Thursday, April 22, 2010

kesah hari pertama sekolah rendah saya

lalala ~~~ tau kah anda tak semua warga malaysia pernah pergi sekolah tadika?? means, saya tidak pergi sekolah tadika. hak hak. ada 2 sbb kenapa aku tak pegi sekolah tadika. pertama, lepas bapa aku meninggal mak kena kerja so takda masa nak anta aku ke sekolah. kedua, mak ada pengalaman pahit masa menaiki moto time ambik kak rubi (my sis) dari sekolah tadika. dia nak tekan brek tp terpulas minyak. so how?? ;p maka terus lah mak aku trauma xnak naik moto dah. dia rela naik basikal. hehe. dan lepas kejadian tu jgk, kak rubi terus tak smbg tadika dia dah. hoho. so dlm adik beradik, kakak sulung aku je full pegi tadika. eh eh actually aku ada pegi tadika sehari, tapi aku menangis teresak2 sampai berguling2 atas lantai. huhu. terus mak anta aku kat umah opah aje time dia keje. yeayy (^_^) saya suka duduk umah opah sbb opah sgt manja2kan saya ;) opah selalu buat cucur udang ;p ~~~

JADI, bila dah TAK sekolah tadika, harus lah hari pertama aku di sekolah rendah mencabar bukan??? tetttt ;p

seingat aku, masa tu, aku g sekolah pakai skirt biru gelap tu. tp aku pakai dlm sebulan je kot. pastu tgedik2 nak pakai baju kurung kekeke ;p

so nak dijadikan cerita, hari pertama aku sgt menyeramkan bg aku. walopon kedua2 kakak aku belajar kat sekolah tersebut, aku tetap tak happy. sbb aku tak manja dgn mereka. aku betul2 budak hingusan yg hidupnya hanya di bawah celah ketiak mak ;p

maka, bila masuk kelas aja, aku tgk mak berlalu pergi. mula2 mak tgk dari tingkap. lepas tu mak bdiri kat pintu belakang. aku ok lagi. aku toleh skali lg mak TAKDE!! watta!!! cuak gile babeeee. ape lg? nangis la wehhhhh. huhu. teresak2 mcm hape. hingus meleleh tak hengat. besfren aku masa sekolah rendah pernah ckp, benda dia plg ingat ttg aku adalah 'hingus ko masa minggu pertama darjah 1' kata dia la...duhhhh~~~sgt memalukan okekkkk :((

ape lg, hingus meleleh2 tu harus la aku lap2 kat skirt aku kan?? kahkahkah. gile kotoqq. hehe. ateee, mak tak bg sapu tangan aku lap jela kat baju. hehe.

dan hari terus berlalu. aku nangis dan teresak2. cikgu tak tau nak pujuk dah. time rehat ada lah kakak aku jenguk n pujuk2 aku. huhu. bila time nak balek aku seronooook sgt2 :) terus gembira. hehe. dan dari darjah 1 sampai 3 aku yg tembam ni tumpang kakak aku pegi sekolah nek basikal. patot la kakak rubi kurus sbb mengayuh basikal bwk adiknya yg tembam ni sejauh 2 km. hehe. lepas kak rubi masuk asrama, aku dah ada basikal sendiri dan bleh race2 dgn kwn2. hehe.

oh ya! selain kisah aku yg teresak2 serta hingusan ni, kisah kwn sekelas aku lagi dahsyat tau. dia lelaki. nama dia emran. hari pertama tu aku tak kenal la dia lg. aku rasa mula2 dia okay je (sbb hanya aku sorg yg nangis dlm kelas ;p maluuuuu :")). tapi rupa2nya, dia ni diam2 ada plan tuuuu.

plan apa?? plan nak melarikan diri sendiri dari sekolah!!!! ayokkkkkk. hahahahhaa. masa cikgu bcakap2 kat depan, dia terus meluru keluar dari kelas, lepas tu berlari2 semahu2nya menuju pagar sekolah. masa tu harus lah pak guard tutup gate kan. dia pegi panjat gate tu!! kahkah. lawak gile okek. tp apalah daya budak kecik dajah 1 kan. so pak guard bjaya tarik dia kat pagar tu. hehe. emran emran ;p padahal kan, rumah dia adalah dlm 100m dari sekolah!! duhhhhh ~~~ manja betui la nko ni. wakakakaka.

anyway, lepas tu aku xde la malu sgt teresak2 sbb ada budak laki lagi teruk dr aku. hiks ;p

haaaa, bestnya crite psl ari pertama kat sek rendah. dd yg cipta entry ni. kononnya ala2 tag :) sbb menarik sgt terus aku nak buat. hiks. okaylah, ada sesapa nak buat?? silakannnn :)

p/s: sori dd, aku tuka tajuk. well, kalo aku tak tuka tajuk, susah kang ;p

Xoxo;
Ciare =)

4 comments:

  1. N dlu skola rndah pkai skirt smggu jekk..then gtl nk bj krg..da besa trase nk pkai skirt balek...hahahahaha

    ReplyDelete
  2. ciare, hihi aku nye tag tu namanya tag suka hati, x de rules tajuk sume, xpe2 :D

    wahhh ciare nangess sehh hari pertama, hak hak (gelak sorok2)

    aku lak hari pertama adalah kene marah memanjang kui2

    ReplyDelete
  3. hi ciare,

    tag tu tak penting tp yg penting ceritera zaman kanak2 awk tu. sgt menarik kisah awk semasa menjadi bdk hingusan, skrg da jd bini org da...
    eh, bila pulak nk jadi ibu ni? ups..tertnya pulak.

    ReplyDelete
  4. cengengnya :P

    aku tak ingt la 1st day ku cemane.. hiyarkk hantuk dinding sikit kasi ingt. hihihi

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha