Tuesday, November 9, 2010

macam tak muktamad lagi je T__T

Salam. hye hye semua.

Merujuk tajuk di atas (ada gaya mcm surat rasmi pulok :p) aku macam dah blur blur dan agak emo dan agak stress dan agak....ok stop sebelum aku lempang pipi sendiri. main agak agak pulak dia. huhu.

Sebenarnya aku nak meluahkan perasaan pasal NAMA BABY. korang tau kan, yg MK has decided the name for this putera kecil kan? aku pon macam dah happy sbb last skali dia da pilih fullname untuk putera kecik ni. tapi hari demi hari, masa demi masa (macam lirik nasyid plak :p) rasa macam dah tawar hati dibuatnya.

Kenapa? bukan sebab nama tak sedap ke apa. Alhamdulillah la maksud tu mmg baik dan aku suka sgt. tapi rasa tawar hati sebab macam makin ramai pulak yang pilih nama tu. Bak kata dna, nanti bila anak dah sekolah, ramai pulak nama yang sama dalam kelas dia. pastu tak pasal pasal nanti kena differentiatekan budak2 yg sama nama ni dgn panggil nama bapak instead of nama budak tu sendiri. macam tak best la kan.

Tapi bila mengadu kat MK begini la jawabnya...dia akan tanya aku sapa dia kawan aku yang nama anak dia sama dgn nama putera kecik ni. so aku gtau la 2,3 orang yang aku kenai. ada kawan lama, ada bloggers...pastu dia tanya "sayang selalu jumpa dorg ke? kalo takat kawan kat blog ke FB ke kawan jauh ke, takpelah. bukan kita nak jumpa dorg selalu pon. lain la sama nama dgn anak jiran ke anak org dekat2 kita ke..kalo macam tu baru la tak best"

..

..

..

emm ada logik jugak pendapat laki aku ni. jadi, aku rasa better teruskan je kot nama ni. biarlah orang kata nama dah sama dgn ramai org ke, biar lah. sebab rasa sayang nak tuka since aku dah panggil baby dgn nama tu since bulan Ramadhan lg (cuma fullname je baru2 ni baru decide. tp nama utama tu da decide since 2nd Ramadhan tak silap). dan baby pon dah biasa aku panggil dia macam tu. nanti kalo dia keluar tp tukar nama dia pon confuse. kan??

Bak kata MK, nanti dia yang nak register nama baby, so aku suka ke tak suka ke dia nak nama tu jugak! haha. alahai suamikuuu. yelah sayang. i tak kisah pon sbb aku sendiri suka nama tu. And I'm sure baby pon suka dgn nama dia ni. kalo panggil2 dia, amboiiiii.....galok semacam jek =p

Oklah, panjang pulak aku membebel petang ni. 9 DAYS until my due date. soooo excited ^__^ harap checkup ahad ni semuanya OK. kalo bersalen sblm checkup pon ok gak. hihi.

7 comments:

  1. letak la 2 or 3 pilihan nama.. kengkadang bila tiba masa nk isi borang tuh. mesti dpt ilham nk yg mana satu... :D

    ReplyDelete
  2. emmm letak jer nma yg dh berkenan tu..tak kisahla sama pun asalkn suka..tp mmg cam tak best kn klu 2 3 org sama..

    ReplyDelete
  3. dah panggil dr dalam perut, teruskan je lah ciare
    dulu pun dr dlm perut dh panggil eisya, cuma fullname je tak confirm
    sama lah kes kita
    betul kata MK, tak kesah la nama sama ke apa ke..
    tetap milik kita gak..

    *kalau dpt lawat kat spital mesti lg seronok

    ReplyDelete
  4. Aiiih.. tak sabar betul nk tunggu si putera kecil ni keluar. Nanti dah keluar jgn lupa bgtau semua bloggers tau.

    ReplyDelete
  5. biasa kalo bab-bab nama ni ikut musim.

    Kalo musim tu adam, banyak la nama adam. Kalo time tu danial, semua danial. Tapi orang akan ingat nama yang paling depan sekali kecuali mohd dan abdul. Tu kalo mcm formal.

    kalo tak formal mesti orang akan panggil nama paling belakang.

    ReplyDelete
  6. name ok..maksud ok..letak jekk..x ya pk org kot..

    ReplyDelete
  7. proceed je ciare,lagipun tu pilihan hati korang berdua :)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha