah 5,6,7 kali dah!! blogspot ni nak ban aku ke??? T________T

Xoxo;
Ciare =)

Monday, June 29, 2009

Pertama kali masak ketam masak cili api dan telah berjayaaa =D

ehem ehem. pertama skali, entri ini akan berbaur kebanggaan terlampau sehingga boleh mengundang kemarahan & kemenyampahan sesetengah pihak. 25PL okay. hahaha. maka sila shuhhh suhhh yg rasa taknak baca tuh. hiks =D

Tgk tajuk jer dah tau aku nak angkat bakul sendiri lalu memuji2 diri sendiri sampai besok perhaps. hahahahaha. owh MAK ku tersayang, sesungguhnya anak mu telah berjaya memasak ketam masak lemak cili api dgn jaya nya tanpa bantuan sesiapa dan jugak tanpa bahan yg mencukupi. mana taknya! kat giant tak jual asam keping maka aku bedal aja letak air asam jawa. dan rasanya??

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sedap wooooo. sumpah sedap!!

smpai aku rasa tak percaya. ehh aku ke yg masak ni? ingatkan beli kat kedai td. hahaha =D (haaaa kan dah warning penulis akan bangga & angkat bakol tahap maksima. anda masih sempat blah kalo rasa penulis gedik. hoho). meh layannnnnn gambo. hiks

owh harap maap. rumah tak ckup alat lagik. hantam pakai senduk beso. haha.

ikan kembung goreng & ikan keli goreng garing2 =D

sayur sawi bersama udang beso masak sos tiram jee. licin babe. sedap wallllllah =D

MAK, walaupon adik tak penah masak ni tp adik berjaya jugak. alaa dulu adik kan slalu tgk2 mak masak kat dapo. hehe.

ehh bukan tlg tgk jer okay. actually aku mmg agak seram utk masak2 benda yg bercirikan santan sbb takot jadik pelik. almaklumlah, santan ni kan pelik sket. kalo kurg masak kang tak sedap, kalo tak kaco ckup2 kang tak pecah myk dan sbgnya. so kalo kat umah dulu, aku suka masak yg simple mcm masak merah ke, masak kicap ke...kalo masak lemak, rendang ke..aku serahkan bulat2 pada mak =D hehe.

Tp sekali, husband aku mintak ketam masak lemak cili api. hoho. terlopong den. demi suami tercinta, isteri mencuba jaya jugak dan berjaya :) aku masak ikot main common sense aja. hehe. main letak2 je sume bahan. tak sangka jadik. aku mmg yakin 40% jer akan jadi actually. hoho.



haih..tp weekends jer suami mtk yg special. kalo ari2 biasa masak mcm ni pon dia dah 2x tambah :)
ikan goreng, sup sayur & budu :) thanks sayang sbb u tak cerewet ^____^

Xoxo;
Ciare =)

Putera Sulong geng Puteri Tujuh. Maka Puteri Tujuh diupgrade menjadik Aunty =D

Owh dengan ini diisytiharkan kemunculan Adam buat pertama kali di blog ini. oleh kerana Adam adalah baby pertama geng Puteri Tujuh, maka kompem arr dia akan selalu menjadi topik kat sini. hewhew. Adam kamu sgt ensem. seperti kata muni, cop jadik menantu bleh? huhuhu. dan dengan tak malunye, penulis blog telah menciplak hasil karyawan seni oleh cik dudu (ehem ehem bila nk jadik puan neh? :P). hehe tak menahan aku nk copy gambo adam =D

Owh dudu, x acii okay kamu buat liputan dulu terhadap baby Adam nih. hekhek. xpe xpe nanti aku nak serang umah Shah. nak direction ke sana eh :)
Siapakah puteri 7 yg melahirkan Adam?? hehe. sila rujuk gamba kahwin aku ni. barisan bawah, paling kiri. tgk perot comel dia tuh :) ehh nape hana tiada dlm gamba di atas??? hihi. owh al maklumlah. HANA, YOU ARE THE NEXT HOTMAMA KOT! =D

Xoxo;
Ciare =)

Friday, June 26, 2009

Perbezaan sebelum kawen dan selepas kawen di mata kasar penulis ^__-

Ceh tajuk entri bukan main lagi. title tak mau kalah namanya. aku lepuk skali kangg penulis blog nih =P kahkahkahh =D erm lg beberapa hari aku dan suami akan menyambut anniversary yg kesebulan (ceh!! yg kesebulan pon nk sambut ;p hehe biasa lah penulis agak kepoyoan di kala ini. keh keh keh). alaa tipu aje, takdenye nak celebrate beso2 pon. just dating jer kot. almaklumlah mggu depan aku akan terbang ke satu destinasi selama 3 ari. bukan honeymoon okay! owh jgn sebut perkataan honeymoon kat depan aku skrg sbb aku bersedih atas kejadian honeymoon yg dibatalkan walopon dah book tiket belon dgn hotel. so sad but i'm not going to tell the story here T____T. Actually ada training @ kursus aku pon tak tau. bos ni saja tauuu. tak bleh tgk pengantin baru bercengkerama kot. bg arr 2-3 bulan pas kawen baru suh i outstation. hehe. gedik kejaps =P

ehh stop stop stop. maafkan penulis blog yg suka lari tajuk. fokus berkenaan perbezaan sebelum dan selepas kawen di mata kasar penulis :)

#1 memasak. okay tipu kalo kata ada laki bleh tahan tiap ari smpai ada 3 org anak makan kat luar. tipu tipu. kalo ada sila gtau sbb nak ucap tahniah kat perempuan bertuah yg tak perlu masak itu. hahaha. Alhamdulillah, suami dah gtau dari before kawen lagi, dia tak cerewet hal2 makan ni. masak apa saje dan dia akan makan. start awal mggu ni aku baru menjalankan tugas2 isteri di dapor setelah 3 mggu kawen. kali pertama masak lauknya sup sayur (feveret suami ^__-), ikan kembung goreng je & budu =D hehe. Dannnnnnn.........mendapat pujian berkali2 dari suami....yahooo dot com hehe. wahhhh bestnyaa dapat pujian. erm tak kesah la dia nak amek ati ke ape kan, yg pnting dia puji berkali2 :) psttttt....TQ jugak SYG sbb you tolong I masak mlm td. so sweet darling. sampai menangis u hiris bwg. comel! =D

#2 baju. apa saje berkaitan baju aku rasa better isteri yg buat. owh dulu sgt malas okay hal2 ni. masa duduk umah sewa, aku hantar ke DOBI 2x seminggu. sampai tuan kedai hafal nama aku dgn no tipon aku. haha. erm tapi skrg........haip! jgn buat camtu lagik. skrg ni suami akan tlg basuh baju je. i mean dia kutip baju dah pakai sumbat dlm mesin basuh. aku plak take over utk sidai, angkat, lipat & masukkan dlm wardrobe. tp berkali2 aku kena ingatkan dia, "tshirt kat sini, kemeja kat sini, baju keje kat sini..blabla bla"...tp besoknya dia tnya "baju keje kat mana?"....pastu tak sempat nk jawab."okay okay ingat dah =D" smbil buat muka comel. nasib u buat muka comel sbb penat i berlari dari dapor nk menolong u. mau berapi cam naga td =P

#3 tidur. haip! ingat aku nak cerita psl ape hahhh? huhu. erm bg aku, bila dah kawen sgt senang hati sbb ada teman kat sebelah aku waktu malam. kenapa?? aku niii...subhanallah punya penakot. that's why my husband kena teman i masak smpai boring lalu tlg potong bwg..hahaha. camne aku tak takot? husband pegi bukak pintu dapo luas2 masa masak mlm2 buat. mana bininya tak menjerit sampai ke ruang tamu bersama pisau dan bawang?? hahaha. sgt funny ^___^. dulu masa sek asrama sampai ke u, sampai ke rumah sewa, aku mesti kena ada teman. aku kena ada org tidur kat sebelah kalo tak hazab lah besok pagi pegi keje mcm muka mayat sebab tak bleh tidur sepanjang malam. hehe

#4 kemas umah. aihhh nasib lah dpt suami yg membantu tlg kemas umah. tp suami lebih prefer kemas di luar umah. smlm dia dok mencabot2 rumput2. almaklumlah, dah kawen 3 mggu lebih tp xde di rumah. maka lalang & rumput pon berleluasa. katanya nk beli garden punya gadgets malam ni. pastu nk beli bbrp pokok bunga & sayur. baeklah suamiku. aku plak tak semena2 sgt rajen (YA ALLAH, Kau kekalkanlah sifat rajin hambaMu ini selamanya. amin) di mana sewaktu bujang tidak pernah rajen sama sekali. skrg ni mata aku pantang tgk semak. sume aku nk buang. huhu. kronik.

#5 Jalan Jalan. owh dulu kalo time berdating sampai malam slalu susah hati sbb suami (masa tu tunang) anta aku ke umah sewa sampai ke depan pintu umah kat tgkat 10. pastu aku plak tak sampai hati nak tido selagi dia tak sampai umah kat kepong nun. bayangkanlah putrajaya-kepong. jauh seh! tp skrg tidak lagiiiiiiiiiiiiiii....kuarlah lewat mana sekalipon, tak perlu risau lagi. kami akan balik bersama ke rumah gula rumah (home sweet home lah) :)

#6 Pegang tangan & bermesra di khalayak ramai. kahkahkah. jgn translate bebukan lak :P erm dulu slalu rasa bersalah & malu & berdosa kalo buat camni. ehh tp dulu xde lah buat pon. hehe. kontroversi jer korg ni =P tp skrg aku fedulik apa org tgk pandang2?? haha. "apa tgk2?? kitorg dah kawen lah! =D" hahahaha. best best :)

# 7..

err ada banyak lagi tp cukup lah buat masa ini. bye all :)

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, June 25, 2009

Posing Gembira Lepas Nikah =D (gembira ke gedik? haha)

Erm gamba gamba gamba. itu je lah modal aku berblog dlm masa terdekat ni. or maybe sampai ke hujung taun. kahkahkah :)) alaa relax arr bg arr can kat pengantin baru nk berangan mcm artis. sapa nk berangan? sila join wifey club dulu hihi =D
Walaupon aku hanya berbekalkan gamba koleksi sendiri sebab masih tak amek gambo dari photog (dah 2 mgu dah gamba siap tp bila nak amek nii. i xde masa lar) kat perak, tp aku gigih2 jugak upload kat sini. itu pon atas ihsan bbrp photog terpilih seperti abg ipar aku; abg ed dan jgak videographer adalah suami cousin aku; khairil. tanpa mereka maka senyap sunyi lah aku kerana tiada gambar T___T mujur laa dorg baik ati tlg amek gamba & video tauuu =P err video tuh xtau la bila baru dpt letak sini sbb kena edit2 cut & paste jugak kan. hehe. itu konfem aku serahkan bulat2 pd pengapit aku utk tlg buatkan. nti aku belanja ko cuppacakes@wondermilk ;)

Ehh aku nak ulas pasal gamba di atas patotnya. erm ini adalah gamba seorg yg plg aku suka. 1st sebab nampak full smpai kasot. 2nd tak nampak tembam sgt. 3rd pose nya secara sepontan tapi nmpak mcm diplan. haha =D. 4th ada gamba my lovely savvy. sebab kereta inilah aku bertemu dgn suami aku ^___^ (sudah semestinya di atas keizinan Allah swt juga. jgn dilupa tu =D) err tp gambo berdua lebih baik tak banyak dlm koleksi sendiri. gamba berdua dgn suami byk dlm koleksi photog aku. haishh. bila laaa mau dpt tgk ni =D i can't wait!

Xoxo;
Ciare =)

Entri secara malas maka penuh gamba aje. layankan aje gamba2 di majlis perkahwinan sepupu mak saye :)

okay arini mmg tercatat dlm sejarah sbb entri yg plg byk gambo oleh ciare telah terhasil. huhu. lepas ni kalo ada award blogger plg malas jgn lupa calonkan aku eh. lagi satu, arini blog aku nak ditukarkan jadi photopages ah. almaklumlah, gambo yg lebih. err tp sukati aku la nk upload segala mak nenek ape kan. itu mujur aku tak upload virus dan menggodam cakera keras (hard disk :P) korg semua. huahuahua =D

err kalo camtu aku rasa nk wujudkan satu photopages ah. khas utk gambo2. hihi. pasni komfem tak layan blog dah sebab kemaruk photopages pulak. haha. okay diam. sila scroll ke bawah.
puan ciare (ehem ehem ;p), ati pengapit ku & shamila yg sdg pregnant 7 bulan :) sgt comel perot kamu. dua2 ni adalah cousin terapat aku. since jarak umur dekat2 sbb tu we all close. hehe. shamila kawen taun lepas dan aku ada ceritakan dlm blog :) masa dia kawen aku jadik pengapit, masa aku kawen ati jadik pengapit. masa ati kawen nanti sape nk jadik pengapit haaa?? hihi =D

me and my mom. makkk adik rindu mak. erm masa aku smpai ni mak tak siap lagi. mak baru sihat demam masa ni thats y pucat sikit. adik syg mak ^_^

me with my eldest sista, zaleha. mama kpd kyra kyrin :)

my MK sayang. owh dulu slalu crita pasal MK dlm blog. skg taknak ah pgil MK lagi. sbb jawatan dia dah tukar jadik suami. lepas ni MK akan jadik suamikutersayangmuahmuah. okay sila skip kalo geli :P err kurus kecik molek kan suamiku?? hehe. xpe sayang, nanti I buncitkan perot u. err ke u yang buncitkan perot i dulu?? hahahaha :D

ko tgk si kyra ni makan. bukan main selera lagik. makan jgn tak makan. kurus sgt kamu ni kyra.

masa ni hulur ape tah kat opah dia. mcm2 peel lah ko ni.

seleranya dia ^_^

hehe aksi tak nak kalah. nk jugak lah kan gambo aku. hehe

hoho. kakak aku wat muke tensen sbb kyrin asik meragam.

pengantin dua sejoli. cewah :D

masih pengantin baru hokay =D

time ni bersanding malam. err bunga telur putih silver tu puan ciare sponsor eh =D

hehe :)

last but not least, aksi gedik tetap ada eventho udah berstatus isteri. haha.

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, June 24, 2009

Simple touch to wedding :)

owh bulan ini sgt membusy lah. bermula dgn aku kawen di perak, a week after that majlis sambut menantu di terengganu. Mggu lepas tu pulak, ada sepupu mak kawen di perak. which aku & suami diberi status WAJIB utk dtg. huhu. biasalah, tlg menolong. masa aku kawen dia tlg, masa dia kawen aku tlg jgk. tlg tgk aje. kehkeh :P

Makanya dah berkahwin ni, kena lah jaga penampilan diri kan. dgn izin suami, dia beri kebenaran pd aku utk teruskan minat aku dlm bidang solek menyolek ni. dia jgk support aku utk join bengkel makeup (tp sgt geram ^^#$%% sbb kena pospon. aku kena outstation. owh camne nk bjauhan dgn suami selama 3 ari neh? omaigod. tabahkan hatiku nanti.. huhu). as long as minat aku ni tak keterlaluan dia izinkan. i love u sayang ^_^. jd sebelum pergi bengkel makeup2 ni elok lah aku praktis siap2 kan. nanti xde lah tokojuts beruk plak cultureshocked ke apa tgk cara dorg makeup. so practice 1st. hehe. layankan aje gambo ni.
pejam ^^

celik! =D hehe

So apa pendapat korg?? erm gambo di atas tidak diedit sama sekali. original okay :P Yang pastinya, masa ni shading idung tuh mcm terlebih. pastu aku betulkan balek. hihi. biasalah I kan amatur :) itu pon aku tak pakai false eyelashes. kalo pkai mau kena perli ngn makcik2 aku kang. hoho. so natural sudaa~~

aihh korg ingat aku sorg jeke yg makeover?? erm si kecik ni pon NAKKKKK jgk. hahaha. si kyra ni kan. mmg suke menempek kat aku. bila jer dia nampak aku kuarkan senjata2 alat solek aku, dia mula lah...
"acuuuu acuu..kap kap"
which means.."Maksu maksu..mekap mekap"

dgn kata lain dia pon nak mekap jugak. hoho. mula2 mmg dia dok diammmm aje depan aku bersila bagai. tgk aku pkai bedak smpai mascara. pastu dia pon suh la aku mekapkan dia pulak. yg comelnya, dia mmg redha aje bila aku ckp..
"pejam mata acu nak letak eyeshadow" - pastu dia pon katupkan mata dia
"bukak mata" - dia pon bukak lah mata dia sambil sengih2
"bukak mulut acu nk letak lipstick" - dia pon watla bibir dia mcm angelina jolie.

hahaha...kyra kyra..pastu bila kita ckp "wahhh canteknyaa kyra. g tnjuk kat mama, tnjuk kat opah". hah dia pon apa lagi terus sengih2 kuar bilik dan tunjuk muka dia kat semua org dan paksa org tgk dia. hahahaha =D
suke bebeno ko yer kena makeup! =D

Xoxo;
Ciare =)

wonderpink! eh silap...wondermilk lahh =D

Erm rasanye semua dah sedia maklum kot dgn wondermilk cuppacakes ni. keenakan cupcakes dia nombor satu di tekak aku buat masa ni. tiada tandingan lagi. kalo ada yg lagi sedap sila inform, aku nk cuba :)

Erm aku tak ingat bila, tp aritu aku culik nana & dina teman aku (err dgn kata lain paksa mereka teman aku haha) ke updown lama tu. sbb rasa nakkk sgt makan cupcakes ni. rasanya dari 2 weeks before kawen dah tertangguh nk makan cupcakes situ. hehe



Owh lazatnya....rasa nak makan lagi la. tp malas nak ke sana. jln jem. uuuu T____T

err itu aje. saje nk bg korg terliur sama. hehe =D

Xoxo;
Ciare =)

More wedding pictures!

Sori sebab aku masih lagi belom mengupload gamba2 kawen aku kat sini. huhu. kalo korg ternanti2 aku ni sbg permaisuri hari tersebut lagiiiiiiiiii ternanti2 tahap nk cabot jantong dah wei =P

So sbg permulaan korg bleh tgk gamba2 kawen aku di perak DI SINI. sila click jgn tak click. huhu. erm credit to murniwati :) TQ yer. aih tak lama lagi mkn nasik minyak kat Gombak kot yer muni :P

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, June 23, 2009

Majlis Sambut Menantu di Terengganu.

Lebih banyak gamba dari cerita kot dlm entri ni. kemalasan melanda. asik teringat suami jeee. hahahaha =D So entri ni perihal majlis sambut menantu di terengganu 2 mggu lepas. owh udah 3 mggu bersuamikan MK <3.
Suami dan baby. ehem2. sgt ada ciri2 bapa mithali okay :D

busana kami. tema krim & gold. tapi bilik tetap pink okay. mak mertua aku sgt sporting. lgsir tmpat lain tema gold tp dlm bilik pengantin wane pink. i love u ma =D

baju puan ciare :)

dah siap makeup dah :) erm ni anak sedara sulung belah suami. tembam wei. mmg xpayah pakai bantal kalo tido sebelah dia ;) (aku dimakeupkan oleh kwn adik ipar aku. dia bukan mak andam pon. masih amatur. but not bad lah for RM50. haha. save weeh :P lg pon majlis simple makeup pon simple. kang the vasss sgt lari pulak org kg =D)

posing jgn x posing :P

oh suamiku. kau plg kacak dlm hatiku <3>
hah itu dia. pengantin plg rock. masa ni awal pg lagi. xde org tu posing sesukahati tu. kahkahkah

erm masa ni family aku dah sampai. dlm pukul 12 camtu. mlm sebelum majlis dorg dah bermalam kat Paka. ishhh kyra ni. acuuu gerammmmm tgk kerenah kamu :)

err yg ni ptg. masa ni makeup pagi tu dah abes lepas smyg sume. so aku sendiri yg makeup utk ptg. pkai baju kebaya biasa je. mmg lenguh gile kena duduk bersimpuh smpai ptg sbb org dtg tak putus2 smpai ptg. (amacam style aku mekaup? okay x? errr tak sabo nk pergi bengkel belajar makeup yg pro sket =D err tp time ptg ni xde arr false eyelashes bagaii kan. gatal dah mata aku masa tuh :P)

Pantai Batu Burok. ni gamba keesokan harinya. hari ni family aku dah nak balek perak. sgt sedih okay ditinggalkan sendirian T_________T

wahh shopping sakan ko kak rubi. sampai sengat bahu! hahaha. ati pon borongggg =D

suami dgn sepupu2ku.

bergambar bersama keluarga :)

Xoxo;
Ciare =)

Tempoyak Vs. Budu

BUDU?? erm aku tak penah makan budu seumur hidup aku. err I mean RASA tu adalah MAKAN SAMPAI KENYANG laa. takat rasa2 ujung lidah tuh ada. tp mmg tak masok ke tekak sbb dah HAKKTUIHHH kan =P mana taknya, aku rasa BUDU itu SGT MASENN.

owh tapi kini BUDU masuk dlm menu utama aku okay. since aku dah dilarang memakan SAMBAL BELACAN atas faktor2 kesihatan (cehh padahal sbb resdung baekkk punya) maka aku cuba arr mencari minat terhadap benda lain selain belacan. sambal TEMPOYAK?? owh mesti lah nombor 1 dlm list sambal aku kan. cuma sambal tempoyak ni mcm tak berapa sedap kalo aku buat (alasan sesaja ko ciare!), kalo kedai buat sedap ler pulak =P

CAMNO MAKAN BUDU?? senang ajaaaaa. pergi ke kedai dan membeli sebotol (atau sekaton pon buleh kot) BUDU @ kdg2 dia letak sambal bilis. BUDU ni ada mcm2 kaler. tp yg sedap bg aku adalah kaler kemerahan @ coklat tua. perghhhhhhh enak i tell you. baik korg rasa sebelum menyesal. sapa mengidam sila cuba =P

Err actually, selain kaedah membeli BUDU di kedai, aku not sure cara alternatif utk mendapatkan budu. mgkin boleh buat di rumah. MGKIN. resepi nye wallahualam ;) Okay lepas membeli BUDU di kedai. Kemudiannya, tuang la BUDU tu dlm piring terbang..err okay tipu je. tuang ke dalam piring kecik bape banyak ko nak. abeskan 1 botol pon boleh kaedahnya tp kamu pasti akan masuk ICU lalu koma keesokan harinya MAYBE =D lepas tuh, amek cili padi yg kecik2 pedas meletops tuh kan, patah2kan aja then tenyeh2 dlm air BUDU tuh. nak sedap letak air limau. fuhhhhhhhhhhhhhhhhh ~~~~~~~~~~ terliur nyahhhh. ceh tetiba jadik sotong =P

NAK MKN BUDU BERSAMA APA?? owh oleh kerana aku sgt obses dgn budu skg ni, maka aku akan makan apa sahaja lauk pauk @ sayur bersama budu. secara normalnya org terengganu akan mkn budu bersama ikan singgang @ ikan rebus yg digoreng. tp oleh kerana obses aku di luar paranormal, maka apa saja aku akan cicah dgn BUDU yg sedaps =D tak kiranya ayam goreng, sotong goreng, ikan msk sambal, msk kicap, gulai kawah daging, sup sayur, sayur goreng....errr nak dipendekkan cerita, semua lauk aku bleh cicah. tp ko jgn arr tnjuk terer smpai nk cicah dgn biskur tiger plak! mmg kena bahan 7 keturunan aku rasa. kahkahkahkahkah =D

Ah lupa nk cakap. budu kaler merah @ coklat tua tuh rasa dia tak semasen yg ada kat kedai tuh. yg tuh mmg tahap tumpah garam aku rasa. bleh parkinson makan masen2 gitu. apa tah nama kat botol budu tu. budu jenama tu mmg glamour sekitar AJIl @ K.BERANG. rasa budunya asli @ tak masen. wallahhh :D

Owh tp aku masih belom lupakan sambal negeriku terchenta..oh!! smbal tempoyak I love you. hoho gila apa?? Diakhiri dgn, i miss you sayang. rindu dah 3 jam tak jumpa =D

Xoxo;
Ciare =)

Monday, June 22, 2009

Ayah Mertuaku Kembali kpd Penciptanya T_____T

Assalamualaikum.

Erm di kala korg bersuka suka menyambut hari bapa bersama bapa @ bapa mertua, saya dan suami bersedih kerana kehilangan satu2nya bapa kami. Ayah mertuaku kembali kpd Penciptanya pada 18 Jun 2009, 12:15 am. Al fatihah.

Sedih teramat okay. since my own father passed away when I was 5 years old, dan aku baru mula rasa happy sebab mempunyai bapa segera a.k.a bapa mertua yg sgt baik & penyayang...........tp Allah dah ambil dia dari kami. sesungguhnya aku sempat mempunyai seorg bapa di usia 24 thn 10 bulan selama lebih kurg 19 hari. 19 hari yg bermakna kerana mempunyai seorg bapa yg sgt baik dan ambil berat terhadap menantunya. arwah risau menantu barunya tak selesa berada di rumah arwah. Selang 30 minit arwah akan bertanya.

"ci'a dah makan? kalau lapo g makan. jgn malu2 kat umah pa. ni umah ci'a jugak" - akan paksa aku mkn byk. suka sgt tgk menantu tembam.

"kerol ajak lah ci'a jalan2. boring dia dok umah ni nanti" - biasalah mula2 kat umah mertua kan monyok sket

"amek ar remote ni. pa tak tau nak tgk cite ape" - sbb arwah risau aku boring tgk channel pilihan dia.

"ni menantu baru" - bila ada org dtg ke jumpe sapa2 masa jalan2 ke, dia akan kenalkan aku sbg menantu baru dia. oh sweetnya.

PA, kami sgt syg & rindukan PA. rumah kat kmpg sunyi aja tanpa PA. kereta PA tak gerak2, lembu2 PA takda sapa jaga sejak PA tak de.. T__________T

Semoga roh arwah di cucuri rahmat & tergolong dari kalangan mereka yg beriman. Amin.

Awang Ibrahim Jusoh
1952 - 18 June 2009

Tiada Mood;
Ciare

Friday, June 12, 2009

Kami dalam perjalanan ke perak ni =)

Okay 1st of all jgn berbaju kurung jika mau tampak slim di hari perkahwinan kamu unless kamu mmg slim melidi =P Owh rasa menyesal okay sbb pkai baju kurung T____T. baik pkai baju bikini bottom ke hape kan. hakhak. lg xlalu kot org nk mkn kek tgk aku pkai bikini. hahahahahahahapasal aku gelak?? =D
saje kecikkan gambo..hahaha =D

Gambar di atas adalah gamba contoh. bukan gamba ciare tau. cewah tetiba tak ngaku =P abes tuh kalo pempuan yg dlm gambo ni bukan ciare, MK tgh suap sapa tuh??? nak kena MK ni. siap u kang :P cewah! emm yelah yelah aku ngakuuuuuuuu aku lah pempuan gemok dlm ganba ini ;) actually suami aku ni yg slim tuh psl isteri dia nmpk gemok. dah le baju kurung plak size L yakni beso. aku patotnya size M. uuuuu T____T. penat akak aku jait manik lawo2 kat baju ni tp rasa geram pulak sbb baju ni menggeleh beso T_____T ceh tetiba salahkan baju padahal diri sendiri yg gemok! aku lempang ko kang ciare =D hoho

Eh napa aku rasa mcm lari tajuk plak entri ni? =P okay lah korg. we all nk blk kmpg ni. besok majlis kawen mak sedara aku. hihi. yeayyy makan kek lagi. makan dan makan lagi smpai kembang kan syg? ;)

Doakan perjalanan kami selamat yek. Oh tak sabar nk jumpa kyra kyrin. hihi. err tp suami aku sedikit kecewa sbb kyra masih xmau bermesra2 dgn dia. kyra asik nak ACUUUU aja tp ngn paksu dia tak mau. hahaha. sian suami aku asik kena jeling dgn kyra. sabar eh sayang, lama2 nanti kyra nak punya manja2 ngn u. you tackle dia pelan2 yek :) muahh syg ^__- <3>

Xoxo;
Ciare =)

Pengantin & Pengapitnya ^__-

Believe it or not, aku ada 2 keping aja gamba aku masa pkai baju bersanding. itu pon gambo dgn pngapit. masa ni laki aku dah hilang ke mana tah. hoho. aihh. masa kenduri tuu aku xtau nk bg sape tgkp gambo pkai camera aku. so camera aku yg separuh gile cggih tu tersadai aja lah kaedahnya T___T. lain2 gamba adalah berada dlm cmera org lain & photog profesional tuh. aihhh menggediks aku rasa nak tggu gamba photog tuh siap.

Owh photog yg dimaksudkan bukan lah photog yg canggih sgt pon. biasa2 aja. mmg dlm pakej butik pengantin tuh ada skali photog. lgpon kat kg aku tuh mana lah ada photog PRO yg keje fulltime neh. sume tahap bidan terjun aja. kalo nak photog PRo kena import dari luar lah WHICH IS VERY MAHAL T__T. tak mampu weh. xpe lah aku redha aja dgn apa yg ada. janji ada gamba sudah. dlm pakej tuh aku amek 3 roll aja. tp kompom arr terlebih 3 roll kan. dah asik menggedikkkk aja :P erm so aku cdg nk beli unlimited pictures yg photog tuh tgkp, then anto kedai utk wat custom album ke apa jadahnya. edit2 sket aku pon bleh buat ^_-

So korg layan lah 2 keping gamba yg aku ada neh :)

Aku sgt sukakan baju aku bersanding nih. Owh! =D rasa taknak bukak2 dan nak bawak tido smpao 3 ari 3 malam. aku sgt puas ati dgn baju neh :)

Xoxo;
Ciare =)

Busana & Makeup Akad Nikah

Utk acara nikah, aku telah pilih tema PUTIH+PUTIH PEARL+KELABU. ada 3 kaler. tamak bukan? ah aku mmg tamak tak nak kalah punya org. hihi. ish tak larat arr nk taip. layankan aje gambo neh.
memula skali jgn kutuk gamba di atas kerana itu posing terhebat aku. hahah. erm utk pengetahuan semua. ni gamba aku tgkp sendiri. gamba yg molek sket lambat sket siap nye. tguuu yee.
Owh ayukah begini? ;)
Masa nih ontheway balek umah lepas siap makeup dkt butik. muka ceria bagaiii. excited nk nikah lah tu. hoho
erm ni nikah sbelah ptg selepas kejadian ITAM itu. lain sikit lah bukan? lipstick pon dah pink sket. lipstick kakak andam tu ala2 oren sket mulanya. pastu idung tu aku shading sndiri smpai aku nangis sbb geram tak reti wat shading T____T. senyum?? serius SGT PLASTIK!
me with my lovely sista; Ruby. sama lah pulak nama ngn mak andam.
me with my lovely cousin, ATI. pengapit plg hebat =D

Owh aku ngaku baju ni sedikit seksi utk kategori nikah di masjid. erm xpelah, janji ada baju bukan? ;) tang blkg tu seksi sket, so tdg kena lebihkan ke blkg. huhu

Xoxo;
Ciare =)
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha