Tuesday, June 1, 2010

Saya akan makan banyak di kenduri jika adaaa . . . . . . .

Lauk pauk yg bercirikan kekampungan seperti:
  1. ayam masak merah yg style kenduri kawen punya. dia ada aroma tersendiri
  2. daging masak kicap ; atau rendang tok
  3. acar buah. alaa yg rasa manis2 masam masin tu. acar buah kan namanya? hihi
Itu aje. simple bukan? hehe. sungguh simple hidangan yg menambat hati tekak ku ini. actually, dah lama aku mengidam nak makan ketiga2 benda2 di atas. tapi oleh kerana tekak aku buat hal dan menyebabkan aku tak dapat pegi mana2 kenduri, so terbantut la selera mak.

Erm erm koranggggg . . . . .korg2 yg bakal kawen dan jugak akan berkenduri cuti sekolah ni nanti ada tak menu2 gini? aku ngidam sgt2 ni. hukhuk. Aku dah lama gila mengidam ni. dari sebelum disahkan mengandung lagi aku dah mula mengidam menu2 di atas. simple bukan?? tapi......malangnya, 2 kenduri yg aku pegi kat perak bulan 3 aritu semuanya takdak menu di atas.

1st: kenduri sepupu lelaki aku kat belah umah pempuan. takde menu2 di atas. meleleh jelah air liur aku. MK ambikkan lauk aku sampai setinggi gunung. last skali aku usik sikit2 aje. uuuuu sedih tau T_T

2nd: keesokannya kenduri anak sepupu mak aku pulak. ponnnnnn takdak menu di atas. wuaaaaaa aku rasa mcm makan airrr je. ateeee, teman nak sgt ayam masak merah dan 2 lagi tu. tapi satu pon tak kenaaa. wuaaaa. sedih sgt2.

Hmm, susahkan? adakah perbuatan ni terlalu ngada2? hukhuk. atee nak wat camne, bila tak dapat tu, konfem aku wat muke seposen pon tak laku. last skali MK bawak aku pegi makan kat kedai yg ada jual ayam masak merah. but you know lar kan. masak merah kat kedai tak sama aromanya dgn masak merah yg dimasak secara kawah kat kenduri. ohh, aku terbau2 dah ni. gilos! hahaha

Itu lah penangan, mak buyong. sekian terima kasih.

p/s: menu2 yg aku sebutkan di atas bg aku ada sentimental valuenya. sbb dia masakan simple yg biasa tapi bila makan kat kenduri rasa sedapppp sgt. masa wedding aku and my sisters, mesti ada lauk2 di atas. at least mesti ada ayam masak merah. huhu. itu kira trade mark lauk org kawen kat area perak aku rasa. kalo tak ada, rasa mcm (-_-"). time makan beradap harus la aku mkn main2 jek. tp lepas semua tetamu chow, terus makan sampai tak hengat aku dah berlaki. wakakaka =p

p/s/s: dgn erti kata lain, korg2 yg nak kawen, bleh tak aku request lauk2 ni kat korg??? wakakakakakaka ^__^

Xoxo;
Ciare =)

6 comments:

  1. dtg uma N..tp N xto lauk pauk ape nti...huhuhu

    ReplyDelete
  2. plus ngan air sirap kenduri..memang mabelesss!!

    ReplyDelete
  3. cian ciare dahh ngidamm :(

    tp bukan kenduri slalu ada lauk2 kat atas ke? huhu kebetulan mase ko g, dorang xpakai lauk tu la ekk, huhuhuhuhu oh yaa, skg rmaai pakai ayam goreng rempah, benar x apa aku ckp ni

    hehe

    ReplyDelete
  4. N: alaaa nape xtao? huhu. g tanye caterer.cewah sibuk je haku =P

    deena: ya betolll.nak air sirappp.xnak air pelik2.hihi

    dd: tp ngidam yg bleh ditahan2 lg.huhu.tp betul la, kenduri yg aku pegi mcm dah lain2 aje menunye.kekadang terlalu gempak sampai aku terpikir ni kenduri ke openhouse hari raya.

    betul laaaa ramai suke wat ayam rempah2 niiii....dan bg aku rasa dia kurengg.nasi ayam berempah kat UPM dulu paling sedap kaaannnn ^__^ hrp2 next kenduri kenduri dpt le lauk2 idaman :)

    ReplyDelete
  5. nanti kat rumah yani buat lauk ni..ahaha xtao la ciare sempat ke idok

    ReplyDelete
  6. yani :wuaa yani kenduri bile ni? jgn time kite pantang sudaaaa ~~~ =p

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha