Friday, March 19, 2010

10 TAG - by Deena Awanis

Nak join contest anjuran puan ciare tak? Meh join ramai2.
The Perfect Vacation Giveaway by Ciare :)

saya ditagged oleh puan deena awanis :)

cara-cara menjawab tag ini:

1. copy tajuk entri tag 10 ini (saya tuka sket tajuk tu. hihi)
2. jawab semua soalan dalam bahasa melayu sepenuhnye (ok)

[1] Siapakah diri anda di rumah?
seorang wanita berusia 25 menghampiri 26 dlm bbrp bulan. seorg isteri kpd suami saya. dan juga sebagai...err itu je kot. hahaha

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
sejak kerja ni kehidupan dgn rakan2 agak terhad. tp kalo ada peluang, tetap curi2 masa bersama teman. contohnya malam ini ada perjumpaan puteri tujuh :) saya seorang rakan yang biasa2 aja. saya boleh jadi pendengar masalah tapi tak digalakkan minta pendapat dari saya kerana saya suka berfikiran negatif. tapi sekrang saya dalam proses untuk menjadi seorang yang positif :)

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
saya senaraikan benda yang saya nak dalam masa terdekat ok. kalo tak semua sekali, 5000 kot benda blom tercapai. teeehee ;p

- saya mahukan anak darah daging saya sendiri. anak kategori benda ke? hahaha. bleh la yer

- memajukan kerjaya juru solek saya. blog dah siap. tinggal nak promosi saja. rasa tak yakin tapi saya tetap akan berusaha! aja aja fighting!!

- saya dan suami nak pulun bayar hutang kereta kami dan lepas tu fokus untuk beli rumah.

- kami dah merancang untuk ke luar negara (ceh mcm jauh bunyinya) minggu depan, harap tiada halangan dan semuanya berjalan lancar. (walopon dah konfem, tp belom terjadi. so kategori tak tercapai lagi kan? tp insyaAllah akan tercapai)

- saya idamkan ibunda saya dan ibu mertua saya sihat dan dapat sama2 menimang cucu dari saya dan suami. ehhe

InsyaAllah. Semoga Allah kabulkan kesemua yang saya senaraikan. saya akan berusaha, insyaAllah.

[4] Siapakah nama pasangan anda?
MK :)

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
- penyayang pd bini dia yang manja dan ngada2 ni
- sgt2 mengambil berat. sgt2 ok. huhu
- suka babies dan layan budak2. sgt2 kebapaan okek :P
- tiap hari dia gerakkan saya pagi2 :) indah okay ^__^
- pandai menyesuaikan diri dgn keluarga saya dan sgt pandai selesaikan masalah :)

[6] Bila tarikh anda couple?
ya ampun, bila ek? tetiba kenal, tetiba bertunang, tetiba kawen. haha. yang penting temujanji pertama yg romantis pada bulan Julai. saya tak ingat tarikhnya. malas nak tgk kalendar. yang penting MK ingat :)

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
tak perlu cerita secara terperinci. tapi percaya lah, mula2 perkahwinan tu mcm ala2 susah nak sesuaikan diri. mcm byk syaitan dok bisik2 kat telingan untuk membatuapikan kami. tapi dah 2-3 bulan tu alhamdulillah. semuanya berjalan lancar. sebenarnya, tak payah mana. cuma personaliti aku manja, dan dia tegas. harus lah aku selalu merajuk kan :) tak apa, dia pujuk semula punya :)

[8] Lagu tema cinta anda?
"saya kepunyaan kamu". eh sama dgn deena pulak. hehe. alaa maklum lah, tarikh kita dating lebih kurang sama. maka, lagu pon lebih kurang sama. masa itu kan terkenal lagu jason mraz ni :)

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
- merokok. sama juga dgn deena. haha. tp alhamdulillah, MK tak pernah merokok di dalam rumah atau dalam kereta. dalam rumah kami tiada bau rokok (takat ini lah ;p) dan tiada bekas puntung rokok. kadar merokok dia pon sudah berkurangan. alhamdulillah :)

[10] Tag 10 rakan ada yang lain
alahai ini yang lemah ni. siapa ya.
saya tak mahu tag siapa2 aci tak? kalo nak sila buat yer.

Xoxo;
Ciare =)

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha