Thursday, April 29, 2010

Resepi: Roti Canai

Aku tak ingat sabtu atau ahad lepas, tapi aku ada buat roti canai. hmm, legaaa tekak bila dapat yg diidam2kan. aku ni, tak berapa layan roti canai yg dibuat kat kedai mamak. aku suke roti canai buatan org melayu. sbb dia ada kelembutan yg tersendiri dan tak liat. aku rasa kalo kat kedai mamak, udah le liat, tak lembut pulak. aiseh! terbantut okey selera anak tekak aku :( hihi ;p

Jadi bila teringin, rajen2kan lah diri masuk dapur walopon dalam keadaan tak rela ;p camne nak buat roti canai?? senang ajaaaa. aku tak tau napa org kata wat roti canai itu susah. actually very the easy okay tau nyah. actually, roti canai tu tak semestinya ko kena tebar2 tinggi2 sampai langit ke tujuh. cukup lah takat ko uli2 dia dan perap dia kejap bg sebati. insyaAllah lebih sedap dr yg kat kedai tau :)

Ok ni dia bahan2nya:

- tepung gandum 4 senduk
- mentega 3 sudu
- telur dipukul sebijik
- garam
- air
- minyak utk menguli dan menggoreng

Cara2nya:
- gaulkan tepung dgn mentega sampai dia rata. mmg kering je sbb x buh air lg. kita cuma nak tepung dan mentega sebati dan tak ketul2.
- masukkan telur yg dah dipukul sampai pengsan. hehe
- bancuh garam bersama 1/3 cawan air. dan masukkan air garam dalam bancuhan
- gaul gaul uli uli sampai tangan ko tumbuh muscle ;p
- gaul lg sampai adunan tak melekat kat tangan ko. kalo melekat, tepek2 la tepung sket2.
- pecahkan adunan jadi 6 ketul (bancuhan ni utk 6 kpg roti canai) kecik2. pastu ko uli2 la dgn minyak. uli sampai dia sebati dan lembutttt aje. lepas tu simpan. jgn simpan dlm peti ais lak. actually lebih sedap uli malam2 kalo nak goreng pagi besok. tapi kalo tak sabo beno, ko goreng je terus. haha

Cara2 membentuk roti canai:
- ok. 6 ketul adunan yg kecik2 tadi ko amek 1. letak atas dulang yg agak besar atau talam yg beso tu.
- sapu myk atas dulang dan mula la menggelek2 roti canai ko. actually xyah tebar, ko just tepek2 dgn jari ko dan melebarkan kelebaran roti tu. pastu ko tarik2 tepi roti bg dia betul2 lebar. jgn koyak sudah la. make sure masa ko tepek2 tu, ko letak skali myk kat jari so nanti dia tak koyak.
- bila dah cukup nipis, ko lipat la jadi segi empat. kemudian goreng. senang bukan? :D

gambar ini ihsan google. aku adalah pemalas nak snap2 gambo skrg.

kemudian dihidang panas2 bersama pencicahnya. aku suke cicah dgn gulai kari :) slurppp ~~~

tips: roti canai yg baru diangkat dr kuali perlu diremuk2kan utk lebih lazatttttttt. wallah! sedap ;)

Xoxo;
Ciare =)

6 comments:

  1. ingatkan ada pic ciare tebar roti canai

    hehehhe

    ReplyDelete
  2. Bagus tul recipe ni..tak payah lagi pi mamak....nnt kita cuba tengok mlm ni nak uli roti canai...

    ReplyDelete
  3. uish..kamu tebar2 ke? terer..pernah buat ngan mak..last2 jadi ala2 lempeng sebab tak reti tebar.hahaha

    ReplyDelete
  4. thanks 4 the recepi....nak cubala nnt

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

Kalau saya TAK balas komen anda, jangan marah ek. I'll try to reply your comments asap!

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha