Saturday, September 18, 2010

pengalaman baru di Aidilfitri 2010 :')

Assalamualaikum semuaaaa. selamat aidilfitri yg ke....eh berapa ek? 7? 8? seperti biasa aku mmg malas nak mengira hari ni. skrg tengah sibuk mengira hari nak bersalen. uhuk uhuk. 62 hari lagi wooooo. tambah tolak 2 bulan lg la kiranya. bersediakah aku?? insyaAllah bersedia kot. bila Allah da kurniakan rezeki, mesti Dia lg Maha Mengetahui yg hambanya ini sudah bersedia bukan. aminnn. lgpon sgt2 tak sabar nak jumpe si kecik kt dlm perot yg aktif sokmo ni :)

Oh ya bkn nak cerita pasal beranak pon. nak cerita psl pengalaman yg aku dpt in this few weeks. antaranya adalah:
  1. new terengganu word: bekwoh = kenduri
  2. melenggang perut tak ada ritual pelik2 pon. just 'jamah2' perot n rasa kedudukan baby. pastu ada urutan2 sekitar kaki especially peha. mak bidan ckp utk memudahkan proses bersalin. insyaAllah. yg pasti urutan itu sgt menyakitkan. dan aku lg pasti sakit beranak lg sakit. maka, kena bersedia secara mental.
  3. perjalanan balik kampung beraya di perak tak jem langsung i tell you!! tak penah terjadi since dah 7 tahun menetap di bumi KL/selangor ni. so semacam x pecaya gak la.
  4. 1st time balik ganu dari perak melalui jln batang kali - genting. hasilnya aku muntah kat tol masuk LPT. baekkk punya. huhu. abes lemang ketupat rendang keluar.
  5. berat naik 800g raya ni. emm ok la kot. sbb aku xmakan dlm kuantiti byk. tp mkn byk kali ye. lapo sokmo.
  6. mosquito repellent jenama rekito pureen sgt berkesan sbb aku tak digigit nyamuk pon masa kt kampung. eh mcm poyo je ckp psl ni kat belog. haha. sooooo sape nak elak dari gigitan nyamuk especially utk baby, sila dapatkan product ini ;)
  7. mengidam terhadap LAKSA MEE dah tercapai. and as expected aku mmg tak berjaya nak snap gambo. sbb terlalu asyikkkkkk mkn laksa mee. sorry ek kengkawan yg nak tgk laksa mee cemana. try again later. huhu.
  8. rasa pelik lama sgt x update belog. pastu kagum dgn korg2 yg update belog time raya. plus, maxis beruk*band punya reception hampehhhh.
  9. menyampah tgk TV time raya sbb penuh cite hantuuuu. iklan pon asik hantuuuu je. sooooo watching tv is not a must-to-do time raya. lantak le cite apa sekalipon dorg tayang, i'm not interested. food is priority. hihi
  10. antara menu yg dimakan kat perak: lemang, ketupat palas, ketupat nasi, rendang ayam, rendang daging, rendang lokan, daging masak hitam, kuih muih tak terkira, laksa mee, mee rebus, mee bakso, laksa, nasi tomato, bihun sup, roti canai mabelesssss hihi....ni yg aku mkn laaa. yg aku x makan aku x ingat. hokhok
  11. menu di terengganu: nasi dagang wajib, lemang, ketupat, gulai daging dan bermacaaammm lauk pauk. susah la sikit nak ingat lauk pauk ni. bkn apa, tiap rumah kat ganu suke hidang nasik n lauk pauk utk tetamu. masalahnye aku xdpt nak makan sgt sbb perut aku space limited la utk nasi. ntah kenapa laaa. sgt cpt kenyang. tp menurut babycenter.com ini adalah normal
  12. sgt terkejutt dgn berita kematian jutawan sosilawati dan 3 individu lain pada raya ke3 tak silap. dah la kena bunuh, kena bako lak tu. haih
  13. errr tu je kot ;p
oh ya, tak lupa jugak, mari kita sedekahkan Al Fatihah kpd Allahyarham M Rajoli yg telah meninggal dunia. moga rohnya dicucuri rahmat. last but not least, terimalah 2 keping gamba raya dari ciare.blogspot.com :') gambo lain bleh tgk kat FB lah yek.

bulat gete la sungguh ini pempuan (-_-")

30 weeks during hari raya :)

p/s: suami sudah keluar bekerja. bini dok umah terkebil2. apapon seronok dpt sediakan breakfast *nasi, sup sayur, ikan grg n budu* utk MK sblm dia g keje =) mission harini adalah membuat rendang ayam. utk mkn sorg2 je. huhu. MK bukan pggemar rendang ayam/daging ni. peberet dia sup, gulai dgn masak kicap. x tempting lgsg. HAHA. tp aku nakkkk jugak. moga2 jadi laaa mission ni. insyaAllah

9 comments:

  1. cantek owh baju raye mak yong..kalah anak dare..hihi

    bekwoh=big work

    rasenye orang belah2 besut sane yang gune perkataan ni

    ReplyDelete
  2. comey r akk raya thn ni,,,,,sweet sgt,,,,

    ReplyDelete
  3. u pun first time raya ngan in law ek??sama laa kite..pantai timur memang meriah lauk pauk n juadah bermacam on hari raya..i pulak surprise bila raya kat sini, semua umah pergi pun, sume makanan sama...hahahha

    ReplyDelete
  4. comeynyeee ciaree, hihi

    espeseli yg berbaju pepel tu hihi

    ReplyDelete
  5. ala comeynye gamba raye baju kaler purple tu..

    ReplyDelete
  6. comei nye dia pakai bj pregnant.. ^_^

    ReplyDelete
  7. sgtt comel perot anda...pkai jubah tmbh kiuttt laa ciare...

    ReplyDelete
  8. baju yang no 2 tu cam dah nak same ajer..hehe beli kat tempat sama eh..huhu..

    ReplyDelete
  9. yani: ni hasil belian online.mujurrr muat.haha

    qaseh: tp msih xbjaya posing byk2.huhu.xdok mood

    deena: eh x.taun ni raya perak dulu.raya ke3 br balek ganu.taun lepas yg raya 1st kat ganu.hihi.mmg berbeza la yg pastinya menu2 pntai timo ni compare to perak :) tp layan jeee

    dd: tp skg xmuat da kot. haha

    efa: wuahh rmai yg suke bj tu nampaknye.tp i pon mmg suka baju tu :)

    farra: mcm nak meletop sgt dah rupanya.bgaya sehabis mgkin.hihi

    N: em 1st time pakai baju raya jubah.rasanya kalo xpregnant pon bleh pakai gak.hihi

    mrs nageb: mcm nak sama or mmg sama? hihi...ateee beli on9.ntah2 kita beli kat tmpat yg sama kot ;)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha