Saturday, December 11, 2010

Malam pertama bersama Rayyan di Hospital Putrajaya :')

Salam semua :)

Alkisahnya ini adalah sambungan entry pengalaman bersalin aritu. rajen rajen la tgk previous entry untuk baca pengalaman bersalin si putera kecik tu ye. hihi.

Entry aritu berakhir pada jam 4pm kan? di mana aku dimasukkan ke wad 2B katil 13. hmm, kenangan sgguh la. hikhik. rasanya ni kali pertama aku dimasukkan ke wad. sebelum ni penah jugakla kena masuk air kat tangan sbb demam byk hari. tp idak le sampai warded bermalam. kali ni mmg nostalgia sgguh la kena tido hospital. mak takottttt tido hospital. mula la aku membayangkan babak2 dalam cite antu indonesia bertajuk suster engsot tu. seram gile nyah T____T HAHAHHA

Ok sambung. byk plak selingan. so pas masuk wad tu, bermula la hari pertama yg sukar campur ajaib sbb macam tak percaya da bersalen ;p tambah plak, dorg letak katil baby kat sebelah katil maknye, so mcm sgt ajaib la tetiba ada baby lak kat sebelah kan. hehe. ish xtaw la camana nak gambarkan. sweet moment ^__^

Mula2 masuk wad mmg semuanya bgantung kat MK. hatta ke bilik air pon MK kena tolong aku sampai la ke dalam jambans. mujur la wad dia bukan openward. wad dia jenis 1 bilik ada 4 katil. masa aku masuk, bilik tu kosong 1 katil. so xde la meriah sgt dgn org ramai =p

Cuma sedih taw nyah time visiting hours tamat. itupon MK dan mak melengah2kan masa. patotnya kul 8pm da kena blk. tp dekat kul 9 gak dorg balek. sedih taw kena tggl dgn budak tecik tu. i nangis taw ;p (gedik gila ayat. ada rasa nak lempang??? ;p)

Pengalaman aku kat wad tak ada sukar mana. cuma aku tak boleh nak pee. nurse cakap maybe sbb trauma. macam2 gaya aku buat tp tak mau pee jugak. last2 kena pakai tiub. huh. hazab koooo.

Malamnye pulak, rayyan byk kali nangis. susu aku plak tak banyak. dia macam tak puas hati. nangis dan nangis lagi. sampai 2,3 kali nurse datang jenguk aku. rupa2nya pampers dia da basah =p kali kedua pulak dia berak. hihi. kali ketiga plak dia lapa. so nurse guide aku cara menyusukan baby :)

Pagi esoknya (Raya Haji okeyyyy. aku beraya kat spital. malam tu nurse siap pasang takbir kat radio lg =p) nurse amek rayyan untuk mandikan dia. sempat la aku tido lena japs. kul 9 camtu, doc pakar dtg check. dia kata bleh balek aritu jugak. yahoooo. terus call MK ckp bleh blk ;)

Hmm itu la serba sikit pengalaman bersalen dan pengalaman bermalam kat hospital putrajaya. servisnya mmg sgt puas hati utk kategori hospital kerajaan. semua staff adalah suka menolong. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA DIUCAPKAN KPD DOC2 YG MENYAMBUT KELAHIRAN RAYYAN DAN JUGAK KPD STAFF WAD 2B YG SGT MEMBANTU. cewah mcm dorg baca je blog aku kan =p tp, kalo korg ada sedara mara yg keje jadi doc O&G dan jugak nurse wad 2B, sampaikan salam terima kasih aku kat dorg ek :)

pipi rayyan ada merah2 sket. mcm ruam kot sbb perak ni panas bebeno. and yes, brg2 dia banyak pink kan?? HAHA. mama rayyan gila kuasa nak pink jugak. kecik2 comei la pakai pink xkisah laki ke pempuan. hikhik. tp baju idak le wane pink. itu over ;)

2 comments:

  1. mak rayyan memang gile pink~huhuhu
    enjoy kan momment jadi mommy nih..:)

    ReplyDelete
  2. rayyan makin ketara mengikut wajah mama dia..
    lagi2 tang pipi

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha