Friday, April 30, 2010

Hargailah Hari Pekerja

Perhatian: ini adalah entry luahan rasa. jgn baca jika anda boring dgr wanita tak stabil membebel ;p

Okay, Hari Pekerja jatuh pada 1 Mei. Dan tahun ini, secara malangnya ia jatuh pada hari sabtu iaitu besok. Dan jika ia jatuh pd hari Sabtu, ia tidak akan diforward pada hari isenin. sedih bukan?

Tapi, ada sesetengah company yg baik hati, isytiharkan hari ini (Jumaat) cuti. sbg menghargai Hari Pekerja besok. sweet bukan? sapa yg company dia sweet sgt ni? ada keje kosong x? hahahaha ;)

p/s: itu saja. baibai :)

Xoxo;
Ciare =)

Mari mandulkan org2 tak bertanggungjawab!

OK sebelum tu nak mintak maap. tajuk di atas bukan aku yg cakap tapi seorg senator yg telah bercakap. aku just ulang tayang je. hokhok. haaa, kecoh2 psl nak mandulkan sape ni?? sabo sabo, takkan senang2 nak mandulkan org. tetapi, ini adalah hukuman kpd lelaki2 yg tak bertanggungjawab membuntingkan anak2 gadis sehingga terjadinya kes2 buang @ bunuh bayi.

Erm tp aku rasa ini baru saja dicadangkan. belum lagi kata muktamad. kalo dah muktamad, mau menggulupur mereka2 yg jahat diluar sana. hukhuk. jgn kata mandulkan, potong je terus anu dia aci x? hahaha. kejam nyah ;)

Tapi bila dipikir2 balek, ini adalah semacam kejam. kenapa? sbb aku rasa jika lelaki2 tak bertanggungjawab ni INSAF di kemudian hari lalu mendirikan rumahtangga, camne dorg nak dapatkan zuriat sendiri jika hukuman pemandulan telah dijalankan. hmmmm, ni pendapat aku je. Yelah, org jahat tak selamanya jahat. mereka bleh insaf dan bertaubat pd bila2 masa.

Aku rasa, hukuman yg sesuai adalah sebat kan? sbb mmg hukumnya sebat jika berzina (kan? correct me if i'm wrong). tapi, ini pandangan aku je. jgn serang aku lak ;p

So, what say you?

p/s: aku ada memandulkan kucing jantan aku. sbb dia rajen sokmo merogol kucing2 betina kat umah aku. beranak pinak sokmo. tp ni dulu la. now da x bela kucen. hiks ;)

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, April 29, 2010

Resepi: Roti Canai

Aku tak ingat sabtu atau ahad lepas, tapi aku ada buat roti canai. hmm, legaaa tekak bila dapat yg diidam2kan. aku ni, tak berapa layan roti canai yg dibuat kat kedai mamak. aku suke roti canai buatan org melayu. sbb dia ada kelembutan yg tersendiri dan tak liat. aku rasa kalo kat kedai mamak, udah le liat, tak lembut pulak. aiseh! terbantut okey selera anak tekak aku :( hihi ;p

Jadi bila teringin, rajen2kan lah diri masuk dapur walopon dalam keadaan tak rela ;p camne nak buat roti canai?? senang ajaaaa. aku tak tau napa org kata wat roti canai itu susah. actually very the easy okay tau nyah. actually, roti canai tu tak semestinya ko kena tebar2 tinggi2 sampai langit ke tujuh. cukup lah takat ko uli2 dia dan perap dia kejap bg sebati. insyaAllah lebih sedap dr yg kat kedai tau :)

Ok ni dia bahan2nya:

- tepung gandum 4 senduk
- mentega 3 sudu
- telur dipukul sebijik
- garam
- air
- minyak utk menguli dan menggoreng

Cara2nya:
- gaulkan tepung dgn mentega sampai dia rata. mmg kering je sbb x buh air lg. kita cuma nak tepung dan mentega sebati dan tak ketul2.
- masukkan telur yg dah dipukul sampai pengsan. hehe
- bancuh garam bersama 1/3 cawan air. dan masukkan air garam dalam bancuhan
- gaul gaul uli uli sampai tangan ko tumbuh muscle ;p
- gaul lg sampai adunan tak melekat kat tangan ko. kalo melekat, tepek2 la tepung sket2.
- pecahkan adunan jadi 6 ketul (bancuhan ni utk 6 kpg roti canai) kecik2. pastu ko uli2 la dgn minyak. uli sampai dia sebati dan lembutttt aje. lepas tu simpan. jgn simpan dlm peti ais lak. actually lebih sedap uli malam2 kalo nak goreng pagi besok. tapi kalo tak sabo beno, ko goreng je terus. haha

Cara2 membentuk roti canai:
- ok. 6 ketul adunan yg kecik2 tadi ko amek 1. letak atas dulang yg agak besar atau talam yg beso tu.
- sapu myk atas dulang dan mula la menggelek2 roti canai ko. actually xyah tebar, ko just tepek2 dgn jari ko dan melebarkan kelebaran roti tu. pastu ko tarik2 tepi roti bg dia betul2 lebar. jgn koyak sudah la. make sure masa ko tepek2 tu, ko letak skali myk kat jari so nanti dia tak koyak.
- bila dah cukup nipis, ko lipat la jadi segi empat. kemudian goreng. senang bukan? :D

gambar ini ihsan google. aku adalah pemalas nak snap2 gambo skrg.

kemudian dihidang panas2 bersama pencicahnya. aku suke cicah dgn gulai kari :) slurppp ~~~

tips: roti canai yg baru diangkat dr kuali perlu diremuk2kan utk lebih lazatttttttt. wallah! sedap ;)

Xoxo;
Ciare =)

No more

sapa yg kenal aku, maka dia akan tahu tabiat di luar tabii aku yg suka gigit kuku secara ekstrem. ekstrem bagaimana? cukuplah jika dipendekkan cerita, bahawa kejadian kuku aku berdarah itu normal kok ;p

tapi skrg??? kuku jari jemari i sgt molek okayyy. yahooo :P aku dah tak koser nak gigit kuku tu. rasa mcm &%$#*@ ape ke bengongnye aku gigit kuku selama hari ini? (tau tak pa)

Aku rasa since before pegi bandung lg aku dah stop gigit kuku. sila ucap tahniah :)

Anyway, speaking about bandung, baru ku teringat aku tak buat lg entry2 psl bandung eh? well, rasa mcm dah lapuk pulak. dan secara amnya mengikut hormon terkini aku ni, aku tak suka kan bandung. kahkahkah :P dan aku tak bercita2 utk pergi ke sana. ever. aku rasa mcm taknak pegi dah indonesia. ya ampun, gila teruk la perangai aku ni. molek sket bleh dop?

Ok ok, bulan 5 ni kita cuti2 malaysia je lah ye sayang. mmmuuahhhh ;)

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, April 27, 2010

contest oh contest !!

em nak ckp ke tak nak? nak ckp ke taknak? huhu.

okaylah, nak dijadikan cerita, aku ada dpt hentaman dari bbrp pihak yg tidak diketahui dari mana asal usulnya. hmmm.....dan haruslah, hentaman itu berbentuk kutukan terhadap judgement aku memilih pemenang contest aku wat aritu. uhuk uhuk :((

actually, ada dlm 3 komen yg aku reject sbb komen dia tak berbaur mesra alam. pastu sempat tgglkan komen dekat shoutbox aku. arghh!! harus lah aku jadi diktator kan. komen ko aku reject, komen kat chatbox pon lgsg tak nampak sbb aku dah remove chatbox. yipppeee!! haha

anyway, aku tak kisah pon kalo ada yg komen dia suka A, B dan C tapi aku pilih D, E dan F. itu xpelah sbb minat manusia lain2. so apa yg aku pndg cantik tak semestinya org lain akan pndg cantik jgk. komen2 camtu xpe, aku approve je :)

Errr, tapi kalo ckp mcm

"X tu tak patot menang lah. ada byk lg yg cantik" ~~ erm yg ni xtau la dia pandang cantik tu tang mana. sbb aku mmg tak pndg lgsg cantik tang muka. aku menilai keseluruhan gambar dan keunikannya. dan jgk, komen dia sgt2 akan mengecikkan hati org yg aku dah pilih sbg pemenang. apedaaaaa

"ooo ni pilih kroni2 ni" ~~ okay ni aku mmg dah agak sbb aku ada mention aku kenal 2 dari pemenang itu. duhh!! sgt2 x matang okey org yg komen ni. kalo bestfriend aku skalipon join tp gamba dia tak best di mata aku, ttp tak menang hokkeyy. aku ni bkn kaki kipas kwn. haih susah betul la. pasni kalo nak buat contest, kena ckp "kawan kawan tak boleh join" kot. hahahaha

dan lg 1 komen tah hapa tah. malas nak ingat2kan. kang wat sakit ati (padahal dah sakit ati dah ;p)

okay lah, sebenarnya mcm tak nak cerita dlm belog. tp TERcerita jgk. kahkahkah. so kpd anonymous2, jika anda jujur takyah la jd anonymous. kalo ada account blogger pakai jelah. aku bg anonymous komen sbb ada few friends yg rajen komen tp dorg xdak account. bknnya utk korg membuat kritikan percuma! hukhuk

p/s: merajuk. lepas ni TAKNAK buat apa2 contest dah.

Xoxo;
Ciare =)

buah hati pengarang jantung kami


Gamba ni diambil 2 minggu lepas masa aku balek perak gara2 nak mkn ketam yg paklang tangkap. lalalalaa ~~ Actually, masa pegi bandung, aku ada beli la ole2 utk si kecik ni. utk kyra, 1 set jubah dgn tudung. dan kyrin, ala2 jubah jgk tp set dia ada baju dan seluar.

Bukan main happy (especially kyra@kakak). bila aku kuarkan aja adiah ni terus dia melalak2 nak pakai

kyra "akak nak pakai akak nak pakaiiiiii...."
mama dia "kakak tak mandi lagi, mcm mana nak pakai baju baru?"
kyra "kakak nak mandii..."

haha, sudahnye pagi buta dia mandi semata2 nak pakai baju baru ;p yg lawaknya, dia telah merampas tudung adik dia. dah terus tak matching kaler caca merba. haih. layankan ajelah. skrg ni maksu larat lg la layan korg, nanti maksu dah ada baby, lu pikir la sendiri. kahkahkah ;)

whatever it is, rindu laaa kat bdk2 ni :D

p/s: yeayy ujung bulan ni ada cuti2 malaysia dgn suami tercinta. hikhik.

p/s/s: org lain keluar. bos belanja. aku? dok je kat opis. nak tidooo :p

Xoxo;
Ciare =)

Monday, April 26, 2010

Visit Little E @ dayu's baby :)

Kawaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Comel alahaiiiiiiii bayi si dayu ni. geram tau!!! rasa nak culik bawak balek. hehe. eh eh suka suki je aku nak culik anak org ;p (FYI, dayu is a blogger tegar and also my jiran tetangga dlm 1 kejiranan ;p)

sape kutuk aku tembam siap dia! haha. well, eventho i turun 3.5kg tapi rupa mcm naik 7kg. weird no??

Err hrp semua memaafkan sbb ini saja pose yg sempat di ambil. aku sibuk menggomol eisya elyssa dan berborak2 dgn maknya, si dayu :) well, she is a mom skrg. i jeles :) tak apa, sementara tunggu anak sendiri keluar, aku nak menagih la kasih sayang little eisya ni :D hihi.

Apapon, berbaloi penantian 1o bulan eisya dalam perot mak dia. hehe. punyalah berdebar2 semua org tunggu kelahiran little eisya ni. sampai aku masuk page FB dayu dekat 10x sehari nak tunggu pengumuman baby dia udah dilahirke belum (sbb aku lost her phone num. tu la azab tuka phone baru). tp, bila aku tak masuk je page dia setengah hari, sekali aku jadi org ke100 kot yg tahu. hahaha. lawak hokey. aunty ciare lak overexcited!! LOL ;p

Seram sejuk jgk dgr pengalaman dayu melahirkan eisya (tp gaya dayu cerita relax jek ;p cool). well, beselah tiap wanita lain2 dia punya pengalaman :) apapon, dayu dan little eisya dua2 sihat walafiat. alhamdulillah.

Haa tahun ni ramai yg nak melahirkan anak sulong...antara blogger saja dah ramai. tu blom lg termasuk jiran sebelah umah aku dan 2 lagi mom to be iaitu isteri2 bestfriend MK tp skrg dah jd bestfriend aku jgk :) alhamdulillah, ramai anak2 bakal lahir 2010 ni. moga semuanya selamat dan baik2 aja. biar semuanya mengecap kebahagiaan utk pertama kali bergelar ibu dan bapa (air mata aku bergenang tiba2 ~~)

Ya Allah, terima kasih di atas rezekiMu ini. tiada lain yg ku pinta selain kebahagiaan ini. Syukur

Xoxo;
Ciare =)

I'm not a big fan of asam pedas

Assalamualaikum

eh eh mcm tak pecaya aku buat entry ari ahad. duh (-_-"). ini scheduled entry sebenarnya. okay tak tau apa motip aku bgtau korg. maybe rasa tak pecaya sbb da lama xbuat entry on weekend. erm aku rasalah, tak ingat sebenarnya. ok shut up ciare, org dah paham ko jgn buat onar bg org penin. maaf ku pinta (-_-")

By the way, saya mau bicara pasal asam pedas. ko tau apa asam pedas? hehe semua org tahu rasanya. tapi ko tau masak asam pedas? jujurnya, aku tak tahu sbb tak berminat nak tahu sbb aku tak minat jadi buat apa aku tahu??? hihi, jujur sekali :) serius, asam pedas tiada dlm list makanan favourite aku. apa barang?? ;p eksyen sekali minah ni. ko nak kena lempang ciare??

Ceritanya begini . . . . .

Pada suatu petang yg aman damai, aku telah menflashback masa silam aku dalam mimpi. erm gila tragis bukan ulang tayang masa lampau dalam mimpi. oh, nasib baik tak ulang tayang bagaimana aku jatuh basikal pada kali pertama naik basikal ok. i trauma. berdarah lutut i masa tu :((. okay da lari cerita, mari kejar trek balek.

Aku mimpi . . . . .situasinya begini kok.

tempat: rumah bujang ku
watak: aku dan kakyan
perbuatan: kakyan sdg main masak2 di dapur, aku tumpang lalu ;p

jadi, aku menonton beliau. aku rasa masa tu weekends, sbb tu kakyan rajen masak2. kalo ko tgk dia masak, aku rasa mcm "beliau ini patot jd chef". kenapa?? sbb masakan yg simple, bleh jd complicated dan meriah sekali. dan hasilnya, konfem menjilat sampai siku i tell you.

dalam mimpi tu, mmg ulangtayang habis2an tau. aku tanya kakyan "masak apa tu?". saja nak berbasa basi. ku tgk bhn2nya sgt complicated. daun kesum, bunga kantan ... err okay tu je yg cmplicated. haha. sbb kalo aku masak, xde pon bhn2 mcm ini. selalunya kalo aku masak hanya ada bwg putih, bwg merah, cili sket. hahaha. itu BASIC. tp bila ketang ketung ketang ketung kat dapo, bhn2 basic aku tu bleh buat 5 jenis lauk berbeza okay. hihi ;p

kak yan jwb "nak masak asam pedas". hmmm aku mengangguk2 jelah. aku pikir, pasti asam pedas johor sbb kakyan org johor. so kakyan pon ketungg ketanggg ketung ketanggg asam pedas dia pon siap. rupanya asam pedas ikan keli. oh, ikan keli peberet ku jika anda xtau. mula2 kakyan offer aku makan sekali. well, harus la aku jual mahal. mcm tak dapat terima kenyataan aku bakal menelan asam pedas.

bila aku tenung2, asam pedas ikan keli dia nampak menarik. kuahnya ala2 kemerahan. pekat. bau wangiiiii. eh, apasal lain beno dgn asam pedas yg aku slalu nampak kat perak?? errr, lain bebeno ke rasanya asam pedas antara 2 negeri??

pastu aku buat keputusan utk makan. sekali suap . . . . . . . . .



DANGGGGG ~~~~


apa ni?? kenapa sedap gila?? oh, lazatnyaaaaa.....serius, itu asam pedas terbaik aku penah rasa. sesungguhnya asam pedas perak bukan begitu. yahooooo, aku mkn asam pedas ;p dan harus la aku menjilat jari sampai siku. hehe. sedappppp sgt2.

tapi itulah kali pertama dan terakhir aku rasa asam pedas ikan keli kakyan. pastu, aku xde plak mintak dia masak. lagipon lepas tu kami susah betol nak jmpa kak yan. dia busy dgn kerja. jadi itu lah dia ceritanya.


ting! aku terjaga dari mimpi....uhh, air liur meleleh la! errk ;p terus sambar phone. air liur dibiarkan meleleh. cepat2 taip sms

"kak yan, nak mintak tlg. bleh tak bg resepi nak masak asam pedas ikan keli mcm yg kakyan penah masak dulu. adik tetiba teringin!" (dorg mmg pgil aku adik)

ahh sudah, biar betik aku ni! da la lama tak jumpa, tak tanya kaba, ntah kat mana kak yan tggl skrg.....tapi aku tanya resepi je?? hahahaha. sgt memalukan prestasi sendiri ;p




itu lah penangannya asam pedas johor. org2 johor, hargailah asam pedas anda :)

Xoxo;
Ciare =)

Friday, April 23, 2010

Dan pemenangnya adalahhhhh......**drum rolls**

Okay setelah sekian lama aku mempekasamkan nama2 pemenang serta menangguhkan bbrp kali utk umumkan pemenang, akhirnya aku nak memperkotakan janjiku. tak tido lena babe sbb asik lengah2kan janji. well, aku bukan sengaja nak lengah2kan. sila salahkan MK. eh napa salahkan dia? kahkahkahkahkahokaytaklawak T__T

Dan seperti yg dijanjikan. saya telah memilih 3 org pemenang. jeng jeng jeng. neves x?? ;p sila skroll ke bawah ;)

V

V

V

V

V

V

V

V

eh ini gamba aku!! hahaha

okay sudah. cukup annoying. hakhak. okay. ini serius. so aku pilih 3 pemenang. semuanya pemenang. so takdak nombor 1, 2 atau pon 3. semuanya menang sama rata :) sbb adiah pon sama. hakhak. inilah dia pemenang2nya :D

fit mama to be ;)

Sila la klik link2 yg disediakan utk pergi ke blog mereka :) Ops, secara kebetulan aku kenal 2 pemenang ni. hihi. keciknya dunia. tp itu bukan la markah tambahan utk mereka, sbb aku ni mmg tak suke nak pilih2 kasih ni. adil tu penting :)

apepon, aku suke ketiga2 gamba ni. meh nak cerita sket.

gamba Ina: aku sukeee sgt2 pose beliau yg tidak cover2 tu. dia punye happiness tu aku bleh rasa tau. sampai rasa nak turut serta beliau naik bot. hehe.

gamba Dna: gamba dina pon cantek di mata aku sbb panoramanya indah. cube korg tgk dia punye kwsn pantai tu, putih bersih air jernih. pastu pose dia pon nampak selamba :)

gamba fit: yg ni dah tentu2nya aku suke angle gamba ini ditangkap (abes la kembang si rebak aka photog ;p). mmg perfecto aku rasa. kalo buat cover majalah cuti2 malaysia pon aku setuju. hehe

oklah, apapon ni mmg dipilih atas dasar mata aku menilainya. bese la taste org lain2 kan. kalo semua suke biru, sapa nak suka PINK?? toi tak?? maka, jgnlah ada yg terasa hati, tidah puas hati dan sbgnya. maafkan patik yg hina. hukhuk.

last but not least, congrats kpd pemenang. winners, sila email (ni email i: narapidana84@yahoo.com) alamat dan phone no anda ok. adiah akan dipos sabtu depan. sbb sabtu ni aku ada training. to fit, xyah la pos2, i kirim pd suami mu sajooo. heheh ;p

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, April 22, 2010

teaser pemenang contest :)

yeayyyy. saya sudah pilih pemenang contest. tapi taknak bgtau lg. hakhak. cuma ada teaser sket. lalalala ~~

LAUT

ha? kenapa dgn laut??? tettt ;p well, ketiga2 pemenang adalah bersangkut paut dgn LAUT. hehek. erm lebih kurng separuh penyertaan adalah bertemakan LAUT. sape tu? doa2 le menang ye :)

alaaa ni yg rasa sedih ni. yg lain tu tak menang bukan sbb tak best tau. semua pon best2. tp, dalam pertandingan wajib ada yg menang ada yg kalah (melainkan ada 3 peserta jek, so semua menang ;p). jadi, jgn sedey2 ye. puanciare mintak mahap byk2. nak umumkan pemenang mmg adalah sukar bagi saya. hukhuk sedih T___T

apa pon, pemenang akan diumumkan besok. besok aku akan ada training di serdang. maka, aku buat autopublish la tghri besok dlm kul 12 pm yer. rajen2 la jenguk besok :) daaaa ~~~

Xoxo;
Ciare =)

kesah hari pertama sekolah rendah saya

lalala ~~~ tau kah anda tak semua warga malaysia pernah pergi sekolah tadika?? means, saya tidak pergi sekolah tadika. hak hak. ada 2 sbb kenapa aku tak pegi sekolah tadika. pertama, lepas bapa aku meninggal mak kena kerja so takda masa nak anta aku ke sekolah. kedua, mak ada pengalaman pahit masa menaiki moto time ambik kak rubi (my sis) dari sekolah tadika. dia nak tekan brek tp terpulas minyak. so how?? ;p maka terus lah mak aku trauma xnak naik moto dah. dia rela naik basikal. hehe. dan lepas kejadian tu jgk, kak rubi terus tak smbg tadika dia dah. hoho. so dlm adik beradik, kakak sulung aku je full pegi tadika. eh eh actually aku ada pegi tadika sehari, tapi aku menangis teresak2 sampai berguling2 atas lantai. huhu. terus mak anta aku kat umah opah aje time dia keje. yeayy (^_^) saya suka duduk umah opah sbb opah sgt manja2kan saya ;) opah selalu buat cucur udang ;p ~~~

JADI, bila dah TAK sekolah tadika, harus lah hari pertama aku di sekolah rendah mencabar bukan??? tetttt ;p

seingat aku, masa tu, aku g sekolah pakai skirt biru gelap tu. tp aku pakai dlm sebulan je kot. pastu tgedik2 nak pakai baju kurung kekeke ;p

so nak dijadikan cerita, hari pertama aku sgt menyeramkan bg aku. walopon kedua2 kakak aku belajar kat sekolah tersebut, aku tetap tak happy. sbb aku tak manja dgn mereka. aku betul2 budak hingusan yg hidupnya hanya di bawah celah ketiak mak ;p

maka, bila masuk kelas aja, aku tgk mak berlalu pergi. mula2 mak tgk dari tingkap. lepas tu mak bdiri kat pintu belakang. aku ok lagi. aku toleh skali lg mak TAKDE!! watta!!! cuak gile babeeee. ape lg? nangis la wehhhhh. huhu. teresak2 mcm hape. hingus meleleh tak hengat. besfren aku masa sekolah rendah pernah ckp, benda dia plg ingat ttg aku adalah 'hingus ko masa minggu pertama darjah 1' kata dia la...duhhhh~~~sgt memalukan okekkkk :((

ape lg, hingus meleleh2 tu harus la aku lap2 kat skirt aku kan?? kahkahkah. gile kotoqq. hehe. ateee, mak tak bg sapu tangan aku lap jela kat baju. hehe.

dan hari terus berlalu. aku nangis dan teresak2. cikgu tak tau nak pujuk dah. time rehat ada lah kakak aku jenguk n pujuk2 aku. huhu. bila time nak balek aku seronooook sgt2 :) terus gembira. hehe. dan dari darjah 1 sampai 3 aku yg tembam ni tumpang kakak aku pegi sekolah nek basikal. patot la kakak rubi kurus sbb mengayuh basikal bwk adiknya yg tembam ni sejauh 2 km. hehe. lepas kak rubi masuk asrama, aku dah ada basikal sendiri dan bleh race2 dgn kwn2. hehe.

oh ya! selain kisah aku yg teresak2 serta hingusan ni, kisah kwn sekelas aku lagi dahsyat tau. dia lelaki. nama dia emran. hari pertama tu aku tak kenal la dia lg. aku rasa mula2 dia okay je (sbb hanya aku sorg yg nangis dlm kelas ;p maluuuuu :")). tapi rupa2nya, dia ni diam2 ada plan tuuuu.

plan apa?? plan nak melarikan diri sendiri dari sekolah!!!! ayokkkkkk. hahahahhaa. masa cikgu bcakap2 kat depan, dia terus meluru keluar dari kelas, lepas tu berlari2 semahu2nya menuju pagar sekolah. masa tu harus lah pak guard tutup gate kan. dia pegi panjat gate tu!! kahkah. lawak gile okek. tp apalah daya budak kecik dajah 1 kan. so pak guard bjaya tarik dia kat pagar tu. hehe. emran emran ;p padahal kan, rumah dia adalah dlm 100m dari sekolah!! duhhhhh ~~~ manja betui la nko ni. wakakakaka.

anyway, lepas tu aku xde la malu sgt teresak2 sbb ada budak laki lagi teruk dr aku. hiks ;p

haaaa, bestnya crite psl ari pertama kat sek rendah. dd yg cipta entry ni. kononnya ala2 tag :) sbb menarik sgt terus aku nak buat. hiks. okaylah, ada sesapa nak buat?? silakannnn :)

p/s: sori dd, aku tuka tajuk. well, kalo aku tak tuka tajuk, susah kang ;p

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, April 21, 2010

Bulan kejatuhan

Eh eh nape tajuk tu? ok ok nak tuka jadik new moon lah. teehee. ish tetiba rasa tak sabar nak tgk sequal twilight bulan 7 ni. eclipse yeayyy :))

Okay. apa2pon aku nak menggelarkan bulan ini sebagai bulan kejatuhan ciare's land. napa? sbb entri paling sikit douhhh. so not me lah. kalo ikotkan sebelum ni, sibuk ke sakit ke entry jalaaan. wakakaka. tapi ini serius (jgn nyanyi nada wonderpet aku benci!), aku betul2 down akibat tak sihat.

selain kejatuhan ciare's land. ia juga merupakan bulan kejatuhan prestasi kerja aku. bulan ini adalah paling terbanyak aku MC. mintak maaf bos. walaupon bos paham, aku hrp bos betul2 redha dgn MC2 aku ni. byk helai btol aku nak submit MC jumaat ni. segan mak :((

selain kejatuhan di opis, ia jugak merupakan bulan kejatuhan prestasi bibik. eh apa tu? haha. i mean, bulan ni aku langsung tidak meneruskan kerjaya aku sbg surirumah. aku biarkan terbengkalai mcm belalai gajah yg tak dibasuh aje (??? sounds weird huh). segala2nya bersepah. dan aku benci kalo tetiba ada tetamu nak dtg umah dlm keadaan mengejut. at least give me 4 hours okay nak kemas sket umah. dan paling lawak, sape dtg aku bg air masak je. sekian terima kasih. well, gas agak jimat bulan ni. hehe

selain kejatuhan prestasi bibik, bulan ni jgk prestasi sosial ku merudum. no jalan2 (except bandung arr sbb itu paksa rela), no cinema, no uptown downtown, no shopping (hasilnya duit aku berkepuk2 lg dlm bank. jimaaattt weh kalo x shopping ;p), and NO to everything. apatah lg kenduri kawen, awal2 dah bye bye.

okay la mls nak tambah lg nanti nampak sgt bulan kejatuhan di timpa tangga (sekali lg ayat pelik). oleh itu, paipai.

p/s: chat box aku dah remove. so ada apa2 email saja ke narapidana84@yahoo.com. facebook aku jugak MAYBE akan dideactivatekan sampai mana aku nak.

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, April 20, 2010

Monday, April 19, 2010

so sorry ek

heloo everybody :)

aku skrg kembali tak sihat. i mean, sgt2 tak sihat. dapat mc few days dari doktor. maka, terbantut lah nak umumkan pemenang adiah contest. InsyaAllah dalam minggu ni jgk kot. rasa besalah pulak x dapat tunaikan janji. jumaat sabtu ahad lepas pon aku tak sihat jgk. mmg xde masa nak mengonlinekan diri. balek kmpg pon mcm haru biru idup aku. tak kesah la janji dpt mkn ketam sekor ;p

em cukup lah ye. aku penin ni. daaa ~~

Xoxo;
Ciare =)

Friday, April 16, 2010

30 peserta contest








Hye hye. ini diaa calon2nya. hehe. rasa terharu lak ramai yg join. juling2 mata aku nak pilih pemenang.

so, what say you??

p/s: gamba disusun secara random.

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, April 15, 2010

Sila jaga tepi kain orang

Haaaaa dasyat kan tajuk entri aku ni? sgt lah bukan kerja aku jaga2 tepi kain org ni. kain sendiri tak terjaga sibuk2 nak jaga tepi kain org. tapi kan kawan2, skrg ni kita semua perlu sgt2 jaga tepi kain orang tau. demi masa depan yg gemilang. aiseh ayat tak tahan ;p

jaga tepi kain 'orang'. orang di sini bermaksud cukup lah sekadar family atau teman2 rapat anda. sbb kalo semua org berjaya menjaga tepi kain org yg dia rapat, insyaAllah akan terkuranglah sikit gejala sosiol utama sekarang ini iaitu membunuh BAYI. macam tak cukup kejam tulis buang bayi. dorg bukan saja buang bayi, malah menyebabkan bayi tersebut terbunuh T__T

jadi, saya sarankan supaya anda semua jaga lah tepi kain insan2 kesayangan anda. terutamanya adik pempuan ke, sedara mara pempuan ke, sape2 je lah yg rapat dgn anda. tau mereka pegi mana. siapa kawan mereka. kenal boyfriend mereka. dan buatlah apa2 yg patot.

no heart feeling k. aku pon bukan le baik sgt zaman bujang dulu. takat sosiol2 pegi dating2 tu biasa. walopon takda 'ter'buat anak, aku tetap rasa bersalah sbb agak bersosial jgk dulu. sosial aku adalah seperti pegang2 tangan ni. huhu. tak palah, tangan MK yg pertama dan terakhir aku pegang InsyaAllah :) kami dah kawen pon. alhamdulillah. kawen itu seronok tahu??

jika anda ada terpikir utk 'ter'buat anak dgn teman lelaki anda, lupakan la hasrat ko tu. ko protect la dgn kon*** macam mana pon kalo Allah kata 'jadi' maka jadi lah anak ko nanti. diingatkan sekali lagi, aku bukan baik sgt. i know i know. tapi sila la amek perhatian. kalo rasa dah gatal sgt, pegi lah suara kan hasrat uols yg merenyam tu kat parents uols. kawen koboi aje lah. janji HALAL. lepas tu ko nak beranak, beranak la banyak. ingat aku heran!

aku rasa ada beberapa sbb jugak kenapa wanita2 tergamak nak bunuh bayi sendiri. (aku taknak ckp buang anak. nak ckp jugak bunuh anak) antara yg aku terpikir, bayi itu adalah hasil di atas ketidakrelaan wanita tersebut. mungkin kena rogol atau apa2 lah kan. so, jika u dah amek masa mengandung 9 bulan (dalam keadaan tidak rela diri mengandung) tak salah jika terus kan perjuangan lepas bersalen tu, dgn serahkan bayi pada pihak2 yg bleh membantu. dan jika bayi tersebut hasil dgn boyfriend anda yg tidak btanggungjawab, saya cadangkan anda report saja polis yg lelaki tu taknak bertanggungjawab. lepas baby lahir, kan bleh buat ujian DNA dan sbgnya. So, u takkan tanggung sorg diri.

Ingatlah, membuang bayi bukan lah cara paling cerdik utk melepaskan diri anda dari malu. mungkin anda berjaya sorok dari semua org di sekeliling anda. tapi dari Allah???

wallahulam.

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, April 14, 2010

Mak, adik nak cucur udang dan kuah kacang :((

ihsan google
Ya Allah, kuatkan iman hambaMu ini. ada lagi 2 hari nak balek kampung ye ciare, sabarrr sabarrrr. apahal minah ni?? huhu. erm skrg ni, aku betul2 nak makan cucur udang bercicahkan kuah kacang buatan emak :((

Mak, mak tak kesian ke tgk adik. adik nak jgk cucur udang dgn kuah kacang yang mak buat T________T okay cukup2. jgn diseru2. terbatok2 mak aku kat ipoh kang ;p

Zaman dulu2, masa mak sihat, aku sesuka hati je request nak makan itu ini. dan antara peberet aku adalah cucur udang yang dicolek dgn kuah kacang buatan emak T__T uuu sedapnyaaaaa. Aku rasa, paling menggoda jiwa kalo mak masak menu ni utk berbuka pose. aku sanggup tak makan nasik, tolak tepi air tebu dan kuih muih. dan konfem aku bleh hadap 10 keping cucur udang bersama kuah kacang tu. uuu nikmat duniaaaaaaa

Tapi skrg mak tak sehat sgt, agak2 mak nak buat ke menu peberet aku nih ek? hehe. xpe xpe nanti kan aku nak import mak dok umah aku next week, bleh la bodek2 mak. hehe ;p

Napa aku tak buat sendiri? SAJA ;p bila lagi nak merengek2 dgn mak kan. hehe. alaaa walopon menu ni tak susah mana pon (pejam mata bleh siap tau ;p) tapi buatan mak paling ummmppppphhhhh. aku rasa macam bleh di awang awangan bila makan yg mak masak. especially kuah kacang dia. perghhhh merembes ayaq lioq aku :((

okaylah, nak ngadu itu je. bai!

p/s: mungkin akan melepas geram dgn memakan rojak mamak aje. tapi harus la aku mkn cucur dia je. semak samun yg lain tu tak layaaaan :(

p/s/s: komen korg tak bleh dijawab sbb kat opis ni network gilo! bleh approve komen je, bile nak balas komen uols atau komen kat blog org lain kuar error ape jadah ntah. kat umah aku dah malas nak hadap laptop ni. cpt penin. maka MK le yg bermaharajalela. hihi ;p

Xoxo;
Ciare =)

Malam berinai


Gedikkan? tetiba mau berinai segala. huhu. and the worst part = inai tidak menjadi!! ugh, rasa nak sepak je kat penjual inai tu. huuu. actually aku applied dua kali inai ni.

kali pertama warnanya mcam &%$#@*& okaaaay. so basuh2 tangan dan rasa tak puas hati datang. maka lepas tu aku taruk lagi sekali.

hasilnya?? hmm mcm gamba di atas tu lah. menyampah aku tgk. yg paling kritikal, inai ni dah hilang pon dari tangan aku skrg. 3 hari je tahan beb. dia mcm melekat kat permukaan atas kulit je. tak meresap ke dalam pon. bila aku tenyeh2 jari inai nya bleh tercabot. ^%$#%$$

tak pa lah, yang paling penting, daku sukak sama bau inai :))

p/s: muka ku adalah sembap dan pipiku tembam sebelah!!

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, April 13, 2010

Kesian Kesian

Kesian sgt aku tgk blog ni. dah mcm hidup segan mati tak mau je. sape laaa ownernya ni? hep!! biasa tu!

Okay, utk tak buat uols tertunggu2 utk keputusan contest, aku akan umumkan sesuatu. hehe. eh bukan umumkan pemenang okek. den nak umumkan tarikh keputusan akan diumumkan :P eh mcm pelik ayatnye. ah tak kisah la.

dgn ini, tarikh keputusan contest adalah pada selasa depan 20 April dan waktunya maybe tengahari. sori yer kawan2. minggu ni aku nak balek perak. yahoooo makan ketam :D

akan tetapi, adiahnya mungkin akan dikirimkan pada 1 Mei (itu pon kalo post opis bukak la sbb sabtu 1st. bukak ke tutup ha? jawab! jawab!) sbb sabtu lepas 20 April tu aku keje. camnooo den nak pegi pos opis kan? ateee, umah den jauh betul dgn segala kelengkapan pos opis ni. hari keje lagi la! opis tepi hiway mana datang aku nak korek pos opis. jadi mmg aku free hari sabtu je utk pos adiah tu nanti. SABAR yeeee. separuh dari iman tu. hehe :)

okay tutup pasal contest. skg cite pasal ape lak ek? pasal bandung? err soriiiii sgt2. buat masa ni gambar2 kat bandung kena peram dulu sbb aku rasa nak muntah tiap kali tgk gambar2 kat sana. apakah?? haha

abes tu nak cite pasal apa? ermm nak cite pasal kerja? ok fine!!! sgt boring cite pasal keje. tak nak ah.

ok lah tutup cite. lenkali la kite story mory kat sini ek. daaaaa :)

Xoxo;
Ciare =)

Sunday, April 11, 2010

perihal contest

Nak join contest anjuran puan ciare tak? Meh join ramai2.
The Perfect Vacation Giveaway by Ciare :)

Assalamualaikum.
amboi2 uols, tak sabar2 ye nak tau pemenangnya. huhu. sabaq sabaaaaq. sebelum apa2 sila check la peserta2 contest kat SINI. sesungguhnya kesihatan aku btul2 membataskan penilaian utk cari winner. sbb aku tak bisa kok nengok belog lama2. penin penin.

Jadi, aku nak pikirkan cara alternatif lain mcm mana nak pilih pemenang. takkan nak buat lucky draw kot? atau pon nak buat cara vote? kalo nak suruh judges tambahan tlg mcm susah plak. ada sapa2 nak jadi judges ke? huhu

Adoi. kalo korg tak sabar, aku lagi tak sabar nak umumkan pemenang. nanti lama2 berhabuk lak adiah korg ni. huhu

Xoxo;
Ciare =)

List of Contestant for The Perfect Vacation Giveaway by Ciare :) contest (updated!!)

Nak join contest anjuran puan ciare tak? Meh join ramai2.
The Perfect Vacation Giveaway by Ciare :)












12) izan cute http://izancute.blogspot.com/2010/03/perfect-vacation-giveaway-by-ciare.html







19) kella (kella, can u give your contest link? TQ)











numbering salah (terskip nombor 3. haha) tp malas nak betol kan. wakakaka. so ada 28 peserta ni. ada sapa nak join lagi ke?

p/s: ada nama sapa2 tertinggal ke?
sila update kat sini. TQ

Xoxo;
Ciare =)

Friday, April 9, 2010

the perfect vacation giveaway by ciare :)

Hye all, as I promised in my previous entry (ari sabtu lepas kot), I want to make a new CONTEST :D yeayyy. I'm so happy to make this contest utk pembaca2 ciare.blogspot.com :) Dan ini banner utk contest kali ni, okay x? hahaha. ateee aku mls nak edit beriya.gitu2 cukup lah yek.teehee ;p

aku rasa mcm ada org pernah wat contest ni. bezanya, hadiah utk contest ni aku akan beli masa vacation aku nti :)

okay gang, ini lah terms and conditions utk contest kali ini :)

membuat 1 entri di blog anda yg bertajuk "the perfect vacation giveaway by ciare :)". copy betoi2 nooooo. smiley senyum tu pon ko kena bubuh skali. typing error turut akan direject (kahkah gile kentang mcm cikgu BM pulak garangnya ;p) jgn lupa jadikan ia STICKY MODE okay. (KLIK SINI utk belajar camne nak buat sticky mode entry)

mengcopy banner contest di atas dan meletakkan dalam entri anda. letak kat sidebar sekali dan linkkan ke entri ini.

meletakkan 1 gambar anda sewaktu vacation. gamba tu biar gambar seorang k. tak kesah la posing cemana skali pon. tapi saya suka tgk gamba yg unik :)

lepas publish entry tersebut di blog anda, rajen2 la hantar komen kat sini utk inform yg anda dah sertai contest ini k

itu saje. mudah kan?? hehe

selain tu, sukati la nak cerita pasal vacation ke hape. its up to you lah. nak follow blog ini? sukahati anda jugak lah. tapi digalakkan menjadi follower JIKA anda suka baca blog ini. kalo setakat jadi follower semata2 nak join contest TAK PAYAH. huhu

TARIKH TAMAT: 9 April 2010 jam 11:59 PM

HADIAH: 3 hadiah misteri (mungkin jgk lebih) dari vacation saya yg bermula 27 Mac - 5 April. tak tahu lg nak beli apa. nanti bila saya holiday, saya akan shopping sikit utk anda :) hehe.

PEMILIHAN PEMENANG: cara2 pemilihan adalah mengikut sukahati puan ciare. hehe. saya mmg diktator. kahkahkah XD

pssstttt: of kos ini adalah STIKCY MODE entry
sehingga tarikh tamat iaitu 9 April 2010 :)

Xoxo;
Ciare =)

Harini last day yer

Nak join contest anjuran puan ciare tak? Meh join ramai2.
The Perfect Vacation Giveaway by Ciare :)

Hye hye. Arini adalah last day utk contest yg aku anjurkan ni. iaitu The Perfect Vacation Giveaway by Ciare :) ni haa.

sape yg dah join? mekasih. yg nak join, still ada masa lagi. insyaAllah tghri ni aku akan list kan semua contestant yg join. takat ni aku tak reject pon mana2 peserta eventho penyertaan korg tak mengikut piawaian. tapi aku belasah je. aku kan baik hati.

bila nak umumkan pemenang? erm itu mungkin amek masa. walopon peserta takde lah sampai 100 tp aku tetap akan amek masa lama sket kot. adiah dah ada. tapi kesihatan aku skrg ni membataskan aktiviti sosiol aku di intenet. aku hadap laptop takat wat keje je. nak hadap lama2 bleh penin tau.

apepon, kalo korg nak tau pemenangnye cepat, silalah doa2kan aku baik2 aje. amiinnn :)

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, April 8, 2010

arini MC

Nak join contest anjuran puan ciare tak? Meh join ramai2.
The Perfect Vacation Giveaway by Ciare :)

arini aku mc (ulang tajuk). pagi tadi da bangun. siap2. tetiba aku tersandar kat sofa. ughhh!! pedihnya ulu hati. malam tadi dah mengadu domba kat mak. mak ckp mayb aku gastrik kot. atee dah dekat 2 minggu aku tak makan nasik. dlm 3 mggu ni ada dlm 3 kali je makan bubur nasik. but still not nasik kan. huk huk :(

jadi tadi, doktor dah bg la ubat gastrik pd aku. haih. ubat putih tu mana sedap. rasa telan air kapur. yek!! tp xpelah, aku telan2kan jugak nanti. sakit weh kalo pedih ulu hati. 1st time la rasa gini. aku tak penah2 gastrik sebelum ni. ateeee makan ontime. nasi 2x sehari. kekeke ;p

melayu pure kan. mana mampu idup tanpa nasik. ni dah tak makan nasi sket terus gastrik. apedaaa!! lemah betol. hihi ;p

elain tu aku jugak sakit gigi. gigi bongsu aku yg kat ujung skali ni mcm dah terkeluar paksi. terus mcm tercucuk pipi aku yg tembun ni. cisss!! lg laaaa bertambah2 tak selera nak makan bila sakit gigi.

ok ape2 jelah. akau nak makan ubat gastrik pastu nak makan western meal. eeceecece ;p tak dapat mkn nasi aku makang western. yippieeee ;p

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, April 7, 2010

I lost 3 kgs

Nak join contest anjuran puan ciare tak? Meh join ramai2.
The Perfect Vacation Giveaway by Ciare :)

akibat kesihatan ting tong merudum macam tenggiling yg berguling2 atas mukabumi, berat telah terturun 3kg. tak palah, turun 20kg pon never mind. as long as sihat walafiat (insyaAllah. aminnnn)

ok. itu je nak cakap. sekian terima kaseh.

Xoxo;
Ciare =)

Monday, April 5, 2010

Dalam hati ada taman

Nak join contest anjuran puan ciare tak? Meh join ramai2.
The Perfect Vacation Giveaway by Ciare :)

Kenapa dalam hati ada taman? sebab malam tadi sebelum tido, perkataan terakhir aku dgr sblum lelap mata adalah "dalam hati ada taman" yg dicakapkan oleh hero cerita adnan sempit masa anugerah yg berlaku kat genting tu. apetah nama award tu, ABP ek? huhu belasahhh ~~~

aku ni idak le suke bangat dgn mende2 gini (yeke? bukan ko suke ke rancangan gini? ;p). ateee, propesyen i surirumah. baik tgk cerita naked chef ke hape (bukan chef yg berbogel yer ;p tp aku mmg suke tgk keselambaan dia memasak. cayalah!!). baik utk masa depan rumahtangga :)

ohya! sudah lama aku tak masak kan? kalo aku rajen masak, harus status FB aku lajuuuu je cerita pasal menu itu ini. skrg?? tidak lagi. bye bye dapur, saya tak suka anda buat masa ini T__T. hehe sian dapur jd mangsa.

emm apa lg nak ckp ek? update pasal bandung?? is a BIG NO!! aku rasa nak demam bila tgk gamba2 kat sana. tak apalah, pospon okayyyy. nak taip berkataan Band _ _ _ pon dah buat aku rasa nak baling laptop ni. hish menyampah sgt2. ntah kenapa la dgn aku ni. jgn pelik2 bleh tak ciare?? tak bleh! hihi.

oh, last but not least, saje nak warwarkan kat sini. semalam adalah harijadi MK yang ke 17 :) hehe. tahun ni laki aku amek baru SPM. wakakaka ;p apa event sempena harijadi dia smalam? nothing. tiada apa2 event. bini dia asik mengerang kesakitan lepas tu mundar mandir dalam umah last2 terbongkang atas tilam. MK yg tolong kemas umah, mop lantai, basuh baju, sidai baju, basuh pinggan, pastu sempat repair keta lagi. hehe. betapa penyayang dan memahaminya suami saya :) walopon dia tak tahu masak dan hanya beli makanan tapau dari kedai utk saya, saya tetap terharu~~ (apehal la tetiba bersaya saya ni?)

Untuk suami saya, Sesungguhnya saya percaya Allah telah mengkurniakan sebaik2 lelaki untuk saya, iaitu kamu wahai MK,
Walaupon saya tahu kamu mempunyai kekurangan, saya akan menutup kekurangan kamu, seperti mana kamu menutup kekurangan saya...

MK, saya sentiasa berdoa agar perkahwinan kita kekal ke akhir hayat dan sentiasa berbunga2 cinta.
Saya sgt2 cinta kamu tau wahai MK....
Terima kasih kerana kamu selalu membuat yg terbaik utk saya, selalu tlg selesaikan masalah saya yg pelik2 ini, menjadi tukang picit kepala penin dan badan2 sengal saya di waktu malam serta mendodoikan saya, memberi semangat ketika saya tak sihat mcm sekarang ni..dan mcm2 lagi lah yg MK buat saya terharu T___T

MK, InsyaAllah kehidupan kita akan bertambah ceria. Allah telah menjawab doa kita. semoga kasih sayang cintan cintun kita akan bertambah erat sampai bila2. Aminnnn :)


p/s: kpd peserta contest, jgn risau.
aku dah pegi kesemua page korg.
cume tak sempat nak tgglkan komen.
by friday, aku akan listkan kesemua
peserta contest ok. tungguuuu

Xoxo;
Ciare =)

Sunday, April 4, 2010

Mintak Maap Semua

Nak join contest anjuran puan ciare tak? Meh join ramai2.
The Perfect Vacation Giveaway by Ciare :)

Atas sebab2 tertentu, belog ini akan sedikit (mungkin jugak banyak) slow dari biasa. Err harap2 tak terus terbungkang begitu sahaja. huhu. ada sapa2 willing nak jadi secretary i?? ;p idea dalam otak mencurah2 ni. tapi nak menzahirkan idea2 itu ke belog..wallahualam.

Saya tak sehat sgt. nanti2 kita ketemu lagi ya.

p/s: but dont worry, contest (The Perfect Vacation Giveaway by Ciare :)) masih berjalan.
sape belom join bleh join cepat2 :)

Xoxo;
Ciare =)

Friday, April 2, 2010

Trip to Bandung Day 1 - Arrival

Nak join contest anjuran puan ciare tak? Meh join ramai2.
The Perfect Vacation Giveaway by Ciare :)


Okay itu saje. haha. percayalah aku tak posing byk pon time kat sana. rasa tak lalu nak bergedik2 ni. lgpon gamba aku byk dlm koleksi kak ina. nanti lah nak copy dari dia. tunggguuuu :D

tambahan (tidak ada kena mngena dgn vacation):
ye ye aku sedar ketembamam aku dalam gamba di atas. bukan dalam gamba je, kalo jumpe face to face ko bleh pengsan kot. berat aku mmg bertambah2 sekarang ni. berat terbaru adalah 65kg. ringan je kan?? wakaka. well, aku lebih berat dari dayu masa mula2 pregnant. haih. malas nak bygkan lebih2. nanti i trauma terus aneroxia ;n

dan paling mengewakan (seperti status aku dlm FB skrg ni), ada insan yg ramah menegur aku secara tiba2. 1st ayat dia terus ckp "ciare gemuknya ko!". adeh, senyum kelat aje lah aku mendengarnye. aku rasa agak tak wajar lah tegur org mcm ni. dah la lama tak jumpa. at least bertanya kabar la dulu mcm "lama tak jumpe ko? sihat ke?". well, bak kata sarahalia, i tembam sbb bahagia. so what? ade aku nyusahkan ko? ade aku ngabeskan beras ko ke? haaa????

Haih, utk org2 yg tak sensitif mcm ni, sila lah sedar kenyataan korg ni bisa buat pempuan sensitif dan hormon tunggang langgang ni tak lena tidur dgn kenyataan ko. paham tak???? aku benci benci benci. titik!

Xoxo;
Ciare =)

Nak tau ke aku bercuti ke mana aritu?

Nak join contest anjuran puan ciare tak? Meh join ramai2.
The Perfect Vacation Giveaway by Ciare :)

hey! tajuk tak formal langsung. hahaha ;p

Anyway ada yg da dpt teka2 aku bercuti kat mana. ye, negara jiran kite ajeeee. iaitu BANDUNG :) iyaaaaa, aku pegi Bandung JEEEE. nape aku tulih JEEEE?? hah di bawah adalah sebab2nya:

Actually aku ada terkecik ati dgn someone ni. sbb dia kata lebih kurang mcm ni "ko pegi bandung jee??". okay fine. aku pegi Bandung jeeeee. so? apa masalah ko? ada aku guna duit ko? ada aku nyusah kan ko?? *&^%$#@#@# pegi m@mp0$ ok.

ok sessi geram dah abes. hehe.

gambar2 di bandung?? erm aku tak edit lagi sizenya. kalo nak uploag gambo ori mau makan masa 4 hari 5 malam kot. hahaha. ateeee, network pon berong nk wat camne.

kat bandung aku wat ape? harus la shopping. tp tak adalah byk mana pon. gitu2 aje. aku pon tak sehat sgt nak berjimba2 ni. MK la jadi mangsa aku. hehe ;p bese la i kalo tak sehat ngada2 mau lebeh sket. wakakaka :D

jakarta? yes it was on our plan. tp dgn keadaan aku yg weng weng ni terus tak jadi pegi jakarta. plus, anak kawan aku pon mcm asik meragam sbb tak cukup rehat. so we all cancel saje. oh lupa nak ckp, kami bercuti 2 couple. 1 couple lg tu adalah Kak ina, hubby serta 2 anakanda mereka yg adorable :)

keadaan di indonesia? emm cuaca tak panas mcm sini. walopon panas tp tidak terik dan tidak merosakkan kulit. no wonder lah cewek2 di sana putih melepak. cantek2 pulak tu. haih i jeles nyah. makanannya? okay, utk tekak aku yg tiba2 cerewet ni, aku mmg tak boleh makan langsung makanan di sana. hanya makan piza dan wendys. makan nasik hanya 2x je. itu pon berlaukkan sup bontot (sup ekor lah!). waktu2 lain aku hanya mkn yg merepek2 je.

em tu je lah kot. nanti2 la kang ada masa aku kecikkan size pictures k. pastu bleh la upload sekeping dua. heh ;p

until then, adios!!

p/s: mari sedekahkan Alfatihah kpd
Allahyarham Din Beramboi atas pemergianNya
pd jam 12.30 pg tadi.

Xoxo;
Ciare =)
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha