Monday, July 12, 2010

resepi: roasted chicken ala2 kenny rogers with mashed potato

Haish bila tekak dah 'sihat' macam2 la resepi yg masuk ciare.blogspot.com ni. heh. harap maklum. actually ni adalah upah utk my baby sbb dia bekerjasama dgn bagus skali masa aku puasa ganti. alhamdulillah, kuasa Allah. aku berjaya puasa tanpa rasa lapa pon. cuma rasa dahaga dan penat aje. padahal kalo hari tak puasa, kul 9 pagi aku dah menggelabah mcm ayam berak kapur kalo masih belom bfast :p ok jom layan resepinya :)

roasted chicken ala2 kenny rogers. yummyy....sedap wallawehhh. kalo semua org masak kt umah, tutup kedai la pak kenny :p

bahan2nya:
ayam sekor
* 2 sudu chicken seasoning (aku pakai cap knorr)
* 1 sudu perahan limau
* 2 sudu madu
#5 tangkai bunga cengkih
#2 inci kulit kayu manis
#2 bunga lawang
#1 biji bawang besar dipotong 4 (aku pakai bwg kuning sedap sket. ada rasa manis2)

cara2nya:
- bersihkan sekor ayam tu luar dan dalamnye.
- gaulkan bahan2 bertanda * dan lumurkan di seluruh bahagian ayam luar dan dalam. perap selama 2-3jam. semalaman lg bagus kot.
- sumbat bhn2 bertanda # ke dalam ayam. bakar selama 1 jam 15 minit pd suhu 200 darjah celcius. lepas 30 min pertama, terbalikkan ayam dan tggu sampai masak. bila dah nak masak tu, harum semerbak weh bau dapur ko. hihi :))

bahan sos lada hitam:
air lebihan masa bakar ayam (kira mcm air ayam yg kuar. ada minyak2 sket)
2 sudu sos lada hitam (aku campur lg sesudu rempah black pepper maggi)
1 cawan air
1 sudu tepung jagung

cara2nya:
- masakkan semua bahan2 di atas. agak2 mendidih tu siap ler

resepi mashed potato pulak :) nampak x mashed potato dalam gamba di atas? :p

bahan2nya:
kentang (kalo besar 3 biji je. kalo kecik 5 bijik kot)
3 ulas bawang putih diketuk
secubit garam
* 2 sudu mayonis
* 3 sudu butter
* 1 sudu black pepper
* 1/3 cawan susu segar

cara2nya:
- buang kulit kentang. cuci dan rebus di dlm periuk. air tu biar sama takat dgn kentang je. tak yah banyak sangat. rebus bersama bwg putih yg diketuk dan garam. rebus sampai lembut
- lenyek kentang dgn semua bhn2 bertanda *
- siap! jom buat gravy@sos dia pulak

bahan2 gravynye:
2 ulas bwg putih di cincang halus
2 sudu lada hitam
4 sudu kicap manis + 1 cawan air (aku hantam pakai kicap masin :D)
2 sudu tepung jagung+sikit air
1 sudu chicken seasoning (cap knorr jgk)

cara2nya:
- panaskan kuali, masuk mentega/minyak sesudu
- tumis bawang putih, masukkan black pepper. jgn garing sgt.
- masukkan semua bhn2 lain kecuali tepung jagung.
- bila da mendidih kali pertama, terus masukkan tepung jagung.
- kacau2 dan siap. kalo pekat tambah air.

optional:
- time ayam nak masak lg 15 menet bleh la masuk skali sayur2 dlm oven. mcm tomato, brokoli ke asparagus ke. ikot suka
- hidangkan bersama daun salad. yumm!!
- mungkin gravy utk mashed potato dgn sos black pepper utk ayam bleh masak skali je kot. ikot suke le nak guna method yg mana. so xyah masak sos nye 2x. aku terlebih rajen :p

wuahh mcm pjg pulak resepinya. tp sebenarnya senang je tau. sbb ayam tu once da masuk oven ko biar je sampai masak. cuma terbalikkan sekali ke. yg lain2 tu penyediaan sos lada itam. tu je :)

credit resepi asal:
http://lina-klina.blogspot.com/2010/06/chicken-roaster.html
http://hanamemories.blogspot.com/2009/12/garlic-mashed-potato.html

p/s: moral of the story, kalo tak reti masak google jer. ikot betol2 resepi dia konfem jadi :D ops!! harus la MK makan dgn berselera. dgn separuh ayam tu dia sorg mkn. hakhak. mujur jugak tetiba ada tetamu join kalo x jenuh kami berdua (eh bertiga termasuk si kecik kt dlm :p) nak abeskan :p

Xoxo;
Ciare =)

7 comments:

  1. alahai rajinnya :) good lah like that :)

    ReplyDelete
  2. adeh sangat la menggairahkan!nak try tapi tunggu kawen dulu..ahaha alasan sangat la tak masuk akal=p

    ReplyDelete
  3. MMG SEDAP dan berbaloi la uols. jom pakat masak ramai2. kompom tutup terus pak kenny rogers pas ni. kihkih :p

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

Kalau saya TAK balas komen anda, jangan marah ek. I'll try to reply your comments asap!

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha