Wednesday, January 6, 2010

Berdosakan.....

Awas: ini entri penyesalan. sila baca dgn nada serius. arini sedikit busy. besok lar blogwalking okey

Aku menyesal sgt2 sebab haritu aku penah ckp bukan2 dalam blog. I mean, 'ckp bukan2' tu bukannye merapu meraban. huhu. tp cakap bukan2 macam mempersoalkan tentang ketentuan hidup ini. aku cakap nape aku asik naseb malang kan? plus, ada word si-al sekali aku letak.

Nauzubillah.

Sesungguhnya aku bertaubat. aku tak nak sebut dah menda yg bukan2 macam tu. wuaaaaa berdosanyaaa aku mempersoalkan qada dan qadar. Ampunkan dosa2 ku Ya Allah. ternyata, di sebalik air mata tu, ada senyuman yg datang :) Alhamdulillah

Tahun 2010 permulaan yg baik secara keseluruhannya. cuma aku jer yang tak reti bersyukur dan cakap yg bukan. Allah tak suka bukan?? Maka semua yg pahit dan masam tu telan aje lah. Berfikir ajelah secara +ve :) InsyaAllah dgn adanya suami tercinta di sisi, semuanya senang aje. kdg2 bile ada problem dan rasa nak nangis (most of the times kat opis lah) tp bila balik umah semuanya ok :) itu lah penangan CINTA bukan? tp semua tu dari Allah. ingat!

Alhamdulillah.

Aku jugak perasan, aku jarang melengkapi dia. asik2 dia melengkapi aku. padahal aku dah jadi sebahagian dlm idup dia begitu jugak sebaliknya. ugh! adakah aku terlalu manja dan dimanjakan?? sesungguhnya aku akan berusaha menjadi isteri yg lebih baik. anggap je azam tahun baru. tp kena kekal sampai bila2 la. xkan nak kekal sifat tu sampai 31.12.10 je. huhu.

gambar selingan sbb budak ni comel putih melepak ;p

sudah 7 bulan bbrp hari kami diijabkabulkan. dan aku sgt takut dgn satu perkara. agak2nya berapakah dosa yg malaikat sebelah kiri aku catat sepanjang menjadi isteri dia. Ya Allah. kuatkanlah IMAN ku dan dia. Dan yang lebih menakutkan, berapa pula dosa yang terpaksa ditanggung oleh suamiku kerana dosa dosa yang dilakukan oleh isteriNya???

Sayang, maafkan isterimu ini ya.

Xoxo;
Ciare =)

5 comments:

  1. kadang2 kite berblog ikut pesaan sangat.. i pon

    ReplyDelete
  2. hhhmmm..
    balik ni kita sama2 gi cium tgn suami mintak maaf
    dan teruskan usaha menjadi terbaik
    saling melengkapi..

    ReplyDelete
  3. salam kak ciare...
    emm zue pun takut je berdosa ngan suami even baru brapa mggu kawen huhu

    ReplyDelete
  4. bila di pikir di renung balik kita akan rasa bersalah kan? tapi syukur la ciare cepat sedar ttg ni....klu dah lama2 mesti lagi banyak kan???

    ReplyDelete
  5. insyaAllah sis...Tuhan sntiasa ampunkn umatnyerr..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha