Friday, July 31, 2009

Genap 44 hari dia meninggalkan kami

Bismillahirrahmanirrahim.
Masa entri ini dipublishkan, aku sdg berada di bumi Terengganu. Kampung halaman suami. since kamis lagi dah sampai kampung. Harini akan diadakan majlis tahlil hari ke-44 arwah pa meninggalkan kami semua. Hari ini, sudah 44 hari aku kehilangan satu2nya ayah yang aku harap dapat menemani kami..sbb ayah kandung aku pon, dah lama pergi. tapi harapan tak semestinya jadi kenyataan.
Arwah ~ di sebelah pengantin lelaki. Picture taken 18 days before he passed away. most of his pictures suram....tak ceria...dan pucat....

Sesungguhnya, pemergian dia sgt memilukan. hati kecil aku menangis. begini lah rasanya kehilangan ayah sebenar2nya. semasa arwah ayah kandung aku pergi, aku baru 5 tahun. tak tahu apa erti seorg ayah, atau pon erti perginya seorg ayah. bagi aku, emak lah emak & ayah ku.

Pemergiannya kami redha. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman. insyaAllah.

al-fatihah~~

Yang tak pernah tahu @ rasai sebenarnya kasih syg seorg ayah.
Ciare T________T

Thursday, July 30, 2009

1st time with PAC pigments ;)

Okay okay I know. hehe. mesti korg nak tengok hasil PAC pigments yg aku beli dari Redmummy tu kannnn??? yeah baby! sgt best wa cakap sama lu. selain dari texturenya yg glittery, sumpah tahan lama. mmg tahan ah dari pagi smpai tghari @ ptg. tapi kalo semayang tu harap maklumlah, konfem kena padam kan :P so mari tgk hasilnya.actually ni masa nak pegi opis, takkan lar aku nak pakai tetebal kan. agak2 lar sket. kang naek nyampah plak klien aku tgk makeup tebal cam nak pegi pub ataupon pameran barby doll ke ape? eh merepek lak :P erm pertama kalinye, aku pakai pink (opkosss), biru & puteh.
biru tu cuma 1/4 dari kelopak mata. pink pulak 3/4 dari kelopak mata. kat hujung mata dekat idung tu tambah highlight kaler puteh. kat bawah mata lak letak samar2 je kaler biru & pink. tp tak nampak sgt kot. aku malas ah nak over kan. pegi opis jee lagipon :P membazir jek. hiks

ish tak sabarnyeeee nak pegi menggedik pakai PAC pigments tebal2. ngeh3 =D nanti aku upload lagi bila pakai secara vogue okehhhh :)

Xoxo <3
Ciare =)

I've got parcel from Redmummy =D

Ape?? dapat parcel from Redmummy? heh. jangan nk perasan ciare. ko tu beli barang dari redmummy. bukan dapat adiah dari ke apatah. tak payah nak heboh 2,3 kampung. hehe. tak kesah la adiah ke beli ke. nak cerita jugak. heheLast week, aku telah mengorder satu barang dari blog RM. hehe. biasalah, i ni silent reader, tapi bila dah ada produk cenggini mula lah start un-silent kat blog tuh. heh. gigih you mengorder melalui blog dia kemudian berkomunikasi bersama org kuat RM iaitu Sirman suaminya melalui Gmail. okay lah. sgt pantas membalas segala pertanyaan aku. huhu

jeng jeng. ini diaaaaaaaa =D. apakah bendanya???

yup 2 PAC pigments ;) (code utk pigments ni aku tak ingat. sila rujuk blog dia) i loveeeeeeeeeeeeeeeeeeee it <3. ko pakai lah camana pon. combine je dgn kaler apa ko nak. KONFEM cantekk. suami dah puji2. ehem3 ;)

itu sahaja. sekian :) kalo nak tgk hasilnya di mataku, kena tunggu lah dulu. huhu~~~

psttttttttttttttt: masa korg baca ni aku dah smpai trganu :) mak, adik rindu mak. nanti ari merdeka kami balek perak pulak ey <3

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, July 29, 2009

MOMENT: 28 JULY with LOVE (Part 1)

**hehe tetiba tajuk ada Part 1. baeklah nti ada masa aku smbg part 11 okkayy =D

Ni lah keje aku pagi2. sebab tu sokmo dtg opis lambat. keh3. aishh masalahnya pegi awal ke lambat tetap smpai lambat. tak tau ikot cerok mana lagi aku nak lari dari kesibukkan tahap maksima ni. er maybe kena bertolak kul 6 pagi lepas tu smpai opis smbg tido kot. haha =Dpagi2 jer muke camne. petang kang mcm muke apetah. tp sebelum balek umah kena comei2 sikit. tak adalah tokojuts laki aku kang. wakakaka =D

Eh lari tajuk pula. motip utama adalah utk mengimbas semula tarikh 28 July setahun yg lalu. maka baru setahun kami telah berdating. hehe. erm masa kawen aritu kami baru berdating selama 10 bulan. hehe ;) YA kami adalah cinta KILAT. believe it.

Alkisahnya, kereta SAVVY ku lah punca perkenalan kami. ehh tak baek ckp camtu. kalo dah jodoh ditentukan Allah, aku pakai BMW pon jumpe suami aku jugak kot. ceh perasan jap aku pkai BMW. heh :P Sebab kalo nak ikot, memang tragis jugak kronologi aku membeli sebijik SAVVY tu.

Bagaimana kami berkenalan?
Biasalah, kalo nak ikot budget, kereta aku tak mampu ler nak beli BMW ke Honda ke Toyota ke T_________T nanges laju2. jadi aku buat keputusan utk mensupport kereta buatan malaysia. hehe. tak ape lah, buat apa nk bazir duit utk sebijik mesin yg bukan aku nak tido dgn dia pon. ayat sedap ati. yang penting kenderaan itu bleh tolong mudahkan perjalanan aku yg sokmo pergi ke tempat klien (which is far enough. sehari 80km pegi balek T_____T).

Setelah berjumpa ejen proton, aku mendecide utk beli wira. ejen tu pon dok goreng mcm2 la kat aku bla bla bla. so terpengaruh utk beli wira. gila dasyat aku pegi jumpe ejen SORG2 tanpa pertolongan sape2. huhu. mcm hidup sebatang kara pulak masa tu. ehh bukan ape, aku taknak nyusahkan org.

So bla bla bla tak perlu cerita details korg bukan baca pon :p. at last tah mcm mana aku TERbeli SAVVY pulak. hehehe. maka bermula lah hidup seorg ciare. hehe ;)

Aku join kelab savvy.
Dan telah bertemu dgn SUAMIKU SKRG masa perjumpaan unofficial club dekat Shah Alam. hehe. so bermula lah. teettttttttt. Dan org yg bertanggungjawab mengkenen2kan kami adalah KAK SHIMA :) hehe. beliau ada sixth sense bahawa kami ada jodoh. hehe. sweet sgt kak chima. lepas ni giliran kakchima plak naek pelamin. yahooooo =D

Yang pastinya, suami aku ni memang sgt pantas. kali ke-3 dating dia dah ajak aku kawen. hoho. tapi bukan lah terus terjah ke ckp nk kawen. adalah cara2nya. hehe. cepatkan proposal daru suami saye ;) sayang you memang terer. i love you sgt banyakkk =D. hehehe gatai japs.....^__-. erm k lah, takmo cite pjg2. biar lah yg selebihnya menjadi kenangan abadi kami buat selamanya.

With LOVE;
Ciare =)

Movie Review: Confession of a Shopaholic

Ehh macam dah lambat plak baru nk movie review cite ni. hehe. biasalah i kan busy sokmo =P jom kite layann. enjoyable jgk cite neh ;)
Cerita ni memang sesuai utk golongan yg kuat shopping tapi tak sedar diri duit tak ada @ tak banyak. err tapi aku tak ada lah sampai sampai berhutang bank sbb card credit overlimit. cuma akan rasa kepala terhantuk bila current savings makin mengecil jumlahnya. lepas tu cepat2 insaf. tapi bulan depannya buat lagi. kahkahkah =D

The film starts off with a flashback of when Rebecca was young, her mom buys her brown shoes that will last forever but aren't very fashionable, while the other little girls in the store are getting cute fashionable shoes. When they look at her mundane shoes, they laugh at her and its at that moment that Rebecca first feels unworthy.

The movie flashes forward to the present, Rebecca Bloomwood (Isla Fisher), living with her best friend Suze Cleath (Krysten Ritter), has moved to Manhattan to nurture her shopping addiction and to get involved in the New York City magazine world. She's a journalist for a garden magazine but she'd rather work for the fashion magazine "Alette". Unfortunately for Rebecca, when she gets to her interview she's told by the male receptionist that the job has been filled. He helps her out by giving her a tip that she should get her foot in the door with another magazine owned by the corporation and then make her way up to "Alette" since the company, Dantay West that owns all the magazines, likes to promote from within, he tells her there are interviews being held at the magazine "Successful Saving."

Rebecca is off to the interview but on the way there she realizes that there is a sale at Denny & George. Inside she finds a beautiful green scarf. Unfortunately her credit card is declined and the sales girl tells her that they can't hold sale items. Rebecca races to the nearest hot dog stand and offers to buy all the hot dogs if he gives her back change in cash. Rebecca lies and says its for her Aunt Ermintrude who is sick in the hospital and she needs the scarf. Finally a man offers her money so she can buy the scarf. When she interviews with Luke Brandon (Hugh Dancy), the editor of the magazine Successful Saving, she finds that he is the man from whom she had borrowed money. While he's still talking on the phone, she throws off her scarf on one of the cubicles and tries to act like it's not hers. The interview doesn't go well for Rebecca, when he asks her what Finnish she speaks and about the current fiscal crisis. She tries to distract him but it all goes badly. Luke's assistant Hayley comes into the room and tells Rebecca that she dropped her scarf. Rebecca knows her game is up and leaves the interview.

Frustrated by her lack of success, she and Suze write drunken letters to Alette magazine and Successful Saving, but she posts each one to the wrong magazine. Nevertheless, Luke Brandon hires her. Then, rather than completing a work assignment, she goes to a clothing sale. When examining an expensive cashmere coat, she realizes that it is 5% cashmere and 95% acrylic. She writes her column, calling herself "the Girl in the Green Scarf". Impressed, her boss, Luke, invites her to a conference in Miami and an important ball. While shopping for the ball, Luke asks what she thinks of him. Rebecca says he is a workaholic and not a good investment as all his hard work goes into the magazine but the earnings to someone else. At a restaurant, another woman, Alicia Billington (Leslie Bibb), asks Luke to the ball. Rebecca learns that Luke is the son of the famous socialite Elinor Sherman and that he knows a lot about clothes. At the ball the two share a romantic moment on the roof.

Rebecca returns home to confrontations with a bill collector and her best friend Suze, who makes her join a Shopaholic-group. Her Shopaholic class leader, Miss Korch (Wendie Malick), forces her to sell all the clothes she just bought, including her bridesmaid dress. She is later publicly accused of not paying her debts live on a TV show, 'Morning Coffee' and as a consequence loses her job. Though Luke is hurt that Rebecca has lied to him, he still finds her a source of inspiration. Suze finds out that Rebecca sold her maid of honor dress, and forces her to move out.

Rebecca decides to sell all of her clothes in a sale, but hesitates over the green scarf. A blond woman and a woman talking on a telephone begin a bidding war over the scarf. The sale is a success, making it possible for her to repay her debt. Rebecca attends Suze's wedding, and she forgives her, letting her be the maid of honor. Rebecca and Luke come together, with Luke returning her the green scarf;– he was the person behind both bidders. During the credits, Rebecca ends up working for Luke's new magazine, writing articles such as "Confessions of a Shopaholic".

**credit to HERE**

Hehe sgt pemalas aku sampai amek kat wikipedia ;) hehe. erm sape yg suke shopping sila tgk cerita ini & bawak lah insapp. ngeh3 =D

Xoxo;
Ciare =)

"Ole Ole Vietnam" ~ TQ Ann =)

Hye hye. hehe. minggu ni rasa macam selow sket pergerakan blog aku nih. tak ape yg penting nuffnang laju. muahaha. ceh laju lah sgt KONON. baeklah, entri ini adalah utk menitipkan ucapan TERIMA KASIH pd cik-bakal-puan-ann :) mmg salute ah ngn dia. tgk dok sibuk2 wat persiapan kawen yg tak sampai 2 mggu je lagi, sempat lagi menghantar parcel pd teman2 blogger. TQ ann =DEhm sape yg baca blog dia tau lah dia baru balek dari mana aritu. hehe. hish nanti g la honeymoon jauh2 sket dah alang2 bkerja di bidang tourism nih ;) kalo aku konfem dah pegi negara mana tah. cewah berrrrangan kejap. heh :P Ni lah ole2 dari Ann. siap ada ucapan lagi tuh. ish terharu guwe T__T ehh tetiba sentimental plak. hoho

:)

Em ni kotak yg sgt comel. siap ada cermin. bleh la taruk barang2 kemas. cewah cam byk je barang kemas :P dan jugakkkk keychain simbol vietnam ;)

disertakan bersama mini-mat hehe. bleh lapik2 laptop ;) TERIMA KASIH ann. tapi daku rasa bersalah........sebab tak pasti dpt dtg wedding ann atau tak. semuanya sebab ITU. haish. ape2 pon dtg atau tidak, I'm sure u're gonna be a very pretty bride sbb kamu mmg pretty. hehe. chaiyuk chaiyuk! jgn nebes2...relax...everything will be okay insyaAllah. TAHNIAH in advance yer ANN & TUNANG :)

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, July 28, 2009

Baby boy in the house!! =D

Yeah baby. Ada tetamu diundang tapi tuan rumah dalam keadaan tak bersedia sebabnya tiada pengalaman hehe =P. Alkesahnye, sewaktu hari kejadian yg penuh propaganda kat umah aku sabtu lepas, ada tetamu comel dtg. sebab daddy kpd tetamu comel tersebut ada job bersama suami i. maka babynyer terpaksa bermain2 dgn aunty ciare. hehe. i likeeee ada baby dlm umah. otomatik terus ceria =Dnama manja saya IS. umur saya 3 bulan. berat saya 6 kg =) daddy sibuk keje dgn uncle MK, mummy pulak keje on weekends, jadi aunty ciare akan menjadi bibik saya =D

chinese look laaaaaaa..padahal bapaknye jawa & maknye ada keturunan indon sket. babynye jadik chinese look =D. ehh tp keturunan jawa & indon mmg lawa2 apeeee <3 erm aunty sebelah tu over sket. sekian harap maklum =P

ceh uncle MK ni lagi over. hehe. owh hensem sgguh suamiku ;) ^______^ <3

auuucakkk!! ^___-

hehe akhirnye senyum sket jek. sbb otomatik kalo ada camera dia dok usha camera semacam. kalo takde camera elok pulak tersengih2. aisehhh ;)

okay itu saje. da~~~~~~~

Xoxo;
Ciare =)

Monday, July 27, 2009

http://manikmanikruby.blogspot.com with smile =)

sgt menarik tertarik bukan?? hehe. kunjungi blog manik kakak saya di http://manikmanikruby.blogspot.com =) harga sgt berpatutan. tempah utk raya laa apa lagiii ^__-


Xoxo;
Ciare =)

Hak Anda Apabila Jiran Sedang Mengubahsuai Rumahnya

Hehe. yeahh I like the title :P baiklah, kali ini aku akan mengutarakan isu jiran berjiran terutamanya umah yg teres ni lah tak kiralah single storey atau double storey occay. kisah aku ni, bleh dijadikan pandua korg semua. lenkali when it happens to you, you'll know what to do :)

Jumaat lepas (24 July 2009), sesampainya aku di rumah, si suami sdg pung pang pung pang bcakap di telepon. erm serius nampaknya. aku pon masuk umah. eh apasal gelap?? aku on la segala mak nenek suis yg ada. kipas, lampu, tv tak nyalooooo T____T. aku pegi lah mensebok dengar pbualan suami di telepon. owh! rupanya dia bercakap dgn owner rumah yg kami sewa.

Dan guess what?? memang what the f*&^% betollah. rupanya wiring rumah jiran sebelah yang mensebabkan rumah kami blackout. tuan rumah pon menghantar wireman dia utk mengcheck status elektrik rumah kami sepantas kilat. bagus betol lah tuan rumah kami. walaupon chinese tp sgt menjaga kebajikan. tak macam tuan umah masa zaman bujang aku. dah la sewa dia main suka hati je naikkan, mcm umah dia lawaaa sgt. pastu satu kebajikan apetah tak bagi. tensen nyah :P

Wireman pon sampai dan mengcheck laju2 kat suis utama. check punya check KONFEM lah wiring elektrik rumah kami sudah terjejas T_____T. mengikut kata wireman tersebut patotnya sebijik rumah kuasa elektriknya dlm 200 lebih saje. tapi bila check, kuasa tenaga elektrik rumah kami sudah 400 lebih maaa. mengikut katanya lagi, itu adalah tenaga kuasa utk premis2 besar seperti kilang yg memerlukan tenaga elektrik yang tinggi.

Dan berKEMUNGKINAN BESAR BRG2 ELEKTRIK RUMAH KAMI TURUT TERJEJAS T______T ahh memang mentensionkan hati kami. uuuuuuuuu. dlm hati dah terbayang hari besoknya akan berjumpa polis utk report bla bla bla. tapi tak apa kami cool dulu. sebab tuan umah kami sgt supportive. dia janji akan korek ke lubang cacing sape owner rumah sebelah, dan mintak wireman dia bertanggungjawab. fuhh sedikit lega di situ.

Maka jumaat malam sabtu tersebut kami menumpang kasih di rumah kawan baik suami kat area bandar kinrara tu jugak. naseb ada kawan baik yg memahami. tapi seronok occay sebab bleh main2 ngan baby dia yg berusia 3 bulan. yeayyy ^___^ lupa masalah rumah sekejaps. hehe.

besoknya pagi2 tuan rumah kami call dan bgtau dia akan sampai kejap lagi bersama wireman jiran sebelah. thanks tuan umah kami :) dalam hati dah reka mcm2 dialog nak hamburkan pada wireman jiran sebelah. siap lah org tu nanti >:} huhu

sesampai je kat umah, tuan umah kami & wireman bengong tu pon sampai. ceh! i thought wireman tu chinese @ org yg muda2. rupa2nya adalah pakcik2 melayu yang aku gerenti umurnya 50 tahun ke atas. haishh aku nak bergadoh pon terbantut. rasa tak sampai hati nk marah2 pakcik2 yg agak sebaya umur bapak aku kot T_____T

tapi please lah, nape lahhh ko pegi hire pakcik2 yang tangan2 dah terketar2 lepas tu asik taknak ngaku salah. memang what the ^%$# betol lah!! kalo nak ikotkan, rumah aku dan 3 buah rumah lagi jadi mangsa. tapi 3 buah umah lagi kosong. so we're the only victim yg kena. dah la kami muda & nampak cool pastu ko nak pijak2 kepala kami eh?? owh aku mmg cool tapi ko tak tengok api aku semarak lagi. maka bermulalah detik hitam idup pakcik2 tu sebab dorg mmg buat aku naik hangin. dalam proses ni tak ada konsep nak hormat2 ke apa sebab mereka konfem salah, kalo naik court ke balai polis ke memang wassalam lah ko. so aku dah setle cara baik ko diam. jangan banyak cakap!

Maka bila di check2 perkakas elektrik dalam umah aku, TV, mesin basuh & 4 mentol lampu ROSAK. aku dah menitis air mata okay T_____T. heh dia ingat aku nangis hati aku lembik ke? hah memang siap ah ko. maka keluarlah dialog "Saya nak semua barang2 elektrik yang rosak ni elok harini jugak". ahh mmg keras lah suara aku. siap jegil2 mata kat pakcik tu. lepas dorg check dan try nk kopak2 tv&mesin basuh aku, sah lah tv&mesin basuh tu rosak teruk sebabnye dah terlebih voltan!

pakcik annoying: "em benda ni tak boleh salahkan kami. benda dah nak jadi"
suami: "pakcik tak boleh cakap mcm tu. saya tau selok kerja pakcik ni. pakcik memang salah sebab kecuaian pakcik ni. kalau report kat polis ke tnb ke, pakcik memang salah tau tak. pakcik nasib baik sebab kami ni kira lembut lah jugak sebab melayu sama melayu. cuba kalau pakcik terkena kat org china, memang abes lah pakcik dia buat saman"
pakcik annoying: ~~terdiam~~

pas setle semua, mereka pon blah utk membeli mesin basuh & tv baru utk kami. hah padan muka. so lebih kurang jam 4 dorg pon sampai. ehh! tapi ada mesin basuh je. tv mana?
~~nada pakcik ni kena baca dlm slang annoying sbb mmg cara dia cakap rasa nak tembak aje!
pakcik annoying: "kami jumpa peti ais je. tv mcm model adik ni tak ada"
aku: "peti ais ni pakcik beli kat mana? warranty mana?"
pakcik annoying: "beli kat jalan klang lama. warranty ni dia"
aku: "heh jgn beli kat kedai murah sudah! kalo rosak cepat ni saya cari pakcik nanti sampai jumpa. abes tu tv ni mcm mana?"
pakcik annoying: "pakcik dah cari tapi tak jumpe pon. tak apalah, saya ada kawan cakap ada tv model macam adik punya rm*** je. ada warranty jugak"
aku: "pakcik, kami ni bukannye jual lelong tv kami. tv kami tu tak sampai 2 tahun. lepas tu waranty 4 tahun. lepas tu saya bukan beli kat kedai lambak. pakcik tak boleh nak compare2kan harga tv saya ngn tempat lain. saya nak tv yg sama mcm ni dgn harga yg sama. kalau jenama lain pon tak apa janji harganya sama dgn harga saya beli tv saya!"
pakcik annoying: ~terdiam
pakcik tak annoying sgt: "okay lah mcm ni. kami bagi separuh duit harga tv adik. lepas tu adik hantar tv baiki pakai warranty. nanti bila tv dah siap. kami bagi duit balance dan adik bg tv tu kat kami"
suami: "ok kalo mcm tu nanti dah siap baik kami call pakcik"

aku konfem lah buat muka tak sudikan. hehe. i kan mrs.propaganda. memang silap org silap rumah silap aribulan la pakcik tu. hoho. haihh nasib ah suami coolkan keadaan. betol jugak tu. kalo ikotkan ati panas aku mmg aku tak sudi tak terima cadangan pakcik tu. tapi buat apa nak pnjg2kan. baik setle dalam satu hari.

info buat korg semua kalo konfuse, tv dgn mesin basuh mmg masih dlm warranty. 4 tahun warranty. tapi kalo pihak pengeluar tu tau brg2 elektrik terkena renjatan elektrik @ terlebih voltan, maka tak bleh pakai warranty dah tau. dan jugak, brg2 elektrik tu mungkin akan cepat rosak balek atau tak tahan lama dah. sooo thats y aku sgt marah & memang kami ada hak utk claim harta kami mengikut harga sebenar barang tu.

okay itu saje luahan hati. hehe. daaa~~~

Xoxo;
Ciare =)

Movie Review: Ice Age 3 (3D)

Assalamualaikum :) haishh akhirnya tercapai jugak impian nak nengok ice age 3 secara 3 dimensi @ 3D :P erm mmg puas ati ah. oleh kerana 1st time nengok secara 3D maka haruslah ada sedikit jakun. hoho. tak sangka plak ada cerita 3D kat midvalley city, ingatkan ada kat IMAX timesquare je. actually perbedaannya cuma dia bagi ko pakai spek mata 3D tu jer. panggungnya sama cam biasa. heh. tp best la sbb bermula dari iklan lagik udah berkonsepkan 3D. seronok weh. kalo Upin Ipin tu upgrade kpd 3D konfem lagik gempak punye. ke mmg ada tp aku yg tak tau. i kan lambat sket bab2 info semasa nih T______T
Okay mari kita lihat apa yg ada dlm ice age kali ini ^___-

Sid (camne ke eja?) telah menculik 3 bijik telur dinosour. dia ingat telur tu telah ditinggalkan oleh ibunya. tak lama lepas tu, telur tu menetas & keluarkan 3 ekor anak dinosour. Mak dinasour tu ngamuk ah tgk 3 bijik telur tu ilang, pastu dia pon ngamuk lah kat atas daratan (sbb sebelum tu dia tggl kat bawah tanah) utk cari anak dia. Lepas dia jumpa anak2 dia, dgn sid tu sekali dia angkot masuk ke dunia dia yg kat bwah tanah tu. So geng2 sid yg terdiri drpd sepasang mammoth & tiger mulakan misi mencari sid. so mcm2 lah aksi menarik masa pengembaraan dorg tu. best la sgt2 sbb aksi2 3D tu mmg syok giler ah. hehe jakun aku kejap. (ehh tetiba emosi pon masuk dlm review :P). Dorg dpt bantuan dari sorg kawan baru. pastu rupanya ada lagi sekor dinosour lagi besar dari dinosour yg culik sid tu. so bla bla bla. tak tau nk cerita camne sbb byk sgt aksi. kalo cite sume kang baik aku taruk online DvD ke ape ke. hehe. maka at last, dorg pon jumpe sid. tp ada lawan2 jugak antara dinosour besar ngn kecik. bini si mammoth tu pon siap beranak2 lagi dlm jungle tu. comei sgt anak dia ;) dan akhirnya konfem lah dorg selamat & kembali ke bumi ^__^ sekian

Hehe macam boring plak jalan cerita ni kalo cerita gitu jek. hehe tak ape. dont worry. korang pegi jer tengok sendiri sbb mmg konfem best ah. dan yang paling penting sila tengok secara 3D. baru lah masyuuuukkkkk =D okay itu jer. daaaa~~~

Xoxo;
Ciare =)

Friday, July 24, 2009

info: YOUTH 2009 MOTORSPORTS CARNIVAL GO YOUTH MALAYSIA CAR LARGEST GATHERING

Date: 25th July 2009
Place: Stadium Nasional Bukit Jalil

Tentative
0700-0800 - Preparation / Opening
0800 - Mini Concert / Autoshow
1200-1330 - Arrival of all Car Clubs
1330-1430 - Judging of Competition / Free n Easy
1430-1500 - Gathering in front of Stage
1500 - Arrival of Prime Minister
1515 - Speech from YDP Youth
1535 - Speech from Prime Minister
1600 - Prize & Certificate Giving
1700 - Hi-Tea
1730 - Press Conference
1800 - Closing with ascot from PDRM

Objektif Program
- Program “ KARNIVAL ‘GO YOUTH’ ” adalah untuk mengumpulkan semua belia-belia
yang terdapat di Malaysia untuk menghindari daripada gejala-gejala sosial yang
semakin berleluasa.
- Disamping itu, “ KARNIVAL ‘GO YOUTH’ ” ingin mencipta
rekod Malaysia Book of Record “The Largest Car Club Gathering” di Stadium Bukit
Jalil.
- Mengetengahkan Tabung Kemanusiaan YOUTH untuk disalurkan kepada yang
memerlukan.
- Mempromosikan YOUTH kepada masyarakat dengan lebih dekat.
- Sebagai platform bagi menyediakan aktiviti yang sihat untuk belia-belia
Malaysia.


pssstttt: warga Bukit Jalil yg tak berminat sila menjauhi stadium nasional tersebut utk mengelakkan lalulintas. hehe.

Xoxo;
Ciare =)

Bagus jugak gaji masuk awal neh. rasa macam keje gomen pulak

Ish rasanya baca je tajuk entry korang dah tau apa start, isi, ending cite aku. kahkah. bagus apa? tak sia2 dulu cikgu BM suh wat sinopsis bila baca buku cerita. dia tak tau anak murid dia copy jer sinopsis kat blkg buku. lepas tu baca jer ending wat sinopsis sendiri. kahkahkah =D eh melalut pulak. well i kan pelajar bijak top 10 sekolah. hehe riak2 kejap. terima kasih cikgu. eh sudah sudah. sila start sekarang!

Alkisahnya, hari ini dapat gaji.(jgn mintak aku belanja eh, ada byk barang sudah dilistkan utk dibeli. hehe) segulung terima kasih pada bos. ini lah 1st time gaji dapat awal daripada 27hb semenjak aku bekerja dgn XS team selama 2 tahun 9 bulan. hah bleh dapat 3 org anak dah kot kalo dah lama kawen. kahkahkah. shut up!! :P

Jadi, kami (saya & diana) meraikan duit gaji kami yang tak seberapa nih (mmg lah tak seberapa lepas kena potong kwsp, socso, incometax bagaiii T___T) dengan beraya di ATM dulu. mestilah. nak beraya ke mana lagi? mesti lah mesin ATM atau mesin cahaya. hehe ;)

Masa mesin cahaya ATM mengeluarkan duit tu, i hampir2 nak pitam youuuuuuuuu. ish! memang buruk padahnya jika tidak menonton berita, tidak membaca paper secara online @ offline dan sbgnya. apatah lagi aku hanya melayari http://www.onemanga.com/ sahaja buat masa ini. err i mean slain blogspot :P kenapa rasa nak pitam??? bukan TANDA2 okayyyy. hish korg ni. pantang aku sebut jee yg pelik2 kang mesti ingat ada sesuatu. NO okay. aku pitam kerana duit kertas yang dikeluarkan oleh mesin ATM tersebut nampak janggal sekali. secara sepontan "What is thisss???" hah konfem minah drama aku ni. masa tu dina dok sebelah mesin tu sambil tersengih2 lalu berkata "ciare tu duit baru lahh"...ya Allah kenapa aku tak tahu ada duit 50 hengget baru??
aku ingat mesin cahaya ATM tersebut telah memperkotak katikkan aku dan mengeluarkan duit palsu tauuu. uuuuuuu sumpah terkejut T_______T. nah sila lihat duit kertas di atas! tak menawan okay rupanya. dalam hati rasa tak percaya. laku ke duit nih?? heh.
sesudah itu, kami berseronok dengan mengisi perot bersama makanan kegemaran kami :) SUSHI KING. owh sushi i love you. haha.
set kegemaranku KODOMO BENTO. dah 50x kot makan benda nih. haha.
dimakan bersama kicap sedap dan air tea sejuk. yummyyyyyy =D
Ehh rasa tak cukup pula. maka puan ciare menambah lagi sepiring sushi yg berpusing2 kat kaunter tu. hehe. hrp2 tak pening sbb tak tahu dah berapa lama dia berpusing2. ngeh3.

sekian sahaja sehari bersama duit kertas 50 baru lalu terkejut T_______T.

Xoxo;
Ciare =)

My Most Favourite Makeup Website =D

Internationally, of course my favourite make up artist xsparge laa sapa lagi. tutorial2 dia yg penuh dalam youtube tuu sume dah masuk favourite clips =P kalo org lain masuk youtube cari hiburan ke ape, but me, cari makeup2 punya tips. hehe. masa makeup hana bernikah dulu pon punya lah gigih study tips2 xsparge dlm youtube. hehe ;) dah mengikuti sume tutorial dia ni since 2008.

Err locally, ada banyak. redglow (ramai dah tau kan ;n insyaAllah akan join kelas dia. tp tgh mencari kelapangan masa. bz sokmo aku nih. huhu), dianasyukor (best tgk tutorial2 dia. langsung tak lokek nk kongsi ilmu), erm pastu ade lah bbrp blog mak andam2 yg lain. hehe. ish mmg best giler ah. i'm soooo in to it. i mean, this field of makeup2 nih. cewah =D nti bila aku dah blaja abes khatam sume, bleh ar mtk tlg sapa2 di sini jadi model nya. kamu berminat? hewhew.

motip aku dlm bidang ini: Erm actually, aku rasa malu sgt nak join mana2 kelas. sbbnya, org yg join kelas ni slalunya cun2 belaka kan. aku kan jenis low profile. pastu rasa rendah diriii sesangat dgn skill yg bukan kategori skill pon sbnrnya (kahkahkah). tp bila dipikir2.......SUKAHATI AKU LAHHHH nak masuk kelas makeup!!! hahahaha. puas ati den. sbb bg aku, makeup bukan utk menyorokkan muka yg sbnr, for me: makeup is to shine and being confident. bukanlah xde makeup langsung xkonfiden goyang lutut bagaiii kan. it's just.....susah lah nk kata. sbb aku betul2 minat dlm bidang ni. YUP minat is there, so jgn sia2kan minat :)

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, July 23, 2009

Mak long bila nak beranak? erk?? (-_-")

alkisahnya pada suatu malam, kami pergi menvisit adik suami yg berada di kepong. dia baru balek dari kmpg trganu dan membawa balik berkotak2 durian. (hehe berbunga2 hati i dpt durian, itu lah sampai berhasilnya kuah durian panas2 dicicah bersama2 roti =D) hehe sbb durian sggup owh datang umah dia memalam buto. hehe =P ish tp tak adalah kronik sgt nak durian. tp adik ipar aku ugut kalo tak dtg ambek nanti dia abeskan. kahkah. kelaka betoi :P

sesampai dirumahnya aku pon TERpaksalah melayan anak2 sedara baru aku yg boleh tahan nakalnya T_____T aku dahlah tak berbakat nak jaga budak2 ni. walaupon darjat aku MAKLONG tapi budak2 tu tak takot langsung. (darjat ke pangkat eh?? hoho) kalo dilayan ada yang kena jadik kuda ku lari gagah beraniiii~~~hehe. biasalah, awal lagi kot, aku tak reti ar lagi nak melayan kerenah dorg. btw, kakaknye okay. walaupon baru darjah 2, tapi pemikiran dia dan soalan2 dia bleh kalah soalan who wants to be a millionare tauuuu =D

Erm masa suami tgh sibuk2 mengangkot durian ke dalam keta, si kakak menarik tangan aku dan bertanya soalan "Maklong maklong. bila maklong nak beranak?"






errrrrrrrr.....aku dah terketar2 tak tahu nak jawab ape. should i laugh? =D hahahaha. lawaknyeeeeee. tp takkan aku nak gelak sensorang sbb org lain sibuk perihal durian. heh =P jadi aku memendam aje gelak dlm hati ;) aku jawab kat dia "Raya nanti maklong beranak". kahakhkahkahkah. hoho rasa nyesal plak bila dipikir2 aku jawab camtu. kang time raya kang dia tanya lagi bila aku nak beranak camnoooooo????? hahaha.

kakak, kakak....at least tanyalah bila maklong nak mengandung. ni tak pasal2 tanya bila aku nak beranak T______T. ke dia nampak perot aku buncit cam org pregnant heh?? hahaha. sian dia ditipu idup2 oleh lemak lemak scoobydooo perot i =D
hehe sekadar hiasan.

Xoxo;
Ciare =)

Streamyx only will be activated at the end of this month

2 bulan yang lepas, aku menengok ada booth2 streamyx @ tm registration booth kat jalan nak masuk ke taman kawasan umah aku. err dgn erti kata lain, aku seronok ah sbb kalo udah ada booth means, line sudah ada dan aku bleh mengapply streamyx bila2 masa aku nak onwards lah kan.

dipendekkan cite, lepas discuss dgn suami nak beli broadband ke streamyx, we have decided to use streamyx jelah. sbb aku ni tak de lah rajen sgt nak surf internet sampai bawak laptop ke mana2 kan. plus at both our hometown broadband @ 3G takdak line. kalo ade pon sgt2 lah siput babi maka lupakan jelah hasrat ituuu. hehe.

so dgn yakin dan saksamanye, khamis lepas before MC kedemaman tu aku telah mengregistered streamyx secara online dan mudah sekali. segalanya di hujung jari anda! =D then org TM pon feedback kat aku, dia kata after 3 working days contractor dia akan come back pd aku utk pasang line. okay i'll wait.

wait punya wait udah 5 ari bekerja. ape kes?? huhu. so aku pon call lah Mr. X dan bertanyakan status terkini application aku tu. Mr X kata dia tak dapat nak match alamat umah aku dgn koleksi2 alamat yg ada dalam pangkalan data TM. i was like "what??" hehe biasa lah minah propaganda sikit aku ni. kahkah.

kebetulan member opis @ nana punye marka (korang tau ke ape maksud marka nih? hihi) keje dgn TM dan dia lah yg dok pasang2 cable TM neh. maka aku bertanya ape kess?? awat TM kata address aku tak matching ngn address dlm database TM?? HEHE. yang kelakarnya, rupanya line telekom kat kawasan umah aku BELOM AKTIF LAGI. haha. aku yg maju sgt ke camne? atau org lain terlalu maju pakai broadband? maybe.

Erm bf nana berkata lagi, line akan diaktifkan hujung bulan ini. sekian terima kasih. suami aku yg over excited tu trus not excited at all. kahkah. hehe itu je. aku bukan nak ngadu ape2 pon. tu lah padahnye kalo tak mau bertanya sebelum bertindak (-__-#)

Xoxo;
Ciare =)

Erm. bak kata cikrose (bride-to-be neh. hehe glemer u :P) aku kena tangkap gambo tutup bahagian pipi untuk elakkan masalah ketembaman pipiku. ewah. hehe. tp skang aku ada tips baru iaitu fokus kat idung so pipi nampak kurus sket. kahkahkahkah =D ni tips dari celah mana aku dapat pon tak tau. but u know what? macam berkesan jek (sila rujuk gamba di atas). hehe. nah amek selonggok idung kembang ku. kahkahkah. mengucap panjang seh kalo mak i tgk gamba ni =P
okay lah mak. nah tgk gamba adik yg CUN ni. excuse me. kahkahkah. alaa inai di jari da nak abes T____T. ann nanti save sket inai utk i. hehe. guwe kepingin mau berinai semula. owh i love the smell. err maksudnye smell of inai lah. hehe.

erm okay jugak kan tangkap gambo sekerat2 camni. nanti org pon tak de lah cam sgt rupa aku kalo kat dunia sebenar. cewaaa. kalo nak tau rupa sebenar sila cantumkan gamba2 yg ada. huahuahua. tak lawak langsung ah ciare (-_-")

okay ah tak de gamba dah nak upload. hehe. kang aku upload gamba lain2 kang tak abes 7 hari nak upload. haha :D erm aku rasa nak memekapkan orang lah. dd u're gonna be my 1st model. ngeh3 =D. err but u're working for the whole weekend eh??

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, July 22, 2009

Ops! pada sape2 yg sdg mengidam jgn salahkan patik jika anda terngidam seswatu lepas abes baca entry ini. cewah =P erm weekend aritukan aku demam kan. (tp sempat lagi kuar mlm malam mggu nak celeb 18 July punya pasal. ahadnye sambg demam T___T). sampai tergendala nak pegi majlis cik puan intan ari ahad lepas. mmg dah semangat nak pegi majlis dia. uuu....sori yer puan intan (-_-")
eh apesal senget nih? hehe malas nak rotate. pandai2 lah senget kan kepala ;p sukkeee sgt stand lamp kecik ni. pemberian2 cewek2 companyku iaitu Dina, Zila & Addib :) TQ you all. sgt comei benda ni. actually lebih seswai letak bilik tido tapi tak nak. saje nk letak ruang ramu. heh
tengok ni. bini sape laaa rajen sgt2 ni. demam2 pon tetap masak utk mulut sendiri dgn mulut suami. hehe. almaklum lah kang kalo tak masak kang den lapoooo susahhh pulak ;) ini adalah sup kepala ikan merah. erm suami kata sedap. tp aku kata tak sedap. maybe sebab mulut tak sedap akibat demam atau mmg tak sedap tapi suami nak amek hati T______T
ahadnye demam lagi. tetiba menusuk kalbu pulakkkk bau durian pemberian mak mertua. utk menghilangkan bau-bauan tu baik aku masak kan segera. nak makan mentah durian tu tak lalu sgt. so baik buatkan kuah durian kan. erm ada org kata pengat durian. tak kesah la ape namanya yg penting hasilnya sama. ye dokkk??? =P
tadaaaaaa~~~kuah durian panas panas dicicah bersama roti. uuuu~~ sedapnyeee...tp sikit je, sbb durian mak mertua bg tu ada yg dah masam. so yg manis & elok sikit aje. lepas lah makan 2x utk 2 org :)

bye!

Xoxo;
Ciare =)

Sila Jangan Tiru Aksi Ini

Berjimba di opis. sebab tu aku tak bagi korg tiru aksi ni. ni sume aksi2 manusia yg overdose keje pastu mula rasa tak rela nak keja dah. hehe. eh mana aku dpt word JIMBA tu eh? dari ko eh ATI?? hehe.
nana-ciare-dina

~~(^__^)~~
tgk tu, kitorg masing2 ada koleksi winter edisi Prada. kahkahkah. almaklumlah, tempat kerja kami musim winter sepanjang tahun. pastu senang lah kami nak MC selalu dgn cuaca begini. bagus bagus. sejuk sokmo. biar sejuk sampai -40 pon boleh. bleh i MC hari2. hahahahha =D eh tu belom lagi koleksi stokin pelbagai warna macam wanita dalam pantang. hahahahahahakaudiam :P

Kesimpulannya, kami enjoy berada di opis. kalo boring2 bleh wat sessi photoshoot. weh kang jom pegi outdoor photoshoot plak tau =D bagus jugak. sementelah sume girls je yg ada kat opis ni, jom kita berkampung wat cam umah sendiri. pakai baju tido ala2 sleepover & gulung2 rambut guna curly iron & pakai masker tebal2. wuaaaaa giler ah ;n

okay tamat dah. sekian

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, July 21, 2009

Apabila kek menjadi bukan kek?? #$%^&^*!!

Bukan semua kejayaan akan dicapai pabila surirumah menjadi chef segera. walaupon berbekalkan kek coklat segera tapi aku tak tahu kenapa kek menjadi bukan kek. tetapi kek menjadi...errr...okay tak mau sebut. hehe. nanti ada yang tak lalu makan kek 44hari kang susah den ;)

Owh rasa nak hentak kepala cicak (abes tu takkan hentak kepala aku plak) ke dinding sbb gagal T_____T. mungkin kerana over confident maka telah diuji oleh Allah utk gagal buat pertama kali di dapur kami T_____T. sedih okay.

kenapa gagal??HEHE yang tu verry fun-ny. sebabnye sah2 aku salah ramuan. hehe. dah terang2 ditulis kat kotak tepung kek tu kena letak bla bla bla, tapi aku bleh plak salah nengok dan TERskip beberapa ramuan. owh sedih ouhh. dah la siap2 dah inform mak "adik nak buat kek cokelat nih. hehe". tup tup tak menjadi T____T

Apa apa pon terima kasih kpd team projek matrade sbb menghadiahkan oven tersebut. hehe sgt2 menghargaiiiii wedding give dari korg. walopon cubaan masak kali pertama bersama oven itu GAGAL, tapi aku akan tetap berusaha. nanti bila dah berjaya buat betul2 nanti aku akan jamu kamu semua di opis okek. janji.

Ehh baru teringat aku takde pon capture adiah2 hasil dari majlis perkahwinan aku aritu. erm mmg best ah adiah korg. we really appreciare those gifts :) muah kat korg. erm mostly adiah tu tersimpan lagi dalam kotak. hanya akan dikeluarkan bila nak pakai. lepas tu simpan balek. hehe. almaklumlah, masih tiada rak2 besar @ almari utk letak barang. hehe.

Ehh apa aku merapek ptg2 ni. em actually malas nak balek waktu skrg yg konfem lah tgh jem tahap berleluasa tu. so baik aku dok dlm opis jap dan menambahkan kos elektrik kat sini. heh. lantak ah ni opis klien bukan opis sendiri pon ^_-

okay semua tata titi tutu :)

Xoxo;
Ciare =)

Heh. baru hari selasa tapi dah countdown ke weekend. ada apa pada weekend? tiada apa apa kok. hehe. saje je. sekarang ni, dunia pekerjaan aku langsung tak memberangsangkan. tiada keuntungan langsung. (sejak bila pulak aku berbisnisss nih?) pendapatan dapat sekali sebulan saje sebab makan gaji. hehehe. baiklah. takbuat loyer buruk dah. janji.

Erm tak sabar nak weekend sbb ini adalah sabtu pertama suami akan CUTI. means ada 2 hari utk berdua-duaan. cewah =P alkisahnya, dalam sebulan company akan bagi sekali sabtu saja utk bercuti. huhu. sedih occay T______T. sabtu lepas mujur demam, kalo tak confirm aku dah berjimba ke mana2 dgn geng kelab bujang. hehe. i kan ex-kelab bujang. hehe <3>seksi malas nak keluar bila dah masuk umah. Bila masuk pintu umah, otomatik aku akan membuat kerja2 surirumah. Dah dinner, mula lah longlai depan tv. teman serumah slalu jgk ajak "sayang jom round2"......secara spontan aku menjawab "erk round2 malam buta ni? (padahal baru jam 9) Malas laa nak kuar, nak tuka baju, pakai tudung sume...(buat muka monyok)"...hehe ni mmg selalu berlaku lah. ceh. padahal dulu masa berdating kul11pm tunang dtg pon sanggup tuuu siap2 keluar. hehe. tp skrg kemalasan berganda.

Mungkin sebab kejadian di atas dia telah belikan aku tudung ekin tu. senang sarong tak perlu iron. hehe. eh sebenarnya entri ni akan sgt membosankan. ni cume coret2 nak ilangkan boring jer. tgk, sampai title pon tak ada. tak perlu baca kot. sila skip ke blog lain. hehe. jgn degil! ;)

Owh di kesempatan ini nak ucapkan tahniah kpd opismate Zul sbb isterinya@kuehbangkit telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka. tahniah. baby itu sgtttt kiut. Secara kebetulan, rupa2nya kuehbangkit asalnya org kg aku jugak. hehe. dan tak sangka pernah membaca blog beliau tapi tak tahu pulak dia isteri kpd opismateku. (err dua fakta ini tak diketahui oleh kuehbangkit hehe.) sekali lagi, tahniah secara banyak. nanti pas baby kuar NICU wat la majlis, kami sudiii nak datang. hahaha. ape kes ciare ni sibuk betol??

owh bercakap pasal majlis, baru teringat kami belom buat housewarming. erm insyaAllah awal Ogos nanti @ sebelum puasa. akan diberitahu kelak. geng keras upm, sila alert. korg wajibulghunnah dtg okek =D

Xoxo;
Ciare =)

Kenangan Terindah ^__^

^__^

with my BFF~~nur imirah & her bf :) ~~ miss our sweet times at semetrik.

geng keras masa kat UPM. puteri tujuh tak lengkap ari aku kawen T__T. atas dari kiri: pae, dd, bunge, kaklong. bwh dari kiri: ja, biku, muni, rose & lina :)

org kuat savoc =D. atas dari kiri: wan, kazam, omar, achan. bwh dari kiri: kak niza&auni, kakshima, achan's wife & son & omar's wife :)

geng keras sekolah menengah. hehe. atas dari kiri: zam, kenit, iwan, ali. awek dari kiri: miss X, ayang :) err miss x ni awek kamu yer ali???


Err sori atas keterlampauan editan gamba2 di atas. sesungguhnya baru lawa edit secara over utk diprint sbg custom album =D

Terima kasih kawan2 yg datang masa majlis di perak aritu. yg datang dari jauh tu terima kasihhh byk2. mmg terharu ramai yg datang. erm tapi dlm koleksi photog aku sikit jer. ramai yg tak sempat bergambar. yang dtg waktu ptg pon tak sempat bgambar sbb aku sibuk outdoor photoshoot. sori yer pd yang tak sempat bgambar. photog aku pon kecoh jer sume nk cepat. huhu. tak pelah, nanti kita jumpa lg di lain tempat & di lain masa. sayang korg semua. muahh :-*

pstttttt....this gonna be the last entry about my wedding. the rest, let it be the bestest memories in our life :)

Xoxo;
Ciare =)

Monday, July 20, 2009

Jamuan Mata

sumber dari murai.com.my

apa motip aku letak gambo nih ek? emm lu pikirrr lah sendiri. ceh. bukan kntroversi eh =P u can say whatever u wanna say. yeah baby ^__-

pesanan buat Datuk Siti Nurhaliza: Tak payah pakai tudung pon tak apa kot.

ehh ada paparazi ke kat sini?ada peminat siti ke kat sini?ampunin guwe. dont sue me okay. renung renungkan. selamat beramal~~ cewah ending tak tahan ;)

Xoxo;
Ciare =)

Movie Review: Harry Potter and The Half Blood Prince

Lepas tgk cerita ni, aku rasa mcm nak cari buku2 harry potter sebab tak puas hati dgn ending dia. haish (#_#)

Tapi mybe dorg saje buat agak bergantung supaya penonton tetap cerita ni tak sabar2 nak tgk the next sequel. Erm tu strategi tu. tp sbg penonton, hati aku carik babe. cewah! ;) Okay jom menreview:

Err to be exact, kali ni lebih ke arah si malfoy@draco yg kematian bapaknye. pastu draco ni dah masuk ah dlm geng the death eaters tu. sbg ganti bapak dia kot. dipendekkan crita, mak si draco ni mintak tlg dgn Prof Snape utk jaga anak dia masa dekat skolah magic tu. dorg buat the unbreakable promise. (err aku tak tau mak dia nk protect anak dia dari apa sbnrnya. lain ah kalo HP mmg si voldemort nak bunuh kan? tp sape nk apa2kan si malfoy? kat situ aku tak paham.) Lepas masuk sekolah tu, ada profesor baru yg konon2nye ada simpan rahsia besar ttg voldemort masa dia belajar kat skolah magic tu dulu. harry potter bjaya ah korek rahsia dari prof tu. so harry potter & dumbledore mulakan misi mencari rahsia2 voldemort tu utk musnahkan voldemort. adalah sikit2 action di situ. bila dah jumpe rahsia tu, ada fight antara draco&kuncu2nya antara dumbledore. harry potter ingat prof snape nak tlg slamatkan dumbledore, tapi teng teng tengg.....prof snape sendiri yg bunuh dumbledore (wtf betol!) dan prof snape mngaku sebenarnya dialah the half blood prince (err tak paham jugak nape the half blood prince sampai bleh jadi tajuk padahal cuma ada tercatat dlm buku teks harry potter, the former text book owner adalah the half blood prince.) err endingnya, harry potter nak memulakan misi mencari rahsia2 voldemort utk musnahkan pembunuh parents dia.

sekian.

heh paham ke tak paham dgn sinopsis aku ni?? naseb ah kalo tak paham. sila tonton sendiri. satu je aku nak komen & tak puas hati iaitu LACK OF ACTION! aksi2 ada tapi mcm sama dgn sequel yg lepas cthnya dorg main game yg terbang2 tu apetah namanya, pastu setakat keja mengejar dgn org jahat dlm semak (ouhh boring), pastu bla bla bla. tak tau nak ckp ape tah, sbb AKSI TERLALU KURANG. aku bukan lah nak aksi2 macam cerita transfomers plak. tp at least bagi lah aksi2 magik sket. aku ni dah la suke cerita magic2 ni. so patotnya guna lah aksi2 magic yg memberangsangkan sikitt..helloooooooooooooo &^%$#!!

author's notes: hanya nukilan hati seorg peminat setia harry potter okay. jgn ada nak saman2 aku plak heh! ke aku sorg je penonton yg rasa mcm ni? err kalo korg suka bgs lah. mybe aku terlalu mengharap (imagine yg dasyat sbb trailer gile punya gempak) tu pasal kecewa. papepon sila lihat sendiri & judge sendiri okay! peace :)

Xoxo;
Ciare =)

Padah berumah di tepian pantai

Pengakuan: 1st of all, rumah aku bukan di tepi pantai. tajuk hanya peribahasa (peribahasa ke camne? erk layan jelah). Sebenarnya nak mengomel sikit (konon tak puas ati ah ni eh?) sebagai seorg yang tidak meminati football games. Mari kita imbas semula.....jeng jeng jeng

Di dalam kereta, jam 8.40pm. showtime pukul 9.15pm. dah la aku dah paid utk tiket harry potter. kalo lambat rugiii. lain ah kalo booked jer, lepas pon tak rugi.

Isteri: (Di talian Celcom bersama Ati) pot pet pot pet...kitorg ontheway nak dating ke pavillion ni nak tgk wyg. tapi jalan jem plakkk kat jalan bukit jalil neh. aisehh
Ati: (Di corong speaker sony ku) Laaa, akak tak tau ke? malam ni kan MU lawan Malaysia??
Isteri: what?? omaigod!! nape aku tak tauuuu @___@ %$^&&$*&!!

Isteri: Sayanggg jgn lalu sini, ada game MU lawan Malaysia kat stadium arini. aisehh camne kite tak tau ni. what the heels betol lah!
Suami: Hah? MU? manchester united? lawan malaysia? heh sayang tipu eh? takkankah MU nak lawan malaysia. hehe

Erk!! HAHAHAHAHAHAHA. sebuta2 football aku, suami lagi laaaa naive. hehe. sgt comel bila dia tak percaya MU dtg malaysia dan lawan dgn malaysia ^__- jenuh mengconvincekan beliau, akhirnya percaya jugak bila tgk kereta2 mula parking tepi hiway kesas (can u believe it??) sambil memakai baju MU dan mengecat muka mcm apetah. org zaman batu pon lari kot.

kesimpulannya di sini, ada kebaikan dan keburukan yg kami peroleh akibat berubah hampir dgn stadium bukit jalil.

kebaikan: bleh duk di umah dgn aman sbb pasangan konfem tak minat langsung dgn football match. hehe. bgs sayang. dont u ever minat tgk bola! baik kita duduk umah makan durian.
keburukan: buruk padahnya bila tak tau ada game sdg berlangsung di stadium, lepas tu ada sepasang suami isteri tergedik2 nak keluar berdating dan terperangkap dlm traffic jam. kahkahkah.

Kesimpulannya di sini, sempena MU lawan sekali lagi di stadium hari ini, kami akan perintah berkurung dalam rumah. kan sayang? lagi syiokk!! muahahaha ^___^

Xoxo;
Ciare =)

Entri Bunga Bunga Cinta: 18 July

Haih. dulu benci sangat2 sampai nak sepak2 org yg jual tudung ni =P tp skang aku pkai plak?? kahkah. sila kutuk skrg cepat. ceahh ;) erm anyway DEMI SUAMI (saje pakai urup beso hehe) apa saja bleh dilakukan betul takk??? hehe. suami kata "Pakai la tudung ekin tu kalo nk kuar umah. senang sarong. tak payah iron2. nak jln2 baru pakai tdg biasa". Hehe. er dgn kata lain, dia nak memudahkan bini dia bersiap tak de lah terhegeh2 mcm makcik ke apetah ^%&$#@ !! hehe.

Err tapi serius mcm teeettt bila pakai tdg ni eh? mmg camne ke rupanya?? dah la pipi aku tersembul semacam T____T. Tp mmg ah aku pakai utk semata nak kuar umah sapu2 smpah ke, bersembang dgn jiran ke, pergi ke pasar borong ke huhu. kalo berjalan2 serius tak nak ah pakai very tah seswai tauu. huhuuu

Nape aku melalut pasal tudung neh? anyway aku mau bercakap mengenai 18 July 2008. iaitu sudah setahun yg lepas :) pejam celik pejam celik kami sudah pon bernikah ^___^. oleh itu kami meraikan tarikh tersebut pergi ke tmpat 1st date kami. hehe. iaitu PAVILLION. yup. that was our 1st place for dating. keh3. sumpah aku tak penah pegi pavillion before dating ngn mamat tu suami. mmg agak jakun ah jugak. haha. eh tak mau ah cite pnjg sgt. yg sweet sweet nak simpan dlm hati =D

Pergi ke pavillion nonton Harry Potter and the half blood prince. erm to be exact, this time it was not like what i've expected. harry potter 1,2,3 lagi best yabedaabedooo. Tapi tidak lah tak best. BEST tetap BEST. cuma expectation terlalu tinggi sampai ke langit biru tp ceritanya sampai puncak gunung everest je. dah lah dumbledore mati T____T (err sori eh pd sape yg tak tgk lagi. heh) pastu tergantung plak. haish. xpe ah nanti aku wat 1 movie preview psl Harry Potter neh ;)

Xoxo;
Ciare =)

Friday, July 17, 2009

Puan ciare MC maka boring dok umah sorg2 +__+

Dear diary, (ceh sejak bl tah pndai wat ayat gini :p) arini aku mc.
Demam okek. Jgn nak wat spekulasi lak. Hoho. Tidak tidak. Thats the
answer for the question u wanna ask. Hehe.

Em tak sgka lak gmail apps yg penah aku donlod satu masa dulu bleh
dipakai masa boring kt umah ni. Takpelah, asal dpt isi masa lpg layan
jelah. Nak tgu org streamyx pasang line lama beno. Please wait for 3
working days dia kata.

Whatever.

Ok tak tau nak ckp ape dah.badan aku da tak panas sgt.suam2 gitu.ubat
pun da mkn.

Em rasa nak mkn sup kepala ikan merah lah.hehe.okay aku masih larat
nak masak ni.

Bye bye all.muuahh ^__-

--
Sent from my mobile device

regards;
ciare
p(^^,)q

Thursday, July 16, 2009

Movie Review: Transformers [Revenge of the Fallen]

Yeah it's true. cerita ini best. well done pd sape yg buat cite ni. ceh aku malas nk amek tau sape penerbit ke pengarah ke nama pelakon pon aku tak amek pot. kesimpulannya jalan cerita, effect bunyi, teknologi dia mmg salute ah. tah bila malaysia nak wat cite2 camne. but upin ipin is a nice try. tp upin ipin tu 3D. okay dah kang lari tajuk buat review upin ipin plak. kahkahkah.

So, sepanjang2 tgk cerita ni dari 1st start sampai abes,(owh it's our 1st date & 1st movie after married <3) mmg fokus giler dan menyeronokkan. eventho dpt duduk row ke-5 dari depan, which is tengkok aku naik krem sbb mendongak sokmo. huhu ;)

haih kesimpulannya i very like story mory yg berunsurkan manusia plus animation, alien2, robot2 ni. i mmg suke sgt. hehe. lagi tak logik lagi aku suke.

Next in queue: ICE AGE (3D) dan HARRY POTTER. yeah baby!

notes: kalo berjaya dipublishkan maka auto-scheduled udah sihat :)

Xoxo;
Ciare =)

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha