Friday, December 10, 2010

Jawapan untuk korang :)

Ok terus straight to the point ek.

Q - air selusuh/akar fatimah tu perlu atau tak perlu serta penggunaannya
A - Untuk kes aku, tetiba je ada dua2 air selusuh dan akar fatimah tu. Air selusuh dpt dr kampung. Kononnya Pak Imam yg tolong bacakan ayat2 suci Al Quran. air selusuh aku tak minum pon masa sakit. tapi aku taruk je dalam handbag. nak minum kat hospital takot doc/nurse marah (org kata depa marah kalo nampak). Masa aku mula2 masuk pon nurse ada tanya aku minum air selusuh x? aku jawab la tak. pastu masa nak masuk labour room, nurse ada ckp kat MK. kalo ada bawak air selusuh boleh bawak labour room. nanti dah 8cm dan ke atas dia suruh minum. Sooo apa lg, masa sibuk sibuk push dalam labour room adala dalam 3-4 kali aku request nak minum air selusuh. bkn sbb nak bg cpt beranak tp sbb bibir aku kering gileeeee. i need energy!! =) Air rendaman akar fatimah tu plak aku minum sblm nak g hospital. masa tu sempat rendam dlm 15min aje. xtau la bkesan ke tak. yg penting berniat dan berdoa agar segalanya dipermudahkan, bukaan dipercepatkan dan diringankan segala kesakitan masa bersalin. jgn lupa baca selawat dulu ;)

Q - prosedur kat hospital/dewan bersalin kat Hospital Putrajaya
A - prosedurnye senang aje. mula2 korg kena book dulu. bleh book seawal kandungan da 7-8 bulan. so nanti bila da mula sakit2 nak bersalin, terus aje pergi dewan bersalen n tunjukkan kad booking. sebelum masuk labour room, suami akan disuruh mengregister untuk dapatkan tag nama untuk ibu dan baby. nanti xde la baby korg tertuko ke apa kan. pastu, jika anda non-gov-servant, kena bayar deposit rm800. nanti balancenya dia bg la. jgn risau, atm machine disediakan di hosp. heheh

Q - apa yg diperlukan masa nak pergi bersalin?
A - untuk mak yg penting ic. pastu kain batik. untuk baby, bawak la sepersalinan barang2 baby untuk dipakai buat kali pertama :)

Q - perlu ke tak susu formula dibawak ke hospital?
A - honestly TAK PAYAH BAWAK dan TAK PAYAH BELI lg bagus. sbb kalo dah TERbeli, anda akan menggunakan jalan singkat kalo baby tak mau menyusu. huuuuu. aku ada cerita sedih pasal breastfeeding. nanti ada masa aku story ok. tp Alhamdulillah Rayyan da banyak menyusu badan. breastmilk pon mcm bertambah pas minum anmum lacta. Terima kasih Allah.

Q - epidural tu ok ke?
A - Masa aku sakit menggila contraction, doc pakar ada offer epidural. aku yg tgh sakit gila masa tu konfem la NAAAKKKKK. sakit okkkk. MK pon xtaw nak kata apa dah. dia ikot je. yg bagusnya, before doc bg epidural dia akan suh baca dulu flyers pasal epidural. bagus kan? tp aku yg tgh sakit mcm nak tercabot nyawa tu akan baca ke??? huhu. pegang flyers pon dah mgigil nak suh aku baca plak =p dan yg pntg b4 pasang alat2 epidural tu (mesin dia gedabak beso. seram woooo =p) kita kena sign dulu utk beri permission. masa kena cucuk epidural tu tak rasa apa pon. sakit contraction lg bercintaaa i tell youuu. hihi. harga epidural?? FREE aje. sbb tgh promotion. kalo bersalin time working days dan office hour, bayaran tidak dikenakan. hehe.

Err ada soalan lg ke x dijawab? em nti aku check email. yg mana soalan tertinggal tu aku jawab trus thru email la ek. thanx readers :)

p/s: aku nak upload gamba budak tecik rayyan ni. tp tak bleh plak. nape tah
so kalo nak tgk gamba rayyan sila2 lah jenguk sini. em ade ke yg nak tgk??
HAHA perasan je mama rayyan ni =p

2 comments:

  1. ohhh kena booking ek kat putrajaya..i gi ampang selamba jer xde booking2..sakit tu, terus gi labour room..

    ReplyDelete
  2. xley view la dear..private pulak profile fb tu..huhu

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha