Monday, May 31, 2010

Boy or Girl

Eh eh anak aku kecik lg. belom nampak lg jantinanya. tapi bese lah, org awal2 lagi dah teka macam2. aku sendiri belom berteka teki sbb MK dah buat keputusan "ni mesti baby boy", aku tanya "kalo girl camne?", dia jawab "kalo girl, girl la. i ok je. hehe". duuhh ~~ sabo je si mak terhadap si bapak.

So perihal jantina anak. tipu la kalo korg cakap korang tak kisah LANGSUNG anak lelaki ke pempuan. eh bukan tipu, i mean, dijauh lubuk hati ko sedalam2nya ko mesti ada keinginan lelaki atau pempuan kan? tp keinginan tu light2 la. kalo dapat apa yg kita nak, HAPPY. kalo tak dapat mcm kita nak pon, HAPPY jugak :) cuma pada dasarnya kita ni Islam jadi kita perlu katakan "tak kisah. kami redha je. yg penting baby sihat". ini pon jawapan default aku jugak. tapi jauh di lubuk hati aku yg bersimpang siur ni mengatakan aku nak baby girl. hehe. dan MK sah2 nak baby boy kan. dia ingat ini buleh request2 ke? haha. tapi kan, entah kenapa naluri ibuku berkata kat dalam ni adalah baby boy. we'll wait and see aaa :)

Bila org tanya
"Makan asam tak?", aku jawab tak dan dia balas "boy tuu"
"Makan manis2 ke? baby boy tuuu"
"Mabuk teruk ni mesti girl"
"Muka berseri, girl kot"

haaaih banyak betul nujum pak belalang ;)

yg penting, kembali ke jawapan default "kami tak kisah la apa pon jantina baby, yg penting dia membesar dgn sihat, sempurna semua sifat fizikal dan mentalnya. cukuplah. siapa kita nak meminta lebih2 dari Allah? rezeki ini pon dah cukup berharga :)"

Xoxo;
Ciare =)

rupa ku 20 tahun lagi

aku rasa..ngeri! hahaha. dd ko memang kan xde keje lalu nak memperkotak katikkan aunty ciare! hahahaha. cop! untuk test kesahihan gambar ni, sila upload gamba mak pak korg 20 tahun sebelum ni. pastu tgk, sama ke dak muka dorg skrg dgn yg website ni generatekan. kalo betul, nampaknya takdak pilihan. inilah rupaku masa anak aku umur 20 thn nanti. insyaAllah jika Allah panjangkan umur :) dah bleh terima menantu dah time ni. agagagagaga ^__^

Pasni nak try muka MK plak, camne leee rupanye. ekekeke =p OK sape yg baca entry ni telah DITAG!!! yahooo. fadann muka. ingat free2 ke tgk muka aku time tua nanti. sila bayar dgn membuat tag muka anda pulak. teeheee. sila buat DI SINI YAAA :) ayokkk, jgn lari dari tanggungjawab. anda di TAG!!

p/s: perotku rasa bergelombang dan sengal2 dan lenguh2 dan ada mencucuk2 dgn kadar mild aje. adakah it's you my baby? :)

Xoxo;
Ciare =)

Resepi: Kebab Ayam Roti Pita 1st Anniversary

Hehe bapak panjangnye nama menu aku tu. wakakaka. well, mesti laaa nak hebat. kebab bukan sebarang kebab okek. ini kebab pertama dalam hidup aku dan telah dibuat pada our 1st anniversary. i love you MK. eh iklan jap. hiks

Ok ok aku bukan nak ulas pasal our 1st anniversary. yg special tu simpan dalam hati dgn dalam external hard disk saje. dalam belog tak payah cerita okek, excuse me. hihi. jommm layann Kebab Ayam Roti Pita 1st Anniversary by Puan Ciare. mari ke dapur!


Ini diaaa, tadaaaa. nampak sedap tak?? Tak ko ckp? meh aku zoom bg ko terliur. lalala ~~


Ok sila lap air liur masing2. jgn nak mintak2 sbb dah abes semua masuk perot pon. hihi. kalo teringin sila buat sendiri, lebih best dan jimat. jom masak!

Bahan2:
Roti Pita - 2 pieces. bleh hasilkan 4 kebab
Daging burger ayam - 2 pieces.
Bwg besar - sebijik
Sos cili
Sos tiram
Blackpepper - secubit jadi laa
Mayonis
Marjerin
Tomato - sebijik, dipotong dadu
Timun - 1/3 bijik, dipotong dadu
* tomato dan timun xyah amek bhgn bijik

Cara2 Masak Inti:
1. Tumis bwg sampai kuning.
2. Masukkan daging burger ayam yg dah dicarik2kan. Goreng sampai agak2 masak
3. Masukkan sos cili dan sos tiram dan sikit black pepper. kacau sampai agak sebati. angkat
4. Gaulkan 2 sudu mayonis dan 2 sudu sos cili sampai sebati. ketepikan.

Cara2 Menyediakan Kebab:
1. Potong roti pita yg bulat tu jadi separa bulat. belah tengah dia. sapu marjerin di sekeliling roti pita bahagian dalam tu. sapu mayonis pulak.
2. Masukkan inti yg dah disediakan tadi dalam tengah roti pita.
3. Balut dgn kertas aluminium.
4. Bakar selama 10 minit dalam oven dgn suhu 150 darjah celcius.
5. Ting! makan semasa masih panas. nyumm nyummm :)

Amacam? senang dan sedap bukan? hikhik. selamat mencuba :)

Xoxo;
Ciare =)

Sunday, May 30, 2010

1 year

Tiada kata lain selain, Alhamdulillah. semoga setiap doa dalam solatku didengar dan diterima Allah swt. InsyaAllah.

5 pm today. date with 'our little precious' =)

Xoxo;
Ciare =)

Friday, May 28, 2010

Jumaat yang indah ~~

Oh baru perasan diri ini takde bulu mate. wakakaka =p tapi kalo pakai mascara express volume maybelline tu terus ting! like magic okek. hehe. bulu mate ada tp halus hampir lutsinar. ok ayat taknak kalah, nak jugaaaak cakap dia ada bulu mate pjg. pirraaaahhh

oh ya! gamba ni ditangkap pagi tadi sebelum saya mandi. wakakaka. mengakuuuuu tuuuuu. tu nampak masam sket. kalo dah wangi mesti lebih comel. eh? (-_-") taknak kalah lg tuu. aku lempang sedasss karang, nak?

arini aktiviti masa lapang adalah membaca buku dalam attachment di atas. petang karang baru kuar merendekkk. hahaha. lama giler babe. so today, for the 1st time in about 2 months, saya akan menjejak kaki ke shopping complex selain giant dekat umah ni. bestnyaaaa ^__- harap tekak tak buat hal. aku nak makan ayam pak kenny rogers ni. hu hu

until then, chow!

=)

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, May 27, 2010

2nd checkup: 9 weeks rasanya

Heh boleh plak rasa rasa ek kat title tu? wakaka. ateee malas nak tgk dlm journal i. main agak2 jela nooo. ateee, ni kisah last month punyaa. latest story bulan depan baru publish sendiri. bg lar aku chance aku laki bini seronok2 dulu pastu baru share kat sini. hihi. itu pon share sikit2 jelah ek. mana bleh reveal semua. lalalalaa ~~

Gambar scan baby? erm ade ade. tapi bila doktor bg aku terus masuk dalam album. hehe. sayang wehhh gambo anak aku tu. harus lah masuk album terus. ~~ hihik. soo belom masanya utk mengreveal gambo scan kat sini. tunggu la bila koleksi bulan ke-9 dapat aku publish semua. kataaaa pregnology. haruslah ada kronologinya ;) but not now. not now =p

So kesimpulan dari 2nd checkup aritu adalah:

umur baby dalam perot: 9 weeks plus
size baby: hampir 4cm. dah nampak kaki dan tangannya. comel :D
berat mak: tak bertambah
ujian urine: 3rd checkup baru dapat hasilnya.

Erm sekian saje ek. xde apa yg menarik nak dikongsikan sgt pon. huhu. boring lah blog ciare's land ni. jom blogwalking!!

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, May 26, 2010

~ love is in the air ~


Ya Allah, cepatnya masa berlalu. macam tak percaya. dah dekat setahun dah. apa? setahun??? eh eh terkejut mak. nape rasa mcm kejap sgt ni. fasa honeymoon pon tak abes lg ni. wakakakaka =p

dan sudah semestinya minggu ni adalah sgt istimewa :) mcm2 dah plan ni. jalan ke tidak tak tau le. hihi. so, sila jgn kacau kami weekend ni ye. sape sms/mms/call/missed call siap dia. hahaha. email takpe, sbb aku x bukak email pon on weekend. lalalalaa ~~

tapi, xde la merancang nak bercuti ke mana2 pon. just want to have the special moment for the 3 of us. eh 3? haha. sape yg nyibuk lg sorg tu? ish tak baek tauu ckp dia sibuk. sape lg kalo bukan si kecik kat dalam ni. mana aku pegi situ la dia ada kan. maka bertiga lah kami meraikannya. hoyeyyy :D tetiba ngidam fish n chip. bleh?

Oh lupa nak ckp, aritu lepas balek cameron hazab wehhh. tak psal2 aku sakit pinggang terAMAT. dia rasa mcm sengal+lenguh+mencucuk2+panas. hmm susah nak explain. maka, tak tido la aku spnjg malam. bila aku mengerang MK tlg urut2. pastu tertido2 dia. pastu aku mengerang lg dia urut lagi. haha. dah le dia penat drive g cameron, nak keje lg besoknya. ciann MK penat. aku xpe, mc le jawabnye. hihi. actually, bila aku mengerang tu bkn sbb nak dia urut pon, sbb ko urut la camne pon, takkan ilang sakit tu. huhu. takpelah, at least nampak usaha dia nak tlg aku. ish, pendek kata, mmg aku slalu kaco tido si MK tu since pregnant ni. naseb dia pon mudah jaga kalo dengar bini dia ngerang2. hrp nanti bila dgr baby nangis dia mudah jaga jgk. wakakaka =p

oklah enough merepek. ish bestnyaaa besok last keje. lusa cutiiii. yahooooo. hehe. bleh la g berendam2 kat air tejun keee. almaklum le musim panas ni, rasa nyampah dok umah. oklah, until then, adios.

no matter what it takes, no matter how much it'll cost . . . . i'll do anything just to have you. my sweetheart and our litle precious. i love you both . . .

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, May 25, 2010

The priceless journey: 2nd trimester

OK skrg dah boleh bermegah2 dgn perot ni. dulu aku rasa malu2 nak tnjuk sbb ia nampak tak real lagi. skrg hambek ko! bila berjalan je, aku rasa ada yg memerhatikan perot aku dulu dari muka aku. hakhak. ok maybe perasaan je kot. tp itu lah yg aku sdg rasai.

Erm tp tetap rasa mcm lemak menggeleber lagi. masih belum bulat sepenuhnya mcm bulan penuh. cuma, kalo lepas makan, ia akan menegang2 dan menunjukkan bentuk tersiratnya. hikhik. misteriii =p

tada! sedang menggendong si kecik ni. usianya sudah menjangkau trimester kedua (tp bapak besarnya mcm udah masuk bulan ke5 T_T). bape minggu exactly? erm nanti2 lah bgtau yer. haha. kedekut sket nak gtau. tunggu checkup next week dulu baru nak gtau ;)

ok tak cukup 1 kan? nah amek lg satu. tak nampak bulat sgt kan? mcm menggelembong jek kan. teheee. sape gelak siap dia! =p

erm xtau nak tulih ape daaaa ~~

ok kesimpulannya gamba2 di atas dipetik dari album cameron hehe. walopon bercita2 nak posing sakan kat sana, tp uols paham2 jelah. mak buyong skrg dia tak berminat sgt dgn posing2 ni. dia tgk makanan lagi menarik tau. haha. nasib laaa tekak ni masih cerewet. kalo tak, konfem aku bedal semua makanan best kat atas nun.

eh korg rasa berat aku bertambah bape byk? actually, aku tak bertambah apa2 berat badan pon. masa mula2 pregnant aku lost 3kg akibat tak selera dan muntah melampau smpai dpt gastrik. pastu gastrik dah ok aku paksa2 jgk makan berat tmbah 2 kilo. tp skrg tak psal2 turun sekilo plak. emm so takde sbrg pertambahan mendadak lg takat ni. tapi kalo korg tenung2 betul gamba aku tu mcm gemuk btul kan? mcm kembang dan sembap dan mcm belon nak pecah. hahahaha

ok sekian saje. daaaa~

Xoxo;
Ciare =)

Sunday, May 23, 2010

live from cameron

isk boring lak sambil nunggu2 nak checkout ni, sempat nyah buat 1 entry. Haha. Ate, susah jgk bila berkonvoi2 ni. Kena tggu semua get ready baru bleh gerak. almaklum le masing2 anak dah kuar. Lama le nak siap. Nanti kite pon mcm tu jgk ye MK. Ehem ehem. Sila praktis skrg =p

Ape lg nak merepek ni? Nak upload gambo pakai phone i kurg arif lagi. huhu. Sgguh tak pas aku nak mjadi mobile blogger tegar ni. Tgl screen lappy gak yg puas. Haha

Erm tu je kot nak cite. Dgn itu, wassalam.

P/s: hope u guys semua have a great weekend too :)

Xoxo;
Ciare =)

Friday, May 21, 2010

Renungan hari jumaat: Hukum buat sanggol tinggi2 tu.

Pagi tadi time breakfast dgn arip, dia baru cerita pasal ni. dia kata ada terdengar ustaz ckap kat radio hukum memakai tudung tapi buat sanggol tinggi2 mcm bonggol unta tu adalah HARAM. nauzubillah. dan ini jgk adalah tanda2 akhir zaman a.k.a kiamat sudah dekat. hukhuk. seram mak.

Aku sendiri mcm tertarik utk buat sanggol tinggi2 ni especially kalo pakai shawl. tak sangka ianya HARAM T___T. but since pregnant aku semacam benci memakai shawl. haha. pelik. so da lama la aku tak buat bonggol2 tinggi tu. mujurrr ~~

But since rambut aku seciput sbb nipis, so tak da beza sgt pon kalo aku wat bonggol2 tu. tetap tak jadi noks. huhu. 5 menet pastu sanggol i dah leper balek. apekah??? =p ops. melalut lak. mari kembali kpd tajuk. Tadi time bloghopping, aku singgah la ke blog2 yg aku suke baca. tetiba ternampak pulak perkara ni. baru je cakap ngn arip pg tadi alih2 terjumpa kat blog YNAA :) siap ada dalil dan mengkonfemkan apa yg arip ckp. dgn laju2 terus aku mtk izin nak copy sket2 ke sini. hehe. TQ ynaa. i mmg ur silent reader. arini tetiba lak terdrop komen. terus x silent dah. wakakakaka ;p
dicopy dari www.ynaaohynaa.com dgn permission :)

oleh itu renung2kan lah. sape dah TERbuat mcm i ni, jgn le buat lg. insaf2 lah. once dah tau HUKUMnya HARAM, berdosa besar jika diulang lagi. lain lah kalo org tak tau kan. skrg ni, mmg dah jd trend la aku tgk. sorry to say, blogshop pon ALMOST semua membuat (aku ckp almost ok almost. i know lar sbb aku rajen tgk blogshop2 jual shawl ni =p) sanggol gini bila membuat demo.

So, pasni turun2 kan lah sanggol uols tu. berdosa weh. abes arr aku kena hantam wat kenyataan pedas gini. hukhuk. well, tugas saya sbg rakan seislam dan menasihatkan sudah ditunaikan. skrg ni terpulang la utk IKOT atau IGNORE. itu hak anda. tapi u know sendiri2 lar. mesti tak sedap hatikan nak teruskan kalo dah tau apa hukumnya.

Renung2kan.

p/s: saya bukan ustazah. cuma nak kongsi ilmu.

Xoxo;
Ciare =)

Bercuti hujung minggu . . . . . .

Kali terakhir pergi bercuti adalah hujung Mac yg lepas time pergi bandung. dan besok, aku akan bercuti setelah sekian lama melepek kat umah kerana menjadi tugu negara atau pon patung cendana versi perot bulat. kahkahkah. mana tak nya, aku rasa semenjak duamenjak (paham2 sendiri la ngapa ek) ni aku mmg rasa tak ceria secara fizikalnya. tapi dalamannya aku ceria dan seronok je. huhu. tp keceriaan tu tak bisa dizahirkan kpd bentuk2 fizikal. maka, hasilnya hanya sorg pempuan yg kusut masai T___T

tapi, yeayyy :) rasanya ada perubahan sket lepas aku bleh makan nasik. dan peliknya, berat aku turun 2kg lepas start makan nasik. apekah?? tp xbleh caya gak. alat penimbang aku tu tahap bleh masuk muzium dah. salah agaknya. maybe sbb tak sanggup dah menerima beban pempuan gemuk cam i naik dia tiap2 hari. wuaaaa T_____T

ok jgn sedih2. besok kita pegi bercuti yukkkk ^____^. walopon hanya 2 hari 1 malam, tak kesah lah. layannnnn :) sehat ke tak sehat ke nak pegi jgk. sbb aku dah listkan senarai mengidam yg aku nak dapatkan kat sana. hehe =p sempat lg wat senarai mengidam tu. pukk!! nak pegi mana ek si ciare ni??? surpriseee ;) aku rasa nak beli ole2 utk puteri 7 lar. lama sgt tak jumpa dorg. rindu weh ngn korg semua T_T uuu....bila nak reunion ni....

Erm oleh kerana da lama xde koleksi gamba terbaru, maka bleh la aku berposing2 sakann. yeayy ;)

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, May 20, 2010

nah password kalo nak baca protected entry

owh aku terlupa dan sgt baik hati. hehe. oleh kerana semua org pon dah tau so mari lah baca apa2 yg patot. dulu aku buatkan ia sbg protected entry (konon). so uols da bleh baca lah entry ni. hihi. passwordnya adalah entrypregnant1. jemput2 lah baca yek.

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, May 19, 2010

Better

Yup. I am in better condition. alhamdulillah. tapi terlalu awal utk nyatakan aku dah better. ntah2 arini je OK besok KO balek. wallahualam.

apa2pon aku bersyukur akhirnya harini aku kembali berselera makan nasik. setelah sekian lama aku tak mau menelan nasi. ia satu kelegaan. percayalah. at least dapat la si kecik ni makan byk sket. ni tak, dah la tak mkn nasik dan makan ntah apa2. pastu senang pulak membuang and muntah. apeeee je yg tinggal utk si kecik ni. so arini aku lega sket. dah 2x makan nasik tau. tp of kos dlm kuantiti sikit. dalam 1/4 pinggan aje. yg penting selera :) so total 2x makan adalah 1/2 pinggan. hehe. itu pon rasa puas gileeeee =p

ok lupakan tentang kisah better. mari renung2kan. di saat kita bergembira, bersyukur dgn rezeki, menikmati hidup dgn tenang . . . . . rupa2nya ada insan yg sedang dilanda dugaan. baru kejap tadi aku masuk FB. dah lama jgk xmasuk FB since jumaat lepas rasanya. yeke? huhu.

tiba2 aku mendapat perkabaran sedih. one of my good friend telah mendapat leukimia dan sedang menerima rawatan. AMI namanya. dulu masa matrik duduk sebilik dgn dia. and we're sharing our birthdate!! sgt tak sangka. dia adalah insan pertama yg aku jumpe mempunyai tarikh lahir yg sama mcm i =p we are twins, kan ami :) dan rumah kami pon hanya dipisahi oleh sebatang sungai. ami, baru aje melangsungkan wedding dia in last april. pengantin baru sgt2 lagi.

takpe Ami, Allah beri u dugaan bila u ada insan yg u sayang di samping u. I know u and ur hubby sgt2 tabah mengharungi dugaan ini. lalui lah rawatan, kimo dan lain2 dgn penuh smgt. bila ada semangat, insyaAllah penyakit pon tak berani nak kacau :) I'll pray that you will get well soon my dear. kwn2 yg membaca, sila doakan Ami yer. I love my twin so much :')

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, May 18, 2010

Jom selongkar beg ciare =p

Amboi2 nur, ko nak tgk apa isi beg aku ek? haha. sila sila. tak ada yg pelik2 pon dalam beg aku. err tp maybe ada pelik sket. teeeheee =p jom tgk apa hasilnya!

erm ni la beg belasahan aku. g keje aku bawak. g jalan aku bawak. best. murah. hehe. walopon kecik tapi bleh isi mcm2 wehhh. hikhik

okay mari lihat apa di dalam. kita mula dari kiri.

1- kunci umah dan kunci keta. xde yg pelik sgt psl kunci aku. i hate key chain.
2- mineral water. hah amek ko. dlm handbag aku taruk. tak pe, next year botol susu aku letak. gagagaga ;p
3- medicine box. aku isi folic acid dgn obimin. tp makan tak disiplin pon. bawaknye ke hulu ke hilir. bese, i poyo sket. beli bekas ubat sbb dia comel. bkn sbb nak mkn ubat sgt pon. lalala ~~
4- minyak kapak botol ke-3. i love you myk cap kapak. tanpa mu, gelabah la hari2 ku. tp skrg aku dah kurg sket pnggunaan myk cap kapak.
5- wallet. of course. wallet termahal aku. cap POYO eh silap. cap polo berharga 50 hengget lebih pas diskaun. wakakaka. aku bese pakai wallet 10 hengget jek.
6- phone charger. smalam aku letak laptop charger dgn external hard disk skali. baekk punya.
7- pocket sudoku. yibbaaaaa. aku gile main sudoku skg. ehhe. saje nak bg anak aku aktif sket ;) eh tak laa. saje je utk mngisi masa lapang dgn berguna dari bergosip ke hapa.
8- pemadam pnjg. ni utk main sudoku ler ni. kang salah leh padam2. aku suke main ulang2 sampai jumpa jawapannye. naik lunyai ketas tu.
9- phone
10- gula2
11- salonplas. koyok utk ditampal di mana. especially kat blkg badan. lega babe kalo taruk. hihi.

erm itu je kot. yg lawaknye, aku ada terjumpe 2 bijik kurma dalam handbag aku! haha. mujur tak bersemut. kahkahkah. ok lah, sekian. sape nak buat tag ni buat le.

p/s: ada lg brg2 lain mcm notebook kecik, pen, external hard disk, pendrives, card reader, cable phone bla bla bla. tapi semua ni aku sumbat dalam beg laptop. oh ya, baru perasaan tak ada makeup kan? well, muka i berseri2 lak masa pregnant ni haha. no need makeup. tp agak TAK terurus le. hahaha

Xoxo;
Ciare =)

Friday, May 14, 2010

omong kosong je

isk. petang2 jumaat ni mmg le lemau teramat. smyg asar kat surau td pon rasa mcm tersengguk2 jek. huhu. apa nak jadi ni. ish ish ish. anyway, nak omong apa ya petang ni? no idea at all. idea merepek2 byk le. hihi.

hmm, tadi aku ade bukak entry aku tahun lepas masa masih bergelar anak gadis mak di mana masa tu aku sedang bergelumang dalam persediaan hari perkahwinan. dan aku rasa entry aku dulu2 agak funny dan crazy. skrg tak lagi. semua aku tulis mcm berbaur serius aje. haih. adakah petanda aku makin matang?? fine. ckp jela makin tua. hikhik.

ntah napa ye? aku rasa aku tak setkan apa2 dlm mind aku utk menjadi serius dan sbgnya. semuanya terjadi otomatik gitu. ish. hilang sudah aspek keremajaanku. cewah. tak kesah la camne pon. bukannya menulis belog akan mendapat pemarkahan or whatever. maka, tulis la apa aku nak dan who cares kan? mcm lah ramai sgt nak baca.

so, apa plan you all ujung minggu ni? bestnyaaaa kalo korg pegi berjimba. i jeles okek. aku dah lama tak berjimba. paling teror pon aku g giant tu je. lain2 takdak. tapi insyaAllah next week akan pegi jalan2 since already 2 months aku melepek kat umah jadi wanita tak bermaya. udah2 le tu. kuatkan smgt!! ;)

apa pon wat masa ini, aku mmg tak dpt menghadirkan diri ke sebarang bentuk kenduri kendara kerana dikhuatiri akan merosakkan majlis dgn episod drama muntah2 aku. maka, segala undangan ditolak dgn baik. tak apa, aku mendoakan dari jauh saja. tp, bulan 6 ni saje dah 5 undangan masa cuti sekolah aku dpt. ada yang dekat ada yg jauh. tgk keadaan dulu. aku tak berjanji. tapi kalo bleh mmg nak pegi sbb aku tgh mengidam nasik minyak yg berlauk2 kampung. kalo ada kambing lg best. teeehee =p

erm next month aku nak kuarkan duit nuffnang aku tu. dah lama ditabungkan. hehe. bleh la aku byr duit insuran ngn roadtax kete bulan 7 nanti. alhamdullillah. rezeki kan. takat omong2 kosong kat alam maya ni pon bleh menjana pendapatan. walopon idak cash out tiap bulan. tapi bila kumpul2 dekat setahun, berbaloi baloi :) terima kasih la semua2 yg sudi2 klik2 nuff kat sini. rasa mcm tak pcaya pulak. hihi. pasni kena kumpul tabung nuff utk baby pulak. haha

hmm, apa lagi mau merepek daa. hihi. ehh ada pulak yg suh aku ltk gambo latest kat belog. hmm, tu tak lain tak bukan nak tgk perot aku tu lah. hahaha. well, kang aku letak kome pengsan. perot i ngalahkan udah 4-5 months :P tak pelah, since tak bermood nak posing sana sini, tunggu jelah nanti2 yek. dgn muka sememeh gini. tak kuasa nak drop my waterface dlm blog sndiri. wakakaka.

Xoxo;
Ciare =)

11 months 2 weeks

Ya Allah, pantasnya masa berlalu. dah hampir setahun. hampir setahun. in 2 weeks maka genaplah setahun jagung usia perkahwinan kami. alhamdulillah. sesungguhnya bermacam pengalaman rumahtangga dah yg aku lalui sepanjang hampir setahun ni :) dan aku semakin kenal dgn MK. semua kesukaan, ketidaksukaan, pe'el MK insyaAllah aku dah paham. dan aku pon tau dia makin paham pe'el bini dia jgk. hehe =p tapi skrg dia penin2 jgk sbb pe'el bini dia berubah2 mcm angin monsun. kejap gitu kejap gini. well, perubahan hormon katakan =p

Yg bagusnya, stage pregnancy ni memupuk kesabaran pd si MK ni. walopon aku tahu mula2 agak payah dia nak twist corak kehidupan yg kami dah lalui. tapi skrg, dia tenang atasi masalah2 celah gigi tu. alhamdulillah.

1st anniversary?erm tak rancang lg. tp smggu sblm anniversary kami akan bercuti di tempat sejuk. so maybe bleh sambut sekali la. nak celeb beriya2 pon aku bukan larat. nak masak pon tak lalu sgt. nak jalan pon tak lalu sgt. dah alang2 nak bcuti tu, kira celeb la tu. aku pon dah masuk 2nd trimester. so kira yakin la jgk nak g jln2. hihi

ok xtau nak bebel apa lg. apapon, tak sabar nak jumpa si kecik ni nanti. kebetulan next checkup jatuh pd hari anniversary kami. kita celeb dgn baby eh sayang ^_____^

Xoxo;
Ciare =)

miscommunication atau misunderstood?

Alkisahnye, kisah ni bukan kisah aku. tapi ia terjadi pada opismate aku yg turut mempunyai status mak buyong sama mcm aku. begini, dia demam selsema batuk. biasa la 3 serangkai ni konfem dpt kalo demam kan. so aku nasehat le dia g klinik. at least dpt mc rehat2 kat umah. tambah2 skg gelombang kedua H1N1 berleluasa. baik selamatkan diri dulu.

Dia pon pegi la turun klinik kat bawah ni dgn harapan dpt mc. so bila masuk dalam klinik tu, gtau le doktor sakit itu ini itu ini. dan doktor pon bg la mcm2 ubat kat minah ni. eventho dia gtau doktor dia sdg pregnant 13 minggu. Maka dpt la panadol, ubat selsema, ubat batuk, ubat sakit tekak. jgn dilupa, ubat antibiotik pon doktor bg jgk. kawan aku ni tanya doktor lg, betul ke org pregnant bleh mkn ubat2 camni?? doktor ckp YA. fine.

So lepas je dia naik opis, kami masing2 kompius le. mcm2 ubat lak tu dia dpt. aku mcm tak puas hati le. so google sana sini. hasilnya pon ada beberapa version.

1. ada yg cakap boleh. tp depend on jenis ubat le. maybe ada ubat2 yg dos dia sikit n sesuai utk pregnant woman kot.

2. ada yg cakap pregnant woman bleh makan ubat panadol semata2. tak kisah le sakit apa sekalipon, ko bleh telan panadol je (i mean selain acid folic, obimin etc ler). itu pon bila perlu aja.

3. ada info kesihatan menyatakan bahawa mengambilan ubat bleh menyebabkan effect pada bayi especially pada 3 bulan pertama di mana organ2 baby sdg membentuk (nauzubillah)

So pendapat korg camne? walopon benda ni tak terjadi kat aku, tp aku tetap nak tau jgk. penting ni utk kita tau. biasalah, kita always nak yg terbaik. tapi takat ni alhamdulillah, aku tak demam since pregnant. padahal dulu tiap2 bulan aku demam. dan aku pon takde amek apa2 ubat @ panadol. kalo tak bleh tido sekali pon aku tetap xnak mkn apa2 ubat yg aku tak pasti apa effectnya.

Ok lah, so mari komen ramai2 isu ni. especially kaum2 ibu dan yg sewaktu dgnnya :)

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, May 12, 2010

selawat tafrijiyah


p/s: ni kali kedua aku letak selawat ni kat sini. ateee, cepat2 le hafal :)

Xoxo;
Ciare =)

Alahan

secara jujurnya (takkan nak main tipu2 lak.huhu) fasa alahan aku adalah mahakarya cinta a.k.a teruk. aku tak tau nak ckp mcm mana. maybe ada lagi momtobe yg lebih teruk pglaman dia dari aku. jadi, aku bersyukur ajelah. anyway, i've read this one info in Mingguan Wanita and it said "nausea (vomiting symptoms) ni adalah sgt bagus. ia bermaksud baby's development sdg berinteraksi dgn hormon2 wanita. which is good". lepas aku baca ni. tak ada risau2 dah. kalo nak muntah 20x pon, aku rela je. as long as aku tau bayi dlm womb ni sdg membesar dgn baik. Alhamdulillah. tp mak dgn MK yg terlebih risau nengok aku tertonggeng2 muntah. MK selalu cuba nak tepuk2 blkg time aku muntah. tp I really hate it. rasa mcm nak lempang je dia balek. eh eh. tak baik tau. hihi.

Aku jgk penah ngadu dgn doktor.

"Saya muntah byk kali sgt. sampai kuar warna kuning ijau segala"

"its good actually. you're doing fine. muntah means your baby makan banyak"

Oh yaka. aku angguk2 aje kepala. tp kalo baby aku mkn byk dalam masa yg sama aku muntah banyak, errr gimana kok? ok ok xyah pikir teruk2 sgt. sesungguhnya alahan wanita hamil ini sgt2 misteri, ajaib dan indah. semuanya ketentuan Allah. kita redha ajelah dgn perubahan trimester pertama ini :)

Selain muntah, aku jgk alami low digestion atau pon indestion. which is normal too. mula2 aku rasa mcm pelik. tapi 2 doktor aku jumpa said its NORMAL dan last skali aku terbaca dalam babycenter.com also said it's normal. maka sekali lagi, redha. tapi ko tau2 ajelah, aku dah mkn 2 jam pon rasa ada kat tekak lg. sgt slow makanan tu turun ke perot. apekah?? maybe dia singgah kat baby dulu kot. hehe. ok ni fakta ciare. sila percaya kalo nak. aagagagaga :D

Tak lalu makan. ok serius. sgt serius. ko percaya tak ciare yg kuat makan tak lalu makan??? hahaha. magic okay. sgt berkuasa Allah ni :) itu la kot keindahan trimester pertama ni. walopon s e k s a sebenarnya tp aku cuba sampaikan dalam bentuk2 yg indah kat korg. haha. padahal ko jgn tak tau, aku kat umah asik nangisss aje. muntah, nangis. tak mkn, nangis. indigestion, nangis. tak bleh tido, nangis. Okay i dramaqueen skrg. bleh bawak watak gadis kampung teraniaya dan nangis selang 5 minit. ada producer nak amek i berlakon?? air mata 5 tempayan leh dpt tau :D

Tak boleh tido lena. ini sgt lah terseksa jgk.hahahaha (kena gelak supaya nampak bersyukur =P). tiap malam aku la makhluk terkebil2 dalam umah tu. nak toleh2 sana sini tak berani sgt. i kan penakot. haha :D. ateeee, terkebil2 la sampai terlelap. but once dah lelap, aku tak jaga dah. i mean, jaga bila dah subuh la. dan lg satu ujian, bila nak bangun tu. mau aku berguling2 dalam 15 menit dulu. regang2kan otot. pinggang aku akan sakittttttttttttttttt ya amat pagi2. tak tahu lah kenapa. magic, again. dia rasa sakit ngilu pedih kebas dan mcm2 lagi. Terima kasih ya Allah. aku redha.

Hidung sensitip!! bau pertama yg aku tiba2 tak bleh bau adalah deodoran si MK tu. adehhh, nasib bau badan dia bleh ciom lg. kalo tak i nak peluk sapa malam2? ;) tettt gatai jap. hahaha. benda ni berlaku time we all kat bandung. aku rasa mcm hangit semacam bau nya. padahal aku yg pilih perisa deodoran dia sebelum ni. sgt pelik. dan seterusnya hidung aku terus2an sensitip. as i said, kat indon, i didnt eat any local food. bau dia pelik semacammmm kat idung aku. rasa nak baling kat muka sapa yg offer aku. ish ish. moody manjang okek. balek dr bandung tu bertambah2 teruk weh. segala bau kat dapur i dont like. mula2 bleh la nak goreng ikan bilis ke, udang ke, tapi lama2, semua bau tak bleh. hasilnya, dah sebulan lebih perot laki aku diisi mknn kedai. terima kasih syg atas kesabaran mu. walopon muka dia kekadang kerut2 nak tahan menu yg tak sedap, tp dah order mkan aje lah. daaaaaan, semua makanan kedai harus ditapau. jgn sesekali bwk aku mkn kat kedai. kat situuu jgk aku muntah nti. nak??? haha

Eh makin lama makin pjg pulak entry ni. wakaka. okay lah. cukup lah takat ni untuk info mabuk trimester pertama. harap2 trimester kedua dan terakhir dijauhkan laaa aku dari simptoms mabuk ni. Ya Allah, makbulkanlah doaku. aaaamiiinnnnnn.

Ok sebelum beredar mari teka2 jantina bayi. hehe. alaa main2 je berdasarkan petua2 org tua. tak salah utk teka bukan? jgn terlalu mgharap sudah la ;)

Tanda Bayi Lelaki

* Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung. TIDAK
* Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit TAK TAHU
* Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh CAMNE TU
* Perut anda kelihatan bulat sempurna TOO EARLY UTK TGK
* Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap YA
* Bentuk perut condong ke arah bawah TAK RASANYA
* Sukakan makanan yang masam dan masin TIDAK DAN YA. MASAM TAK SUKA. MASIN SUKA
* Suka makan daging dan keju YA
* Tapak kaki selalu berasa sejuk TAK, PANAS MANJANG
* Tangan selalu kekeringan YA. MMG CAMNI DR DULU
* Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur TAK BAWAK COMPAS
* Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya. SGT TAK, MELIDI ADA
* Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil SELEBET TP MANISNYA ADA. HAHA
* Hidung tampak lebih mekar JAMBU AS ALWAYS
* Selalu sakit kepala YA

TANDA BAYI PEREMPUAN

* Mengalami morning sickness di awal kehamilan YA
* Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung YA
* Payudara kiri lebih besar berbanding kanan TAK PASTI
* Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya TAK PASTI
* Bentuk perut condong ke arah atas TAK TAHU
* Perut tampak agak lonjong ENTAH
* Mengidam makanan yang manis YA
* Sukakan buah-buahan YA
* Suka minum air atau jus yang bersifat masam TIDAK
* Anda lebih cerewet semasa hamil YA
* Mudah moody berbanding sebelumnya YA
* Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil SAMA JE
* Tidak suka makan roti bersama kulitnya NEVER LIKE ROTI
* Payudara kelihatan mengembang YA KOT
* Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur TAK BAWAK COMPAS

lelaki = 5 YA
perempuan = 7 YA

YEAYYY dapat baby girl. hahaha. suke suke. semuanya pasti PINK. lalalalala~ tp kalo lelaki pon nak PINK jgk. lalalalalaa ~ sila salahkan PINK sbb i suka PINK ;)

p/s: haaa mesti ada yg start boring baca kisah pregger ni. haha. ok ok sampai sini saja. nanti aku update lg bila dah 3rd checkup. until then, bye!

Xoxo;
Ciare =)

Monday, May 10, 2010

mak oh mak

Amboi2. semua org dok cerita bagaimana hari ibu mereka semalam. well, aku taknak ketinggalan. heh =p eventho tak semeriah mana pon, tapi i still want to do something for my mum :)

Tak ada special mana pon. kalo penyanyi atilia (aku tonton dalam Nona smlm. well, my mom's fav tv show tu) bawak mak dia ke restoran mewah, spa, salon etc . . . . . aku idak le sampai mcm tu. i myself pon xde wat camtu utk diri sendiri. hah ;p

so what i did yesterday? tengahari, aku cuma masakkan spagetti utk mak. mak sgt suka mkn spagetti :) ni kakak aku le yg ajar dia ni. haha. ateeee, nak masak lain2 dgn kondisi aku skrg adalah tak mampu. bkn tak mampu dr segi tenaga, tapi dari segi kesensitivian hidung aku ni haaa. mujur menumis bhn2 spagetti bleh sbb tumis dgn planta. wangi baunya :)

jadi, pas masak, kaum2 ibu dan bakal ibu melantak spageti dgn jayanya. ahahaha. kaum bakal bapak? dia sedap2 pegi mkn nasik minyak umah kawan dia. bkn nak bawak aku!! T___T. eh takkk ;p MK xdenye nak wat aku camtu. aku yg xnak pegi sbb aku takot aku termuntah time bgambar atas pelamin org tu kang camneee??? maluuu lapanblas keturunan tau. hakhak ;)

so dah petangnya tu, after tgk nona, we all pegi shoppingggg ^__^. ni pon aktiviti merisaukan jgk. actually g giant je. tp andai kata la aku termuntah dlm giant, adakah aku kena lap sendiri? hakhak. alhamdulillah baby tak buat hal masa mak bapak ngn opah dia shopping. haih suke shopping ke anak aku ni. adakah anda girl wahai si kecik? hihi. mak mu dah terteleng2 tgk baju baby pink smlm. bakal bapak baby dok jeling dr jauh. haha

jadi pas belanja mak shopping2 terus balek. lepas tu, dapat pulak satu invitation mkn2 kelab ibu mengandung. hehe. mmg rezeki hari ibu pulak. ade laaa insan setaman dgn aku tu mengidam ikan terubuk bakar. husbandnya mmg suke masak2 ni, apa lg? BBQ la. yahoooooo :D bakar punye bakar dah gelap baru api nak nyala. wattaa?? anak aku lapo dah ni. hahaha. tungg tangg tungg tangg kul 9 pm baru makan. perghhh mensentap jiwa weh mkn terubuk bakar. itu je aku hadap sampai sudah. alhamdulillah. rezeki hari ibu :)

selamat hari ibu mak! taun depan kita celeb sama2 ;)

Xoxo;
Ciare =)

Friday, May 7, 2010

Tanda2 Kehamilan Saya. Anda Bagaimana?

Okay sebelum terlupa atau dah terlalu lama nanti konfem ada point yg missed. so baik aku tulis sementara masih ingat dalam ingatan. Luckily, aku dah catat dalam journal peribadi aku. so copy paste je la point penting k

Tarikh ~ 06/03/10 (2 weeks before wat UPT). Means aku tulis point2 di bawah seawal 2 minggu sebelum aku tau aku pregnant. sgt le awal dan itu salah satu sebab aku yakin bahawasanya time tu aku pregnant dah. so berjaga2 la dan tidak membuat kesilapan yg sama mcm bulan sebelumnya :)

I'm not sure apakah yg sedang aku lalui sekarang ni. i'm confused. aku sdg alami perkara2 ni
  • sakit breast. rasa tegang2 ya amat
  • aku mula sakit tulang punggung. tulang punggung yg kat celah tu sengal2 sgt. rasa sakit bila nak duduk atau nak bangun dari duduk. seperti dicucuk2 sembilu rasanya
  • arini aku mula sakit pinggang. lenguh yg teramat.
Adakah aku pregnant?? err kalo YA alhamdulillah aku bersyukur Ya Allah :) tp rasa mcm terlalu awal plak tanda2 ni. huhu.

haa ni lah catatan aku. kira mcm aik sgt pelik sbb ada smggu lg nak period tp aku dah ada mcm2 gejala. hihi. berbalik pada asasnya, REZEKI :) Oh ya, selain tanda2 di atas, aku pon ada mcm2 tanda lain yg normal. mcm lwt period, pening2, tekak selera semacam (tp skrg tidak lagi T__T) etc.

itu la saje. sekian tanda2 awal pregnant dari aku. so kisah korg lak camana? biasalah lain org lain alarm dia. hehe. apepon, sape yg rasa tanda2 mcm aku ckp kat atas, sila lah suspect diri anda mengandung. wakakaka XD
Xoxo;
Ciare =)

Thursday, May 6, 2010

Bayi dan Kyra


Aku tak tahu la apa ingatan aku masa berumur 3 tahun macam si kyra ni. dan aku jugak tak tahu dia paham sepenuhnya tak apa yg org dewasa cakap. tapi kata2 dia comel dan jujur. bila org cakap somethg, sampai berkerut2 dahi dia nak memahamkan apa org dewasa cakap =p kyraaa cepat la besar nanti maksu nak ajak kakak dgn adik shopping hehe.

satu hari my sister memberitahu berita gembira pada kyra.

My sis "Kakak, maksu dah ada baby" ~ kata kakakku dgn excited

pause ~ kyra berfikir2 sambil berkerut2 dahi

kyra "Mama, maksu beli ke?"

Okay tak tahu nak jawab ape. kalo aku ada kat situ konfem aku gelak guling2. hahahaha :D

Skrg kyra dah mula bertanggungjawab sbg anak sulong. rajen betol tlg mama dia. err i mean selain tlg selerak kan umah, dia jgk rajen kemas umah, sapu umah, tlg cari botol susu adik dia, tlg garu2 abah dia ;p

Dan paling penting dia garang jgk. hehe

"adik, jgn nakai nanti kena hantam"

nakai = nakal
hantam = pukul/marah (kdg2 org tnjuk hanger pon dah kata kena hantam. apedaa)

hikhik. well, slang penang dia agak mengkagumkan.

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, May 5, 2010

1st checkup (sambungannye)

Ramai pon dah tau endingnya. hehe. cuma aku tak pernah bercerita secara jelas dan saksama (mampuih cikgu BM aku geleng kpala tgk ayat aku ni ;p) pasal kisah ni. padahal sape rajen bertandang kat FB aku, dah terang2 lg bersuluh asik cite psl pregnant je. hehe. bukan nak buat tagline 'biar lah rahsia' macam dato' siti. tagline aku adalah 'buang yg keruh ambil yg jernih' eh?? tak sesuai. okay nak pikir tagline lain jap.

em

hmm

haa

'jgn seronok sgt nanti2 kang menangis'. huhu. so dats y la aku xde nak seronok2 sgt bercerita di alam maya (bukan bini adam dalam adamaya eh. aku tak suke maya tp aku suke lisa surihani hiks). okay jom smbg cerita :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nurse menyapu gel lutsinar tu ke perot i. sejukkk aje. geli2 rasanya ;p but it was not my 1st time scan2 ni. ingat kan? sebulan lebih sebelum pegi bandung aku mcm failure in pregnancy. nak kata gugur, it was still in early stage, so kita ckp jelah sbg failure akibat kelalaian ku jua. dan sudah tentu, ianya ketentuan dari Allah yg Maha Esa. kami redha. redha.

doktor mula mensecan (ini dalam BM ke?) perot gebu i. auwwww ~~~

doktor "hmmm, mana baby awak ni? awak dah buat test sendiri x?"

aku "dah buat dah. ada 2 line. sgt clear double line tu" ~~ gugup2 mak nak jawab. mcm nak tegeliat lidah. rasa mcm Hakim tanya dlm court. mula terpikir, aku salah tgk ke hasil ujian tu? gile nebes.

doktor "haa ni anak awak ni. MK, mari sini tgk. kecik aje. baru ada sac (karung kot) je ni. 1.3 cm, 4 weeks plus"

aku dgn MK terkebil2 je tgk screen tu. sumpah tak paham apa doktor tunjuk. pas doktor print aku pon terbelek2 le ketas tu. ada nampak dot kecik itam. ohhh ini anak aku. yahoooo!!..hehe eh silap. Alhamdulillah :)

Allah dah menjawab doa kami :)

Sesungguhnya, aku dan MK terkejut sgt2 sbb mcm tak sangka terus ada hasil lak lepas failure itu hari. kiranya my last period was on february. hmm, kira kira la sendiri ;) Masa checkup ni, aku dah lewat dlm 2 hari je. tp gatal2 nak wat UPT tu sbb aku rasa mcm aku dah ada semua tanda2 pregnant. dan bila tgk hasilnya "oh my GOD". speechless okek. I cried. xtau nape sebak semacam sampai menggeletar. masa tu MK keje on saturday. aku sms MK "balik cpt ye. I have somethg to tell u". Dgn cpt dia balas "sayang pregnant ye?". aik?? sgt bagus sixth sense dia. aku g beli alat test pon dia tak tau. tetiba teka betol lak tu. kahkah. terer MK i nih :D

Perasaan? seronok. sapa tak seronok. dpt rezeki sebulan lepas kegagalan :) tapi kami biasa2 je. tak mau happy sgt. bak kata tagline aku 'jgn seronok sgt nanti kang menangis'. means, buatlah biasa je. its too early to say anything. Allah yg Maha Berkuasa. biarlah Dia menentukan segalanya yg terbaik buat kami. Amin.

Ini pon aku berani nak cerita setelah 'our precious' dah berumur 10 minggu lebih (dah ada kaki tangan dan kepala yg kecil. comel! ;p). dan sudah buat 2nd checkup. next checkup will be on our 1st anniversary. InsyaAllah

p/s: I will not update too much about my pregnancy for the time being. bila perot dah boyot nti baru syok nak update beserta gamba2nya sekali. hikhik. but I would love to update my tanda2 awal kehamilan dan jugak fasa mabuk. girls, do prepare. hahaha

Xoxo;
Ciare =)

1st checkup

Tarikh: a week before pegi bandung
Tempat: klinik panel MK
Masa: 8.30 pm (kot)

nurse "puan ciare" ~ okay giliran i sampai. aku dgn MK pon terhegeh2 le masuk bilik doktor. seram sejuk je rasanye. mana tak sejuk ekon baiiikkkk punya. eh tp idak le dia pggil aku ciare. dia pggil nama sebenar i le. hihi

doktor "haaaa. napa ni? pregnant dah ke isteri awak MK?" ~ hmm doktor ni mmg, tiap kali we all dtg dia tanya aku pregnant dah ke belom? nak kena lempang? haha. ops! of kos la dia pggil nama sebenar MK. hehe. doktor ni peramah sgguh. laki aku lagi peramah. dia semacam ada chemistry kuat dgn wanita yg tua dr dia. oh my. bahaya bahaya. haha. tp itu la kualiti dia yg menambat hati mak i ;) auwwww ~~~

MK "ye kot. ni la nak check ni. hihi" ~ aku diam aje. sbb doktor ni mmg suke melayan org laki. kalo ngn pempuan kan, dia tak berapa mesra. citt. puiii ;n

doktor "okay pegi timbang kat situ pastu baring kat katil. kita tgk ada ke tidak si kecik kat dalam"

aku? harus la berdebar2 ~ rasa nak tercabot jantung. hukhuk

~ to be continued ~

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, May 4, 2010

urgently need susu alpha lipid

Stok susu alpha lipid mak aku da nak abes. last time, aku order thru 1 website lelong. dia jual RM160. the lowest price yg aku jumpa takat ni.

Malangnya aku google2 mcm dah tak jumpa dah org yg jual tu. so mcm mana? ada sapa2 nak tlg? aku nak google byk2 pon dah tak larat skrg ni. kalo uols tau sapa2 yg jual susu ni habaq mai cepat sket. kalo bleh arini nak bank in besok bleh pos lusa bleh dapat.

anyone?

Xoxo;
Ciare =)

Senarai Fasiliti Kerajaan Terpilih Untuk Pelaksanaan Pemberian Vaksin H1N1


NEGERI

KOORDINATOR PROGRAM

FASILITI KKM

Perlis

Dr Zulhizzam bin Hj Abdullah
Tel: 04-9766317 / 019-4001070

SN Kartini Abd Razak
Tel: 04-9778333

  • KK Kangar

Kedah

Dr Uma Salmah Abd Kadir
Tel: 04-7746137

  • KK Kuah
  • KKIK Jitra
  • KKIK Bakar Bata, Kota Star
  • KKIK Bandar Sungai Petani
  • KKIK Kuala Nerang
  • KKIK Baling
  • KK Serdang
  • KK Pendang
  • KKIK Sik
  • KK Bandar Kulim
  • KK Guar Chempedak

Pulau Pinang

Dr Saraswathi Binarai
Tel: 04-2629902

  • KK Bayan Baru, Barat Daya
  • KK Bukit Panchor, Seberang Prai Selatan
  • KK Sungai Dua, Seberang Prai Utara
  • KK Jalan Perak di Timur Laut
  • KK Seberang Jaya di SP Tengah

Perak

Dr Asiah bt Ayob
Tel: 05-2433962

  • KK Lawin, Hulu Perak
  • KK Padang Rengas
  • KK Sitiawan
  • KK Hutan Melintang
  • KK Parit
  • KK Jalan Damai, Tapah
  • KK Bagan Serai, Kerian
  • KK Buntong, Kinta
  • KK Taiping

Selangor

Dr Anita bt Sulaiman
Tel: 03-51237366/
03-51237368

  • KK Kajang
  • KK Pandamaran, Klang
  • KK Kelana Jaya
  • KK Seri Kembangan
  • KK Seksyen 7 Shah Alam
  • KK Taman Ehsan, Gombak
  • KK Kuala Selangor (Kuala Selangor)
  • KK Sungai Besar (Sabak Bernam)
  • KK Salak (Sepang)
  • KK Teluk Datok (Kuala Langat)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dr Mazliza bt Ramly
Tel: 03-26983757

  • KK Tanglin
  • KK Kg Pandan
  • KK Jinjang
  • KK Batu
  • KK Bandar Tun Razak
  • KK Cheras
  • KK Cheras Baru
  • KK Dato Keramat
  • KK Pantai
  • KK Petaling Bahagia
  • KK Setapak
  • KK Sungai Besi
  • KK Putrajaya

N. Sembilan

Dr Rotina bt Abu Bakar
Tel: 06-7641326/
06-7664927

  • KK Seremban, Jalan Rasah
  • KK Senawang
  • KK Kuala Pilah
  • KK Bahau
  • KK Rembau
  • KK Tampin
  • KK Port Dickson
  • KK Jelebu

Melaka

Dr Hashimah bt Hasan
Tel: 06-2848270

  • JPL Jasin
  • KK Masjid Tanah, Alor Gajah
  • KK Peringgit, Melaka Tengah

Johor

Dr Badrul Hisham bin Abdul Samad
Tel: 07-2218866

  • KPL Mahmoodiah, JB
  • Poliklinik Bandar Maharani, Muar
  • KK Batu Pahat
  • KK Mengkibol, Kluang

Pahang

Dr Mohd. Sapian bin Mohamed
Tel: 09-5165402/
09-5902351

  • KK Beserah, Kuantan
  • KK Temerloh
  • KK Karak, Bentong
  • KK Dong, Raub
  • KK Peramu Jaya, Pekan
  • KK Bandar Jengka, Maran
  • KK Triang, Bera
  • KK Bandar Rompin, Rompin
  • KK Padang Tengku, Lipis
  • KK Jengka 8, Jerantut
  • JPL Hosp Cameron Highlands

Terengganu

Dr Balkis bt Abdul Karim
Tel: 09-6229775/
09-6229809

  • KK Hiliran, Kuala Terengganu
  • KK Kuala Besut, Besut
  • KK Dungun
  • KK Kuala Kemaman
  • KK Marang
  • KK Permaisuri
  • KK Kuala Berang

Kelantan

Dr Rohaida bt Ismail
Tel: 09-7482573

  • KKB Kota Bharu
  • KKB Bachok
  • KKB Kuala Krai
  • KK Wakaf Baru
  • Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu

Sarawak

Dr Razitasham bt Safii
Tel: 082-243812

  • KK Jalan Masjid, Kuching
  • KK Kota Samarahan
  • KK Sri Aman
  • KK Sarikei
  • KK Jalan Lanang, Sibu
  • KK Bandar Miri
  • KK Bintulu
  • KK Kapit
  • KK Lawas
  • JPL Hospital Mukah
  • JPL Hospital Betong

Sabah

Dr Evelyn Sunggip
Tel: 088-236184

  • KK Luyang, Kota Kinabalu
  • KK Penampang
  • KK Sandakan
  • JPL Hospital Tawau
  • JPL Hospital Keningau

WP Labuan

Dr Zaini bin Husin
Tel: 087-428827/
087-411702

  • KK Labuan


p/s: sapa rasa dia dalam golongan yg high priority, sila la kunjungi klinik kesihatan terdekat. hmm sape ada list utk klinik swasta ek? bleh la kongsi2 ngan i :)

p/s/s: napa aku rasa hospital adalah tmpat plg tak selamat dan byk risiko utk dpt H1N1? tolongggg. otak aku ni psycho semacam ah lately

Xoxo;
Ciare =)

Air garam itu sungguh tak sedap. uweekk!!

Nothing much to say. I feel bored with this blog layout. ada sesapa sudi nak buatkan background comel utk aku? pleaseeee (cuba buat muka comel tapi tak berjaya hukhuk)

Smalam aku mc. hampir kena masuk air. adik ipar aku seorg misi dah mentakut2kan aku kononnya aku bakal dimasukkan air akibat berperang sepanjang malam. selang 30 minit bergegas ke tandas dan diselangi air mata. bukan senang. bukan senang.

MK dgn mak la yg paling risaukan aku. haih. apakan daya. apakan daya. dorg bleh wat apa. tolong tgk bleh la. adakah aku lemah bangat? aku rasa aku kuat. tp bila sampai stage ini, Tuhan akan tentukan nasib seseorg itu. susah ke senang ke. Ya Allah kuatkan semangatku. Tapi, kuat ke lemah ke, ko kena teruskan jgk. sapa yg gedik2 sgt aritu? hahahaa. ok gelakkan diri sendiri ;p

Bye!

Xoxo;
Ciare =)
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha