Monday, December 6, 2010

Pengalaman Melahirkan Putera Kecil *Muhammad Khair Rayyan*

Takyah cerita secara karangan lah ye. secara rentetan cukup kot ^_^ cerita rentetan pon mcm sama panjang mcm esei. ko tgk la nti =p

16 Nov 2010
--------------
2:15 am: Terjaga sebab rasa ada benda panas mengalir kat suar dalamsss huhu. mujur i pakai panty liner =p pegi toilet aku check ada darah dan air mcm lendir2. tapi idak la banyak beno. masih di tahap tak merisaukan. so tuka suar n pakai pad lak. tido balek. aku malas nak gerak MK lg. takot false alarm jek

2:30 am: Contraction pertama datang. dia macam sakit pinggang n belakang. mula la mengerang sorg2 dan bila aku cuba tukar2 posisi mengiring, ada mcm air kuar sikit2. time tu da start yakin itu air ketuban yg da leaking sikit2.

3 am: contraction tak bg salam pon. dia terus sakit 5 minit sekali. paling lama jaraknya pon 10minit sekali. hazab weh. so da tak tahan n gerak MK. cuak la kawan. dia ajak g spital sbb kesian tgk aku. tp aku taknak lagi. cuba tahan lagi.

3.30 am: tak tahan rasanya so we all bersiap2. g mandi2 dulu. siap2 beg. pastu baru gerak mak. mak ape lg? trus tjaga dan tkejut "hah nak beranak dah ke???" hihi. mak aku mmg camtu. dia panic lebih sket =p trus dia bgn dan rendam akar fatimah tu. mmg tak rendam lagi sbb kan ada 2 ari lg nak due date kan. aku makan coco crunch sket. MK over k. dia makan nasi segala. haha. mcm dia nak beranak =p

4 am: gerak ke spital

4.++ am: sampai sepital ptjaya dan terus ke wad bersalen. pastu masuk 1 bilik dia nak check bacaan jantung  baby yg ikat apetah kat perut tu. pastu 'check jalan' la apa lagi. takyah cerita la macam mana rasa dia ek. huhu. cuma tips aku nak bg masa kena 'seluk': lembutkan kaki dan ko rela je apa dorg buat. sbb once da sampai sepital mmg kerja dorg asik nak selukkkk aje. yela, sbb nak check jalan kan. so rela je :)

5.++ am: bukaan 2-3cm camtu. yg ni doc pelatih yg check. doc chinese lelaki. air ketuban pon asik meleleh2 je time ni

6.++ am: doc pempuan dtg check. lembutttt aje doc tu. aku pon rasa sejuuuuukkkk je ati walopon sakit dah menggila. dia check dah 4cm so kena masuk labour room. dia bg ubat berak so kena berak2 dulu. terbaekkk oo ubat dia (gelak2 tutup molot. haha)

7.30 am: masuk labour room. bilik nombor 4 :) tuka baju semua, dia ikat lg benda nak check jantung baby n check bacaan contraction tu. then dia kuarkan semua air ketuban. pastu MK bleh masuk n teman aku sampai la nak beranak karang. mujurrrrr husben bleh masuk nyah. kalo tak mesti aku dah amuk satu hospital sbb tak tahan sakit =p MK ade bleh ngada2 n buat muka kesian sket. hihi. time ni laaa nak support dr suami taw. punya sakit tu sampai aku ada nangis 2,3x...tapi xelok nangis sbb nti jadi lemah n ilang tenaga.

screen ni diletakkan kat kawasan hadapan tempat masuk wad bersalen. so kat sini ko tau la sapa kat dalam bilik bersalin dan statusnya dah bersalin ke belum. so sila check di atas. time ni saya di bilik nombor 4 dan status belom bersalen. hihi
10.00 am: doc O&G pakar datang. dia tgk aku dah restless dan offer epidural. time tu aku siap nangis bila contraction dtg. MK nak gosok2 pon rasa nak lempang jek ;')

10.30 am: aku decide utk amek epidural. and u know what?? epidural tu tak berkesan kat aku!!! aku tak pasti ianya tak berkesan atau tidak sbb sakit dia masih menggila ok. atau maybe sebenarnya akan lebih sakit kot kalo tak amek epidural. wallahualam. tp aku mmg rasa tak berkurangan sakitnya. tapi layan jelah. aku dah tak ingat apa dah time tu. rasa tak sabar sgt sangat sangaaattttt nak kuarkan budak kat dalam tu masa tu. hukhuk

12:00 pm: sepanjang aku masuk labour room dari 7.30am tu, macam2 doc dan nurse dah masuk ke situ. jangan tanya la bape kali kena 'check jalan'. redha redha.

12.++ pm: ada 1 doc pempuan ni masuk dan 'check jalan' kaw kawww punya. rupanya dah 8cm dan dia nak tolong cptkan bukaan. katanya kepala baby da bengkak sbb aku dah teran. padahal aku rasa aku tak teran pon  -_-" huhu. masa tu MK disuruh kuar jap. nanti da nampak kepala bb baru dia pggil masuk blk. time tu dia da suruh aku push push dah. dia kata bila sakit, kena push. so aku ikot jela. bila contraction, aku push.

12.20 pm: kepala bb da nampak n dorg pgil MK masuk. MK pon bg smgt kt aku. MK ckp ms tu muka aku merah bibir aku biru. huhu. tak lama pastu mcm kecoh sbb aku dah penat and baby da nak lemas. doc ckp kena vacum cepat atau kena operate. maka, MK disuruh kuar masa vacum. time tu mmg dasat sgguh aku rasa. time aku push, ada 2 org ready nak vacum. pastu ada 4 doc duk tekan perut aku (2 org kiri 2 org kanan). fuhhh~~~xtaw la nak ckp masa tu. huuuuuuu.

12:42 pm: kuar la si putera kecik ni dari rahim aku. alhamdulillah. masa tu  dia letak bb atas perut aku. aku nampak rambut dia je. sbb dah tak larat sgt2.

tangisan pertama Rayyan. masa ni doc baru lepas cuci dia dan sedut2 cecair2 kat mulut n idung dia pakai tiup. MK tgk la masa ni.
Sorry ye kawan2, aku salah bg info. aku ckp aku bsalen kul 1.30pm. padahal kul 12.42pm. hehe. kul 1.30 tu aku setel jahit semua rasanya. dalam kul 1 dorg start bersihkan rahim n start jait luka. doc yg jait mmg terbaek. tak rasa sakit pon. syukurrrrr.

oleh kerana bb aku kena vacum so lama la sket dorg nak bg aku tgk bb. aku pon kena dok labour room lama sbb kes vacum special sket kononnya. MK pon azan bb sambil dia baring je sbb kepala dia sgt lembuttt n bengkak sket. kul 3 mcm tu br aku dpt pegang bb and try susukan bb.

kul 4 masuk wad dan bermula lah episode sbg seorang MAMA ^__^ cewah

p/s: akan bersambung kisah di ward pulak. next week la ye :)

18 comments:

  1. ciare... emm x tau laa nak react macam mana lepas akak baca entry ko ni... bab2 seluk2 nih akak rasa akak pun x tau la boleh tahan ke idak.. emm... ateeeeeee aku nih dah start ngeri dah nih padahal baru 6 bulan ni... adoiii ciare.....

    ReplyDelete
  2. tetiba nk rs ngeri smcam bc experience org bersalin..fuhhh lg 1 month++ ni..

    ReplyDelete
  3. ciare pon kena vacuum gak ker??
    huhuhu!!
    mmg saket bsalin ni saket yg x taw nk ungkap ngan kata2...tp lps bb kuaq tiba2 muncul 1 perasaan yg indah kn...perasaan hepi menjadi seorg mama...
    smpai arini bila pikir psl bsalin msti tsenyum & rs sebak...
    :)

    ReplyDelete
  4. ciare nak nanges bole x :'o

    aku baca entry ko sambil kerut2 muka, huwaaaa

    ciareeeeeeeeeeeeeeeeeee :'O

    -over x aku-

    ReplyDelete
  5. urgh ciare, takutnye....bengkak ye muke baby,,mebi betul mcm doc ckp kot sbb ko dh meneran tanpa sedar..uhhh takutnyee nak bersalin..Y_Y

    ReplyDelete
  6. rasanya epidural tu lmbt berkesan, sbb setau aku dia ada timing..bukan trus berkesan, kot2 time jahit br berkesan..brpa byk berkesan daaa...

    ReplyDelete
  7. erm.. memacam cerita nak bersalen ni kan.. sampai sekarang still ngeri part part seluk tengok jalan tu huhuuu..part beranak tak ngeri sangat.. alhamdulillah semua selamat..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah semuanya selamat :)

    ReplyDelete
  9. pada aku la kan..proses lepas bersalin tu lagi ngeri..huhuhu.terutamanya bab tak boleh buang air beso..proses bersalin ok lagi..boleh tahan lagi.masa nak buang air beso tu 1 jam aku dalam toilet nangis2.masa sakit bersalin pun aku tak nangis macam tu..huhuhu.ngeri..ngeri..

    ReplyDelete
  10. ubat berak tu powerlah, sampai sekarang xboleh lupa..

    ReplyDelete
  11. Hehehe..suke baca kesah org bersalin walhal sendiri pun pernah rasainya..

    Bab seluk meyeluk plg2 tak suke..tp nak tak nak kene rela gak..tp kan time Mar nak deliver dlu..takde pun kasik ubt berak..tau2 saket nak bersalin..maybe saket yg Mar rasa kejap kot..tu yg dorg tak bg..

    ReplyDelete
  12. kental ko weyyyyyyy
    amik epidural pun rasa sakit lagi ke? sadis betul
    Aku dapat epidural, terus hepi okey, hahaha..

    congratsssssss

    sori lambat wish, =P

    ReplyDelete
  13. ye, pengalaman bersalin sgt la...ermmm kene rase bru tau..huhu..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha