Thursday, February 25, 2010

Dilema ~~ nak pergi ke tak nak?

Kalo korg dapat peluang company trip for FREE ke sebuah tempat yang best dan ko mmg teringin nak pegi situ AKAN TETAPI.........suami ko tak dapat pegi (sbb kompeni jepun ni straight psl cuti. dia kata konfem bos jepun tak approve punya). so kalo korg nak pegi ke taknak? dah lah 4 hari, tanpa suami pulak tu. rakan2 kerja yg lain bawak pasangan! yang bujang lelaki ada lah. yang bujang perempuan pulak tak tentu dapat pegi ke tak.

So camne?? ada keberanian kah aku nak pegi ke sana?? lonely?? tido sorg2..wuaaa aku takot tido sorg2. nanti mesti nightmare terus tak boleh tido lepas tu mata jadi eyebag mcm panda T__T. suami bg green light. tapi......hati mcm tak best sbb tinggalkan dia T_____T

Bg idea sket :)

p/s: dalam hati berteriak rasa nak pegi.
tapi...tapi....tapi...ada mcm2 tapi.
apakan daya

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, February 24, 2010

Tutorial: Disabled function to click picture

Dah lama aku tak buat tutorial utk belog kan? so kali ni aku rasa nak buat tutorial. yang simple2 aje. in fact, dah ramai pandai pakai function ni. tapi oleh kerana ada yang bertanya, maka aku letak aje kat sini utk rujukan semua k :)

Mula2 buat entri mcm biasa.

add image mcm biasa. upload la sekeping dua utk testing. hehe

lepas dah upload image ke dalam entry tu, you click la Edit HTML tu utk meng~alter sedikit coding.

haaa kan dah berbaris koding ni :) so nampak tak yang aku petak kan warna merah tu kan? buang semua yg aku petakkan warna merah tu.
yang warna pink tu?? yang ni pon buang jugak tau
cursor: pointer;
hmm yang tu utk menghilangkan gamba tangan yg ala2 menunjuk tu bila cursor mouse ko berada di atas gamba tu. paham x? so buang yg warna pink tu then bila ko letak cursor mouse atas gambar, tak akan ada gamba tgn menunjuk dah. hehe

so bila dah siap buang apa yg patot, sila click COMPOSE semula dan menyambung entry anda :)

sekian terima kasih. harap bleh membantu.

Xoxo;
Ciare =)

it's positive

Assalamualaikum :) harini nak bercakap pasal positive. kenapa? ikot suka aku lah. kahkahkah ;) PANGGGG ~~~ hhihi. maka, POSITIVE itu apa?? jawapannya "bukan negative yer uols" teettt ;p adeh, jgn bengang dgn aku. aku sedikit bercampur dgn cas negative skrg ni. huhu

my favourite brooch buat masa ini. yg berbatu2 bermanik2 aku dah simpan jauh2 dlm kotak simpanan ala2 peti besi. tak mboh aku nak pakai keronsang besi sbb ia memberi karat cas2 ion positive dan negative kat tudung aku. no way man!! so pakai ala2 plastik sudaaaa. MK ckp "heh, mcm kanak2 ribena". dlm hati i "TAU TAK APA. HAHAHA" ;p

seminar?? hmm, biasalah. company ada buat training. tp aku anggap ia bukan training. lebih kepada seminar kot. tajuknya Positive Work Attitude. yang pastinya sgt enjoy!! :) bos, nanti part 2 buat kat PD lah. hehe. avillion pon okay kot. teehee ;p

so, trick pertama bagaimana nak meletakkan 12 paku atas menara paku. aku berjaya buat. ko boleh??

trick kedua. mencucuk lidi dalam belon. 1st try meletop! tekejut mak hehe ;p erm tp aku rasa ni tiap kali seminar/training pon ada benda ni. ok lah, having fun T__T

presentation time!! :D sape ni? ade sapa2 kenal x?? huhu

arif nape tgn ko gitu? ;p

dan ini yang aku present kan ;p hehe. err dan aku yg lukis semua ni. buruk sekali T___T. apepon we're having fun sgt2. rasa mcm release tension lak :)

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, February 23, 2010

22/02/2000 ~ tarikh bersejarah :)

Tarikh yang aku kira sgt2 bermakna la dalam hidup. betul tu, 22/02/2000. sedekad telah pon berlalu. tapi, semua memori sepanjang 2 tahun di situ aku ingat lagi. mcm2 peristiwa pahit manis getir pon ada. and i miss every single seconds of it :) kalau lah bisa ku putar masa, I want to change a lot of things. tapi, tak payah lah. kalo silap putar masa kang ntah2 suami aku skarang bukan MK. aku nak kawen dgn MK jgk. teehee ;p (pengaruh cerita heroes ni. hiro nakamura kan bleh travel ke masa depan dan lepas. heh)

Jadi, benda2 yang dah jadi tu sama ada pahit ke manis ke masin ke bacing ke (haha) kena redha dan terima la qada dan qadar nye. kalo ada manis je tak ada yang pahit2, aku rasa ini bukan dunia. tapi syurga. jadi biar lah pahit2 sekarang dan manis2 kemudian (ni metafora ni, sila pikir sendiri apa maksud di sebaliknya ;p). So, apa yg menarik sgt tentang tarikh tu?? 22/2/2000. 10 tahun 1 hari telah berlalu. dan aku masih terngiang2 suara cikgu2 di sekolah. sedih sbb berpisah dgn kawan2 dan cikgu2. tapi gembira sbb berjaya tamatkan sekolah menengah dgn lega hati. mak berdoa dari jauh semoga anak dia ni berjaya dlm SPM :)

Erm pada sapa2 yang perasan, aku penah cerita betapa pahit getirnya kehidupan aku masa kecik kan? bukan senang. bukan mudah. dan aku bersyukur kerana dapat menikmati apa yang aku ada sekarang walopon hanya pakai kereta buatan malaysia, tinggal di rumah sewa, pakai baju cap scarlet kat JJ tu jer, kasut crocodile je, kasot bonea pon bos bagi, jam ori pon suami bagi. sebelum ni pakai jam RM10 kat booth2 kat the mines tu je. KAHKAHKAH ;p lawak betol. so, kehidupan aku dah cukup sempurna. dah terlalu baik dari zaman dulu. kalo dari dulu tv3 ada buat rancangan bersamamu, aku mesti dah masuk tv. ekeke ;p serius ni :)

maka, pilihan mak utk menghantar aku ke sekolah asrama adalah pilihan tepat. utk mengubah masa depan aku dan kami sekeluarga :) mula2 cikgu paksa aku masuk sekolah sains. ugh! I hate sains laaa. result PMR dpt sains cemerlang pon sbb tak sengaja kot. tapi aku sgt2 tak suka sains. I cant imagine myself dlm kelas biologi. aku pasti mendapat johan dalam bab ketiduran punya ;p

hari pertama aku menjejak kaki ke situ, rasa asing sgt. rasa mcm sunyi gitu. tapi nak buat camana, demi masa depan yang cerah aku bulat kan hati utk berjuang. eceh. hari pertama kedua ketiga dan seterusnya, mmg best sgt lah sekolah situ. eventho aku tak aktif, tak glamour, dan mcm2 lagi yg aku TAK tp aku suke belajar kat situ. kwn2 semua baik2 blaka. cikgu pon baik sgt2. hmm rindunyaaa. boyfriend?? err aku ade bf ke masa tu? teettt ;p yg pasti girlfriends aku ramai. iaitu semua ahli dorm tu. hari pertama sampai hari terakhir kat situ aku sama2 berjuang dgn mereka.

study sama2 time prep (nak stay up? so not me ;p), main sama2 time riadah, outing sama2 (tgk cite industan kat umah enon ;p), makan sama2, g masjid sama2 dan mcm2 lg lah :) terlalu rapat sesama sendiri. dan alhamdulillah kami masih bercontact2 sampai skrg. adalah sorg dua yg dah tak contact but its okay. nti ada peluang kita setup reunion kita2 je :)

sampai hari2 terakhir kat sekolah, kita berjuang sama2 menjawab soalan SPM :) dan semuanya berjaya sambung belajar lg. ada yg politeknik, matrikulasi, uitm, form 6...we're doing great girls. dan skrg aku percaya rata2 dah mempunyai kerjaya masing2. erm dan kita dah ada sorg anak sedara pon. hihi. eh silap, on the way nak masuk dua org iaitu zamdafila junior. hehe. alhamdulillah :)

eh, rasa dah pjg sgt entry ni ;p yg pastinya aku bersyukur sbb buat pilihan utk belajar di SEK MEN TEKNIK GERIK, PERAK :) mesti org ckp, cehhh sekolah teknik je minah ni!! yg penting tak kira ko skolah pondok sekali pon, tapi bila usaha tu ada apa sekalipon cita2 ko bleh capai. masa reunion last year aku kagum dgn kerjaya2 kwn2 seperjuangan. walopon dulu result mereka biasa2 aje dulu, tp perghhh keje mantap tu!! engineer mmg belambak lah. perghh aku ni nama je dpt top 10 masa SPM dulu. tp keje ape? software engineer je. ape barang SOFTWARE engineer?? kwn2 aku engineer PURE okay. lukis pelan, lukis bangunan dan mcm2 lg. wuahh rindunyaa nak buat lukisan kejuruteraan :) tp aku tak minat kejuruteraan awam, aku suke lg add math, fizik, kimia. heh ;p

so, kalo ada student kat sini, manfaatkan masa muda kamu. walopon kamu tak berapa cemerlang sekarang tak semestinya kamu loser. result SPM tak ada A pon tak apa. bleh masuk politeknik ke apa. amek course yang you really like and enjoy belajar dia. bila dah suka dan enjoy dan minat mesti dapat cemerlang punya. then u have option la nak smbg U ke oversea ke anything u like. yg penting MINAT. dan insyaAllah kerjaya impian kamu tu akan menjelma lepas kamu tamat belajar :) dan jika result kamu cemerlang skrg, jgn lah takbur jgn la sombong sampai lupa diri. lepas tu masuk U culture shock pulak. balek kmpg, rambut dah warna oren. ape kes?? nauzubillah.

k lah nti ada masa aku smbg cite lg. rasanya ada mcm2 aku nak cerita pasal zaman manis dulu. eh zaman sekarang lg manis2 tau :)

SEMETRIK, I LOVE YOU :)

p/s: korg, cerita la pengalaman manis
korg masa kat sekolah dulu. mesti
best dpt imbas semula cita zmn sekolah :)

Xoxo;
Ciare =)

Monday, February 22, 2010

Mood berblog jatuh merudum

ntah kenapa mood berblog hilang dan aku adalah tak heran langsung. huhu. pelik tapi benar nyah ;p adoii tak bleh jadi ni. abes la pendapatan nuffnang jatuh merudum kang. oh no! (wat gaya gediks. hehe)

hmm. ntah apa aku nak cerita. skrg ni aku memilih utk menulis benda2 general je kot. sbb tu entry kurang. bahan2 peribadi adalah sgt2 peribadi dan tak mahu dikongsi di blog buat masa ini dan jugak akan berpanjangan sampai bila aku nak. itu hak saya bukan? saya bukan artis nak kongsi cerita di khalayak ramai. ceh, mcm la ramai yg nak tahu personal life ko. sila tutup muka skrg! wat malu jek ;p

jadi bila aku memilih utk bercerita pasal general, err mcm susah pulak. so diam2 sudaah ;p teehee. nak bergosip psl artis aku bukan le pulak mama-razi. err pasal politik? grrr forget about it lah. kahkahkah. pasal makeup a.k.a my future business? coming soon. tunggu ya :) insyaAllah.

pasal kerja? alhamdulillah my working life seem getting better. i like this job (buat masa ini lah.aku kan cepat tuka pikiran.heh) and enjoying it right now.

general view about wifey~life?? SANGAT2 seronok. alhamdulillah kami bahagia di awan biru. kdg2 aku pikir mcm, haaaa da dekat 9 bulan aku kawen. kalo bunting pelamin nak dekat due date bersalen dah ni. wakakaka. tapi rasa mcm baruuu je lg kawen. rasa tak percaya dah kawen dgn MK pon ada ;p gedik kan. heh. well, i am gedik. so? ;)

err itu saje general view yg terlintas dalam kepala hotak buat masa ini. i'm totally happy right now. dont know why ^__^

p/s: MK, i love you in my every heartbeats :)

Xoxo;
Ciare =)

Drag Battle in F1 Sepang Circuit :)

Okay yang ni wajib mak nak cerita secara poyo dlm belog. heh. sebab it's a new experience :) dari dulu MK da janji nak heret bini dia pegi litar F1 tapi asik tak menjadi kenyataan. tapi akhirnya weekend ni jadi. yeayyy :D eventho it was just a drag battle between malaysian racer, ia tetap pengalaman baru yang seronok. hmm, nanti kalo ada rezeki kompeni jepung nak bg tiket half price utk F1 yg sebenar harus nak pegi nyah :D

tiket masuk rm10 sajooo. kalo ko saje2 nak pegi tgk pon, pegi jee. aku ni pegi sbb nak menyokong bestfriend MK ber~racing :) bg smgt!! malangnya kereta dia buat hal. tetap main tp harus la kalah ;p tak apa nanti race lg. we all akan sokong no matter what happen!

khusyuknya diaaaaa ;)

tempat ber~racing

haaa banyak keta tgh berbaris nak masuk queue tu. hmmm best laaa. lenkali nak g tgk lagi. tapi, agak pekak2 jugak telinga lepas balek tu. mana taknya, bunyi keta mengaum2. ko nak tgk camne? meh aku bg video sket ;p


Xoxo;
Ciare =)

Friday, February 19, 2010

wanita yang suka pakai kemeja, awas! (luahan hati dari wanita untuk wanita)

Harini aku nak berceloteh pasal wanita (mostly yg ke pejabat) yg gemar memakai kemeja. aku slalu perasan sesuatu. perasan ni maksudnye BUKAN SENGAJA okay. tak kuasa mak nak tgk pempuan ni. i'm not les**an nyah ;p so mmg naseb aku malang kot sbb bila aku TERpandang aku mesti nampak menda2 tak patot tu. apa dia?? sila baca sampai abes.

gambar hiasan ihsan google

bagi korg baju kemeja ni mcm mana? okay kan? kdg2 mmg nampak comel sgt :) aku pon ada few kemeja lah. tp tu kemeja yg lebih ke arah funky utk jalan2. never ever nyah i pakai kemeja to work. no no for me.

maka, bila uols pakai kemeja tu. pakai lah elok2. errr adakah berhak aku menegur wanita2 di sini?? okay anggap je nasehat k. nak ikot nasehat ikot lah, tak mau sudah. my part is done. you do yours.

aku ckp pakai kemeja kena elok2 tu kenapa?? haaa. ni applied to yg bertudung dan jugak free hair k. aku tak pilih kasih (sbb pg td aku jumpe kes yg btudung. so sama je). sape lah aku kan? only puan ciare :) okay korg tau kan kat badan korg tu ada ASET menarik tertarik kau mmg da boo0om kebab0m kan?? sooooo bile korg pakai kemeja, korg tak perasan ke baju kemeja korg yang berbutang2 kat depan tu tidak rapat?? u know what i mean?? di antara satu butang dgn satu butang yg lain akan ada ruang tau. dan ruang itu boleh menampakkan ASET NEGARA korg tuuuu. paham taaakkkk???

kalo aku yg tgk ni, of kos lah tersentap waleeehuuuu. mana tak sentap kalo aku nampak ada le_la_ki (tak semua lelaki camni) lain dok usha TANG CELAH BUTANG korg tu!!! aiseh! so takkan aku nak rapat2 ke that woman dan mengucapkan 'you, nampak you punya brea&& lah'. harus lah tak kan. kalo aku kenal dia bleh jugak. ni dah la tak kenal, tetiba nak ckp aku nampak brea^^ dia plak. huihh idak le temaaaan T__T

SOLUTION. bukan tiada penyelesaian. uouls bleh terus pakai kemeja uols tu. tapi SILA PAKAI BAJU KECIK DI DALAM. baju kecik tu tak kesah la cemana rupanya as long as dapat menutup lurah dendam korg. dan dapat menyelamatkan ASET korg jadi santapan mata kaum berlainan jantina dan bukan suami anda di luar sana. huuu.

kaum wanita, renung renung kan. selamat beramal ^___^

p/s: aku tak le baik mana pon.
cuma nak tlg sesama kaum menjaga diri.
jgn ada yg kecik2 ati k :)

Xoxo;
Ciare =)

I loveeeee chinese new year holidays :D

WHY???

kerana minggu ni sgt tenang dan gembira ~lalalalaaa~ dapat pegi balek keje senang lenang. punye lah lengang waleeehuuu jalan raya skg ni. especially pagi2 laaa. dgn tak sengaja pencapaian sampai opis sgt gemilang minggu ni :) sampai b4 8.30 tu. arini sampai 8.10 am. perghh tak ada dlm rekod okay. dlm 20 menet aje udah sampai.

haih nampak sgt KL ni penuh cha-ya-nun-alif kan? ateee nak wat camana. isenin depang bermula lah peradaban fasa JEM semula. dgn itu, jgn lupa bawak roti. nanti kita sapu jem sama2. heeee ;n

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, February 18, 2010

Blueberry Cheesecake :)

Alhamdulillah percubaan pertama buat bluberry ciskek berjaya :D sgt memuaskan hati i nyah. hehe. anyway ade satu kecacatan la iaitu base cake yakni biskut oreo aku terover keras. hehe.


gamba ini ihsan google. kenapa? sbb ciskek aku lepas je siap dlm 3 jam terus angkot kuar dari peti ais masuk kereta then bro0o00m ke ganu. hehe. jauh perjalanan ciskek aku tu. so sampai kampung plak trus masuk peti ais sbb takot cair. long journey tu. besok nye terus potong potong dan makan. hehe. abes dlm ms sehari je kek tu. jadi santapan sedara mara :)

dan paling penting mak mertua gembira. 'pandai ciare masak kek' hehe kembang semangkuk la menantunye ni. wakakakaka. anyway, next time nak buat lagi dan akan ku tepekkan resepi beserta gamba yg menggiurkan okek :D

Xoxo;
Ciare =)

Berwebcam dalam kete ;p

Adoiyaiiii sumpah letih nak balek kmpg. gerak jam 3 dr umah, kul 10 mlm br sampai. kat hiway karak aje dah 2 jam. adeh T__T mujurlaa kete auto wehh. kalo tak mau parkinson nyah nak sampai tganu T__T


;p

perhatikan dalam dua2 gamba di atas dan di bawah dagu aku kelihatan sgt tajaaaaaaam bukan?? heh. itu semua berkat jerawat batu di dagu ku. maka nampak tersorok sket my triple chin. weeehuuuu ;p

kesimpulannya muke MK dlm dua2 gamba adalah funny...tp comel laa darling :D

well, ini lah kerja ku. webcaming. hok hok. kat karak tu sempat ler berFB sambil kelajuan 10km/j T___T. driver pon posing sekali &%^&*$$$% heheh ;p

err anyway xde ape nak cite. cuma rasa membuak2 nak post entry sbb ramai je masuk sini walopon xde entri baru. nah, khas buat kamu :)

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, February 17, 2010

Na na na na na...ganu kiteee :)

ini adalah entri marathon di trganu :)

well, tak ada apa yang nak dimarathonkan sgt. sebab apa?? sebab aku tak camwhoring kat kmpg. ateee, i kena la jaga status 'mak long' i kat umah mertua. heh. konon diva la gaya2 matured seorg maklong. tak bleh wat sembarangan nanti i kena buli dgn anak buah T___T uuuu anak buah belah trganu ni bleh tahan lasak diaa. tapi nak wat camne, i redha je. tak bleh ckp bukan2, nanti kang anak sendiri lebih nakal 10x ganda sapa nak jawab??? haaa jawab la kooo sendiri ;p

memperkenalkan 2 dari 3 anak buah di trganu :) cucu pertama adalah afifah (darjah 3; tiada dalam gamba ;p), cucu kedua adalah satu2nya cucu lelaki. afiq nama diberi. baru 4 tahun, adik kpd afifah. lasaknye lebih dasyat dr sinchan T___T

dan cucu baru muncul tahun lepas namanya alia :) baru 9 bulan umurnya. montel bangattttt. haaa baju dia kena pakai size budak 3 tahun tau. sgt2 gebu mcm maklong dia. heh. malangnya alia tak mudah mesra dgn kaum wanita. dia mau berkepit2 dgn lelaki sahaja mcm ayah long (suami i), ayah su, dan lelaki2 lain. hoho. kecik2 doh galok mung ni gaaakkkk. wakakaka ;p

tapi tak apa, taknak kat maklong pon tak apa. hehe. maklong tak kesah. bese la ai tak ramah mesra sgt dgn baby2 ni haa. adoiii ada anak sendiri nanti nok wak gane. mmg kena jaga la jugak kan. rezeki Allah :) tapi kalo budak2 mcm kyra tu dah beso sket senang sket nak jaga. kalo pempuan lg sonang, aku mekapkan aje dia. ngeh3 ;p

suke sgt tnjuk gambo lubang idong. sabar je i nyah ;p

lelaki2 di luar sana! pleaseeeeeeeeeeeeeee jgn pakai sunglasses isteri anda mcm lelaki di atas. hoho. mcm jambu batu air pulak dia pakai spek mata itam ku. sabor je aku yangggg. udah udah tu, tanggalkan cepat. wak malu jeee ;p

hah borang ape ni?? nok nikoh skali lagi ke?? (ehh dah lekat loghat ganu lak lidah aku ni. padahal baru balek 3 ari. kalo balek 3 minggu ke 3 bulan ke, hilang terus loghat perak aku kot. ateeee nak wat cemana ;p)

ni borang nak ehem2 ;)

perrghhh kalo ku tahu begitu ramai manusia nak wat passport kat ganu, baik aku wat kat kl aje. senang cite :)

tulisan ditepekkan di atas jerawat. hehe ;p taktik tuuuu

adios beramboss ^_^

Xoxo;
Ciare =)

artis pon makan kat sini tau ^__^

Yeah yeah. hehe. hye alls. kebetulan aku mmg nak post entri ni, tapi tetiba aku nampak entri dekat beautifulnara ni. haih mcm kenalll je nora danish tgh dine-in kat mana :) sila klik LINK INI dan tgk gamba terAKHIR (takot nak copy gamba kang encik nara marah ;p). haaa situ laa kedai yg kami selalu makan dan melepak :) makanan yg sihat. rebus2 aje. sbb tu ai suka ^__^

nama kedai ni yong tau foo something lar. tak kose aku nak telek signbod kedai dia. yg aku tahu sampai aje situ parking then terus mengorder dan melantak :D

antara menu yg selalu kami makan adalah fishball soup, sawi msk tiram, ikan kembung asam pedas somethg like that la dan beberapa bijik yong tau foo lah. dia ada mcm2 jenis la korg pilih sendiri. susah nak cerita. heh ;p

dan paling best dia punya sos tu mix dgn kicap dia...perghhh sedap i tell you :)

hye cik abg, bleh ngorat x? ;p heheee time ni kalo masam mencuka maksudnya dia tgh kelaparan la tu. muke kelat dan ketat semacam aku tgk. haha. pas kenyang kang terus kenyanggg aje :)

owh, yang bestnya, ada remaja yg rajen nyanyi2 kat depan kedai ni. mmg best la dia perform.

okay itu saje.

p/s: lokasi kedai terletak di ampang.
dekat dengan ampang point tu.
alaa area shoplots yg mghadap
ampang puteri hops tak silap i.
sila la cuba :)

Xoxo;
Ciare =)

Friday, February 12, 2010

Harijadi Mak dan Pemergian Bapa

owh, nak gunapakai entry tahun lepas bleh?? hehe. eh eh takkk. ini entry special utk mama (err tetiba meroyan pggil mak 'mama' ;p)

Mak, setahun lagi sudah berlalu. dan adik sentiasa berdoa agar banyaaaaaaak lagi tahun tahun tahun tahun tahun mak akan bersama adik dan kami semua. mak kena panjang umur dan sihat tauu. tapi adik tahu mak sakit..tak apalah, kami adik beradik akan sentiasa bantu mak dari segi medical dan moral support. yang penting mak jangan mengalah tau :)

Adik perasan, mak kadang2 mengeluh sbb mak tak sihat. kadang mak rasa malu kalo kena pakai tongkat atau kerusi roda tu time kita jalan2. (ah! what the hell org nak pandang serong. aku rasa nak terajang je kalo ade org pandang sinis kalo tgk mak aku berkerusi roda/bertongkat). tp adik rasa okay je. mak ttp nampak muda dan cun :) cuma mak tak larat jalan je. alaaa mak jgn la rasa mcm tu tau. adik,kakak2 dan menantu2 mak tetap sayang mak walo ape pon.

Mak mai la tinggal kat umah adik. asik dok ipoh je. mai lar rambu ramba ke KL. hihi ;p alaaa adik tau la kat ipoh mak seronok sbb ada cucu2..kat sini tak ada (majuk japs ;p). mak, doa2 la moga adik cepat2 dikurniakan baby2 yang sihat dan comel. nanti kalo mak dtg umah adik bleh la mak main dgn cucu. tapi kalo cucu2 mak buli mak nanti tak tahu. ayoookkk ;p

Mak, sori sebab tak dpt pulang raya cina ni. tak apa, kita baru jumpa aritu kan. kalo jumpe selalu pon nti mak boring dgn anak bongsu mak yang ngengada ni. heh. nanti kita jumpa bulan depan k. adik balek bulan depan.

Oh ya! terlupa. adik ada pos adiah harijadi utk mak. minggu depan sampai la kot. harap mak suka. hadiah tu warna purple. mak kena suka jugak kalo tak adik sentap tak nak balek ipoh kang. hahaha ^__^

Akhir kata, selamat hari lahir MAK. adik sayang bangat sama mak tau. u're my sunshine. i love you forever and ever. muaahhh :) mak tetap muda di mata adik walopon mak dah 66 tahun. ramai kawan2 adik ckp mak mcm masih 50 tahun tau. sebab tu dorg tak percaya mak dah sakit2 lutut. sian mak :) tak apa, adik kan ada. adik kan hero mak walopon adik heroin sebenarnya. eceh ;p

p/s: kwn2, mari kita sedekahkan Alfatihah utk
arwah bapa saya ye. kerana harini juga
merupakan genap 21thn pemergian Arwah.
Alfatihah ~~~

Xoxo;
Ciare =)

Tanda2 Kehamilan Puan Ciare

Bila difikir semula baru ku perasan aku mengalami simptom2 kehamilan yang berikut. eh eh, ini sekadar utk mengkongsi info. utk panduan diri sendiri dan jugak bakal2 ibu semua ye. mana tau korg pon hadapi simptom2 ni. maka, mungkin ada berita baik :D

1) sakit belakang 2 minggu sebelum tarikh jangkaan period.
2) breast saket luar biasa 2 minggu sebelum tarikh jangkaan period. sensitif yg amat. aku rasa nak pakai coli cup D. huhu.
3) aku ada mengidam nak telur penyu. tapi tak kesampaian T__T
4) selera makan bertambah. tiba2 dah tak reti nak diet. asek melantaaakk aje
5) sukar tidur malam (ini mungkin jgk pengaruh tgk cite antu T__T)
6) dan paling obvious, aku tak mau masak hampir 2 weeks!! which is impossible la sbb aku ni walopon tak teror masak, tetap bertenggek kat dapor bersilat bagai masak utk suami terchenta :)
7) demam sesema batok

so next time, aku akan lebih berhati2 la bila ada simptom2 di atas. go go chayok!! :)

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, February 11, 2010

melapangkan fikiran dgn bershopping ^__^

boring eh asek cite sedih aje. cukup le aku sorg suram, aku xmau le readers kat sini turut suram. hehe. prihatin i ni kan nyah?? ;p

ehh tajuk di atas saje je tuuu. sebenarnya kejadian shopping ni adalah pada hari ahad tengahari. iaitu bbrp jam sebelum aku mengalami kesakitan terlampau. okay lupakan pasal kisah2 tu. mari focus pada shopping. focus plis!!! ;p

baju ala2 dolly. tetapi bukan jenama dolly. ini adalah jenama scarlet. kalo dlm JJ aku mmg suke melepak kat jenama scarlet ni lah. sbb ni jer yg cantek dan berkemampuan utk membelinya ;p harga baju di atas adalah RM45. aku mcm suke plak ropol2 ni ;p

kainnya adalah jenis tshirt. sejuuuuuk aje. i likeeee :) lengannya panjang. baju pon panjang. sesuai dgn legging bukan?? :) harganya RM29. warna ni je yg menarik. warna pink nan ado.

okay baju ni aku paling tertarek menarek dgn reben itu. canteeekkk :D jenis kain adalah tshirt tp tebal sket dari baju di atas. harga RM 29 jua.

dalam byk2 baju di atas aku suke baju ni. harga RM35. panjang dan sesuai dgn legging. aku sbnrnya tgh kumpul baju yg panjang sket sbb nak pakai dgn legging aku ni haa.

haaa murah2 je kan baju2 ni. cantek pulak tu. so agak2 korg aku beli baju mana 1? aku tak beli semua baju tp aku beli lebih dari 1 baju. ini BUKAN contest. teka jika mahu ;p

actually aku bwk 7 baju ke dlm fitting room. siap posing2 pulak tu. mula2 xde org pon sbb tu aku siap posing2. sekali bukak pintu, gile ramai daaaaa beratur kat luar pintu. naseb aku bwk byk baju so tak bersalah sgt. hee hee ^___^

p/s: semua baju di atas adalah bersaiz XL.
kalo pakai size M konfem nampak mcm
belon nak meletop. kahkah ;p

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, February 10, 2010

punca2 yg menjadi kebarangkalian 'ia'nya tidak menjadi...calon2nya adalah

1. mengangkat objek berat ~ isnin lepas KL cuti kan? tapi aku pegi opis kejap. tujuannya adalah utk menghantar 3 bijik laptop yang perlu dipulangkan kpd opis. 2 bijik laptop milik my ex-opismate. dia benti keje. dan sebijik lagi adalah my previous laptop company lah. jenama dell yg tebal nok mapuh tu. hok hok. total ada dlm 10 kg aku rasa. dgn beg2 yg beso gedabak lagi!

2. melakukan aktiviti lasak ~ aku pergi ke gym pd hari selasa dan rabu time lunch hour. erm bg aku tak berat pon aktiviti tu. tp biasalah, peringkat awal kehamilan ni mcm2 benda tak bleh buat sebenarnya. baru ku tahu. haihh walopon aku ni bukan ahli sukan yg suka bersukan dan melakukan aktiviti lasak, tapi aku lasak dari segi lain la. aku ni kekadang jalan laju gile. jgn harap lah aku ni nak buat catwalk atau jalan penggoda ke hapa. robotic walk adelah. keje2 berat tu mmg dah sebati dgn aku. angkat baldi yg penuh air, kekadang aku angkat sofa ni sorg sbb nak ubah kedudukan dia. bukan MK xnak tolong. kadang2 aku mmg sengaja nak buat sendiri. selagi terdaya aku angkat. bila dah berat sgt baru mtk tlg MK :) err dan salah 1 sebabnye, aku suke ubah kedudukan furniture hari sabtu time MK keje. bila dia balek keje je.....tada!! hehe umah da laen ;p

3. berdiet berlebihan ~ errr ni lebih krg 2 mggu lepas. kan aku diet giler tak giler jgk lah (tp tak kurus jugak. puiiiii ;p). aku tak makan nasik 12 hari. hanya makan sayur dan ikan bakar sajoo. hmm. tak pasti ada kena mengena atau tidak. saje je nak letak kat sini.

Dan sebab utama yg paling penting tentulah KETENTUAN OLEHNYA :) saya redha. kami redha :)

oleh kerana sbb2 yg dinyatakan di atas ; saya TIDAK AKAN

~ mengangkat objek berat
~ melakukan aktiviti lasak
~ berdiet

Hehe :)

p/s: ini adalah scheduled ini.
aku pasti sdg tidur lg skrg ;p

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, February 9, 2010

mana ada kemurungan. i biasa2 je. huhu ;p

Assalamualaikum semua :) hye hye. ape kabo? sehat ke? i menten sihat. erm tapi kena buat2 saket la nampaknya. semua benda tak bleh buat. asik baring je. boring la nyah.

ye ye aku maseh bercuti. tapi cuti sampai besok je. insyaAllah by Thursday dah masuk keje dah. yippieee nak keje. i need to see the world. eceh ;p kalo cuti2 gini suami ada best la jgk. ni dok umah melopong tak payahhh (-_-")

aktiviti terbaru saya adalah makan pati ikan haruan. rasanya? sape penah makan tau la rasanya ;p mujur aku tgh sesema maka, x dpt cium bau sebenar. haih lama plak sesema aku ni. batok berkahak cendol jgn ckp ah, melambak. uweeekk ;p

oyya gamba di atas tu bercelak bagai sbb aku kuar g beli mknan. xde maknanya aku nak masak bagaii. segala periuk belangan semuanya berat. aku kan dilarang angkat beberat ni. maka, beli sajo kat kedai depan nun. maka, wajib ar bercelak. celak tu wajib tau. kahkah =D

eh eh minah ni. happy semacam jek?? tak sedih ke?? gilo ape?? ateeeee. ko nak aku meroyan dlm belog? dr meroyan baik aku ke JJ nun. sales 70% tau. kahkah. nak buat camne uols, TAK ADA REZEKI. nanti2 adalah rezekinya tu. semua ni pasti ada hikmahnya. dari bersedih baik aku bergembira dan menyihatkan badan dgn pati haruan utk pregnant dgn lebih sihat akan datang. ceaaaa ;) insyaAllah jika diizinkan Allah.

ini lah qada dan qadar namanya. tak baek sedih2 tau :) saya redha dgn ujian ini. okay lah dah lama duduk. i nak baring semula. tata!

p/s: saya kena berpantang.
tak boleh makan yg gatal2.
yang sejuk2 pon tak bleh.
chayok!! ;p

Xoxo;
Ciare =)

Monday, February 8, 2010

Miscariage atau tak jadi? err hentam je lah. tiada rezeki. sila cuba lagi :)

Bismillahirrahmanirrahim. ini adalah catatan ringkas. dah sehat nanti aku cerita sepenuhnya.

Jumaat (5 feb) ~ test UPT. result positive tapi sgt blur line yg positive tu.

Sabtu (6 Feb) ~ 3 pm bleeding. tak saket pon. dlm hati ckp maybe dah tak jadi sbb result UPT blur.

Ahad (7 feb mlm around 10pm) ~ kesakitan terlampau. pegi check kat klinik saket puan. confirm. 'ia' da jatuh sepenuhnya. patot la perot aku extra extra memulas. rasa mcm rahim kena bilas. paham x? bila scan. kosong. jadi tak perlu dnc@cuci. alhamdulillah. sbb aku dgr cite cuci itu menyaketkan.

Isnin (arini la) ~ dpt la cuti. dan konfem tak perlu cuci. maka berehat kat umah. kalo tak saket besok bleh keje. kalo masih saket bleh mtk mc lg.

Doakan saya cepat sembuh ya :)

p/s: dah janji nak rehat sepenuhnya pd suami.
jd saya nak shut down laptop skrg :p

p/s/s: oh tak perlu la nak visit pempuan ni.
pasti kamu mnyesal kerana dia mcm tak saket.
still annoying mcm biasa. haha.
but i kena buat2 saket. cannot wat keje berat.
aiseh

Xoxo;
Ciare =)

Friday, February 5, 2010

Terima Kasih

Alhamdulillah diri ini masih bernafas. walopon hanya bernapas melalui molot sebab idung ku selsema dan tersumbat. heh.

Badan ku panas. kejap panas kejap normal. main2 pulak ye ko demam? nak kena ni. heh. saket kepala menjadi2. kalo letak tapak tangan atas kepala, rasa mcm kulit kepala ni bernafas. berdenyut2. kalo botak harus nampak urat2 bersimpang siur.

Adoi badan pulak rasa sakit2. nampaknya, kesan dari pegi gym aritu baru dapat kot arini. hu hu. haih. rasa mcm malas dah nak pegi gym kalo sakit2 badan ni. tp demi kesihatan dan kalo takde aral akan ku teruskan jua misi ke gym 3x seminggu ni :)

owh ubat? jgn risau. puan ciare baru pegi klinik panel MK tadi. byk gile ubat dowh. naseb dpt mc. aku tak mintak pon. doktor yg bg :)

lepas balek kelinik, sempat serang giant sbb rasa nak telan kfc. xde shopping2. terus pulang. dan sudah melantak. sekarang puan ciare nak mkn ubat dan berehat. semoga semuanya selamat dan sihat seperti sedia kala.

adoi lemahnya badan T___T. penin2 pon sempat online. well, bese lah ;p

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, February 4, 2010

ramai yang tanya kat mana kedai ni. so ini jawapannya :)

kalo tak ingat, sila refer entry ini :)

ni bukan kedai aku, mak aku ke, laki aku ;p...tapi aku suke makan kat kedai ni. you should too okey. no regret! selamat mencuba! ^___^

Xoxo;
Ciare =)

kutip pahala selagi mampu ^__^

UTK BACAAN 18THN KE ATAS. BAWAH 18THN SILA DAPATKAN BIMBINGAN MAK PAK ANDA OKAY. SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESAN2 KPD PEMBACA LEPAS BACA ENTRI INI. SEKIAN

Dari mata jatuh ke hati. cewah ;p aku tertarek dgn entri puan dayu (jgn marah ek nak tiru entri. huhu. sbb menarek sgt topik ni) pasal salam dgn suami. so amacam? semenjak kawen ni berjaya tak misi korg mencium tangan suami anda tiap hari seperti yg diidam2kan sebelum kawen??

saat saat bermulu mata pelesu ;p

well, dari dulu lagi aku dah mengidamkan saat bersalam (kiss takyah sebut k. anggap je salam aku ni adalah pakej kiss sekali. gagaga ;p segan mak nak tulih ^__^) dgn suami tiap bangun tido, tiap kali nak kuar pegi keje, tiap kali sampai umah pas keje, tiap malam b4 tido.

Dan setakat ni tiap kali nak kuar pegi keje dan tiap kali sampai umah pas keje aku tak pernah missed lagi utk cium tgn suami peluk2 segala (walopon kdg2 tgn dia kotor. biasa la keje kat kompeni jepung tu. tp aku belasah jek....nak jugak salam n peluk2. hhe. ade aku kesah jiran aku nampak?? ini laki aku laaah). kalo ade org mengumpat ke ape, i jugakk dpt pahala :) amiinnnn.

tapi dua lagi yakni salam lepas bangun tido dan sebelum nak tido tu agak jarang la jgk. bese lah pg2 kami bdua kelam kabut bgn. sokmo bgn lewat. hoho. aku lak celik mata terus smyg n panaskan lauk utk bekal suami (berganda pahala weiii. aminnn ;p). kalo sebelum tido lak...ikot dan lah. aku ni sokmo nye tetido tebongkang depan tv..hehe. lepas kawen pon susah nak buang tabiat buruk ni ;p

so amacam korg?? benda sesenang ini pon berganda2 pahalanya :) dan paling afdal, time salam tu ucapla kata2 romantis mcm i love you. tp mcm aku, aku suke tambah i'm sorry. hehe. bukan ape, kita ni dok serumah tak semuanya manis dan happy belaka. msti ada tergigit jari punya lah (peribahasa pelik dah keluar ;p). so kena la bersedia utk memaafkan dan meminta maaf. heh. mcm baik je puan ciare ni kan?? (dlm hati korg berkata 'bole blah laa minah ni'. huhu. i redha)

kesimpulannya, jika anda suka boleh cuba. jika tak kawen lg jgn sibuk nak praktis, ingat dalam hati diam2 sudah. nti dah sah br amalkan. pada yg da lama kawen, ape salah cuba amalkan, mgkin suami anda akan terkejut awalnya, tp ia sgt manis tau :)

dan pada diri sendiri, moga amalan ni kekal ke akhir hayat, selagi nyawa dikandung badan. dan semoga cinta kami tersemai indah buat selama2nya.. lantak lah anak cucu aku nti tgk kitorg romantik2, ai tak kesah nyah!!! HAKHAK

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, February 3, 2010

Hari kedua di gym :)

Assalamualaikummmmmmmmm :) eh mcm cara budak2 bg salam pulak. huhu. kummm tu kalo buleh lg panjang lg berkat. hoho ;p

ape la pulak aku nak merepek kali ni. urm erm mm....okay fine, totally have no idea. heh. okay okay. oleh kerana berdiet dgn mkanan tak berapa nak jalan so aku decide utk BERSENAM. yeayyy. alhamdulillah, kat client site aku ni sgguh baik hati beri peluang pd kami2 yakni vendors ni mengejoin gym mereka.

haha. cam lawak hokey. 1st time mak masuk gym. i kan org kampg. mana tau bab2 gym ni. kalo kat kampung original selim sbb tiap hari mengayuh basikal ke sekolah sampai form 3. tak ada maknanya nak berambik berhantar dgn moto ke driver ke. balek sekolah pulak mengayuh ke sekolah agama. lepas sek agama pulak chayok2 main2 galah panjang ke hape. tak ke selim??? ;p

gambar selingan dgn lagu iringan siti nurhaliza; Kekasihku :)

Ada mcm2 nyah alatan bersenam dlm gym tu. antaranya basikal, tempat joging, tempat kayuh ala2 joging tapi mcm basikal (hoho), tempat sit up, angkat berat, angkat berat sambil duduk, beban kat kaki, bola2 senaman etc. sori sbb nama alat senaman ni agak pelik sbb aku tak tahu nama sebenar alat2 ini. we all pon main belasah sajoooo. trainer? tiada. hehe

gambar selingan bersama lagu iringan oleh Christina Alguilera, Hurt. eh nape lagu sedih ni? nak tukar lagu lah. ermm lagu iringan oleh Katy Perry I kissed a girl hehe. lesbo japs ;p

Aku sebenarnya bukan taknak bersenam sebelum ni nyah. aku takot. takot apa?? takot risiko2 utk mengandung tu berkurangan. hmmm, org kata kalo kita nak anak, jgn la lasak2 lagi tambah2 waktu2 subur dan ke atas tu. haih. aku tak period lagi. adakah sesuatu? tapi mcm tak ada tanda2 pon. tak apalah, aku tak nak pikir sgt kesan dia. bagi aku skrg ni, aku nak bersenam demi kesihatan diri sendiri. kalo ada rezeki adalah, kalo tak ada cuba lagi. hihi.

eh eh jgn salah paham. entri ni bkn mengomel psl rezeki anak okay. entry ni nak membebel pasal senaman. aku buat ajelah senaman yg aku rasa aku boleh buat. nanti mana tau kot kot betol pregnant ke hape, aku stop lah senaman dah. tapi selagi masih belom (aku rasa lah) aku akan senam sampai pengsan. hihi. senam dgn niat utk kesihatan dan utk suami (eceh padahal suami tak bising pon, i sendiri tak puas hati) at least dapat pahala. insyaAllah :)

takat ni aku dan project~mates bercadang utk senam hari isnin, selasa dan rabu saja. dan tiap hari hanya sejam jek. bukan lama pon. so total senaman 3 jam seminggu. okay kot :) actually baru semalam start. hehe.

ok next week aku tingin lah nk posing2 dlm gym tu. kena bawak camera la nampaknya ;p

Xoxo;
Ciare =)

Colmar Town

Secara jujurnya aku lupa nama sebenar tempat ni. i just remember it's colmar something whatever. hoho. doesnt matter lah.

on the way pegi terserempak dgn kuda. horse trails ada dekat2 situ. tapi tak kuasa mak nak tunggang kuda. tak pernah cuba dan tak akan cuba permainan yang membunuh. hehe ;p i'm not good with animals. fishes, cats aku bela semua mati. hoho. kang aku tengah tunggang kuda ni tetiba dia kena heart attact lepas tu mampus tak pasal2 aku kena byr ganti rugi lak kang

ini hotel kah? maybe lah. kami memparkir kereta di atas menara itu. heh ;p nampak mcm cool bukan.

angsa. ke itik? ugh! and again, i'm not good with animals. kenal jenis haiwan pon susah nak melekat dalam otak. time aku kat depan dia ni, dia siap nak patuk2 aku lg. rupanya kena bg dia makan, tp aku xde makanan utk dia. hehe. patot ah dia marah aku capture gamba dia. jeling baik punya. haha






cantek bukan? but trust me, the place is so small. haih. aku jalan jalan dan terus jalan, skali dan sampai at the end of the block. errr, da abes dah?? lepas tu pusing semula dan terus pulang. hmm, ada hotel kat sini. the rate adalah tidak ketahuan. mahal of kos. air mineral RM4. hotel RM400 kot semalam. hoho. dan aku dpt bygkan betapa boringnya waktu malam kat sini. dan paling penting IT'S CREEPY nyah. jgn harap aku nak tido kat hotel yg sunyi sepi dan menyeramkan mcm ni. biasalah, org penakot mcm aku sgt tak seswai ke sini.

but overall, the place is so green and beautiful. kalo nak lari dari kesibukan kota mmg molek sgt dah tu :) slamat bercuti ^___^

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, February 2, 2010

Dah lama dapur tak berasap T___T

Sila jgn contohi puan ciare yang dah lama tak memasak ni. dapur dah tak berasap. dah berhabuk. lantai dapur licin aja tak payah mop. pinggan mangkuk tersusun elokkkk jek. huuu.

biasalah, tiap org lain cara hidupnya. kang you all jgn lak bagi alasan kat suami masing2 kalo malas masak.

"alaah darling, si blogger ciare tu dia tak masak pon kat umah. relaxxx jek makan kat luar. husband dia tak kesah pon"

oh ini tak baik. sungguh tak baik. sungguh ni aku cakap. sungguh sesungguhnya. bab2 ni jangan nak ikot org lain. ukurlah baju di badan sendiri (mcm tak berapa nak kena peribahasa ni). taste setiap ketul manusia pon lain2 kan. kalo taste setiap orang kat dunia ni maka huru haralah dunia ni.

hari ini, genap hari ke-10 makan di luar. yahoooo. err tapi malam ni mungkin akan masak saje. sebab masak di rumah ternyata lebih jimat. tak apalah, demi percutian yg manis itu nanti, kita jimat jimat saje lah ye sayang. apa kata maggi malam ni? you masak k. KAHKAHKAH. tak baek tak baek. okay arini biar bini masak. rasa nak buat ayam masak black pepper resepi puan chika :) yummyyy. kalo aku tepek kat sini maka JADI la maksudnye. kalo tak tepek maksudnye menu tak menjadi. kena tuntut lebih lagi dari puan chika :)

okay semua bini2 di luar sana, mari main masak2. yg agak2 bujang tu, sila tambah resepi anda agar lepas kawen nti tak melopong asik ulang2 menu yg sama. kalo husband you all mcm MK ni tak kesah tiap hari masak kicap tak apa, jika tidak...bahaya bakal mengundang. heh ;p

apepon, saya sgt rajen harini. jom ke dapur. err tp kena smyg dulu :)

Xoxo;
Ciare =)

Konnichiwaaaa. Arigato gozaimassss ^___^ Welcome tu Japanese Village

Erm i'm not sure betol ke tak Japanese Village namanya. atau pon Japanase Tea House? err whatever! erm komen aku tntang tmpat ni, OK lah kot. tempatnya penuh dgn alam semula jadi yg sejuuukkkk aje. bukan sejuk cuaca tau, tp sejuk sbb oksigen :) mmg mabeles. teringat kmpg halaman ;p erm tp japanese house tu agak mengecewakan sbb kecik sgt. hoho. but not bad lah.

hey, you nak pegi spa tak ajak i ke?? T__T

;p

si gedik. well, tau xpe.

terpenjara di dalam kasihku. ceeeewah ;p
dlm erti kata lain, kau milikku sorg tau ^___-

grrrr. jiwang lak ;p

di hadapan umah jepung. kat sini yg bestnya you bleh sewa kimono jepung tu pastu posing ar sampai pengsan. tapi tak tahu berapa kos nak sewa sbb aku tak berminat utk sewa. hokhok. aku risau le kot2 org yg penah pakai tu ada H1N1 ke ape. kahkahkah. eh btol ape? kita patot risau dgn gelombang ke dua h1n1. yg kelakarnya ada org lain pulak yg minat "syg, baju kimono lelaki ada tak??"

err??? sabo je laki aku ni. wakakaka ;p

owh, benda di sini sgt mahal. ice cream harga RM 2. ala yg kecik tu. air mineral pulak RM4. ..air 100 plus plak RM4.50. wathehekkkkkk T___T

tp sebab kedahagaan mendaki bukit, beli jgk ice cream dan air mineral.

oyya! tiket masuk ke japanese house dgn colmar town adalah RM10 sekepala. kalo ko nak murah, sila tanggalkan kepala masing2. KAHKAHKAH

Xoxo;
Ciare =)

Jom menunggang donkey and play with rabbit =D

Erm aritu pegi jalan2 makan angin dan jugak terbuang duit. ahh pembaziran! cececeee ;p jalan2 ke mana? alaa 1 malaysia dah tau kot. kami jek terhegeh2 baru nak pegi. haih. at least bila org tanya dah pegi ke belom harus aku bleh vangga dan gebang2 ckp dah pegi bukan? tehee ;p padahal tak sampai 3 jam kami berada kat sana. dan hampir RM120 melayang! choiiii. ehh itu termasuk minyak RM50 ;)

memula pegi taman arnab. tak sangka terjumpa donkey kacukan kuda. comel i tell you. tapi bau najis dia buat aku rasa nak pitam. terus tak selera nyah nak posing dgn donkey. RM3 per entry per person. kalo nak menunggang RM6 per tunggang. heh

arnab comei yeayyy ;D erm aku suka satay arnab. slurrrppp!! hahaha. sedikit terliur tgk arnab ni. well selera aku mmg lain sket. i like daging arnab dan kambing :)

ini donkey yaaa. bukan kuda ku lari gagah verraniiii. kehkeh ;p ia sgt jinak. dan sangat besar. maybe sbb kacukan kuda. sbb bukankah keldai itu kecil??

pemangsa bersama mangsanya ; cik arnab sebelum menjadik satay. agagagagaga ;p

well, aku agak seriau la dia gigit aku sbb aku nak makan dia. heh. sayang malam ni pegi satay sahmuri yer i nak satay arnab. always kecewa sbb satay arnab sokmo sold out T__T

owh arnab, u ngorat husband i?? nak kena bakar jadik satay kah??

bangau ke ni? well, i failed sbb tak rajen tgk buku2 binatang. pergi zoo pon baru sekali seumur hidup. kambing aku kenal benar ;p

Xoxo;
Ciare =)

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha