Saturday, August 29, 2009

Patot la dulu mak paksa aku rajen rajen siram pokok

Rupanya mempunyai pokok2 di sekitar umah sangat nyaman sekali. eh sape minah kening bersepah ni?? hohoNi la pempuan yg baru terhegeh2 nak membiakkan pokok2 dalam umah dia. what?? dalam umah?? ye saye, dalam umah. sebab pokok2 luar umah tu adalah kepunyaan suami aku. sbb macam tak seswai jek pempuan yg kuar umah siram pokok. hehe. eh taklah. sbb memang suami aku yang nak jaga pokok luar umah tu. layankan aje.
so aku pon ada pokok jgk. harus lah pokok bungekan. takkan nak letak lalang kot dlm umah. haha ;p haishh canteknyeee bunga pink =D
see! baja gel aku kaler pink okay. haha. eh masa ni ada tetamu dtg umah. sbb tu cawan ada 3 ;)

Xoxo;
Ciare =)

ini adalah confession of a shopaholic T__T

Kerana ini adalah kali ke-3 aku beli kasut dalam minggu ni. abes arr aku kena leter balek kang. hihi. tak ape tak ape, aku nak sorok kasut ni pastu buat2 macam dah lama beli. kahkahkah =Dni hamba Allah yang tak penah rasa nak insap utk bershopping yang menyebabkan dia terpaksa buat muke kesian tiap ujung bulan pada suami dia. walaupon kena leter, tapi muke kesian tu menjadi babe. jgn lupa goda2 sket. haha ;)
owh wedges. i likeee. sama sedap mcm kfc punye wedges. haha
yummy menggodanya ^__^
sila rotate sendiri. aku nak pegi becinta dgn kasut ni ~ ~ ~ ~ la la l aaa

Xoxo;
Ciare =)

Friday, August 28, 2009

Berbuka di luar

This is the 1st time we all berbuka kat luar dlm bulan Ramadhan ni. Nak buat camne, semalam bukan main busy lagi. kuar dari pagi sampai ke petang sebab nak mensetlekan masalah keta aku yg accident tu. so dlm kul 4.30 setle sume keje. kitorg berdua dah lembik lunyai. aku memang dah angkat bendera putih dah tak larat nak masak T__T. naseb org sebelah paham dan ajak makan kat luar je.kamis is always pink day for me :)
sementelah shopping barang umah kat giant BK5 so berbuka ah sekaligus ah kat sinun. maka melantak lah dekat secret recipi. yesss!! dah lama menggoda org sebelah dtg sini. alang2 dah gaji harusss kena pegi. heh ;p

aih lain macam plak rupe laki aku ni. macam cina pulak. haha. tu dah lembik lunyai dah tu. senyum pon plastik. sian u darling. almaklum ler, kita tak bersahur paginye. jam lupe nk set alarm maaa ;p
ni menu utama suami aku. see! kat secret recipi ada menu melayu sempena ramadhan. sedap pulak tu weh ayam masak asam pedas ni. kononnya ni resepi chef wan. mmg superb sedap. tetiba ada org tu request aku masak camne plak besok. haishh garu kepala aku ;p
menu dia dpt kepok dan kurma ni :)
aku plak konfem ah western sokmo. tak sedar diri awak tu melayu. huhu. haish nk wat camne, aku mesti ah tak reti nk masak western ni kan. maka harus ah beli :p

hasilnya...perut kenyanggg =D

Xoxo;
Ciare =)

Cubaan kali kedua ~ kek versi lembu tompok2 new zealand ;p

Yeay!! cubaan kali ke-2 berjayaa!! hehe. dan pastinya akan ada kali ke-3 ke-4 sampai lah ke infiniti. becoz aku sangat falling in love dgn kek buatan sendiri =D kali ni aku buat kek butter jugak tapi versi bercolour dgn kaler pink (of course ;p). err tp corak abstrak ini adalah tak jadi. sebab kalo mak aku buat, corak dia jadik macam gelombang air laut gitu. tapi sekali aku buat dia bertompok2 macam lembu putih bertompok itam yg byk kat new zealand tu. kahkahkah. lawak babe bila aku potong. tapi!! rasanya tak dapat dinafikan, masih sedap :)teng teng teng!! hidang panas2 kat suami <3
see?? cantek tak?? kali ni tak melekat sikit pon kat loyang dia. memang aku ikot nasehat puan fitriah utk mentaruk mentega banyak sket kat loyang tuh ;) tapi tang tompok2 pink tu maapkan saye, sbb tak berapa cantek pemandangannya ;p
jeng!! oh sedap. lembutttt aje :)
adiahkan sikit kat umah sahabat suami :)

Xoxo;
Ciare =)

My very 1st accident

Eh! betul ape tajuk di atas. sebab memang betul ini my very 1st accident dlm keadaan aku adalah driver. sebelum ni mmg ada accident yg lagi dahsyat tp suami yg drive. huhu. see?? driver wanita lebih cekap okey. accident pon lite2 aje. haha. astaghfirullahalazimmmm. tak baik meninggi diri padahal baru accident rabu lepas. mengucap ciare mengucap.alkisahnya di petang rabu yg lepas masa balek keje, dalam ujan lebat dan jem yg sangat jem, lebih kurang jam 6.10pm aku accident. biasa ah jem kan keta follow rapat2. kat depan aku ada pajero. oleh kerana kereta dia tinggi dan aku tak dpt mentengok keta depan dia, so bila dia brek mengejut, aku pon mencium ah bontot di pajero tu.
NASIB BAIK!! sebab pajero tu tak ada ape2, so drivernye pon dgn belas kasihan lepaskan aku. sian kot tengok aku dah cuak gile, ujan lebat lak tu, tak de payung, sexy i nyahh ;p
tapi malang ah utk keta aku, dua2 belah lampu holder patah dan retak. bonet lak kemek kat depan. dan grill depan langsung tercabot. huhu
haishh
itu sahaja laporan kemalangan hari rabu 26/08/2009, jam 6.10 ptg di jalan sungai besi berhadapan TUDM. Maka sebab itu blog ni senyap semalam sbb tuannye pegi menguruskan keta anta ke bengkel, polis report & claim insurans. huhu

Xoxo;
Ciare =)

Mata Mata ~~ Try and Error

Yeayy akhirnya berjaya jugak aku mengupload gamba2 makeup mata ni. hehe. sebab aku malas nak upload satu2. so kumpulkan pastu upload sekaligus. haha. ni malas namanye ye adik2 sekalian ;) so tnpa buang masa, jom layan =Dwith PAC pigments: PINK & DARK PURPLE, maybeline liquid eyeliner, maybeline mascara
with GREEN silky girl & green PAC pigments, MAC eyeliner (nipis je..jimatt ;p) and maybeline mascara.
with BLUE from PAC pigments and BLACK from maybeline. abaikan jerawat atas idung. kahkah
orange & dark brown from maybeline :)

Sekian saje ^__-

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, August 26, 2009

yeay arini nak balek awal

Bukan saje nak menggoyahkan iman korg semua, huhu tapi sekadar membuat entri yg dah lama jadik draft. so time2 lapang camni (lapang ke?padahal byk keje.tp dah siap tau. uweekk ;p) bleh ah update2 blog secara ringan dan bukannya secara heavy. (layankan ajelah ayat2 pelik aku ni.sekadar mentaip mengikut nafsu jari jemari dan tak pakai otak. otak rehat kejap time lapo neh.haha)masa ni kami lunch di bangi. nama kedainye d'limau apetah. tak ingat. aku dtg situ sekadar nak minum air special kedai tersebut. walllaaaaahhhhh syurgaaaaa babe (syurga tu perumpaan kesedapan jek. jgn igt ni minuman syurga ke ape.jgn buat onar kat sini.huhu) air special dia. uhhhhh nama air special tu "air d'limau special" kot. aku pon tak ingat sgt. hee. yg penting nk sumbat dlm perot aje.
mehh aku zoom. perhhhh!!! sedap sedap. tak terkata. tp air dia masam sket. kataa air limau kan ;p so make sure ko bleh mkn yg masam2 ni kang ada yg sembelit kang ayook tak tau ;) dalam air ni ada macam2 bahan ah. sagu, jelly segala mak nenek pon ada ah. yg penting atas sekali aiskrim =D i likee. (uuhh taip2 sambil terliur T___T)
dan akhir sekali adalah bihun sup ~~ sekadar hiasan ;p

Xoxo;
Ciare =)

Walaupon tak cantek tapi rasanya cantek. Alhamdulillah

Huhu. aku tak malu nak upload gamba kek yg tak berapa indah ni. sebab aku yakin dan pasti rasanya sangat sedap. sangat sedap i tell you. sape kutuk rupa kek aku siap! haha. okay alkisahnye aku buat kek ni malam tadi (haishh x dpt terawih sbb suami oncall macam doktor. ingat doktor jeke oncall?? T___T)
taraaa!!! konfem sedap ahh ^___^
gebunyaaaa kek ni. ada suara menyampuk "betuk ke syg buat nih? ke beli lepas tu panaskan??" haha. ego ego. tak percaya aku buat kek sedap lah tu (mungkin dia tak percaya kek tu jadi sedap bangat setelah 3 kali percubaan gagal dgn teruk. kalo failed jugak smlm aku jual oven tu. haha. eh tak baik jual oven adiah kawen tuu ;p)
gebukannnnn. sedap pulak tu. kek butter je tp rasa mcm bestttttt sgt. oh i luv it i luv it!!

ok stop. banyak keje arini T_T

Isteri yg sedang happy;
Ciare =)

Tuesday, August 25, 2009

Apetah nak tulih. takde idea tapi gatai nak update jugak blog. hihihi. masa break tadi sibuk wat keje. kul 2.30 ni ada pre-testing utk integration part (eh pesal ape melalut psl keje ni?). Tapi kena tunggu sistem lain setle dulu baru aku masuk utk sistem aku. haish boring bukan bercakap pasal keje. nak bgosip? tak boleh. sebab dah janji pd diri sendiri utk tidak bergosip sama sekali sepanjang bulan ramadhan. (aminnn lepas tu nak kekalkan lah hijrah aku ni ^__-). dari aku menggosip sana sini baik aku buat hal sendiri. bak kata org wat dunno lah. biar lah ape nak jadi kat gossip2 di luar sana, aku taknak amek kesah.

Oleh itu mari bercakap mengenai perkara yg agak rambang dan jauh dari mengaitkan gossip (apehal rasa lain macam ayat neh?;p). 1st of all, semalam aku sampai umah tak ada lah selewat yang aku sangka. (tp sebab aku lari kuar awal. haha) Tapi oleh kerana roomate (skang nk pggil suami i tu roomate ah, boring ah pakai terms skema iaitu suami. hihi. nampak cam bujang sket. wakahkahkah) aku tu kata baik makan beli aje, maka dia pon bershopping sakan ah kat bazar ramadhan BK5.

hush!! rupanya gelora nafsu makan roomate aku tu bleh tahan jugak eh. bahaya bahaya. macam2 dia beli. aku sampai tak jadi nak beli lauk basah sbb terkejut dgn list makanan yg dia beli. pung pang pung pang....dekat RM30 utk skali makan for two person??? whutta T_____T. ya Allah sayangku, tahanlah nafsu lapar mu. jangan la buat lagi macam ni. membazir la wahai roomate. dari you bazirkan duit camtu, baik bagi i shopping ke hape kan?? hehe

JUADAHNYE. amat tidak memberangsangkan T____T. dah la membazir lepas tu tak sedap pulok. konon beli nasik kerabu. tapi.....T___T ah takyah cakap. tak selera aku nk explain camne rupa dan rasanya. lepas tu ada ikan masak lemak cili api. tidak sedap jugak T__T. lepas tu ada SUP TULANG. haishh. terlalu kuat bau hamis daging lepas tu masen plak. jenuh aku alter letak kentang la hape. ponat i! kalo camtu baik aku masak sendiri! lepas tu ada popia goreng. itu aje yg sedap. air asam boi tp masammmmmmmm. ahh mencik ah makanan ntah ape2 nih.

dengan itu, aku dah berazam utk masak tiap ari no matter happen. sempat ke tak sempat ke aku nak masak jugak. kalo sampai umah lambat kena lah pujuk roomate makan kurma dulu sementara aku berperang kat dapur. hihi. naseb dia setuju setelah memakan makanan2 tahape2 semalam. mahal & tak sedap T__T.

Sahur pulak??tak ada masalah, aku masak dulu sebelum tido. so bangun2 panaskan aje. hihihi. naseb ah org tu tak kesah mkn makanan2 panaskan ni. haishh tunjuk aje budu ke sambal tempoyak kang diam ah dia. hihi ;) mujur dia tidak cerewet. dia makan apa yg aku makan. dia makan apa yg aku masak. kalo dia nak yg aku tak tau, dia pandai dapatkan sendiri contohnye kuih sampan. hehe. eh eh sudah itu saje. sekian :)

Xoxo;
Ciare =)

Apa tipsnya?

hish..nape lahhh aku dibelenggu penyakit nak tido sakan nih!? pas sahur, tggu azan pastu semayang then TIDO lah jawabnyee.

pukul 7 sekadar menonton suami pegi keje, salam2 peluk cium (jgn lebih2 kang batal pose ;p) lepas tu kembali ke tempat peraduan dan zzZzzZZZzZZZ. haha

pagi tadi udah cuba bertahan....bertahan ciare bertahan!! sampai meleleh2 air mata akibat terlalu mengantuk i tell you. Ya Allah. teruk betullan kelakuan aku nih. aku siap dah baca 1 mukasurat al-quran lepas tu tersengguk2. tiba2 ada suara aneh dari belakang "Sayang pegi aje lah tido. kang tersembam pulak atas quran tu". Okay aku termalu kejap. tp terus hilangkan malu dan menjadi sebijik dugong atas tilam yg empuk mcm kapas atau awan di langit biru. cewahhh. betapa sedapnye tido sampai berkiasan. haha ;p

So, ada tipsnya utk elak tido lepas sahur walopon da smyg, da baca quran? takkan nak berjoging plak kot. mau aku bukak pose pas joging. haha. suami kata, ubatnya TIDUR :) what say you???

Xoxo;
Ciare =)

Monday, August 24, 2009

Okay kalo semua org dok memperkatakan dia masak itu ini utk berbuka, tp aku TAK. sebabnya tiap kali bulan puasa aku pasti akan stuck dlm jem pastu berbuka puasa sensorg dalam keta. dah mintak maaf awal2 kat suami sebab dia tpaksa berbuka sensorg di uman tanpa isteri. kalo ikotkan statistik taun2 sebelum ni, bekerja di site client di jalan duta, akan mnyebabkan aku sampai umah sesudah azan T_____T

entri tak ade motip sbb sedih

Xoxo;
Ciare =)

Lepaskan hajat dulu. Kang teringin susah ;p

betul tak?? hehe. tetiba ada soalan plak neh. i mean, betul tak tajuk aku tu? haha. erm almaklumlah, sebelum start pose, anak tekak aku mcm ape tah, semua makanan aku nak. sampai suami naik penin. dia kata isteri dia takbleh wat keputusan tetap. almaklumlah, pukul 5 aku ckp nak mkn kat secret resepi, kul 5.15 aku ckp nak mkan yong tau fu kat gombak pulak, kul 5.30 nak satay kajang. sekali ontheway nak pegi satay kajang, ended up makan kat chop and steak seri kembangan. kahkahkah. lawak giler. nak berasap dah mamat tu. tp nak wat camne, redha aje lah ngn bini sendiri. itulah risikonye berkahwen dgn aku yg susah buat keputusan atau terlalu banyak keputusan neh ;)aku order mix lamb chop seperti gamba di atas. wallllaaaahhhh. slurpppp sedap sedappp. malu nak tgkp gamba selepas sbb licin. tggl tulang kambeng aje. hahahaha. pastu minum jus apple. dia minum air bali. ehh lupa nak tgkp gamba chicken chop yg dimakan oleh dia. hehe. sbb aku sebuk melantak lamb chop yg konfemmmmm sedappp nih. slurrpppppp~~~~~

haihh ini lah dikatakan melepaskan hajat sebelum berpose. kang dah pose malas ah nk makan kat luar. baik masak kat umah aje. hihi :) So kamu semua dah lepas kan hajat anak tekak masing2 ke? kang ada mengidam sebulan kang! hahaha

Xoxo;
Ciare =)

Saturday, August 22, 2009

Wangian hari raya untuk kamu dan kamu

Assalamualaikum. **sticky mode entri sampai raya kot.**
sumber: google

perhatian. kat sni saya nak tolong kawan promosikan wangian ONE DROP PERFUMES. Rasanya semua pon dah tau one drop perfumes ni kan. cuma berminat atau tidak aje kan? aku pakai ke tak? pakaiiii. hihi.
aku pakai set celebrity ni haaa. actually aku mmg tak amek pot lgsg psl perfume ni before this. tp cousin aku telah mengadiahkan pfume ni as a birthday present. and i likeeee it =D baunye aku suke bangat. oleh kerana byk perisa dlm 1 kotak, mmg sesuai utk aku yg tamak bau ni. ada byk bau bleh tuka2 tiap ari. i likeeeee ;)

So selain testimonial tuk produk ini, aku mmg cdgkan korg utk beli dan dipakai sempena bulan puasa yg mulia ni. kerana ianya halal & tiada kandungan alkohol. so bleh pakai pegi keje dan ke mana saje including solat. korg mesti nk g terawih wangi2 kan? =p. antara set2nya:
women set RM40
men set RM40
celebrity set RM45
**utk sabah serawak +RM5**

buat masa ni sape bminat tgglkan komen di sini atau shoutbox. atau contact kwn saya norazrin anuar (016-6355474) atau suryati (019-2102421) utk pembelian :)

Xoxo;
Ciare =)

♥The wife is sweet 25♥

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa telah menjadi si isteri sweet 25. hehe. rasa mcm muda lagi lah. hoho :p maksudnye masa aku kawen aritu baru berumur 24thn. hiks ^___-
Cepat betol masa berlalukan..rasa macam baru je taun lepas mencelebrate harijadi ke-24 bersama kakrubi&abg ed, ati dan ting!!! yes, he was there. masa tu dia baru nak masuk ke dalam hidup aku dengan mengambil langkah berani dan drastik sekali.
flashback semula, tahun lepas berparti harijadi di PD jer. well better than nothing :)
ape lagi, jadi model bikini lah. kahkahkah =D
dan mandi manda opkoss. hik

Err tapi tahun ni takde lah kot kejadian2 bercuti camne. nama pon 1 ramadhan kan. aku ni lembik sket masa bulan pose gini. hoho. so lebih afdal sambut arijadi dgn berbuka puasa bersama suami dan menunaikan ibadat sunat terawih ^___^

Tapi aku rasa dah makin beso gini, I no need a surprised party atau whatever. sbb rasa semakin seram usia dah meningkat. it's not that i'm denying the numbers, cuma rasa dah dewasa utk itu semua. maybe kawen jugak pengaruh utama. hehe. erm tapi sweet jugak kalo anak2 aku buat surprised party utk mama dia ni. kehkehkeh

Birthday Wife Xoxo
Ciare =)

Friday, August 21, 2009

The day I lost him

The only memory I have when I was 5 years old, is the day that I lost my father. Pada masa tu, aku baru 5 tahun. Dan kebetulan, opah dgn atuk bawak aku balek kampung. Bukan main manja lagi aku ngn atok masa tu. Sanggup tu, berpisah dgn mak bapak sebab nak balek kampung.

Aku tak ingat pukul berapa sebab masa tu confirm aku tak tahu nak baca jam macam mana kan? aku berdiri di satu sudut dalam rumah. Tiba2 atok panggil aku dengan muka serius. Atok, opah dgn pakngah tengah bercakap2. Dan dorg mentengok aku bersilih ganti. Mimik muke pulak macam apetah. Lepas tu, salah sorg dari mereka bagitahu yang bapak aku dah takde. I shed no tears masa tu. I was 5 and I was blur. What do you expect kan? jadi aku adalah maintain aje masa dalam perjalanan balek ke rumah aku.

Sampai2 di rumah, turun aje dari moto mak dtg menerpa ke arah aku dan menangis T_____T. mak cakap dia dah tak ada. sepanjang proses tu, aku tak ingat aku ada menangis ke tak. I could not understand how he died and left us behind. Yang pastinya, aku tengok sepanjang proses hari tu. start dari mandi atas batang pisang dlm bilik air, sampai lah org yang bawak keranda tu ke kubur hilang dari pandangan.

Aku nampak semua org menangis, mak, kakak2 dan semua sedara. Aku? mungkin hanya senyap sebab tak paham dan terus bermain. But the day after, I know he was no longer with us and never ask about him.

The day he died, the day he left us, was on my mom's birthday. It might be the most unforgettable birthday she's ever had in her life.

And another Ramadhan comes, without a person called father.


A daughter who miss her father so much;
Ciare

Perubahan Ramadhan Tahun 2009

sumber: google

Ramadhan tahun ni, bakal menjadi Ramadhan paling istimewa mungkin. almaklum lah, kami laki bini excited, bersahur berpuasa berbuka berterawih BERDUA. tahun sebelum ni. rutin ni dibuat di umah bujang bersama housemates, tp most of the time aku bbuka sorg2 dlm keta. iyolarr, nk sampai umah tuu gile jauh dgn jem bagaii. so skrg, umah da dekat sket, insyaAllah dpt dgr azan maghrib masa da sampai umah.

Juadah berbuka? kemungkinan besar, aku masak on weekends aje kot. mujur teman sebilik aku ni paham. dia kata masak nasik aje. lauk beli. alhamdulillah dia paham wife dia ni bekerja jugak sama mcm dia. Saat yg paling best adalah bersahur =D walaupun aku akui aku paling susah bgn sahur dlm adik bradik, tp susah bgn camana pon aku pasti akan bangun jugak. hehe. nak makan punye pasal. wuahhh lauk2 bersahur walaupun ringkas dan tak sebanyak berbuka, tp aku memang hadap sungguh2 lah. hehe. owh teringin nak bersahur dgn lauk sup, ikan terubuk goreng, telur masen....sluuurrrrppppppppp sedapnyeeee ^___^

ehh belum pose lagi dah angan2 nk sahur ape :p hehe tu cuma inspirasi aje. yang penting bulan pose ni aku nak tingkatkan la amal ibadat aku ni. rajen2 baca quran mlm2 atau lepas sahur, pastu jgn tidur pas sahur, tak bleh lagi nak ngamuk2 bila lapaarr (mcm kecik2 dulu bleh ah.hihi), kena rajen masak bila ada masa, jgn bergosip (bulan ni zip mulut huhu), dan tinggalkan lah ape2 aje yg rasa tak elok tu :) Skrg dah besar, dah jadi isteri orang dah. bukan cubaan lagi ni ciare oiii!! sedar sket diri tu. berubah lah menjadi muslimah yg lebih baik. aminnnnnn.

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, August 20, 2009

Positive H1N1

mula2 nak bersedih dulu T____________________T


uuuu. ini adalah berita tersedih sebab salah seorang teman kelab savoc POSITIVE H1N1. ya Allah. bersedup jantung masa dapat msg dari kakshima. katanya, ain@lady marmalade positive H1N1 dan dah masuk ke wad Hospital Putrajaya since semalam.

Semoga kawan2 yg baca blog ni turut mendoakan agar ain dan semua pesakit +ve yg lain sembuh secepat mungkin. aminnnnnn.

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, August 19, 2009

Mari mari....tart blueberry bersama bersama lapisan keju. yummyyy

Tidak bermaksud utk menjual kuih raya ke ape. haip!! kan tadi baru ada entri supaya jgn berlebihan masa raya. hihi:p masalahnya, ini bukan sebab nak raya ke nak ape, aku cume nak makan. perot aku kan always available ruangnya, tu pasal asik menggeletis nak makan aje kojenye. (rasa nak lempang molot sendiri T__T)

Makanya di sini, aku nak request kamu kamu dan kamu utk membuat kuih tart gulung versi blueberry with cheese. hehe. yummyyyyy. dgr nama kuih je aku dah menggelupur nak makan. tapi mano nak cari ni?? uhukuhuk

buleh bayangkan tak?? i mean, dohnya sama bancuhan macam tart gulung nenas tu. tapi jemnya adalah blueberry dan bukannya jem nenas. (nenas ke nanas ek?) cheesee tu pulak bukan adunan secara melambak. tapi hanya krim cheese setebal 3mm yg membalut jem blueberry tersebut.

haaaaa.. sape bleh buatkan???
yang atas ni aku bg gambaran rupanya. tart gulung seperti biasa. tapi jemnye itu adalah blueberry bersama lapisan cheese =D
ini pulak blueberry cheese tart. tapi aku taknak yang ni. aku nak yang digambarkan di atas. hehehehe. i kan gediks ^______^

Xoxo;
Ciare =)

persediaan sebelum......teeeettt..hoho

ewah!! ramai tertipu dgn tajuk? ape korg ingat aku nk ckp persediaan utk ape haaaaa??? hahahaha. (gelang guling guling =D @@@@ ini maksudnye gelak berguling. hahaha) Aku tau, ramai yang ingat persediaan utk kawen kan??? hahaha. tak ada tak ada. musim kawen nak abes dah. bulan puasa mana ada org kawen. ada tu ada tapi jarang jarang kadang kadang :p

So arini aku nk bercakap mengenai bulan puasa la kawan. korg ni dlm otak pikir nak rayaaaaa aje. huhu. iye aku tahu raya itu menyoronokkan dari segi kesedapan perutmu. tapi, bulan ini adalah keseronokan utk rohani mu :) cewah puan ciare dah jadi ustazah ciare arini. huhu. (ehh aku pernah bercita2 jadik ustazah sekolah tadika :p)

Maka, di bawah ini adalah persediaan2 yg perlu dilakukan secara umumnya. err tapi point adalah secara rambang okeh dan juga melalui pandangan peribadi puan ciare.

#1. berlatih niat puasa. jgn nanti jgn nak tergopoh gapah niat puasa sebelum sahur pastu salah niat doa makan ke ape. kan susahh :p ini dia....

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

#2. berlatih niat bukak pose. sebab niatnya tak sama dgn doa makan biasa :) eh tapi aku pasti org lebih ingat doa bukak pose dan doa niat pose kan? kantoiiiii :p including me. hahahaha

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

okay tapi doa di atas utk bacaan seorg. kalo kamu bukak pose ramai2 kena lah tuka sket ayatnya utk kata ganti nama beramai2. lebih elok :)

allahumma laka somna wa bika aamanna wa ‘alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin

#3. sebelum sampai bulan puasa tu, bawak2 lah berlatih puasa dulu. nanti idak le kejung perot puasa kang. hehe. tp insyaAllah selagi kamu bersahur, perut tak akan kejung :p tapi sehari sebelum bulan Ramadhan adalah HARAM berpuasa okeh! sila take note.

#4. selain blatih puasa, make sure kamu kamu dan kamu sudah selamat ganti puasa. sebab kalo tak ganti puasa nti kan susah. kena bayar denda saje tak cukup tau! kena ganti berpuasa jugak. malahan jadi berganda pulak. ish ish ish. tak baik lengah2.

#5. letak reminder siap2 dlm telefon ke ape, letak kat situ, "jangan lupa bayar zakat tauuu!!" hehe. terutama yg lelaki la kan. psttt. tapi tahun lepas i byr zakat utk diri sendiri tauuu. kagumnya dgn diri sendiri :) Sebab mak kata "adik dah besar, dah kerja. kena bayar zakat". tq mak ^__-

#6. make sure kamu berlatih bgn sahur. ish ish ish. rugi tau tak sahur. kalo kamu ada ahli keluarga yg susah bgn sahur, di sini ada tipsnya :)

#7. pasal persediaan raya tu. bawak lah kurangkan. baju raya kuih raya tak payah berlebihan. jgn jadi mcm puan ciare tahun lepas ada 7 baju raya. kahkahkah. taun ni minimize. ada 2 je baju raya. itu pon kain pemberian masa adiah kawen. save budget i :p kuih raya pon takde beli lgsg, bg aje duit ke kmpg suruh keluarga beli apa dorg nak. hehe. bagus jugak style beraya umah mertua ni. kalo beraya umah sendiri, konfem aku da jadi cacing kepanasan sebab kelam kabut nk buat persediaan raya yg byk kosnya itu. hehe

#8. yg penting ingatlah, puasa tu lebih best dari beraya. Zaman nabi dulu, mereka akan menangis tiap kali habisnya ramadhan. dan raya di sambut ala kadar aje. Mungkin aku perlu berubah lebih baik tahun ini. insyaAllah

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, August 18, 2009

akta baru untuk wanita

Jarum jam menunjukkan ke arah 7.00 minit malam. ouhhh da lama douh aku tak balik lambat mcm ni lepas kawen T___T. keje banyak. tapi dah siap. tinggal nak touchup sana sini sikit (macam keje lukis pelan lak kena touchup2 padahal buat system :p). tapi tak boleh nak balek kerna daku parking ya amattt jauh arini T____T. dah la udah gelap. parking jauh dan mengerikan dan tinggal aku sorg pempuan kat sini. ouhh nanges lagik T_____T.

nape tak ada akta pekerja perempuan tidak dibenarkan kerja melebihi jam 7 malam di atas sebab2 keselamatan??? ke ada tapi aku yg tak tahu? tsk.

tapi tak bleh jugak buat akta gini. sebab pempuan kalo balek keje awal (tambahan pulak yg bujang :p) pasti akan merambu sana sini. yg tempat keje dekat dgn tempat shoping mcm midvalley ke sogo ke..kamu percaya ke wanita atau perempuan tersebut akan terus balek ke rumah. hohoho. aku tidak percaya sama sekali. kerana wanita tersebut pasti akan mensinggah ke sana sini dan sama ada tershopping atau hanya window shopping. right?? sila mengaku skrg! =D

jadi baik tak payah buat akta tersebut kerana wanita pasti akan menjebakkan diri dlm kebahayaan lebih dasyat di shopping complex. hehe

sekian :p

Xoxo;
Ciare =)

bercerita secara random

Makin hari aku rasa macam makin tak berkualiti aje blog yg disumbangkan oleh aku dlm arena blog ni (wtf &^&$#$$$^!!!). Bukan kekeringan idea sbb idea terlalu banyak bertalu2 ni. cuma masa tuu amaaaaatttt sikit kot. kena cut sana sini. time is gold. time is money. cheeewah. mcm rancangan money exchange pulak. tsk
Gamba ini dimms oleh mama kpd budak ni. hehe. miss you so much kayra. jaga adik kamu tu elok2. jgn asik membuli aje. dibuli tak ape :p jgn tiru perangai maksu yg suke membuli rakan sepermainan waktu kecik2 dulu. kahkah =D

weekend aritu tak bape sihat sgt (biasa lah saje nk buat2 tak sihat supaya isnin dpt MC. kahkah). dan hasilnya isnin cuti. hahahahahahangarooo. Kataaa kena kurungkan diri kalo demam kan. hehe. so aku pon ikot la seruan itu. kurungkan diri di rumah dan jangan keluar. tp tghari tu aku keluar jgk sensorg sbb lapa (kes malas masak :p). huhu

oyya. matul a.k.a rakan sekerja aku dah selamat melahirkan hero pertama beliau di hospital sg buloh (berani dia nk beranak nak spital H1N1 ni? T__T). wahhh baby beliauuu sgt commel mcm hero hindustan i tell you. owhh dah la aku suke tgk mamat ensem industan. i cop hero u jadik menantu yek. kahkahkah. gambar baby tiada di sini.

hari sabtu lepas, aku pergi Dinner T****a. suami aku kan keje situ. soo tiap tahun adelah annual dinner (kononnye. tsk.)..tapiiiii....jeng jenggg jengggggg....baru ku tahu bahawa rakan2 sekerja yg lain hanya 2,3 kerattt aje yg bawak bini. adusss. sgt tak best hokehh. dan oleh kerana opis dia adalah international company dan berbilang kaum (ni 1 malaysia la konon), dorg bleh plakkk g serve minumann ARAK???????? what the hell???!!!!!!! berasap lah aku tgk yg chinese, jepun, india tu dah terkinja2. tak boleh jadi. tak boleh jadi. nasib suami belas kasihan kat isteri dia yg comel lagi seksi haha dan membuat mata berkilauan macam sinchan yg mintak kasihan kat perempuan cantek. kahkahkah. sooooo dlm baru aje 15menet kat dinner tu, kami bergerak pulang. lalu singgah ke williams dan melantak pasta seafood olive oil kat situ. kenyanggg babes. rasa nak muntah pulak mkn seafoodnye yg melambak itu. kehkehkeh

ari ahad pulak aku telah berjangkit demam dari adik, sepupu dan anak sedara suami. tp alhamdulillah, demam biasa :)

em macam tahapa2 aje aku tgk isi kandungan entri ni. berterabur caca merba mcm apetah. huhu.

Xoxo;
Ciare =)

Kisah benar: Mak nyaris kehilangan adik (part 2)

kesinambungan entri sebelum ini. rajen2 klik yer :)

haish. rasa tak best pulak sebab aku dah cerita 99% dari keseluruhan cerita pada entri yg lepas. huhu.

PHONNNNNN PHONNNN PHONNNNN!!!!!!!!
bunyi keretapi!! omaigod! cemas babe masa tu. tapi pada umur aku tu, lagi cemas untuk meninggalkan kasut dari cemas menyelamatkan diri. aku memang berusaha sedaya upaya mendapatkan kasut tu. well, kasut bukan murah. bg aku, baik selamatkan jugak kasut tu. Mak masa tu dah menjerit2 panggil aku, tarik aku...

masa tu aku berusaha sedaya upaya tau nk tarik kasut aku tu. dlm otak pikir kalo kasut tu digilis ketapi, camne aku nak jalan nanti? sbb da separuh pjalanan dah. takkan nak berkaki ayam atas batu2. ohh tidak.

maka tarikkk tarikkk...
PHONNNNNN PHONNNN PHONNNNN!!!!!!!!
masa tu aplikasikan tenaga mcm main tarik tali. hehehe. tarikk lagiiiiiii...

PHONNNNNN PHONNNN PHONNNNN!!!!!!!!
mak aku masa tu bukan main dah menjerit2 dah...

ting!! bagaikan magic, aku dpt balek kasot tu. hikhik. err ketapi tu jauh lg..mybe dlm lebih kurang 500m lagik. tapi bunyi nya itu ya amaaatttt menseramkan.

dan akhirnya, mesti la aku selamat kan? kalo tidak mana mungkin aku dpt menulis blog arini ;)

Xoxo;
Ciare =)

Friday, August 14, 2009

Kisah benar: Mak nyaris kehilangan adik

Masa tu, aku baru darjah 4@5. tak ingat the details. tapi, tragedi tu memang sgt terpahat dlm hati. sampai sekarang, mak pon masih ingat tiap detik yg berlaku tu. bagi dia, itu satu saat yg mencemaskan. saat mak hampir kehilangan adik (er excuse me adik itu adalah aku yer :p).

Masa tu, kami dlm perjalanan nak ke Batu Gajah, rumah mertua pakcik. aku tak ingat apa motip utama kami nak ke sana. Pengangkutan kami of course adalah bas. em biasalah zaman gelap tu, jgn kata kereta, moto pon kami tak ada. hanya ada basikal je. miskin kan kami?T___T tapi kami kaya kasih sayang.

Di suatu tengahari tu, dalam perjalanan ke rumah mertua pakcik, kami perlu berjalan kaki dari pekan batu gajah ke perumahan tersebut. nak naik teksi?? tak payah. mahal. masa tu duit sgt berharga. nak makan kat kedai pon berkira2. (ya Allah sedihnya bila teringat zaman dulu T___T. I dont want to go back to that moment)
So bila dah kena jalan kaki, konfem ah mak memilih jalan singkat. iaitu, melalui landasan ketapi yg memisahkan pekan batu gajah dengan perumahan mereka. so mak pon bawak aku ikot landasan ketapi. aku pon ikot jelah, zaman kecik2 everything yg dilakukan adalah FUN (tapi kalo aku lalui balek zaman tu dgn umur skrg, pasti akan bertemankan airmata. mak i salute u sgt tabah). so konfem ah aku rasa macam excited smacam dpt langkah2 landasan ketapi tu. huhu.

Tiba tiba.......
aku : mak, kasut adik sangkut!
masa tu aku dah lepaskan tangan mak aku sebab nak usaha dapatkan kasut aku
mak: adik tinggalkan kasut tu. tinggalkan!!
aku: taknak, adik nak amik kasut.

Dan............
PHONNNNNN PHONNNN PHONNNNN!!!!!!!!
bunyi keretapi!! omaigod! cemas babe masa tu. tapi pada umur aku tu, lagi cemas untuk meninggalkan kasut dari cemas menyelamatkan diri. aku memang berusaha sedaya upaya mendapatkan kasut tu. well, kasut bukan murah. bg aku, baik selamatkan jugak kasut tu. Mak masa tu dah menjerit2 panggil aku, tarik aku...

~~~apa akan berlaku seterusnya??~~~

Xoxo;
Ciare =)

ciare ciare ciare. ape tu?

1) Copy award dan pastekan di blog..
Dah copy dah. hehe

2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini - Puan Fitriah
i) isteri kpd my team-mate iaitu azhan
ii) baru sekali jumpe secara live on her wedding day at de palma hotel. orgnya kecil molek aje :p itu pon teserempak dpn lift n xsmpat snap pictures. i know u all nk cepat. hehe
iii) kadang bersembang sembang kat gmail.
iv) dia telah bergiat dlm facebook punye apps. nak jugakk huhu $____$
v) berketurunan minang
vi) ex-UKM :)

3) Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri
1) sebenar2nya aku rasa hobi aku memancing dari kecik lg. dulu2 giat memancing ikan bersama sepupu. but that was..errr 15 years ago i think ^__-
2) seorg blogger yg sokmo merepek dlm entrinya. jika anda tidak suka blog seperti sampah ini....aku tak peduli. yg pnting aku bahagia. ya aku memang jual ikan (sell-fish)
3) terlalu sukekan kucing. ntah bila aku nak mula bela kucing ni. sayang, jom cari cage utk meowww this week. wink wink ;) cubaan menggoda suami. kehkeh
4) paling suke tgk suami tido. comel. aaauummm ^___^ hahaha
5) akan beraya aidilfitri di rumah mertua tahun ni. sedih sbb jauh dgn mak, siblings and the whole family. but it's gonna be great. (look at the bright side sambil hati menangis T___T)
6) nak pergi melancong dgn suami. details adalah rahsia
7) semakin fed up dgn projek skrg ni. ada yg aku resign ni kangg
8) tak pernah basuh kereta sendiri tahun 2009. sumenye suami yg uruskan. hehe
9) sukekan baby, tp bile baby berak aku lari. hahaha

4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:
1) kak ina yang baru bergiat dlm blog
2) matul yg turut baru bergiat dlm blog. tahniah for both of you.
3) nana yg semalam MC :p
4) kakyani walaupon beliau takde blog. hehe
5) azhan suami puan fitriah. tp aku tau dia malas nak buat punya. haha
6) diana - opismate aku ni. asik MC aje. siann dia. tapi dia ada blog ke?
7) -adk-
8)
-adk-
9)
-adk-
10)
-adk-
heh cam poyo jek siap letak -adk- padahal aku tarak idea mau letak sape tah. kang asik tag org yg sama, mau rasa nyampah plak org nk jwb. huhu


Soalan seterusnya.
1. Nama timangan anda?
ciare (cara nak sebut ci'a), adik, kat umah in-laws dorg pggil aku che'ah. hoho comel sekali, maklong di rumah suami, maksu di rumah sendiri. maksu tetap plg best :D

2. Anda Seorang Yang?

gembira sokmo. but who knows whats the truth behind the smiles.

3. Insan Yang Teristimewa?
suami i lar. lg mau tanya

4. Lagu Kesukaan?
lucky. slalu berduet dgn suami

5. Makanan Kesukaan Anda?
err terlalu banyak utk disenaraikan. basically everything yang pedas i like

6. Sikap Yang Membuat Anda Stress?
orang yang tak menghargai apa aku buat (in workplace)

7. Warna Kesukaan Anda?
tak nak ah suke pink dah. nak tukar suke kaler ijau lumut dan gold. muehehe. okay tipu jer. i tetap minat pink

8. Benda yang mesti ada dalam beg?
hand bag ke beg? to be honest, handbag aku hanya hiasan. jarang bwk handbag. but if i do bring hbag, of course mesti ada phone and makeup gadget. duit tak payah. amek je wallet suami. kahkahkah $$__$$

9. Kali terakhir anda menangis?
minggu lepas tak ingat ari ape. tapi nangis gitu2 lah. sebab mak kata dia tak sihat. kaki dia sakit. owh i miss her so damnnn much. mak adik rindu mak. lalu nangis di celah tiakk suami seperti puan fit juga. the best place in the world. haha

pstttttt: nampak sgt xde idea nk berblog, sampai cepat sgt jwb tag :p

Xoxo;
Ciare =)

Bila lagi nak piknik macam ni kan?

Ntah bila lagi kita nak piknik macam ni kan kawan2 :) tak silap aku, kejadian ni berlaku lebih kurang setahun lebih yg lepas. bulan Mei tak silap i. masa tu aku, dd dudu (free kuku as photog :p), mun-e, pae & ateh telah berpiknik di taman botani putrajaya. i was a short picnic but it was definitely fun. hooyeah =D

haish bukan main susah lagi nk gather ramai2 ni. naseb ah jugak bleh jumpa ramai2 time wedding day rakan2 termasuk my wedding day also :)
yang duduk me & dd serta ateh yg sedang memotong buah, berdiri mun-e and pae :)

tgk tu minah 2 org tuh. org lain dok mengemas hangpa sempat lagik pose gedix. huhu

close up. pa'e & ciare. free dd di celah2 :p

:)

last but not least.

kawan2. bila lagik mau piknik mcm ini? i'm sure kali ni lebih meriah dgn kehadiran org2 baru di dalam geng kita :) tapi kalo semua dpt hadir lg best kan.....

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, August 13, 2009

Kawanster @ Mukabuku @ Blog

okey jgn pelik dgn tajuk tu. saje je pakai nama samaran. hehe. FYI, kawanster=friendster, mukabuku=facebook dan blog=blog tak kira ah ape jenis blog sekalipon. Dulu aku mula menjebakkan diri dgn friendster masa masuk UPM. tahun 2003 kalo tak silap. ke masa matrik dah buat eh? tak ingat. Masa tu friendster mmg ah tajuk panas kalo g mana2. macam pisang goreng panas i tell you :> masa tu memang berlumbalah mencari kawan. kiranya lagi ramai kawan lg teror ah kot. haha. tp aku smpai skg baru tak smpai 300 kot kawan2 aku. hihi. dan telah berzamannn ditinggalkan. kawanster no more interesting for me. sbb balek2 perkara yg sama. update profile, wat komen, upload gamba. boring. kawanster pon ada blog jgk. dulu aku ada buat blognyer, tp tah nape tak melekat. nak visit kawanster aku? klik cini http://www.friendster.com/ciare

Bila dah masuk alam pekerjaan ni tiba2 terjoin mukabuku pulak. hehe. aku pon pelik sebenarnye apa yg best sgt psl mukabuku nih (facebook yer anak2). tapi buat aku terdetik nak create my own facebook bila dlm tv cite omputeh sokmo sebut perkataan facebook. dlm gossip girl pon dia ada sebut sekali aku rasa :p kalo nak tgk facebook aku, sila pergi ke www.facebook.com dan search fullname aku. kalo tak tau fullname aku maka tak dpt ah ko tgk. haha. aku pakai fullname aku sebab konon2nya mukabuku ni mcm friendster versi formal dan utk org2 yg bercareer. nape tah aku pikir camtu. but please believe ada org yg sudah mempunyai pendapatan dlm USD kerana giat membuat applications mukabuku. aneh bukan? tp aneh2 pon ia tetap kenyataan. aku ingat nk buat application jugak but i have no time. later maybe. maybe.

Dalam masa yg sama aku mngejoin mukabuku, aku turut mengejoin blog. dulu mcm2 jenis blog aku dah buat. journal, wordpress, blogspot. Dan akhirnya aku memilih blogspot. hehe. nape tah :p padahal aku rasa wordpress lagi canggih kot. depends lah actually. mula2 aku buat blog utk aku sorg. siap private bagai. lepas tu kwn2 tegar upm ramai pulak start berblog. maka rasa seronok dan mengopen for public. maka i end up at this blog ciare.blogspot.com until forever i think. nanti aku nak letak blog aku dalam wasiat. hehe. suh anak2 aku update pulak :) Aku suke blog sebabnye aku bleh luahkan perasaan dan tak kesah akan ada org baca ke tak. tp oleh kerana open for public seboleh mungkin aku akan meminimakan utk mengkutuk mana2 pihak. kalo nak mengumpat kena bukak blog lain :p

Aku jugak telah menkembangkan lagi sayap blog aku kpd mini2 blog. hihi. antaranya adalah:
1) music - http://ciaremusic.blogspot.com
2) yang ni tak tau ape motip, mgkin akan tutup blog ni - http://ciareadventurelife.blogspot.com
3) link to other bloggers - http://ciareterritory.blogspot.com
4) dan ada satu private blog tp korg tak tau. kahkah =D

Xoxo;
Ciare =)

rutin hujung minggu

Hehe. agak kekurangan idea lah skang ni nak update2 blog segala. too much things to handle (-_-") and too much things to think @____@. nape rasa over pulak tanggungjawab ni. haish T____T.

erm apa nak buat on weekends ni ek. nak jalan2 kang takot terbahayakan kesihatan sendiri. tambahan tu, takdok pitih lak. dok umah sorg2 di kala suami bekerja? erm mati kutu aku sbb mengira semua kutu2 beras. ape2pon ari sabtu adalah hari keboringan sedunia. ada sapa2 volunteer utk teman aku tak ari sabtu? haha gile malas. sebab ketakutan nak kuar umah, so maybe tggu org datang 1 penyelesaian yang baik ^_- bleh buat party buih. hiks. korg kalo nak dtg umah i, inform je jgn malu2. nti bleh aku tnjuk skill masak air teh ;) hoho

oyya ari ahad ni ada event redglow rasanya. kat seksyen 9, shah alam. hmm tp aku ni lemah betoi tang aktiviti ari ahad. sebab ahad je satu2nya hari utk aku ngn suami g jenjalan berdating ke ape. mamat tu kan keje ari sabtu. so far, most of sundays invitation terpaksa ditolak unless event tu sesuai utk dihadiri bersama2 dia.

Hmmm nuffnang aku dah menunjukkan tanda2 utk dicashoutkan hehe. alhamdulillah. walopon tak ada lah ramai sgt reader tp aku kagum dgn hasilnya. tp nak tggu dia beranak pinak lagi. kang takat bape hengget kat celah gigi la jwbnye. hiks.

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, August 12, 2009

Ini serius

Dulu aku rasa mcm tak akan berlaku jer benda2 mcm dlm cite omputeh tu. aku takot sgt kalo mcm cerita 28 days, i am legend dan lain2 cerita virus berjangkit ni berlaku pada reality T___T. jgn la ada virus yg bleh wat manusia jadik mutant ke hape. nauzubillah @__@

ehh tadi mcm busy sgt rasa tak sempat nk buat entri. huhu. tp tak ape, ni time lunch so sempat kot nk buat entri baru ;p. arini rasa takot nak lunch masa lunch time. jadi aku dan opismate amek langkah berjaga2 utk lunch masa bukan lunch time. huhu. kang da abes lunch time baru kami nk menyelinap keluar utk makan. heh

okay berbalik kpd perenggan pertama. takot bangat sih dgn wabak H1N1 ni. makin lama makin hangat pulak rasanya. ntah napa dulu masa wabak selsema burung (ape lagi wabak lain sila nyatakan aku dah lupa) aku tak ada lah rasa mcm ni. sekarang ni dah simpan angan2 jauh dalam perigi utk pergi jalan2 makan angin. naseb kite dah kawen kan sayang maka kite bleh makan angin dalam rumah jek. weeheee :p sape tak kawen lagi sila jgn dating selalu yer. sbb korg bleh dating di tempat awam jek. dan tempat awam itu adalah tempat paling merbahaya. kesimpulannya sila kawen dgn segera dgn pasangan anda.

Sape yg nak kawen musim H1N1 ni pulak, sila buat reply card kat invitation card korg. sebab aku yakin ramai tak dapat datang sebab takot wabak nih. maka kalo ramai tak balas reply card korang, bleh save budget catering di situ. tapi maybe overbdget tang buat reply card.huhu.kahkahkah. bernas idea i nyahhhh ;)

err okay tak nak lain wat entri pnjg2 dah. macam lah ada org baca. macam lah best sangat apa aku tulis. mcm lah aku pon nak tulis panjang2. erk?? &^#@*&^
picture is not related with the story. harap maklum

Xoxo;
Ciare =)

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha