Sunday, January 31, 2010

The sweetness of life :)

Assalamualaikum.

Erm rasa dah lama tak nulih membebel secara random kat sini :) tp skrg ni tak tahu lah nak membebel pasal ape. layan je lah labu. rasa nak baca, baca. tak nak baca, i dont care.

Anyway, semalam adalah ulang~bulan perkahwinan kami yang ke 8 bulan. hukhuk. gile kentang masa berlalu. trust me, inai kat kaki masih ada tau. tak percaya? nak tgk?


nah amek. see?? still ada inai kat ibu jari kaki i tell you. kesimpulannya, kami masih pengantin baru. sempat lg nak honeymoon ni. ececece ;p

talking about honeymoon. hrp2 apa yg kami rancang akan menjadi la. jenuh dah plan ni. apepon, kite hanya merancang, Allah yg menentukan. err lebih kurang lagi 2 bulan lebih nak pegi honeymoon ke tempat istimewa tu. errr time tu agak2 still berdua ke bertiga? teettt ;p






pause kejap. bye bye kat suami. dia kuar nak wat alignment kete. sevis buat kat umah sendiri je. kan sonang ;p tp alignment kena wat kat kedai lar noks. huhu. oyya, lepas ni kami nak kuar. nak test drive kete. teeheee. dah alang2 nak test keta tu kena test betol. bukit tinggi, anyone?? :)

okay skang nak cite about JOB pulak. honestly, i feel DOWN lar sket jumaat lepas. pasal ape? hurm, let s not talk about it here. tension mak~ i want to forget about it. damn!

oh, tapi alhamdulillah. ada jugak berita baik dlm bidang pekerjaan. hehe. so tak sedih sgt pasal kisah yang aku DOWN tu. kehkehkeh. ape berita baiknya?? oh Januari ni bermula la hidup baru dgn GAJI BARU. yeeebaaaa. increment 28% i tell you. tak pernah meminta sebanyak ini. namun, Alhamdulillah :) dan bos jugak ckp, ada special bonus tahun ni. alhamdulillah again evetho tak tahu lagi dpt bonus bape hengget ;p tahun lepas dpt sebulan gaji je. tapi dapat betul2 before majlis kawen, maka melayang begitu saje lah duit bonus. hukhuk T___T

FAMILY?? great! kami berdua betol2 suck. haha. kali terakhir balek ganu adalah RAYA. dan kali terakher balek perak adalah RAYA HAJI. hoho. dua2 lupa daratan tak mau balek kmpg. hehe. alaaa bukan xnak balek youuuu. bulan nov/dec tahun lepas MK kan busy. keje sabtu ahad. aku nak balek guana? Jan ni pon tak lik mana2. so next month GANU next next month PERAK. hehee ;p actually, MK ajak balek perak minggu ni. tapi aku ckp TAK NAK. padahal dalam hati NAK NAK NAK hanya Allah yg tahu. nape aku wat camtu?? sebab keadilan lah. sbb lebih lama tak balek ganu dari balek perak. so kalo org ganu tau we all asyik balek perak je camno??mesti ma (mertua i) kecik ati ke ape nanti. so ended up tak lik dua2. adil kan? well, mana nak cari bini yg penuh consideration mcm haku neh?? wakakakaka ^___^

OK enuf membebel kot. tangan da lenguh. nak mandi siap2 nak kuar sementara MK tak balek lg. nati aku tepek my mekaup today k. daaaaa girls. love u all :)

Xoxo;
Ciare =)

Saturday, January 30, 2010

sushi king is always my feveret :)






Xoxo;
Ciare =)

tayang sesuatu kejap

eh eh bukan tayang sembarangan kay. tapi nak tayang jerawat sajeee. supaya jerawat aku ni berjangkit kat korg2 semua yg mempunyai kulit tulus mulus tu. wakakakakakakaka. hehe kejam kan ;p

bawah bibir. kiri dan kanan dua2 ada. kaler jerawat adalah PINK@MERAH tp atas hasil kejayaan foundation kryolan terus ala2 samar2 :)

nah lagi

nah lagi.

alaa flash terang sgt mcm xnampak pulak jerawat beso tu. gambo tak edit k. i just letak frame ngn watermark jer. well, camera aku ni bagus betol. sbb bleh kurang kan kejelasan jerawat wakakaka. tu lar uols, beli camera pixel beso2 wat ape?? wat bagi terang jerawat je noks. baik amek pixel yg sikit2 aje. hehe ;p

okay moga korg akan berjangkit jerawat ni. hehe. i kejam arini, hrp maklum ;p

Xoxo;
Ciare =)

Let's celebrate it honey ^__^

Xoxo;
Ciare =)

Friday, January 29, 2010

jom pegi williams :)

yeayy pegi mengisi perot adalah heaven ;p lupa jap psl diet bleh?pasni diet semula. langsung tak rasa bersalah kat diri sendiri ^__-

amboi yangggggg sedap nye you makan ape tu? jeling2 ai je yee?? xnak suap ke bini you nak comei ni?? huahuahuahua ;p

my bro in law :) berselera btol dia makan. hehe. bagus bagus jgn membazir :)

kak rubi pon dah tak pandang kiri kanan dah. makaaan jek. hehehe. tak layan i pon tau ;p

dan akhirnyaa liciiiin. berbaloi :) RM 77 total semua skali. mabelesssssss. okay pas ni xyah pegi dah. kena bakar semua lemak ni dulu. kehkehkeh ;p

Xoxo;
Ciare =)

google molek sket bleh??

haih tension i tgk hasil keyword yg digoogle oleh hamba Allah ni. nauzubillah. tak bleh ke ko search yg molek2 sket??

sah2 la ayat mcm ni budak melayu yg search. takde menatang lain ke ko nak google kan?? gilo! pervert!! owh budak2 skrg makin dasyat.

semoga anak2 ku kelak dilindungi oleh perangai tak senonoh mcm ni. amiinnnn

pssstttttt: ntah ape lg dia google kan.
eee rosak akhlak!!
nape aku emo telebih ni?
sbb aku taknak blog aku mencari
hasil carian google benda2
yang tak elok. titik

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, January 28, 2010

Sesekali candle light romantik maaaa ^___^

Eh takde candle light pon tak semestinya tak romantik. tp ada candle light yg berbau wangi semerbak perghhhh wangiiii rumah i ^__^

err tp ini hanyalah candle light. bukan 'candle light dinner'. keh3. sbb dinner kat luar. skrg ni punya laaaa malas aku ni nak memasak! haih. masak sup pon mcm dah tak 'kaww'. ugghh tension mak nak msk kalo asik tak jadi. so ended up makan kat luar sajooo. hooorayyyy ^___^

brg2 memasak aku kat dapor jgn cakap ah, dah start berabuk tak pakai. telur dlm peti ais pon makin keras. kalo rebus bleh jadi batu dah kot. wakaka. bawang halia sume? wassalam sbb dah bercambah dgn akar dan pucuk2 ;p my darling, sila tanam aje bawang ngn halia tu kat luar. bleh berkebun. hihi

adakah aku dah mula malas masak sbb boring?? eh tak jgk. aku nak masak tp tiada terdaya. nak masak je malas nak masak je malas. haha. ape daaaa ;p MK pon mcm paham2 je tgk bini dia ni lemau semacam je (padahal aku saje je sbb mls ;p) lepas tu dia confirm akan ckp "jom makan kat luar!". dlm hati i "hooorayyyy". bagus betol :)

sekian saje utk pagi ini :)

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, January 27, 2010

membebel

Now I'm talking about HOORAYYYYYHHHH!!!! ^____^

apeke seronok sgt ni? MEETING BATAL. yahooooo =D

okay sekarang tak tahu dah bebel pasal ape ;p hihi. rasa nak tgk movie lar. tp bleh kata most of the film kat panggung tu seme aku dah tinguk. err i mean except cite antu maaa. kalo tgk cite antu harus aku tak mau tido sembilan belas hari. hasilnya mata lebam2. hukhuk. so, jauhkan cite antu dari saya.......:)

Last option, Adnan Sempit lah kot. ramai ckp cite ni best. yeke? aku tak kesah kot. layan kan aje. sbb aku btol2 ske tgk wyg. layan aje cite ape2pon. aku tggu2 cite 3 idiots tp tah napa tak byk cinema yg pilih utk tayangkan cite ni. kalo GSC, hanya terdapat ni midvalley dgn capesquare je. dua2 tmpat ni mak tak soka. hehek ;p

Eh eh! today adalah 7 bulan 4 minggu kami berkahwin. wuaaaa kalo dari segi jangkamasa agak dah dikira agak lama. tp secara subconcious nye aku rasa mcm KEJAPNYEEEE i jd bini you darling. rasa mcm baru semalam nikah (pangggg!!!! ;p)

Err tu je kot. Bye bye diary! :)

Xoxo;
Ciare =)

Masih berdiet ke minah ni??

Adakah program diet puan ciare aritu hanya hangat2 tahi ayam??? masih berdiet ke minah ni?? dah lama dia tak buat entri psal diet, mesti dia dah tak diet!

err korg pikir seperti di atas ke? (i hope not! T___T) huhu. kerana aku dah lama tak diet. ermm dan mcm2 aku makan. but thankfully, berat tak naik lepas turun 2 kilo aritu.

aku ingt nak mula berjoging weekends ni. kan cuti 3 hari kan? (senin cuti hari wilayah yerrr jgn JELES!! wakakakaka ;p) so harapanku adalah utk berjoging 3 hari berturut2. biar la patah kaki sekali pon, cramp sekalipun, aku nak berjoging jugak. kan bukit jalil tu ada taman berjoging. sesuai la sambil2 berdating. kehkehkeh =)

err tp utk sementara waktu, aku ada TERmakan makanan2 tak sihat jugak. contohnye seperti di atas. erm actually daging burger di atas adalah sihat okay. sbb dia grill je. xde unsur2 oily. cumanya mayonis tu menghancurkan diet ku. heh ;p

dan oleh kerana tidak berpantang dan jugak kehabisan kerim jerawat, ada jerawat batu kat dua2 belah mulut ku. nampak tak jerawat sebesar duit syiling 20sen tepi molot aku tu?? disaster mehhh. kat belah lagi satu pon adooo. haih T____T

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, January 26, 2010

dating berdua ^___^

Heh ;p rasa boring so nak wat entri. ermmm nak cita pasal ape yek. kang nak cite pasal keje, coding, documentation, meeting, report, konfem korg akan tetidur di perenggan kedua kot. hek lehhh ciare, mcm lah ada sape nak baca sgt belog ko. huuuu sob sob sob T____T

Oleh kerana takdak cite, tayang gambo pom jadik ah. hih ;p

makin diet makin kembang. err i mean tang pipi tu. makin tembam, ini serius! lengan ada kecik sikit tp pipi tu mcm baru lepas kena canai lepas tu kena tebar mcm roti canai terbang yg ada kat kedah tu. alaa yg jalan2 cari makan ade pegi tu T___T

MK pujaanku menten. aku yg diet dia yg kurus. err dari segi fikizal mcm kurus tau. padahal dia dah naik 2 kg! hooorayyy. tak sabar nak tgk MK gemuk. okay lah tu gemuk sama2. pregnant sama2. aik?? *^&$%$&%$#

dan org lain keep on guessing "u pregnant ke? bape bulan dah?"

okay fineee. aku mmg pregnant. itu yg ko nak dgr kan? tapi ko tunggu la sampai sembilan bulan ke sembilan belas bulan ke, anak aku xnak kuar2. gagagagaga ^____^ sbb apa? lu pikir lah sendiri labuuu. sila la doa2kan

apa yang penting? aku AMINkan aje :)

Xoxo;
Ciare =)

New Laptop

yeayyyy. best betol dapat bos yg baik hati lagi ni ^____^ aritu time balek opis aku gatal2 ngadu laptop aku (err i mean laptop yg company bg aku lar ;p bagi pinjam yer hrp maklum. teehee) selow dan kuar blue screen bila shut down. adakah sbb aku slalu nonton filem biru??? nauzubillahhhh. tidak sama skali okek T___T

Few weeks later bos email suh balek opis amek laptop. mula2 mcm konfius sampai ingat bos salah anta email

aku "kak gee salah anta email ni kot."
kakgee@boss "eh betul la lptop ni utk you. kan aritu da nak rosak"

hoho aku apa lagi??? hooorayyyy ^____^

acer. aspire 4740. ada 4 CPU yg tiap satu nya 2.13 GHz. kesimpulannya LAJU GILER wehh. hoho.

psssstttttt: fuhhh ramai giler tak percaya ;p sampai ym ym guwe ;) ye betul ape yg aku taip di atas....4 CPU yer bukan 4 RAM ke 4 screen ke 4 kibod ke...ianya 4 CPU. redesign only for programmer@software engineer :) cewah! mcm best kalo sebut software engineer. padahal kuli jek!!

Xoxo;
Ciare =)

Movie review: Tooth Fairy

Assalamualaikum :) hye all. arini puan ciare nak wat review cite ToothFairy. hehe. time aku tgk cite ni tak pasan baru 2 ari start ditayangkan. erm tp xde lar ramai sgt yg tgk. tak full pon time tu. maybe sbb tgk midnight kot. hehe

Erm cite ni kan agak sweet lar. especiall utk sape yg ada anak2 tu. tp yg kecik mcm kyra dan kyrin harus tak seswai pigi tgk. mau dia mengamuk dlm wyg tu kang. sape yg malu?? mak pak diaaaa gak ;) hiks

okay berbalek kpd movie review.

Cite ni mengisahkan pasal seorg lelaki yg bkerja sbg pemain hockey ice. kelebihan dia suke cabutkan gigi pihak lawan. hihi. mcm tak logik sbb gigi yg tercabot tu eloook aje. hehe. patotnye patah la kan? ok tak penting. so dia mggelarkan diri dia sbg tooth fairy :)

Dia ada GF. GF dia ada sorg anak pempuan dan anak laki. anak pempuan dia kecik lagi. so satu hari tu, anak GF dia yg gegirl tu gigi bongsu dia tercabot. rupanya omputih punya legend, kalo gigi bongsu tercabut, letak bawah bantal. so nanti masa tido, tooth fairy akan dtg amek gigi tu pastu dorg akan replace dgn duit ($__$)

Mamat ni dia tak percaya la ade kisah legend gini. and dia siap persendakan lagi legend tu. kalo aku pon tak percaya. wakakaka =D so malam tu jugak, dia ada mimpi dia kena jadi tooth fairy sbb dia tak percaya. maka dia kena jalankan tangungjawab sbg tooth fairy selama 2 minggu.

Masa ni MK dah tertido. hehe. sbb mula2 slow sket. tp lepas je the rock ni jadik tooth fairy terus terjaga dan ketawa terkekek2. hehe ^__^

last skali ape jadi?? sila la tgk sendiri. haha

Xoxo;
Ciare =)

Monday, January 25, 2010

Jalan jalan & shopping beli kereta =D

Heheh tetiba bersemangat lagi sekalik nak wat entri utk ptg ni ;p hoho. actually ini adalah sambungan entri makan2 sebelum ni. heh.

lately, jenjalan mane pung, mata ku terbeliak sakaaannn tgk SALE SALE SALE sana sini. hihi. tetambah pulak nak raya cina ni kan. mabeles babe ;p err excuse me, gaji i tak masok g. besok kot. next week ah kite shopping ye darling. i tak sabar nak deko deko deko =D

si gemuk berperut buncit. damn! T___________T

MK, bro in law, my sis :)

amboi amboi suke yerrrr tgk SALE SALE SALE ^___^ well, i pon suka jugak. teehee ;p lumrah pempuan kan. err tp xde ape bleh dishoppingkan. gaji belom tiba marr ;p cuci mata sajeeeee. teehee ;p



Di hari yg berlainan, we all g jenjalan plak (err but creepy mar sbb tudung sama. nampak sgt aku suke pakai tdg yg sama berulang kali. dulu time study pakai tdg yg sama sampai seminggu. naik hanyir baunye. wakakaka. ish tp skg xde laaaa. pakai 2 x ckup maa kehkehkeh). g jejalan mana? we all g shopping. tp shopping apa??

we all shopping kereta tauuuu. kahkahkah. aku rasa mcm pegi pasar beli sayur pulak. haih (-_-").

tapi aku paling teringat ada salesman cinon tu giler punye kerek
salesman "lu mau kereta apa abg?"
abgipar "toyota bla bla bla"
salesman "abg ada berapa? ini kereta loan boleh pegi 10k saja maa. u ada berapa?"
abg ipar aku dah panas dah. dah la mmg ari pon panas. salesman cinon tu bleh lak nak sindir2. dia ingat kaum sejenis dia je ke kaya??

HELOOOOOO abang ipar aku nk beli CASH okkkkayyy!!! erhhhg geram nyahh. aku rasa kalo salesman tu okay maybe dia akan beli, tp oleh kerana dia kerek nak mampOs, xyah beli dgn dia!!

erm best jugak kete ni. tp beselah, used car ni. kena check betoi2. kang meroyan kalo ada yang rosak. thats y my MK kena ikot. dia kan expert bab keta ni, especially toyota. makanya, we al teman lar dorg nak beli kete huhu.

lama2 makin boring dok situ. ape lagi? kaum wanita berposing sakan maarrr. hehe. tp last2 dah tak larat dah. rasa semput2 aku nak melangkah. giler byk used car we all pegi. hadehh

Xoxo;
Ciare =)

F&B: Cempaka Sari Kopitiam, Selera Pantai Timur

Assalamualaikum.....:)

Ya ampunnnn ape nak jadi dgn blog aku ni??? please laa ciare! go go go :D kamu perlu memantapkan lagi blog ini (demi menjana nuff utk vacation kita nanti ^___^). okay okay semangat udah dtg kembali. chayoookkk =) --> padahal ari weekends aritu dah meroyan sampai wat entri tahapa2 pastu siap privatekan belog selama semalam. but i bet no once had noticed punggg T____T

Owh aritu kami (double date ngn my sis time ni) pergi jenjalan makan angin malam minggu. alaa pegi tgk wyg je pon kat IOI nu haaa ;p dokat yo0o0 ngn umah den. tambah tolak 15 minit udah kesampaian. weehee ^__-

So oleh kerana wayang lambat dan tengah malam, maka we all nak makan yg jauh2 sket. takmo ar mkn dedekat dlm shopping complex tu. so we all decided nak pegi mkn kat LUAR ioi tu. memula nak mkn kat maple je (save budget weh nak vacation nye pasal ;p) TETAPI den perasan ada kedai namanya Cempaka Sari KOPITIAM dalam kurungan Citarasa Pantai Timur. hehe. tetiba TERpegi masuk ke kedai ni.

well, it's a bit worried jugak marr sbb kedai kosong aje. sumpah. dalam pikiran pikir dua aja. sama ada nak tutup dah atau tak sedap sbb tu 'tok rama'. dah sampai tu tanya waiter dia
'dah nak tutup ke?' 'eh belom kak, tutup kul 11pm lebeh'

err maka risau, adakah tak sedap?? tapi demi support kedai melayu kami masuk jugak lah. daripada aku melabur kat kedai maple yg tak tentu mamak tu baik aku melabur kan kedai sebangsa. owh ya, saya mmg berperangai mcm ni. kalo nak pegi kedai runcit pon, aku nak kedai melayu. tolong kaum sebangsa :) tp kalo kedai melayu xcomplete, terpaksa lah pegi jgk kedai2 yg lain. tsk T___T

Maka dengan harapan makanannya akan menjadi sedap, sesedap mata memandang dekorasi kedai ni, kami tawakal ajelah :)

Sampai2 aje, aku terkagum dgn deco deco makanan dia. simple but nice. tak comot2 dan ada hiasan2 sket. well, 1st impression was not bad at all. waiter pon sabar dgn kerenah kami seme.

deco deco deco. hehe. lepas balek dari kedai ni, aku da panas punggung nak deco2 umah aku tu. but, tu umah sewa maa. mcm tak best jek. bila nak ada umah sendiri ni yang? tahun 2012 kan? :D

owh my darling dia order laksam tau. kateee menu 'pata timo' kannnn. hiks ;p well, the laksam was soooooooooo delicious babe!! perghhh nangesss i tell u. ia sedap sbb tak terlalu lemak, tak cair sgt, masin manis lemak sume ada. wuaahhhhh =)

menu aku ni mcm set. sumpah sedap! ikan keli dia perghhh garing dan ranguppp tapi isi dia lembut sedapnyaaaa :D dapat sayur, sambal atas nasik tu sedap giler, sambal belacan dan jugak buah2an :)

my sis amek roti arab + kuzi ayam. perghhh kuzi ni kan, dia mcm kari tapi bukan, sbb dia terlaluuuu sedap. haih lenkali nak amek kuzi kambing lah :D

my bro in law lak amek 2 mangkuk laksam. licin! terbukti sedap bukan?? ;) okay so itu je lah kot. kedai cempaka sari kopitiam ni terletak di sebelah IOI Mall puchong. btul2 sebelah wing baru siap tu. total price? sgt2 reasonable. total RM 32 utk 4 org bersama air2 yg segalanya sedap ;)

selamat mencuba! ^___^

Xoxo;
Ciare =)

Friday, January 22, 2010

Yeay menang lagiiii =D

walopon hanya pemenang saguhati ;) alhamdulillah. masa aku buat contest ni saje utk suka2. hehe. biasalah, another way to express my love. wink wink. gatainyaaa bini sape ni?? ;p

oyya. masa wat contest ni, aku letak kat my another blog. blog lg satu tu berhabuk sakan! gile lama tak update. so kalo sertai apa2 contest aku prefer letak sana :)

nila gamba yg dipertaruhkan. em nak tau lebih lanjut? sila klik gamba utk pegi ke blog penganjur ^___^

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, January 21, 2010

Kisah Malam Jemaat

Haih. lately aku rasa mcm gile lembik lemah lutut ketakutan. tambah2 kalo malam jemaat. (ehh korg pikir ape ehhh??) kenapa? kenapa? ada apa dengan malam jemaat?

kalo b4 this org dok usik2 malam jemaat, malam jemaat. sampai naik mual nyah. please lah jgn wat aku muntah pink depan ko. sape usik gitu, berganda2 lawak dia aku balas. apa dia ingat aku tak berannnn?

okay jgn lari topik.

sekarang ni aku nak bcakap pasal ada apa dgn malam jemaat (a.k.a jumaat @ friday maa. tp aku suke eja JEMAAT. sebutan org kmpg just like me ;p). Kawan aku kat opis ni ada cite something lah yang terjadi kat dia pada satu malam jemaat. It's not that freaky. But, i am truly understand apa yg telah dia lalui.

dan semenjak aku dengar cerita dia, aku susah gile nak tido malam2. kekadang suami sendiri terkejut tgk bini dia terkebil2 dan ckp mata aku 'bulak gete'. itu bahasa ganu. setelah ditranslate maksudnya 'bulat sgt' haha ;p

Dan malam ini sekali lagi, adalah malam jumaat. aku nak tido awaaaal. supaya aku tak terjaga sorg2 bila org sebelah dah tido. ketaq lutut i nyahh. aku kan penakot giler! huhu.

oleh itu, bbrp perkara yg perlu dilakukan pd mlm jumaat sblm tido:
1) baca yasin
2) baca doa sebelom tido
3) baca ayat kursi sbyk mungkin masa nak lelapkan mata

moga2 malam ni aku tido nyenyak. amiiiinnnnnn

Xoxo;
Ciare =)

I want to spend my lifetime loving you MK

ATT: DO NOT READ UNLESS U'RE DAMN BORED. HOHO

Adoiyaiii. mcm2 dalam otak ni. jenuh kena wat partition dlm otak sbb nak pikir mcm2 ;p keje lagi, hal2 sulit lagi (cewah ;p), hal masa depan lg, hal bla bla bla (pangggg!!)

pipiku tembam!!! yeayyyy T_____T &^%$##*&%$

nak pegi mana yer cuti next week? chinese new year nanti nak pegi mana pulak? tengah tahun make sure jadi tau vacation kita tu. hihi. aku dah gian nak pegi bercuti. tambah2 kompeni jepun tu baek hati bagi bonus. yaaribbaaaaaa. hehe (kalo aku dpt bonus nti aku nak senyap2 je shopping sensorg. agagagagaga. kejamnye. bini sape ni? ;p)

edisi mengipas MK ;p

MK , i love u soooooo much. but maybe not as much as u love me. i know that :)
MK , u're the best living creature ever in my life (nak tiru ayat bella ckp kat edward. word creature tu mcm laki aku monster lak. haha. layannn)
MK , u always make me smile every morning just like the sunrise when u woke me up (haih nampak sgt bini ske bgn lambat ;p)
MK , u make me feel comfortable in whatever you do around me. always asking for my desires and make me the most special person in your life. Tq sayang eventho i always membebel hihi ;p

i love u my lovely cuties husband, MK

psssttttt: aku rasa geli2 pulak
dgn entri ni. segan maaa kalo MK
baca mlm kang. huhu. jap lg pas
publish nak hide lah ;p

Your Wife;
Ciare =)

Upgrading Myself

1) Selalu terjadi

XY "U keje bidang ape?"
ni biasa dialog basic la 1st time berkenalan. i mean, instead of soalan nama apa, asal mana...gitu lar.

aku "I keje bidang IT. programmer cabuk jerr"

XY "oh ye ke.owh ape dia windows platform yg baru tu? vista ye? okay ke?"
lepas tu berjangkit la soalannya

"macam mana nak install yg original tu?"
"kalo salah install cemana? nak format balek ke ape?"
"bleh tak tolong format kan bla bla bla"


mungkin aku akan jawab "i wat system aje. kalo default technology yg dah ada mcm windows2 ni I xtau sgt"
atau
"you try la google"

2) ataupun

"apa dia laptop yg hangat kat pasaran skg ni?acer okay? dell okay? toshiba okay x?"
"erm sound card ngn video card ape yg bagus bla bla bla"
"laptop ni tetiba mampus lar. dia tak jadi apa2 bila tekan ON"


mungkin aku akan jawab "i sendiri pon pakai laptop company jer. xpenah amek tau pasal jenis2 yg latest ni."
atau
"u pegi la pc fair"

3) dan paling tak logik. info terkini pasal ni pon ada yg tanya

"antara telefon X, Y dgn Z mana okay ye?"
"model phone yang tu okay ke? bla bla bla"
"cemana nak install games java dalam phone"
-- ni mcm berkaitan tp oleh sebab phone aku cap ayam jer, maka i dont know marrrr.

mungkin aku akan jawab "I pakai phone cap ayam je.harga bawah 500 je. yg mahal2 ni I xtau lah"
atau
"apa kata u google product review je. mcmc2 adaaaaaa"

Secara amnya, aku sedang merajenkan diri sendiri membaca info2 terkini pasal item No 1 & 2 di atas. yakni, yg berkaitan dgn computer lah. at least, nampak berilmu la sket bila org tanya. tak ada lah mcm org bodo je jawab sume tak tahu. at least tau sikit pon tak apa kan?jom jom baca berit IT time lunch ni. selain diet bleh jugak dpt ilmu :)

psl phone ke ape malas la nak amek tau. apetah lagi skg ni ada blackberry bagai. cherry atau berry aku tau. KAHKAHKAH.

SEKIAN TERIMA KASEH :D

Love;
Ciare =)

Wednesday, January 20, 2010

Bukan senang nak bagi org paham

Assalamualaikum :) aku nak buat press conference ni. hihi. wartawan da ready? ;) okay ini bukan main2. ini seriuss (ikot nada wonderpet. hadoi terus tak serius ;p)

XYZ "Ehh suami ko mana?"
Aku "Dia tak ikot. dia keje"

Aku rasa dah lebih 10x kot dialog ni berlaku sepanjang kami kawen. well, people do understand. tapi hrp2 mereka tak salah paham. for me, its not a big deal though. tapi bila tiap kali nak kuar umah sbb ada majlis kawen/tunang/ape2 majlis lah, MK for sure akan cakap

"tak apa ke you pegi sorg?"
"nti ckp kt kwn2 u i keje ye"
"agak2 ape kwn2 u ckp nti sbb i biar u pegi sorg"

then, bila dah balek dari majlis mesti dia tanya soalan ni
"kwn2 u ckp ape2 tak i tak ikot?"

hmmm, sayang sayang. actually, dia bukan heran sgt ape org nak ckp2 belakang ke ape. MK is a very positive person as far as i know. dan insyaAllah kalo ada org ckp ape pon kat dia, dia akan what dont know as if nothing happened.

Tapi, dia risaukan bini dia ni kena jwb mcm2 soalan dan pandangan2 pelik dr org lain. owh! dia bukan beprangsaka buruk dgn kwn2 bini dia akan ckp mcm2. BUKAN TAU. tapi, dia taknak org pikir mcm "siannn ciare, pegi mana2 sorg2. laki dia asek keje je". see?? huhu. dah mcm PJJ @ perkahwinan jarak jauh pulak kaedahnya ;p

Oleh kerana dia paham dia tak dpt nak teman aku masa dia keje on weekends yg tak menentu tu, dia izinkan aku nak pegi mana2 ikot suka hati aku. HOHO. kalo time aku cuti, dia lak keje, harus dia akan tanya

"u tak kuar ke?"
"tak nak kuar mana2 ke?"
"ajak laa XX pegi tgk wyg"
"pegi la lepak dgn YY"

eh makhluk2 di atas harus lah pempuan k. i know my limits maar :)

dan mcm2 lagi idea dia bg. aku tau, dia wat camni sbb dia xnak aku boring kat umah. dia takot aku boring jd bini dia sbb dia bz keje kot (dia la pnh ckp camni. sedih tau T__T). sesungguhnya x pernah aku rasa mcm tu. paling teror pon aku kuar ngn kwn2 pegi kenduri atau pon pegi kedai@giant sorg2 utk aktiviti masak2. hehe (nak kuar ngn kwn2 bujang pon dorg mcm tak sudi. sume ckp bini org tak sesuai dah nak hangout. haih sedih tau nyahh. nak merajuk 3 tahun lah mcm ni T_____T).

eh mcm dah melarat pulak entri ni. good bye! :)

Luahan hati;
Ciare =)

Dapat adiah ;)

Haaa aritu aku penah mentioned pasal aku menang contest kan? hehe. maka, rajen2 lah selak page2 lepas kalo sudah terlupa. i pon mls nak letak link bagai :)





gambar sudah cukup utk menceritakan segala2nya ;p

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, January 19, 2010

Cuti Cuti Bulan Maduuu...eeewah ;p

Bismillahirrahmanirrahim :)

hye semua. welcome back to myself. hehe. wuahh kangen bangat sama ini belog :) sesungguhnya aku tiada kat sini maa since weekend. namun, entri ttp ada kan??? hihi. rajen maak buat scheduled entri ;p

Okay lah, saje2 nak update pasal jalan jalan kitorg aritu. kalo rajen tgk lar, kalo xboh pon ai tak kisah nyahh. ai nak wat koleksi tatapan utk anak cucu jer nanti. nanti bila cucu aku baca mesti dia cakap "wuaaa romantiknyaa opah dgn atuk pegi honeymoon!" hehe ;p

sepet laa dia ni. susah nak bukak bijik mata kalo ada flash ;p

destinasi kami? erm ramai da tau kot. haha. apepon, korg pasti tau kot lepas tgk gamba2 kat bawah ni ;p

wife "syg, ai nak pakai bulu mata pelesu bleh dok??hehee" sambil wat muke comel dan tersengih2 ;p

husband "pakai je laa". hihi melompat aku bila dia bg pelulusan. yeayyy. maka aku pon menggedik pegi bercuti dgn mata dolly ;p

sesampai sana, amek nombor. haih. betol kata puan ann, sgt ramai di sana. nombor pon sampai beratus2. we all amek nombor dlm kul 12.3o. turn we all lebih kurg jam 2.20. so okay lah. not bad. patot check-in kul 3pm. layan jelaaa. relax2 dulu. otot2 aku dah mula kejang sbb sejuk sgt kooo. betis ni rasa kejung mcm baru lepas lumba lari 400m. haihhh.

suami saya :)

isteri saya. eh silap ;p

sejukkkk i tell you. bila ckp pon berasap2.

aku suke bangat dgn gamba ini! sbb aku teringat bella dan edward yg berdating atas pokok ini ;p sila compare dgn gamba di bawah. ecececee sempat lg iklan ;p

hihi sama x? ;p

tempat wajib. merah idung MK. cian darling ;p bini dia menten sbb byk lemak.
hoho

melantaaakkkk. sejuk2 ni lapo baah. oh lupa!
aku dah tak diet since sabtu T____T

okay girls (ade guys ke baca?), mmmuuah!! itu je kot. i mls dah nak update psl bulan madu ni. ececece. 1 entri cukup baaah. yg lain2 tu adalah rahsia kami laki bini. gamba yg romantik2 dan geli2 tak koserr mak nak letak sini ;)

Xoxo;
Ciare =)

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha