Friday, October 1, 2010

to-do-list untuk sabtu ahad ini :)

cewah mcm byk je benda nak buat siap ada to-do-list bagai. takpelah layan je OK

  1. shopping barang baby with auntie bikuchan. hihi. ate, MK keje. malas la nak tggu dia. kalo pegi dgn dia pon semua brg aku amek n decide utk pilih. maka kehadiran dia tak penting. tp mmg dia keja nak wat cemana kan. baby, papa g cari rezeki. baby jgn merajuk okey. nti mama suh auntie bikuchan pujok =)
  2. openghaussss la apa lg. kat FB je dpt dlm 5,6 invitation openhouse. yg jemput by sms and mulut belom campur lg. tapi insyaAllah akan pegi 2 aje. sori, suamiku keje siang malam. maka tak dapek lah. plus, perot aku bkn bleh mkn mcm2 pd 1 masa. kang muntah kang
  3. kemas beg2 yg nak bawak blk kg masa pantang nanti. since aku dah mula rasai braxton hicks (braxton hicks ni mcm sakit2 mild latihan utk bersalen la gitu. this is what i've read from website) harini, maka baik percepatkan segala persiapan. nti kang terberanak awal, aku mcm tak bleh harapkan MK dok ngemas semua. konfem segala mak nenek barang penting tertinggal karang. namun, kena kemas sama2 jgk. bg dia tau apa benda penting dgn tak. kalo husband x amek pot langsung bahaya jugak kan.
  4. kemas umah - aktiviti wajib. tp tiap kali kemas, takde la kemas mana pon haku tgk
  5. pegi buat 3D/4D scan. dah jumpa 1 klinik yg disyorkan kwn2. tak ingat apa namanya. tp opposite IOI mall tak silap. the charge is RM120. dan doctornya adalah pakar n tak kedekut dan kongsi ilmu n tips. hope so la.
  6. kalo ada terlebih masa n terlebih rajen, nak basuh la baju baby yg aku beli besok.
Haaa itu je kot. tak tercapai akalku plak nak pikir point2nya. hihi. apapon ada bbrapa isu yg nak dibangkitkan di sini (cewah mcm ayat minutes of meeting jek. kahkah) berkenaan perihal2 kecelaruan pikiran momtobe ni
  • tidak akan membeli sebarang jamu2 masa pantang. kalo nak beli pon pas 44days of pantang. kat kampung nanti pakai herba2 traditional saje.
  • belom mencari nursery/babysitter utk jaga baby kelak. mmg perlu mula cari ke? tapi da target 1 nursery kat umah tu je
  • bengkung utk ibu dah ada. tp mcm kecik aje. almaklum le itu bengkung turun temurun from my inlaw's family. dorg kan size kecik2. maka, aku kena la beli 1 lg bengkung sbg backup incase hok tu dok muat. hihi. kat mana nak beli bengkung? online? ada suggestion?
  • breastpump masih belom beli. ramai suggest medela and spectra or something like that. dan ramai suggestkan online shop yg jual. tp aku nak beli kat kedai. kat shopping mall mcm JJ @ manjaku baby store ada jual x? kalo bleh aku nak pegang n saksikan sendiri jenis2 breastpump tu. kat online tak puas la tgk. kalo beli yg manual mmg lenguh ek nak pam? dgr cite kalo yg canggih tu, ko tadah je breast ko kat situ pastu dia pam la pakai mesin. xde lenguh. owh semudah itu ek? tp mahal aku rasa.
em tu jeke ek? rasa mcm ada byk isu tp mcm sikit pulak bila tulis. haha. ok now nak cerita sikit keadaan ibu mengandung @ 33 weeks ni :)
  • perot ofkos la dah rasa berat. susah sgt nak bangun dari pembaringan. mcm ada timun cina (tembikai) atas perot. huhu.
  • sudah mula rasa sengal2 kat private part bawah tu. apa maksud dia ek? mmg akan rasa tiap kali nak bgn dari katil/kerusi/etc. paling rasa masa nak turun dari kereta. haih. siap bertarik2 n berdrama2 dgn MK tu
  • kejang kaki hampir tiap malam. around 4am mcm tu.
  • kerap lapar tp cepat kenyang
  • baby makin kuat. maybe sbb tulang2 dia da kuat n makin tembam kot. so setiap pergerakan tak perlu letak tgn kat perot dah. ko tgk aje perot aku, konfem nampak perot berombak2 ^_^
  • oh my 1st braxton hicks was on 9this morning around 9am mcm tu. kat opis babe. cuak gak takot tberanak. huhu. tp cuma few minutes dan kemudiannya hilang. sakitnya mcm kekejangan di bahagian bawah perot. tp bukan sakit kat private part. dia mcm tarik2 urat gitu. huhu
  • cepat penat mengah dan sbgnya
  • susah nak tido n kerap terjaga malam
  • takde pulak kerap kencing mcm org lain rasa. padahal minum byk. maybe semua air pergi ke baby KOT
lg apa ek? itu je yg aku teringat buat masa ni. eh entry to-do-list da mcm list apa tah. korg redha jelah ek. daaaaa

5 comments:

  1. ciare,

    u memang rock,leh shopping ngan memeber,kalaiu i nak ada hubby gak,hehe.
    pastu pasal sakit2 kat private part tuh memang terasa,lagi banyak weeks,lagi terasa sakitnya.sabar aje lah,ye.Pasal cramp kaki tuh,selalunya jadi kat I kalau terlupa selimut kaki~sabarlah ye :)

    ReplyDelete
  2. selamat bershopping!! take care jangan jenjalan beria sgt.. kang ha..... awk gak yg cramp kaki... :D

    ReplyDelete
  3. agak byk aktiviti yunk...kt bangi ade kdai susuibu.com..rsnyerr ley tgk breastpump dpn2..

    ReplyDelete
  4. ciare klinik yg ada buat 3D/4D scan dpn IOI mall tu nama ape??cam nak gi dah bleh kata every weekend gi situ..

    ReplyDelete
  5. mrs nageb: i ok jeee dgn kwn2.mmg style gini dr dulu.MK pon tak kisah n paham bini dia gini.haha.tu la, now da start sengal2 kat 'situ' and cramp legs. adoyaiii. penah kena sampai dua2 belah kaki!!

    puterihanan: kalo bjalan2 xpe.tp xbleh bdiri setempat lama2 mcm masak ke.haaa yg tu mmg sakit!

    N: oh kedai susuibu.com kt bangi ke?hmm,kena terjah ni =)

    rdna: alamak dina, xtaw la apa nama klinik tu.tp nama doc tu dr.selva..indian male n agak berumur.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha