Tuesday, February 23, 2010

22/02/2000 ~ tarikh bersejarah :)

Tarikh yang aku kira sgt2 bermakna la dalam hidup. betul tu, 22/02/2000. sedekad telah pon berlalu. tapi, semua memori sepanjang 2 tahun di situ aku ingat lagi. mcm2 peristiwa pahit manis getir pon ada. and i miss every single seconds of it :) kalau lah bisa ku putar masa, I want to change a lot of things. tapi, tak payah lah. kalo silap putar masa kang ntah2 suami aku skarang bukan MK. aku nak kawen dgn MK jgk. teehee ;p (pengaruh cerita heroes ni. hiro nakamura kan bleh travel ke masa depan dan lepas. heh)

Jadi, benda2 yang dah jadi tu sama ada pahit ke manis ke masin ke bacing ke (haha) kena redha dan terima la qada dan qadar nye. kalo ada manis je tak ada yang pahit2, aku rasa ini bukan dunia. tapi syurga. jadi biar lah pahit2 sekarang dan manis2 kemudian (ni metafora ni, sila pikir sendiri apa maksud di sebaliknya ;p). So, apa yg menarik sgt tentang tarikh tu?? 22/2/2000. 10 tahun 1 hari telah berlalu. dan aku masih terngiang2 suara cikgu2 di sekolah. sedih sbb berpisah dgn kawan2 dan cikgu2. tapi gembira sbb berjaya tamatkan sekolah menengah dgn lega hati. mak berdoa dari jauh semoga anak dia ni berjaya dlm SPM :)

Erm pada sapa2 yang perasan, aku penah cerita betapa pahit getirnya kehidupan aku masa kecik kan? bukan senang. bukan mudah. dan aku bersyukur kerana dapat menikmati apa yang aku ada sekarang walopon hanya pakai kereta buatan malaysia, tinggal di rumah sewa, pakai baju cap scarlet kat JJ tu jer, kasut crocodile je, kasot bonea pon bos bagi, jam ori pon suami bagi. sebelum ni pakai jam RM10 kat booth2 kat the mines tu je. KAHKAHKAH ;p lawak betol. so, kehidupan aku dah cukup sempurna. dah terlalu baik dari zaman dulu. kalo dari dulu tv3 ada buat rancangan bersamamu, aku mesti dah masuk tv. ekeke ;p serius ni :)

maka, pilihan mak utk menghantar aku ke sekolah asrama adalah pilihan tepat. utk mengubah masa depan aku dan kami sekeluarga :) mula2 cikgu paksa aku masuk sekolah sains. ugh! I hate sains laaa. result PMR dpt sains cemerlang pon sbb tak sengaja kot. tapi aku sgt2 tak suka sains. I cant imagine myself dlm kelas biologi. aku pasti mendapat johan dalam bab ketiduran punya ;p

hari pertama aku menjejak kaki ke situ, rasa asing sgt. rasa mcm sunyi gitu. tapi nak buat camana, demi masa depan yang cerah aku bulat kan hati utk berjuang. eceh. hari pertama kedua ketiga dan seterusnya, mmg best sgt lah sekolah situ. eventho aku tak aktif, tak glamour, dan mcm2 lagi yg aku TAK tp aku suke belajar kat situ. kwn2 semua baik2 blaka. cikgu pon baik sgt2. hmm rindunyaaa. boyfriend?? err aku ade bf ke masa tu? teettt ;p yg pasti girlfriends aku ramai. iaitu semua ahli dorm tu. hari pertama sampai hari terakhir kat situ aku sama2 berjuang dgn mereka.

study sama2 time prep (nak stay up? so not me ;p), main sama2 time riadah, outing sama2 (tgk cite industan kat umah enon ;p), makan sama2, g masjid sama2 dan mcm2 lg lah :) terlalu rapat sesama sendiri. dan alhamdulillah kami masih bercontact2 sampai skrg. adalah sorg dua yg dah tak contact but its okay. nti ada peluang kita setup reunion kita2 je :)

sampai hari2 terakhir kat sekolah, kita berjuang sama2 menjawab soalan SPM :) dan semuanya berjaya sambung belajar lg. ada yg politeknik, matrikulasi, uitm, form 6...we're doing great girls. dan skrg aku percaya rata2 dah mempunyai kerjaya masing2. erm dan kita dah ada sorg anak sedara pon. hihi. eh silap, on the way nak masuk dua org iaitu zamdafila junior. hehe. alhamdulillah :)

eh, rasa dah pjg sgt entry ni ;p yg pastinya aku bersyukur sbb buat pilihan utk belajar di SEK MEN TEKNIK GERIK, PERAK :) mesti org ckp, cehhh sekolah teknik je minah ni!! yg penting tak kira ko skolah pondok sekali pon, tapi bila usaha tu ada apa sekalipon cita2 ko bleh capai. masa reunion last year aku kagum dgn kerjaya2 kwn2 seperjuangan. walopon dulu result mereka biasa2 aje dulu, tp perghhh keje mantap tu!! engineer mmg belambak lah. perghh aku ni nama je dpt top 10 masa SPM dulu. tp keje ape? software engineer je. ape barang SOFTWARE engineer?? kwn2 aku engineer PURE okay. lukis pelan, lukis bangunan dan mcm2 lg. wuahh rindunyaa nak buat lukisan kejuruteraan :) tp aku tak minat kejuruteraan awam, aku suke lg add math, fizik, kimia. heh ;p

so, kalo ada student kat sini, manfaatkan masa muda kamu. walopon kamu tak berapa cemerlang sekarang tak semestinya kamu loser. result SPM tak ada A pon tak apa. bleh masuk politeknik ke apa. amek course yang you really like and enjoy belajar dia. bila dah suka dan enjoy dan minat mesti dapat cemerlang punya. then u have option la nak smbg U ke oversea ke anything u like. yg penting MINAT. dan insyaAllah kerjaya impian kamu tu akan menjelma lepas kamu tamat belajar :) dan jika result kamu cemerlang skrg, jgn lah takbur jgn la sombong sampai lupa diri. lepas tu masuk U culture shock pulak. balek kmpg, rambut dah warna oren. ape kes?? nauzubillah.

k lah nti ada masa aku smbg cite lg. rasanya ada mcm2 aku nak cerita pasal zaman manis dulu. eh zaman sekarang lg manis2 tau :)

SEMETRIK, I LOVE YOU :)

p/s: korg, cerita la pengalaman manis
korg masa kat sekolah dulu. mesti
best dpt imbas semula cita zmn sekolah :)

Xoxo;
Ciare =)

3 comments:

  1. beshnyerr cite kisah idup..kisah susah payah then bjaya...vangga2!!

    ReplyDelete
  2. senyum jee baca entry ni. sy pun dah rindu sgt zaman sekolah asrama. :)

    ReplyDelete
  3. ^^N^^ susah sudah dahulu bersenang senang kemudian :)

    ^^zahidah^^ kan kan.rindunyaaa zaman tu.xde sesak2 otak pikir mcm org dewasa ;p

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha