Thursday, December 31, 2009

Dah beli kalendar 2010? ;p

Ehem Ehem. tahun depan a.k.a besok umurku menjelang 26 thn lah yer? baca betul2. menjelang okaaayyy. so belom lagi ah. maka sebelum 22.08.2010 umur i adalah 25. mude lg nyahhh ;p

Haih semua org pon sibuk wat sinopsis 2009 arini. hoho. tp aku malas lah. cukup lah aku ingat dalam hati bahawa 2009 tahun terMANIS like SUGARRR. aku akan paksa 2009 menjadi tahun terMANIS utk suami jugak. lalalalaa ~~

Harap2 besok a.k.a tahun depan akan lebih manis ah dr 2009 ni. hihi. biar segalanya manis mcm kilang coklat ah. br best :) baik dari segi peningkatan peribadi, career, personal life dan segala2nya. InsyaAllah.

Ok mls merepek byk2. cukup lah yer? anyway, mlm ni korg celeb ke? xyah lar yek. baik dok umah diam2. buat ape pegi berlibur kpd tempat2 lagho tu. kalo pegi pon, biar secara elok bersama famili tercinta.

sayang, ape plan kita mlm ni? candle light dinner ey ;)

Xoxo;
Ciare =)

kalau boleh i nak lantai pon pink jugak

tada!

adeh. sebenarnya aku tak jadi nak publish entri ni. tp oleh kerana ntah bila tangan aku mengpublishkan dia, terpaksa lah. terlajak kereta bleh reverse, terlajak autopublish lu pikir lah natijah nye. ewaaaah ;p

1st. Sila abaikan kaki photographer dlm gambar di atas ;p
2nd. Di atas meja itu merupakan cendol. hehe
3rd. Meja polkadot pink comel ni sudah pasti pilihan aku. org sebelah dah geleng kepala ;p

Anyway, dlm umah adalah kwsn aku maka adalah kuasa aku nak menentukan warna benda2 dlm umah :) errr eventho bukan beli pakai duit aku poooon haha. sedikit keji namun itu la realiti :D

Sebelum ni kalo tetamu dtg umah, dorg akan meneka warna favourite aku adalah MERAH atau HIJAU. erm before this beli brg ikot dan aje. pastu most of the stuff adalah dari penaja (org yg bermurah hati i mean) maka terima aje dgn redha.

So lepas ni, semua benda baru yg akan dibeli pasti berkonsepkan PINK biar nampak mcm tak ada kaler lain dah dlm dunia ni. biar berpinarr bijik mata tetamu ;p

Xoxo;
Ciare =)

Homemade pizza by mrs ciare :D

Hehehe mood memasak dtg kembali setelah few weeks dapur kurang asap. means KURANG asap k, bukan tak berasap langsung ;p maka setelah teringin pizza buatan sendiri aku pon terpaksa la buat sendiri kan. lgpon kalo ikotkan resepi puan ann langsung tak susah. senang bangatttt ;p

Antara bahan2nya adalah tepung gandum, yis, sosej, capsicum, bawang, cheese, gula, garam, sos prego dan lain2 ikot citarasa :) nak senang pegi blog puan ann yer adik2 sekalian. sana lengkap lg resepi ni. hihi. blog aku bukan blog masak so mls letak resepi. lgpon i bukan pro wat pizza. wat malu je letak resepi padahal pizza i pon bantat :D

okay ini lah doh pizza. bahan2nya tepung gandum, garam, gula, yis. gaul sebati. hehe. cara2nya sila jenguk link di atas yer :)

capsicum merah dan ijau utk memeriahkan suasana :D pastu letakkan cendawan butang dlm tin tu, isi ketam ke, udang ke...ikot korg lah.

haaa ni rupa sebelum bakar. hehe. meriah bukan?? mabelesss wehhh tgk cheese tuuu. huhu

done! hehe cheese tu plg menggoda tauuuu :) em tp roti pizza aku tebal lah weh. lenguh pipi aku nak kunyah roti tu. but next time i tau lar camne nak buat dia bg nipis sket. not bad lah utk 1st time buat pizza. yippieeee :D

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, December 30, 2009

Pesanan Penaja

Pesanan Penaja:

Kekadang seorang insan yang sentiasa happy dan bergelak ketawa itu, tak semestinya turut happy dan bergelak ketawa di dalam hatinya. Mcm aku, kadang2 ketawa aku itu dusta. sekadar menutup perasaan sebenar di hati. but no one knows. I've cried a lot actually. tapi nangis dalam hati lah. hihi. erm tp after get married to the man that I love, aku dah kurang menangis. adalah jugak nangis bila tgk cerita industan. hoho. tgk cite korea pon aku nangis jugak. ok shut up ciare. huhu

Masa bujang dulu kan, I mean, before I met my husband, I've cried a lot. The only person yang pernah lihat aku nangis sebanyak satu sungai adalah Kak Mas. itu pon sebab tak sengaja dan tak tertahan. But that was the 1st time and the last time kot ada org nampak aku nangis.

Kat sini, bukan nak cakap pasal ape aku nangis tu. tu kisah lama pon. i just want the people around me bleh paham dan tolonglah paham perasaan aku. bleh tak jgn sesuka hati nak judge people. tambah2 lagi working hours. Aku sgt2 benci dan menyampah bila org tanya soalan bodoh atau soalan sensitif masa bekerja. Sebab office hours aku sgt2 tertekan. Bukan mcm sesetengah minoriti tu yang kerjanya hanya bergosip dan potpetpotpet.

My works need my brain a lot. so please lah. please respect privacy dan jgn sesuka hati ckp tak tentu pasal if you dont know a thing about it.

This entry is not decicate to anyone actually. Aku pon ntah kenapa tiba2 buat entri gini. huhu. apehal lah minah ni serious semacam jek. so not me kan? ;p jadi pengajaran utk semua jgk lah. sila lah hormati rakan2 anda dan jaga lah perasaan mereka. semua org tak sama. dan perasaan pon lain2. so treat them well before its too late. kang bila ada yg dah terasa hati terkecik hati, susah kan?

Xoxo;
Ciare =)

Klcc Kyra Kyrin Kakleha Kerol...aku sorg takde K???

Ada org tanya "Ko ni asik letak gamba anak sedara jek. gamba anak sendiri bila lagi??"

bleh tak aku nak jawab "ko da lama idup? nak kena lempang???" tp i tak jawab lar. jwb dlm hati je T___T

hrp org tu tak baca blog aku arini. huhu ;p Kesimpulannya sukati aku la nak letak gamba anak sedara ke, anak kucing ke, anak biawak ke, anak cipanzi ke.....betol tak? kalo tak sudi baca tak payah la baca.

Hehe sampai2 aje dia dok mengibas skirt dia. hihi. mentang2 lah dapat pakai baju baru. apepon i yg pilih baju ni, tp mama dia yg bayar. kuikui ;n

sama baju dorg ni. kaler aje lain sket. teehee ;p sedang merenung kemeriahan klcc dari tingkat atas :)

okay tak payah ckp dah. harus ah ade tuan tanah kan? dan budak ni korg dah kenal sape kan?? :)

litle girl with daddy long leg :P hehe. amboiii excited si kyrin ni. kalo korg tak tau lagi, kyrin ni dia budak kiri kanan namanya. kalo dia dpt gula2, kena pegang kiri kanan. kalo dpt 1 je dia mengamuk lah nanti. hoho. so kena belikan 2 kalo nak beri dia sesuatu. 1 tak cukup ;p

kan dah ckp, ini budak kiri kanan nama dia ;p

litle girl with mama :)

two litle girls with daddy long leg :) ho ho. sukeee sgt budak2 ni main main dgn pakshu ;p



happy betul budak2 ni :) kan best kalo manusia dewasa mcm aku sentiasa happy mcm dorg. tak pernah mengerti apa dia masalah. kan best.....alangkah bestnya.......

Xoxo;
Ciare =)

Murni's Engagement

1st of all, congratulations to Murni & RR kerana sudah menjadi tunangan orang. ingat, bertunang bukan lesen L ke lesen P ke tau. dah kawen nti baru dpt lesen. skg ni baru apply lesen. belom approve lagi. hehe. ape aku merepek ni???;p

Jom layan gamba :)

Inilah pengantin bertunang (dd yg ckp ;p). cantik manisss aje :) baju mu sgttt cantek. heart it sooo much ^___^

beberapa menet lepas aku sampai umah muni, sempat snap few pictures then terus ah adegan sarung cincin :) hehe

comel kan? :) time ni dah siap sarung cincin segala. amboiii happy si muni. mmg cool giler muni, mcm tak berdebar langsung pon. aku dulu sampai nak tercabot jantung. hehe. mujur tunang i sempat sambut jantung i. HO HO ;p

dahlia, puanciare, dd, muni, pae, kakyen, sanny. see? i sorg puan tau. rasa mcm masih berada di zaman anak dara. HO HO ;p

murni di mini pelaminnya. comel. simple sgt. hehe. tp time sarung cincin tu tak sempat nak sarung atas kusi ni, so lepas setle semua kena ulang tayang balek utk koleksi gamba di mini pelamin :D

hantaran pertunangan mereka. yg konsep merah krim dari pihak pempuan. yang konsep putih dari pihak lelaki. hihi. sweet semua hantaran ni :)

close up! hihi. aku kepingin kat kek SR tuuuuuu. slurppppp ^__-

4 gadis pingitan. awat mata pa'e stim semacam tuh? hikhik. anyway, best dapat jumpe kamu semua :)

ops time ni berada kat hospital tau. lepas majlis muni bertunang, we all pegi ke HUKM melawat Hafiz. dia sama kelas we all belajar kat upm dulu. sian dia. tetiba kena darah tersumbat kat saraf di otak. lepas tu dia mcm kena strok. bahagian kiri tak bleh gerak. tp alhamdulillah masa we all dtg, dia dah bleh gerak. cuma nak jalan tak boleh lagi. mari kita doakan agar dia cepat sembuh okay. amiiinnnn :)

this is my makeup ke majlis murni bertunang. huhu. SILA ABAIKAN kulit ku yg kasar menggerutu itu T____T

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, December 29, 2009

Shopping atau Playground

Hu hu agak2 mana satu idaman kanak2? shopping atau playground? ;p memula kami bershopping ape yg patot dekat Giant BK5. heh ;p mencabar seh nak shopping bawak budak2 ni. itu belom lagi time mereka hilang dr pandangan mata!! huh ~~ aku rasa mcm kena ikat tali kat budak2 ni supaya tak hilang ;p

sampai2 aje terus naik troli. tak koserr mak nak dukung budak2 ni. mama dorg harus lah berganda2 tak nak dukung dorg. mama nye halus sgt. kang tergolek heh ;p

ade2 aje dorg nak. naseb ah mama korg dah gaji time ni. time ni makshu langsung bankrup harapkan nafkah pakshu bg jek heh ;p (but now i dah gaji. yahoooooo ^__-)

Lepas tu bermain di playground lah. time sampai sini, kami relax lar. tgk aje dorg main. hehe. happy bebeno mereka di playground giant ni. huhu. shopping 40 minit, main di playground 1 jam. hadoiiii (-_-") demi uols, demi uols my nieces. layankan aje ;p

budak tak sehat ni pon tetiba terus sehat nampak mainan :D hehe. lepas tu jgn harap ah dorg nak balek umah cepat. siap kena heret masa nak bawak dorg balek. HO HO

ini gaya superman ^__^ mcm2 ah si kyra ni ;p siap menonggeng turun kepala dulu tu. haiyaaa aksi sape laa ko tiru ni. wat malu den jek. ahaks ;n

Xoxo;
Ciare =)

Happy birthday Kyra. Sudah 3 tahun :D Kakak da besar . . .

Tak silap aku, kyra sepatutnya lahir 11 Januari. Tapi tah macam mana terlahir awal 2 mggu lak. maka arini lah arijadi Nur Khayra Batrisyia Helmey Rusdy =) 29 Disember . . . .

Aku ingat lg abg ipar aku msg pd 10 am 29/12 3thn yg lepas

"Adik, kak leha dah selamat lahirkan baby girl 2.9kg. comel sgt"

Dan buat pertama kalinya, aku ada anak sedara :D kyra masa kecik2 bulat, gelap, mcm boy tau. but now dah transform jadi kurus, putih lepuk dan takde rupa boy dah. hehe :D meh tinjau rupa kyra masa kecik2. hehe


HOHO. betul kan? lain giler rupa dia. hehe. but still cute tau :D tambah2 tang lesung pipit dia. dia dah beso nti mesti tak ngaku di gambo dia kan ;p

Kakak, makshu ucapkan selamat hari lahir. nanti bila kakak dah pandai baca jgn lupa tgk belog ashu tau. hihi ;p sesungguhnya gambar kamu sgt byk dlm belog ni. I wish kakak cpt besar dan sihat. jgn asyik meragam tau. cian kat mama penat. pastu kakak kena tlg mama jaga adik. kakak kan baik dan pandai =)

Makshu ade beli adiah utk kakak. ptg ni ashu kirim kat ateh sbb dia nak balek ipoh. nti mintak kat ateh k ;)

Happy birthday Nur Khayra Batrisyia. how time flies since the day I first saw you :)

Xoxo;
Ciare =)

Projek Pembangunan

Assalamualaikum :) hooo aku dah mcm cacing kepanasan ni sbb mlm td baru beli card reader. melambak hokehh nak cerita kat sini. hehe ;p

Mari kita mulakan dgn projek pembangunan kat umah aku ni. actually ia terdiri dari fasa pertama dan kedua. namun, gabungkan ajelah sekali. huhu. tak koserr nak tayang2 laki i byk kali. sikit2 sudaaaah. HAHA. motif????

tu gardener ai a.k.a teman tapi mesra yang HALAL. SAH? saaaaahhhhh. hehehe :D ni semua projek beliau lah ni. kalo aku tak koserrr nyah nak membangun kan alam semula jadi sekitar rumah. dah lah rumah sewa!! eeee geram tau. aku bantah habis2an utk projek menghijaukan laman ni. sebelum ni ijau jugak ape. ijau dgn rumput setinggi lutut. heh ;p

berapa byk kos abes tanam rumput?? ko pegi tanya dia. naseb ah nafkah shopping dapat seperti biasa. kalo dia cut cost nafkah i semata2 rumput ni . . . . . . siap dia. HAHA. alamatnyer, meragut rumput laaa kat luar ;p (err ini dah jd mcm lawak kami laki bini. kalo xde makanan, sila meragut rumput di luar. huhu)

ni pulak pembangunan fasa 2. 2 hari jugak dia nak siapkan segala mak nenek rumput ni. gigih betul. pg2 bute dah melawat nursery pokok. aku bgn2 tido tgk org sebelah ilang! see?? rumput lg penting dr i?? malam kang u tdo atas rumput bleh?? HOHO (hrp dia xbc blog ni mlm kang ;p)

aku sekadar pemerhati bebas dan snap2 gambo jer. satu hapah aku tak tlg. tak koserr maaaak nk kotorkan tgn gebu i ni. hehe. anyway, kawasan dia luar umah, kawasan aku dlm umah. errr means, kat luar dia yg kemas, kt dalam aku kemas. haa gitu laar

done!! tp time ni nampak tipu2 lg rumput tuu. skrg rumput tu dah gebu2 dah tau. aku plak terlebih rajen nak siram rumput. hehe. kalo dia pijak rumput, aku marah dia. hehe. mcm aku plak yg tanam. hehe. i xtanam, i amek credit jerrr ;p

Sekian saje projek menghijaukan bumi :)

psssttttt: smlm dia nak beli mcm2 dah.
segala pokok dia nak beli. haih.
riso aku kang umah xnampak.
nampak pokok2 aje. hu hu

Xoxo;
Ciare =)

Sunday, December 27, 2009

Ulangtahun Pertunangan

Alhamdulillah genap setahun kami bertunang. errrr dan dah selamat kawen pon hampir 7 bulan. kahkah. nampak sgt saje nak bertunang kejap pastu terus kawen (tau xpe ;p)

Pada mulanya, kami ingat nak bertunang setahun. so plan asal, mungkin pd tarikh ini kami baru saje melangsungkan perkahwinan kot ;p nak wat camneee dua2 dah gatal sgt nak kawen cepat. wakakakaka :D eh tak tak tipu saje. nak tau napa kami pilih 30 Mei lepas utk bernikah?? meh i story sket

Arwah ayah mertua ku berkata "wak mende mung nok kaweng lambak ngak. doh ade jodoh tu mung kaweng jelah cepak2 dgn ci'a. mende ape tok ready2 nye??"

hehe. lebih kurg gini lah respond arwah ayah mertua ku (pa) bila MK cakap nak ikat setahun. mmg kena bantah keras2 i tell you. pa siap nak sponsor mcm2 supaya kami kawen cepat sbb dia ingat MK blom cukup duit. err tp cukup duit pon, dia tetap sponsor lembu. hehe ;p

Dan ternyata, kami gembira melangsungkan perkahwinan awal seperti yg arwah pa nasihatkan. jika kami kawen bulan december mcm yg kami rancang, maka aku tak sempat utk mempunyai seorg ayah T____T. at least aku smpat mempunyai seorg ayah pada umur 25 tahun ni. u know kan, my very own father passed away when I was 5 years old.

Kalo ikot rancangan arwah pa pulak, dia cdg nak kawenkan kami bulan Mac iaitu 3 bulan lepas tunang. HOHO. ganas ganas. tp nak wat camne, too soon kot utk wat persiapan. so tunda sampai bulan 5 lepas bermacam2 episod drama sembilu berlaku ;p

Kami dinikahkan, di Masjid Kg Baru, Ayer Tawar pada jam 5.20pm. Alhamdulillah.

Xoxo;
Ciare =)

Friday, December 25, 2009

Cuti Cuti Xmas

Yo Yo whatsup ;p so ape plan uols cuti 3 hari ni?? msti ramai yg on vacation merata malaysia @ luar malaysia ni. haih. bile laaa br dpt jenjalan jauh2 ni? jgn ckp jenjalan jauh2, yg dokat pon tak terpegi T____T
haih nape la dlm byk2 gamba aku g upload gamba yg 1 ni? tak best lgsung. maka layankan aje lubang idung ku wtf yg beso itu ;p tak best ah gamba ni tp aku malas nak upload yg lain. berukband arini hampes sket. huhu +__+

anyway, arini xtau lg nak pegi mana. macam tak pegi mana2 kot siang hari sbb i akan menjadi baby sitter kpd izzmikail. hehe ;p maybe malam lar br nak ke mana2. erm tp itu pon kalo si suami tak penat lar. dia ada projek dgn mael arini. err projek means kerja. jgn salah paham laki aku pegi projek 'lain' lak ngan mael hubby si yanti tu. HOHO. pitnahhh pitnahhh. so if mlm kang dia tak penat bleh ar keluar. errr tp mcm harapan tipis jua sbb besok dia kerja wtf so i bet dia mau rest puas puas.

Esok?? yeay besok mau pegi mjlis bertunang seorg kawan di upm, dan merupakan blogger jugak. heh. siapa? biar lah rahsia. besok ah br i reveal bersama2 gambanya, insyaAllah. moga majlis pertunangan beliau lancar :)

Ahad? okay tak payah cerita pasal ahad please. kang i headache. and i'm not type of person with well-planned. hoho. selalunye last menet punye plan aje. huhu.

itu saje, adios ;p

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, December 24, 2009

Hampir 3 bulan dah


ape yg 3 bulan? HOHO. agak memberangsangkan. dan nuffnang jugak makin laju. alhamdulillah :) rezeki rezeki. jom click2 more nuff ads ;p

ini adalah contoh entri murahan.
sekadar mengapdet.
layankan aje ;p
ade sesape rindu dgn celoteh i ke? ^__^

Xoxo;
Ciare =)

assalamualaikum

Heh. seriously i am super duper busy maaakkk +____+. arini wanted semacam. lepas satu, satu hal kena setle. sume manusia pon mau cari aku. wuaaa busy i nyahhh.

Tapi aku tetap curi masa nak update blog. heh ;p apepon, terima kasih laaa kat korg yg keluar masuk blog yg hampir bersawang ini. err tp korg pon mcm tak update blog sgt pon. xde cerita panas ke ujung2 tahun ni? xkan semua suam2 kuku mcm i kot? ;p

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, December 23, 2009

perot oh perot

kenapa yer? baru 2 jam aku lunch mkn nasik dlm kuantiti biasa. dgn sotong dan sayur dan jugak air suam. lepas tu jam 3 perot aku memulas2 mcm kelaparan tak makan dari malam td.

lantas segera mengorder sandwich 1 set dgn air jus oren dan kentang (ohh melayang RM7 ptg ni). adoiiii knapa ni?? gastrik kah ini?? ke petanda? petanda apa??

petanda nak gumuks lar ;p

edited lepas mkn sandwich ~
fuhhhh den konyanggg. legaaa perot dah stabil lepas kena sumbat.
mlm kang nak sumbat ape lak ek ;p

Xoxo;
Ciare =)

Twilight: Eclipse

Owh i'm currently reading novel eclipse. hehe. itu pon pinjam my opismate punye. hoho. tp aku stop baca dah. sbb pas gaji ni aku nak beli sendiri. terjah terjah MPH!! ;p

apepon, aku rasa mcm nak buat hobby baru la baca english novel ni. baru la rasa berkembang sket. aku rasa kali terakhir baca novel adalah 3 thn lepas. itupon novel cintan cintun. very tipical malay novel. hidup kena berubah la kan. now kita switch to english novel :)

eclipse ni episode ketiga utk twilight ni. lepas new moon kita nantikan eclipse okek :)

baaaaaa sgt sgt best ah novel ni. aku baru baca few pages trus melekat. hoh ;p tp mcm kesian kat opismate sbb dia pon tak abes baca lg.

so after gaji ni, kita pergi MPH tau. beli buku eclips. gaji bulan depan lak beli siri yg last utk twilight. insyaAllah :) silaaaaa kan abaikan parut2 jerawatku itu. gamba ni captured masa nak pegi beli cendol kat BK5. heh ;p horror kan withOUT makeups?

Kamu semua mcm mana? suke tak baca novel2 gini? ;p

Xoxo;
Ciare =)
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha