Monday, January 25, 2010

F&B: Cempaka Sari Kopitiam, Selera Pantai Timur

Assalamualaikum.....:)

Ya ampunnnn ape nak jadi dgn blog aku ni??? please laa ciare! go go go :D kamu perlu memantapkan lagi blog ini (demi menjana nuff utk vacation kita nanti ^___^). okay okay semangat udah dtg kembali. chayoookkk =) --> padahal ari weekends aritu dah meroyan sampai wat entri tahapa2 pastu siap privatekan belog selama semalam. but i bet no once had noticed punggg T____T

Owh aritu kami (double date ngn my sis time ni) pergi jenjalan makan angin malam minggu. alaa pegi tgk wyg je pon kat IOI nu haaa ;p dokat yo0o0 ngn umah den. tambah tolak 15 minit udah kesampaian. weehee ^__-

So oleh kerana wayang lambat dan tengah malam, maka we all nak makan yg jauh2 sket. takmo ar mkn dedekat dlm shopping complex tu. so we all decided nak pegi mkn kat LUAR ioi tu. memula nak mkn kat maple je (save budget weh nak vacation nye pasal ;p) TETAPI den perasan ada kedai namanya Cempaka Sari KOPITIAM dalam kurungan Citarasa Pantai Timur. hehe. tetiba TERpegi masuk ke kedai ni.

well, it's a bit worried jugak marr sbb kedai kosong aje. sumpah. dalam pikiran pikir dua aja. sama ada nak tutup dah atau tak sedap sbb tu 'tok rama'. dah sampai tu tanya waiter dia
'dah nak tutup ke?' 'eh belom kak, tutup kul 11pm lebeh'

err maka risau, adakah tak sedap?? tapi demi support kedai melayu kami masuk jugak lah. daripada aku melabur kat kedai maple yg tak tentu mamak tu baik aku melabur kan kedai sebangsa. owh ya, saya mmg berperangai mcm ni. kalo nak pegi kedai runcit pon, aku nak kedai melayu. tolong kaum sebangsa :) tp kalo kedai melayu xcomplete, terpaksa lah pegi jgk kedai2 yg lain. tsk T___T

Maka dengan harapan makanannya akan menjadi sedap, sesedap mata memandang dekorasi kedai ni, kami tawakal ajelah :)

Sampai2 aje, aku terkagum dgn deco deco makanan dia. simple but nice. tak comot2 dan ada hiasan2 sket. well, 1st impression was not bad at all. waiter pon sabar dgn kerenah kami seme.

deco deco deco. hehe. lepas balek dari kedai ni, aku da panas punggung nak deco2 umah aku tu. but, tu umah sewa maa. mcm tak best jek. bila nak ada umah sendiri ni yang? tahun 2012 kan? :D

owh my darling dia order laksam tau. kateee menu 'pata timo' kannnn. hiks ;p well, the laksam was soooooooooo delicious babe!! perghhh nangesss i tell u. ia sedap sbb tak terlalu lemak, tak cair sgt, masin manis lemak sume ada. wuaahhhhh =)

menu aku ni mcm set. sumpah sedap! ikan keli dia perghhh garing dan ranguppp tapi isi dia lembut sedapnyaaaa :D dapat sayur, sambal atas nasik tu sedap giler, sambal belacan dan jugak buah2an :)

my sis amek roti arab + kuzi ayam. perghhh kuzi ni kan, dia mcm kari tapi bukan, sbb dia terlaluuuu sedap. haih lenkali nak amek kuzi kambing lah :D

my bro in law lak amek 2 mangkuk laksam. licin! terbukti sedap bukan?? ;) okay so itu je lah kot. kedai cempaka sari kopitiam ni terletak di sebelah IOI Mall puchong. btul2 sebelah wing baru siap tu. total price? sgt2 reasonable. total RM 32 utk 4 org bersama air2 yg segalanya sedap ;)

selamat mencuba! ^___^

Xoxo;
Ciare =)

5 comments:

  1. wohoo..dekat jugak tu dengan putrajaya nie..bolehla try he he he ...

    ReplyDelete
  2. wahh sedap nye laksam..

    pn ciare, bukan pn ciare je yg meroyan, sy pn meroyan tetibe blog ni dah privatized... aa nsb baik dah ok blk.. :D

    ReplyDelete
  3. wah..laksam feberet N..wahh keli feceret jgak..wahh..wahh...hiihihi

    ReplyDelete
  4. kat mana..kat mana..
    boleh masuk dlm list kedai makan luar ni..
    dah masuk2 fasa tak larat ni
    mmg kena perbanyakkan senarai kedai

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha