Wednesday, June 30, 2010

FreshLook * 1 day trial lenses promotion*

Akibat gatal2 tangan maka sampai la 1 day trial pack ni 2 minggu kemudian. aritu kan kecoh2 ramai bloggers request ni, aku pon sibuk2 la apply jgk. skali dpt dowh. haha. sbb time tu promo lg sehari nak abes, aku ingatkan tak dpt dah. sekali dpt jugak. layan jelah



heh siap dpt 30% purchase kalo nak beli. hmm, bleh la aku beli nanti. masalahnye gua mcm tak rajen lar nak pakai lenses skrg ni. dulu rajen ar. hakhak.

yg pastinya aku apply yg plano 0 punye. atee, teman idak rabun. gedix2 saje mau berkaler2 mata. tak silap aku amek kaler grey atau purple. dok ingat. nanti aku try pakai dulu. hihi. tp expirednya lambat lg. malas la nak try skrg. simpan wat pekasam dulu. heh ;p

kesimpulannye pasni kalo ada apa2 promo FREE TRIAL kat website, bleh laaa rajen2 apply. hehe. saje cuba apa salahnya ;)

p/s: tp rasa mcm sayang nak pakai sbb 1 day trial aje. kalo 1 month ke sedap sket. hehe. minggu lepas da dpt mende ni, br teringat nak blog kan. so korg camne? ada apply jgk ke? ok x pakai ni?

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, June 29, 2010

Selamat hari jadi Adam; Our Prince =)

Sesudah pulang dr majlis Kakshima & Wan, weols bergerak laju2 ke umah Ja&Sha&Adam. hehe. yeayyyy Adam dah setahun. hihi. eh tp diawalkan sehari majlisnye ;p bestnyaaaa. aunty suka tgk adam main2, lari2...tp aunty takot ar nak pegang2 peluk2 adam. takot adam nanges ;p i tak bese sgt dgn baby boys. kalo gegirls mcm kyra ke kyrin ke sonang ajoo mau pujoks. hehe. bg je lipstick diam ar nanti. hekhek

me, ja with adam. MK photognya. hihi. adam tomeii tomeiii tp xpndang cameraaa. hihi. ja pulak sgt selim. i jeles T_T

aksi2 birthday boy. hehe. tomei je Adam siap ngan topi gitu...pastu berlegar dalam umah buat hal sendiri pastu terantuk sana sini pastu nangis. hihi. well baru setahun kan. dia tgh sibuk mengexplore. besar nanti bleh masuk explore race ;p

wink wink ^__^

eh malam td jumpe adam lagi. bersama pakej with Hana all the way from kelate :) kangen nyaaa sama semua puteri 7 yg lengkap. this saturday pon maybe x complete jugak masa ateh's wedding sbb Ja terbang ke sabah. Oh i really miss all the sweet time together ^.^

p/s: Happy birthday to auntie DD jugaaa :) yg ke-26. heehee

Xoxo;
Ciare =)

sembang2 dgn si kecik

Bila dah rasa tendangan mild si kecik ni, baru ada feel nak sembang2 dgn dia....hihi. sbb sebelum ni aku confuse semacam tak percaya je. haruslah aku mcm malas nak bcakap dgn perot. hihi. tp skrg xde la mild sgt, sbb aku da kerap rasa gerakan dia. usually kat opis x rasa tp skg aku sampai terkejut2 kat opis sbb dia da tendang2 ;p

dan lagi satu acara wajib adalah mengaji surah2 yg disarankan semasa mengandung. Mcm surah Maryam, Luqman, Yusuf, Ayat Qursi, At taubah, Yasin dan doa2 pilihan :) seronok sgt bila baca surah ni sambil pegang2 perut. tambah2 lagi kalo aku berzikir kuat2, dia lagi syokkk bergerak rupanya. hihi. baby suka dengar zikir ye? =)

khamis ni 19 minggu. next week 20 minggu. mean? welcome to 5 months ~.~

bila MK ngaji aku dgr, pastu gosok2 perot. auwwww rasa sejukkkkk aje hati ni. ewah ;) hrp2 baby dgr la papa/daddy/abah/ayah (sorry kami xtau lg nak pggil ape nanti. haha) dia ngaji utk dia. biar dia kenal suara papa/daddy/abah/ayah dia tuu. suara maknya (pon xtau lg apa gelaran utk aku nanti) dia selalu sgt dgr. haha. maknye kuat berceloteh katakannn ;) yg pastinya skrg ni kena stopkan dos anyam ketupat dan sbgnya. siann baby nanti kecik2 dgr maknye dgn auntie2 anyam ketupat. ateeee, pempuan jumpe pempuan konfem xlari dr anyam ketupat. nak nak pulak skg ni byk isu kat opis ni haa. ahahaha. susah marr mau aviod ;p

teringat dulu masa zaman remaja2 selalu gurau2 dgn kawan2 . . . .

"nanti anak aku kena pnggil aku KAKAK!"

hehehehe gile tak sedar diri nak anak pgil aku kakak! hehe well, tp i rasa tak sabar pulak nak dipanggil mak/mama/ibu/mommy dan yg swaktu dgnnya..apa pon panggilan kami nanti....yg plg tak sabar2 adalah menanti kehadiran si kecil :) insyaAllah. semoga Allah permudahkan segalanya. Amin

last but not least, pinjam gamba kaki anak ecah and fizzy jap. hewhew ;p aku sukeee tgk kaki si kecil ni. aku mengimaginekan kaki kecil ni laaa yg dok mengkicking di dlm ;)

p/s: cant wait for next checkup this sunday!! :D semoga semuanya baik2 ajaa. amiinnnnn

Xoxo;
Ciare =)

Shima & Wan: wedding termeriah aku penah tgk

Fuhh camana aku tak cakap termeriah. sebabnye sampai2 aje dekat 10 (ke lebih ek?) kanopi aku tgk tersergam indah berwarna ijau. lepas tu, 10 kanopi tu pon mcm tak cukup. org dtg tak putus2. full manjang okek. ish ish, mmg rezeki kak shima n wan la nampaknya. the vassss ;p

ini dia pengantinnnggg serba ijau youuu. apa yg aku nampak, tema kak shima adalah traditional. traditional means sgt traditional. bajunya. adab2nya. tatasusilanya. walopon ramai tak terkata, tapi majlis tak haru biru pon. elooook aje ikot scheduled :)

hah ko ingat senang nak snap picca ni? mak buyong selambe bawak perot kat celah2 org. aku tak kira, aku nak jugak snap gamba pengantin atas pelamin. oleh kerana lepas makan, ade tenaga sket aku nak rebut2 kat tgh org ramai tu. hehee

eh mcm tak tersusun lak gambo ni. ni masa pengantingg tgh makan bersuap2. hihi. weols kwn2 dari kelab savvy berposing sakan leeee. hehe. ramai sgt yg hadir. currrlassss ;)

auni sempat lg pose gitu. cute la this girl :) ni antara kaum2 hawa yg da ponek berdiri. kite amek peluang rehatkan montot japs. wakaka

haaa ni silat2 nye weh. seram aku. naseb budak silat ni tak tersepak aku yg dekat dgn dorg. kahkah. kentang gile aku nak amek gambo angle best. hihi

ni plak tarian caklempong (aku tgk mcm tarian piring) bersama musik gamelan. isk sgt2 traditional and i likeeee okek :D bravo kakshima!!

last but not least, pengantin di atas singgahsana. SHIMA & WAN. moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki baby secepat mungkin :) amin

Xoxo;
Ciare =)

Monday, June 28, 2010

Entri ke 1000 ~ keyword di luar batasan again

Pffff, sudah 1000 rupanya entri aku. hiihiii. ingatkan dah 10,000. cewah ;p well, this is not the 1st time la ade keyword2 merapik gini. tapi please dong! siapakah golongan cendiakawan yg takdak keje dan menggoogle bukan2 ini?? sila la kembali ke pangkal jalan yek! pervert abes la org yg google ni. arghhh!

ah, aku rasa geram sbb mcm tak best jek ada unsur2 &^%$#@# dalam belog i T_T ni semua gara2 entri kemeja aritu laa ni. isk. aku delete kang entri tu!

Xoxo;
Ciare =)

wedding rossa & idzuan ^_^

Jom layankan gambar sekitar majlis rose dan idzuan ni yek. erm erm malas la nak taip byk2. terima lah gambar2 ini seadanya. ini je yg mampu ku hidangkan. ecececeh. ate, rasa mcm mls sgt nak bersnap2 mcm dulu. kalo dulu mamarazi pon kalah tawww LOL

candid picca! :) rose sgt gorgeous. love the makeup. love the dress. love the gipsi (yeke gipsi gelaran pesen ni?) tudung ;p

the bride and the bridesmaid :)

mak yot (arghh baju ni mgemukan i. eceh salahkan baju lak ;p), puteri gipsi, penyepit. eh eh ;p

eh tetiba dah terus potong kek. hihi. sorry time dia bersanding i busy makan. tambah nasi uols ;p dd mkn kenyang x? aku dulu jd penyepit makan kenyangggg. haha

yeay! very happy couple! 1st time weh aku tgk si idzuan sgt ceria secara live. hihi. mesti la happy kaan. sapa tak happy kawen ;)

seterusnya, kita layan 2 gamba yg aku ciplak dr ezzan tanpa restu. hukhuk. ampuuuunnnn. apepon sila terjah koleksi2 gambar yg lain di FB ezzan atau pon di blog beliau. semuanya gamba cantek2 :) sape nak kawen bleh tinjau2 pakej dgn ezzan. heehee


last but not least ;p muni, me, rose, dd, lina n wawa :)

Xoxo;
Ciare =)

Sunday, June 27, 2010

Ahad sudah mali

Means? another nasik minyak. kehkehkeh. smalam dah mentekedarah kat kenduri rossa (sebelah hubby dia Idzuan, kawan aku jgk. hihi), tambah nasi i tell youuuu. hak hak. i know know ramai yg marah kalo dgr ni. ate nak wat camne? lauk sedap beno. ade sambal tumiss petai ikan bilis. pffffffff nikmat. tq rossa and izduan kerna meninvite guwe. hihi. harap korg ingat amek adiah aku kat celah pagar sbb aku lupa nak bwk ke dewan (-_-"). nak gambar? blom transfer lg noks. apepon, rossa is gorgeous dan idzuan adalah gagah mcm laksamana hang tuah ;) sepadan uols. hihi

today? kakshima's wedding somewhere in beranang (aku xtau tempat ni kt mn. sumpah. naseb ade konvoi dgn savvy's club. heh). btw, kakshima adalah insan bertanggungjawab yg kenen2kan aku dgn MK dulu. mmg bagus instinct dia ni. 1st time dia jumpa aku dia tau aku calon bini MK. kahkah. apepon, semuanya atas kehendak Allah swt :)

ptg pulak, akan pegi ke birthday party Adam (ja and shah's son). yeayy adam turns 1 year old this year, hehe. bestnyaaa ada anak kan. bleh wat besday party. taun depan aku bleh tlg tiup lilin kek anak aku. kahkahkah. wahhh mak yg over nyah ;p

oklah, sori xdok gamba. nanti ar aku upload ek :) daaaaa, have a great sunday yukkk

p/s: arini buat bfast nasi goreng utk suami. mkn sama2. wuaahh bestnya kalo dpt bfast ari2 mcm ni ^_^

Xoxo;
Ciare =)

Friday, June 25, 2010

Hard to describe . . . .

Perhatian: ini coretan manis ibu mengandung. huhu. maybe tak sesuai utk bacaan umum. tp nak baca baca je lahhh. aku takot uols arr borinkk tahap gaban nanti. ekekekeke.

Sesungguhnya, malam td adalah hari paling menggembirakan sbb aku telah merasakan pergerakan terkuat si kecik takat ini. hihi. tak tau la tendangan ke sepakan ke sikuan ke....yg penting aku rasa pergerakan hebat. hihi. ate nak wat camne, maknye kulit maha tebal. kompom susah sket mau rasaaa ~,~

Before this aku ada rasa jgk. tp bila letak tangan kat perot tak rasa apa2 pon. bila aku tgh tak pegang perot rasa gelombang lak. hihi. so mcm tak tau la sungguh ke itu movements si cinonet tu? haha. tapi malam tadi, CONFIRM :)

Kebetulan time tgk tv aku letak tgn atas perot. sambil2 berFB. hihi. skali rasa ada something moving inside me!! i am 100% sure. uuuu terharunyaaa. tetiba rasa nak nanges T_T terharunyeee sgt2. maybe dia dah makin besar tu. kalo ikot pregnancy ticker aku tu, dah masuk bulan ke 5. mcm pelik je. dia wat perkiraan mcm mana ntah. kalo ikotkan baru 18 weeks. so 4 bln setongah la kan? ahh belasah jelah ;p

Em xsabar nak jumpe baby ujung bulan ni/awal bulan nanti. hehe. rindunyaaaa kat insan kecil dalam rahim aku ni. isk. mmg naluri keibuan tu membuak2 betul rasanya. kalo dulu, aku ni bukan la kategori pencinta budak atau baby. anak bongsu katakan. tp lepas menyaksikan sendiri anak2 sedara aku tu membesar dr baby and now rasa sendiri ada insan lain dalam rahim aku, rasa sgt2 perubahan diri ni. hmm....oh i want to cry ~.~ ish emo btol minah ni =p

ok lah sekian saje. nak pegi lunch holiowwww. nak mkn byk2. hikhik

Xoxo;
Ciare =)

welcome to MIHAS 2010

MIHAS 2010. tak tau apa dia? sila google =p bagi aku mihas ni adalah pesta makanan tanpa had dan limit. eh had dan limit bukan sama maksudke? (-_-") abaikan. ia merupakan satu event yg ditunggu tiap tahun yer. tambah2 oleh golongan mcm kami yg dituduh tiada kerja dan teraniaya ni (ok ini project team je yg paham. org luar bleh skip ke perenggan seterusnya). eh kan aku dah cakap sila skip ke perenggan seterusnya kerana ayat2 seterusnya dikhuatiri bercampur unsur2 mengumpat. hehe. kan geng kan?? kalo mereka tak sudi, kita lagi 1000x tak sudi kan kan kan? eh eh emo lak.

MIHAS 2010 bertempat di MATRADE, Jalan Duta. Sila google map kalo nak tau details. hmm, sila pegi serang makanan free! sempat lg sampai ahad ni. hihi. yg dekat2 bleh dtg time lunch hour atau pun lepas opis hour. close at 7pm. sila berpakaian sopan time dtg sini. sini bukan tempat fashion show hrp maklum. makanan HALAL sila buat cara HALAL. kalo dtg skirt pendek aku lepuk kang

si pipi labuh triple chin. teeheee ;p

di booth ice cream. apesal muka aku asek tepung gomak ni?? padahal aku pkai bedak baby johnson jer

mak buyongs (nana pregger jgk. dia bersalen awal smggu dari aku. insyaAllah) di booth satay. yummyyy.....dancing anak aku sbb mkn mcm2. kahkah

di booth simply siti (ni mknn halal ke? bleh mkn kot makeup dia. haha). hmm, aku tanya dia, siti ada dtg x? dia ckp tak ada. siti letak barang2 je pastu dia balek. kahkah.

sebelum blah, tersenyum riang perot kenyang. lebih 10 jenis mknn jugak kami test test rasa sampai kenyang. kahkah. rezeki rezeki jgn ditolak yea ;p

see u again next year at MIHAS 2011 in KLCC.

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, June 23, 2010

Perutku Bulak Gete =p

Tiap kali dia usap perot aku, dia cakap "eeee bulak gete laa baby ni". ciss ajar anak kite ckp ganu yerr?? xpe xpe aku ajar dia slang perak nanti. hihi. tapi anak aku mcm suka plak mkn bercicah budu ni. abesss arrrr jadi mat/mek ganu kiteee =p

oh berbalik kpd dialog di atas, ia bermaksud "eee bulat sgt laa baby ni". haa bih kurg gitu leee. hikhik. bila dia ckp camtu aku balas ler, "mesti la bulat. xkan 4 segi pulak. i bukan mngandungkan sponge bob squarepant"..huhu

mempersembahkan......si bulak gete =p

cukup bulat kah? tak cukup? nah lagi 1 ;p

tada !! hye auntie2...saya dah besar dahh...hihihi

sekian saje buat kali ini. hihi

p/s: cara nak sebut gete tu adalah mcm ge dalam GElek dan te dalam TEmpe. hihi

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, June 22, 2010

saya tak boleh minum susu

Ish tak tahu lah mcm mana. suatu masa dahulu aku ni penggemar tegar susu tauuuuuuuuu. i waaaannnntttt to drink milk!!! rinduuuu sangat sama dia. tapi bila telan aje . . . . . perot rasa bergolak2. anti susu ke budak kt dalam ni? haru dibuatnya!

maka, oleh kerana tak bleh telan segala jenis susu aku ala2 fenin apa laaa yg aku kena telan utk gantikan susu ek. maksud aku ape kategory DAIRY selain cheese ek? oh ya! aku bleh mkn cheese dgn jayanya!! kahkah. cheese, here i come! ;p
oh ya lupa nak ckp, actually aku bleh minum susu perisa strawberry SAJE. itupon kalo beli sekotak kecik, aku abes half aje. kalo aku beli kotak besor, encik MK lah yg menonggang tiap2 kali bukak peti ais. hahaha.

Jadi, selain makan ubat, makan sayur, buah2 . . . . aku mampu berdoa aje agar bayi aku membesar dgn jayanya walopon maknye kureng minum susu. soya? not a good idea. bleh la telan 2,3 teguk aje kot. tapi aku takot la sbb org kata, kalo tak minum susu, tulang aku akan menghakis sbb baby dah amek kalsium aku ek? uuu abes la gigi dgn tulang2 aku :'(

ape2pon harap semuanya ok :) insyaAllah. amin.

p/s: gambar2 dicilok dari google image

Xoxo;
Ciare =)

Monday, June 21, 2010

Hari bapa?

Ada apa dgn hari bapa?

semua org cite pasal hari bapa, father's day, appa day....etc...aku pon nak cerita jugak. hakhak. tapi nak cite pasal apa wei? bapa takdak, bapa mertua pon takdak. ermmm susah lah gini. cuma yg ada dalam idup aku hanyalah bakal bapa atau father-to-be =) hehe jadi lah.

tapi takdak (apesal aku ckp slang kyra lak ni?) buat apa2 pon sempena father's day. sbb father-to-be pon busy the challenge extreme anjuran company dia. aku adalah tak koser nak membontoti dia pegi aktiviti dia tu. udoh le ramai hok laki, daku tak biasa. hihi. tak koser mak buyut nak jadi pom pom girl. nanti2 lah yek. maka, aku pegi enjoy wif my girl; biku dan mentengok cerita sex and the city 2 serta pergi gift hunting utk few weddings next week and next next week. heh =p

itu saje cerita hari bapa saya ^.^

oh as always smpat gedix2 kat umah. time jumpa bik, camera ntah ke mana. hikhik


Ehh ingat tak pasal entry BAYI LELAKI ni?? haaaa ni dia gamba bayi lelaki yg comel tersebut. Namanya Hafiy Haziq. tak pasti ade mohd ke tidak...hihi

comelkannnnn??? kaki dia kecikkkk aje. aummm =p

alololoooo...nyenyak seh dia tido. time ni atok2 ngan uncle2 tgh bsorak tgk bola. dia leh wat deeek aje. cool ;)

p/s: next weekend dah fully booked. 2 weddings and 1 birthday party :)

Xoxo;
Ciare =)

makeup?

Haih makeup makeup. sigh (~.~). actually aku nak melancarkan website makeup2 aku tu sbb rasa mcm dah ready utk menjadi jurusolek. brg2 pon dah hampir lengkap sgt2 dah. cuma makeup box tak beli lg. hihi.

tapi....

tapi . . . .


tapi .... .... ....

emm emm, nape rasa lemau ni T_T rasa mcm aura tu xdtg lg... rasa mcm tak berapa excited... rasa mcm serba tak kena lah... adekah ini simptoms pembawakan budak? sbb aku nak pegi calit eyeshadow pon bukan main rasa malas lg. haha.


tapi, kalo tak start skrg bile?? nanti dah beranak nak setle down dgn baby lagi, rumahtangga lagi..ade masa ke aku nak makeup2? nampaknye encek MK kena jadi MR MAMA time aku jadi partimer jurusolek. hikhik. mcm comel je MK jadi babysitter. lalalala (~_~)


bbrp job daripada few friends yg percayakan bakat aku terpaksa ditolak baik2. ade jugak yg mesej kat FB nak aku makeup sampai ke Pahang. adehh ~~ lemah lutut dgrnye. Dgn keadaan aku skrg ni, sgt lah x mampu rasanya.


ade kah belum rezeki aku dlm bidang ini? hmm, kryolan tu tak berkulat kan kalo lama tak pakai? haha. riso lak ;p erm xpe lah, aku cuma pandang dari sudut positif aje. mungkin Allah nak sampaikan kat aku, terima Rezeki satu demi satu. buat masa ni mungkin aku kena fokus kat kesihatan diri dan bayi aku. InsyaAllah 1 hari nanti aku pasti akan teruskan jugak bidang solek solek ni. its totally my passion!!

Xoxo;
Ciare =)

Friday, June 18, 2010

Makan Free ;)

Sempena arini aku menjadi Trainer utk 2 sistem yg dah aku buat, so ada la makan2 best sket. dah mcm jamuan hari raya aku tgk. haha. apepon makanan adelah terbaekkk dan menu2nya aku yg request. hehe. sangatttt heaven i tell you =) bese la, tekak mak buyong perlu diutamakan =p

menu pagi: nasi impit, kuah kacang, kuah lemak lontong, sardin roll, kuih suji (yg ni kak ina yg request), teh tarik

menu lunch: nasi ayam, air tembikai, buah buahan

menu petang: bubur kacang durian, kuih cara manis, ketupat pusing (ni matul yg request), milo panas

yeayyy seronoknyaaaa. senyum memanjang aku jadi trainer. sbb dalam otak pikir makan, makan, makan. hikhik. xpe xpe berat aku masih sama. tak naik berat apa2 lg. baby makan banyak2 yer. eh tak tak, baby makan sikit2 je tau. hihi. nanti beso kang byk pulak org komplen ~.~

p/s: sorry no pictures. tiap kali nampak mknn terus lupa nak snap2 gambo. hikhik

Xoxo;
Ciare =)

3rd Checkup (14 weeks)

Dipetik dari my private journal blog. Date: 31st May 2009

about size of a lemon ~ 3 and half inch :) cutenyee baby ^___^

30 MAY 2010 ~ Alhamdulillah. selain meraikan our 1st anniversary, kami pegi 'visit' si kecik ni semalam. about 6pm, kami masuk jumpa doktor :)

baby: 15 weeks (tambah tolak 7)
ukuran kepala baby: 3 cm
baby: completely active!! eee geram tgk baby :)
mother: lost 1 kg.
urine test: ok

Masa scan tu, mula2 baby diam. mcm tengah baring mengiring. pastu doktor cakap "bangun2, mak awak nak tgk ni" sambil goncang2 baby. pastu, terus baby active koooo. dia berguling2 sakan i tell you. OMG, I want to cry tp malu lak dgn doktor. haha. so nangis dalam hati ^_-

Oh manisnya jumpe baby semalam. we love YOU honey :)

Cukup lah utk tatapan sahabat2 sejati yer :) mmm, ingatkan taknak update sgt psl baby . . . bkn apa, bila selalu bercerita aku jadi terexcited smacam tau. huhu. tp oleh kerana aku dah excited pon (sape tak excited kan??), so i cerita yg basic2 jelah kat korg yer. since ada yg bermesej2 di FB and email gtau betapa excitednya dorg jadi auntie-to-be di alam maya dan mengikuti perkembangan aku dr before kawen, da kawen, da preggy pon...isk terharu T_T. hihi. sgt sporting lah you all ni. rasa bersalah pulak bila tak cerita benda2 happy kat korg. nakal la you all ni ~.~

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, June 17, 2010

bayi lelaki =)

Beep Beep (new text message ringtones sebenarnya adalah lagu Lenka ~ The Show. hihi =p)

~ Baby dah selamat dilahirkan. baby boy berat 2.96kg. jam 12.03am. nama hafiy haziq diberi ~

Eh aku dah edit ayat di atas. begitulah seadanya bunyi mesej tersebut secara summary =) oh my my. newborn baby membuat aku teruja lebih okay since menjadi bakal mak ini. Selasa malam rabu lepas baru saje mengunjungi mak buyung yg sarat itu. hihi. sempat jugak dia makan kuah durian cicah pulut sebelum masuk labour room keesokan harinya (semalam =p). tgk keadaan dia yg sarat tu mmg membuat aku berkira2 dia ni mcm nak beranak dah. kaki yg bengkak pon seakan surut. betul rupanya =)

Jantina bukan lagi rahsia. dah tau dari awal lg. bayi pon tak segan2 tunjuk bukti kelakian dia tiap kali discan. hehe. eh, ni bayi lelaki kedua dlm geng kami. insyaAllah bulan 10 nanti bayi lelaki ketiga pula akan menyusul. amboi dah 3 org putera nampak?? bulan 11 plak my turn. bagi chance ar aku puteri. hikhik. bleh plak dorg ckp tak aci kalo aku sorg dpt puteri? dorg takot ketiga2 putera tu nanti berebutkan puteri aku. hahaha. comel okey ;p

End of this month nak pegi 4th checkup. dan aku masih lagi akan pegi klinik swasta peberet kami. doktor tu baik and aku dah cukup selesa dgn dia dah. kononnya kali ni check darah pulak. heehee 1st time nak kena cucuk amek darah ni. last skali amek darah ms aku derma darah di UPM dulu. dan masa aku checkup nti, udah masuk 5 bulan. maka, adakah misteri jantina bayi ku akan didedahkan???? tungguuuuuuuu. kalo korg tak sabar aku lg tak sabar. hihi. err nape ek? mmg excited yer menunggu rahsia jantina anak? emm biasa lah, sbg bakal mak semua tentang anak dia akan excited lebih (eh tp bapak lg over dah nak shopping brg2 utk anak &^%$#* huhu).

Eh mcm lari pulak jalan cerita. ok smbg blk. so, mlm ni kami akan melawat the newborn baby boy lepas maghrib. tengahari ni aku nak panjangkan kaki ke JJ. ateee, adiah idak beli lg. baby kuar 10 days awal, so kami tak prepare adiah lg. hukhuk. ape2pon we are so excited dan tumpang bahagia utk ecah & fizzy di atas kelahiran cahaya mata korg setelah hampir 4thn berusaha :) sgt2 berbaloi bukan? penantian yg lama dan bila dpt hasilnya rasa sgt bersyukur dan menghargai pemberian dr Allah. bkn mcm org yg buang anak tu. senang2 buat projek senang2 pregnant senang2 beranak senang2 bunuh anak!! dasar &^%$&&%

See? almost 4 years. mereka sgt tabah dan sabar. jadi, penantian kami selama 9 bulan lepas kawen sgt2 lah sekelumit dugaannya berbanding org lain. jika ada di antara uols yg dah lama menunggu rezeki bayi baca entry ni, teruskan bersabar. berusaha, bertawakal. aku ni bukan sesiapa nak mengajar sbb berat mata memandang berat lg bahu memikul. apepon, aku doakan agar semua kita dimurahkan rezeki (dalam kes ni rezeki cahaya mata la) yg diidam2kan oleh semua pasangan. cuma bezanya, cepat atau lambat. Jika anda mudah dan sesenang 123 mendapat cahaya mata, tlg la jangan perlekehkan mereka2 yg lambat dapat rezeki itu. tadi ade terbaca 1 blog, penulis berkecil hati sbb rakan2nya berbangga2 kononnya keHEBATan mereka sampai terbunting pelamin. hello??? its not for the sake of S*X okay!! tolonglah pikir dgn otak. ingatlah diri anda. rezeki tu pinjaman dari Allah. tak perlulah berbangga2. boleh nak bangga, tak salah langsung. tapi sewaktu berkata2 tu ingatlah ada insan lain yg berkecil hati. sape nak tau api yg terbakar dalam hati dia. yg banjir menangis dalam hati dia. berlapik2 la sikit.

hmm, kalo nak ckp tajuk ni, mmg tak akan habes. so cukup lah sampai sini. aku sendiri dah lost dgn entry kali ni. biasalah, saya wanita emo akibat hormon tak stabil. pantang dgr cerita2 menyakitkan hati atau yg sedih2, emo memanjang le jwbnye.

Xoxo;
Ciare =)

Aku dianiaya


p/s: harus la gamba ni diedit. kalo tak korg akan pengsan. huhu

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, June 16, 2010

Jokes of the day

Sebelum itu, kpd semua NURUL di luar sana, saya mintak maap. saye tak bersalah langsung dalam hal ini. Sila salahkan search engine google yg memberi output blog saya ketika membuat carian :'( eceh skema pulak ayat i =p

anyway, sgt takde keje okey org yg buat keje ni? perlu ke nak google ketiak org?? (-_-")

Xoxo;
Ciare =)

The twilight saga: Eclipse

Oh my, some must already bored lah dgr aku menceceh pasal twilight kan. ateee nak wat guane? teman dah kemaruk twilight. neither that I'm inlove with Edward nor Jacob, but I'm in love with this romantic-horror-thriller-love story-movie :') Yes I am :)

Cepat laaaa 8 July ni. nak book utk 1st day ditayangkan lah. hihi. cant wait cant wait!! hihi. Sila tonton trailer di link bwh ni yer kwn2. terbahekkk okek ~,~

http://www.eclipsethemovie.com/#/Splash



Haih terlebih excited pulak rasa. yelah, aku dah baca khatam dah twilight punya buku. pastu bila tgk trailernye, rasa mcm lebih dasyat dr apa yg aku imaginekan :) so, i cant wait ^.^

really.

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, June 15, 2010

Dreams during pregnancy

Assalamualaikum semua :) hihi arini kita penuhkan dada dgn ilmu2 baru yer. Actually, aku telah mengalami simptoms mimpi pelik about my baby. my sis told me not to worry la sbb ini normal. seorg ibu mmg akan mimpi pelik2 psl anak dia. mana kan tidak, sbg ibu mesti sentiasa risau dgn keadaan bayi dalam rahim ni. iyelah, kita tak nampak apa dia buat, sihat ke dia. kalo nak nampak pon, cuma masa scan baby je. itupon aku rasa tak puas. rasa nak curi scan doktor tu angkot balek umah. teehee =p

Mujurlah ada byk website utk buat rujukan. aku paling suke babycenter.com. sbb dia terangkan apa dia kemungkinan2 yg bakal terjadi dalam minggu tu. mcm minggu ni, dia kata baby dah mula buat kick. hihi. mula2 seram jgk pikir, camne laaa rasa kena kick. sakit ke? seram =p tp rupanya rasa dia sgt mild dan lembutttt aje. yelah, tulang baby pon lembut lg kan. tp kang dia dah besar siap ah ko ciare ~.~ aku slalu rasa pergerakan dia masa mlm2. sbb time tu baring2. bila aku mengiring pastu nak telentang balek, haa mula la dia buat gimnastik. agaknya dia tgh betulkan posisi dia kot. maybe :)

Dreams during pregnancy . . .
Many women report that their dream life shifts into high gear during pregnancy. Interestingly, during the second and third trimesters, you spend less sleep time in rapid eye movement (REM) sleep, the cycle in which most dreams occur. Why, then, all those frequent and vivid dream memories?

It's probably at least in part because you may be interrupting a dream-filled cycle when you wake up to pee, cope with heartburn, leg cramps, restless legs, or a backache, or to shift to a more comfortable position. Waking up during REM sleep makes you more likely to remember your dreams.

It may also be in part that dreams seem so vivid during pregnancy because for most women pregnancy is a time of such heightened emotions — from joy to apprehension and everything in between — but no one really knows for sure.

source: www.babycenter.com

Dan benar sekali. aku dah start mimpi pelik2. erm xde la pelik2 sgt. ada org lain mimpi lg pelik dari aku. tp mcm kelakar n sweet sbb this was my first weird dream about my baby ~,~

Cerita dalam mimpi ekk......

Situasi dalam mimpi tu, aku tgh tido. MK lak tgh tido jgk kat sebelah. tiba2 aku dgr suara baby nangis yg sangatttt kuat. siap tersedu2 sbb nangis. pastu aku gerak MK.

C: dgr tak bunyi baby nangis? kuat lak tu (sambil aku tercari2 baby tu kt mana)
MK: Tuu, baby tu tgh nangis dalam perot awak tu laaa (slumber je dia jwb)

aku pon dgn pantas tgk perot sendiri. Ya Allah, mmg aku mcm nampak baby aku tgh nangis dlm perot. siannn dia. pastu aku siap pujuk2 dia. mcm lawak sbb aku bleh pujuk baby yg tgh nangis tp dia masih dlm perot aku :')

tapi bila pikir2 mcm ngeri pon adooo. hoho




Sekian saje mimpi pelik pertama saya. tapi kan, kalo dgr cite mimpi pelik kakak aku masa ngandungkan kyra lg lawak. kahkahkah =D

Xoxo;
Ciare =)

Resepi: Kuih Koci Yummm Yummmm =p

Oh my . . . . adakah blog ini dah mcm belog makcik2? langsung tiada hiburan. cuma ada hiburan utk anak tekak saje. hihi =p baik adik2, arini makcik ciare (bkn makcik aku, tp akulah makcik itu T_T sob sob sob) akan mengajar satu resepi kuih tradisional turun temurun 7 keturunan, eh tipu je. ni resepi dr google. hehehe. malas nak tanya resepi kat mak. lepas masak terus mesej mak dan kembang2 bontot sbb berjaya buat tanpa tanya dia. tanya saje encek google =p

Bahan2 inti kuih koci:
kelapa parut fresh setengah biji
gula perang secukup rasa
gula kasar kalo nak
daun pandan
air dalam 1/3 cawan

Cara masak inti:
- masukkan kelapa, gula perang dalam kuali. api tu biar kecik je
- gaul2 sampai rata, campur air, ltkkan daun pandan sbg pewangi
- gaul sampai kering

Sila rujuk gamba di atas
[1] bahan2nya
[2] inti kuih koci yg dah siap dimasak
[3] doh kuih koci, kita akan belajar jap lg ek.
[4] 1/3 kotak santan
[5] daun pisang yg dilayukan atas api
[6] kuih koci yg siap dibungkus (ade flash ;p)
[7] kuih koci yg siap dibungkus (x ade flash ;p)
[8] kuih koci yg sdg dikukus :)

ok jom belajar camne nak buat doh kuih koci pulak:
Tepung pulut 2 cawan (anggaran 200g)
Tepung pulut itam 1 cawan (anggaran 100g)
Sesudu garam yg dibancuh dgn secawan air

cara2 buat doh:
- Gaul tepung pulut dan tepung pulut itam
- Masukkan air sikit demi sikit dan mengulinya
- Uli sampai doh sebati sampai doh tak melekat kat tangan

Cara2 membentuk kuih koci:
- Bulat2kan doh menjadi sebesar buah limau nipis tu.
- leperkan atas tapak tangan, letakkan sesudu kecik inti doh dan bulatkan doh.
- siap2kan daun pisang, sapu minyak sikit.
- bungkus la kuih koci ala2 nasik lomak, sebelum tu curahkan sesudu kecil santan utk melemakkan rasa kuih koci tu nanti.
- ulang la proses ni sampai lebam. sambil2 tu panaskan pengukus.
- kukus kuih lebih kurang 20-30 minit.

selamat mencuba!! ^_^

p/s: tiada gamba selepas siap sbb laris mcm pisang goreng panas =p

Xoxo;
Ciare =)

Monday, June 14, 2010

dapat tag, terus jawab


ditag oleh dd ;) seperti dd, aku pon terus buat tag ni lepas dpt, sbb simple and easy dan bermood baik sbb kenyang, kalo lapo jgn hrp ar nak ngadap tag =p hihihihiiii

1) Apakah yg bermain di fikiran anda sekarang?
"bestnyaaaa cite ni"




sebab...

baru lepas tgk cite Twillight Saga yg 1st di laptop (aku kan on leave arini. layan movie laaa). haih. bestnyaaaa. bestnyaaaaa. dah tak tahu bape kali dah aku tgk cite ni. yg penting BEST dan tak sabaaaaar nak tgk eclipse yg bakal ditayangkan awal July depan :) dgr cite Breaking Dawn: Part 1 plak akan ditayangkan Dicember next year. hihi. masa tu insyaAllah baby aku dah setahun sebulan. agak2 dah bleh masuk wayang ke? hakhak. xpe kalo xdpt tgk wyg pon aku akan beli dvd ORI!!

Ciare: you ingat tak cite vampire yg kita tgk kat wyg bln doblas aritu?
MK: yg mana ek? (dah agak dah msti dia tak ingat. ateee aku yg pakse dia tgk =p)
Ciare: alaaaa yg vampire dgn werewolf berebot awek tuuuuuuu.....(siap muncung hihi)
MK: o0o0 ingat ingat. nape?
Ciare: Bulan depan ada sambungan dia. dari buku eclipse yg i beli dulu tu. nanti kita tgk ye
MK: yeke? haa ok le tu. nanti u book la
Ciare: :)

happy....naseb nasebb dia rela tgk kali tu. yg new moon tu dia tak berapa nak rela. kihkih ;p


2) Apakah nama samaran anda?
ciare atau adik. panggilan utk suami isteri bukan nama samaran ye. tapi nama manja =p



3) Berikan 3 org yg anda sayang?
kejamnye nak tiga je :'( suami saya, keluarga saya dan keluarga mertua saya



4) Panggilan utk si dia..
sayang. dia pon panggil aku sayang. haha



5) Hadiah yg diimpikan dr seseorang yg istimewa?
cukup lah sebijik lancer edisi terhad atau edisi terbaru. kahkah. ok tak tak aku bkn peminat kereta. nak ape ek, buat masa ini cukuplah sekiranya dpt berdozen2 helai baju maternity baru kot. hahahaha



6) Blog mana yg anda suka tengok?
banyakkkk. semua yg ada dlm bloglist aku aku tgk tiap2 hari tanpa gagal. believe it. oh, tp mungkin akan gagal jika tiada connection internet, huhu



7) Tagkan pada 15 org blogger..
ni yg aku lemah ni. susah lak nak senaraikan 15. ok, to be fair sape yg baca tag ni kena bertanggungjawab memanjangkan misi tag ini. ok? selamat tagging tagging. hihi ^_^

Xoxo;
Ciare =)

Cuti utk clear cache otak ni

Salam. yeayyy harini saya bercuti! hakhak. mmg sngaja nak cuti utk relaxkan minda. to clear cache otak aku ni utk switch ke project baru. at last, projek berhantu ni siap jugak. itu pon we all main tarik2 tali jgk nak blah dr projek ni. but, I'm happy. sgt sgt sgt legaaaaaaaa :)

So, b4 masuk ke projek baru I deserve one day holiday utk bermalas2an di umah. tp aku cuti sorg2 la. MK susah nak cuti. sabtu pon keje. ahad depan ni pon dia not available. kenduri kawen pon byk missed sbb dia keje. sbb bila perot dah maju ni, aku tak suke nak jalan alone without him. tambah2 kalo pegi into the crowd kan. tanpa dia aku rasa helpless sgt. nape lemah betol rasa aku ni skrg. tp since dia not available jgk this coming sunday I have to do something lah kan. ape lg? chingg chingg with the girls la :')

Rosa's wedding on the next saturday lak mcm kompius nak pegi ngn sape. biku, will you join me? hihi. wajib g rosa n idzuan punye kenduri ni, dah le kat puchong je. tak pegi mcm tak patot. I will come. InsyaAllah

Oh perotku lapaaaaa bangaatttt. patot lah dekat kul 1 dah. okey nak masak nasi goreng pedas howliowww yg mcm muni upload dalam facebook tu :'( ngidaammmmmm

p/s: congrats to new mommies; ceeramoon kerna mendapat baby girl dan jugak anamira yg dapat babyboy yg sgt comellllll :')

Xoxo;
Ciare =)

Saturday, June 12, 2010

sape cakap pempuan suke overexcited??

Bakal bapak: Esok nak g mana ek?
Bakal mak: ntah, dok umah jelah
Bakal bapak: kite g jln2 shopping nak?
Bakal mak: shopping? shopping ape?
Bakal bapak: shopping barang baby (sambil tersengih2 gosok perot bakal mak)

tengok! sape kate pempuan suke overexcited? lelaki tak berkecuali okek. hellooooo, anak awak baru 4 bulan lebih dalam perot. long journey to go lah sayang. ape kata kita shopping baju maternity utk bakal mak??? costume i byk out of sevis dah ni. tettttttt ;p

Xoxo;
Ciare =)

Craft: Quilling Art

Have you heard about quilling art? aku? konfem aku tak penah dengar sampai la one of my project-team bertemu dgn minat baru dia in quilling art :)

Apejadahnye quilling art ni? well kalo nak tahu lebih mendalam, you can google it. jom, cekidouttt!!

nampak takkkk? ok ok jom zoom =p saje je tuan tanah nak intepremmmmm =p hakhak

ape yg aku paham, quilling art ni adalah art menggulung2 ketas bwarna dan menjadikan ia objek2 yg comel ^^ hihi. selebihnya rujuk wikipedia lah yek. hihi. apepon, thanks to MATUL yg buat kad ni. kira ni kad perpisahan kita lah kan. btw, hanya berpisah sbb projek dah siap. but insyaAllah ada rezeki dan jodoh akan bertemu jugak nanti.

psstttt matul, next week nasik ayam ek. kalo x, xde mood i nak jadik trainer nyahhh. haha

Xoxo;
Ciare =)

Friday, June 11, 2010

5 months to go :)

Alhamdulillah dah masuk bulan ke-4 pon si kecik ni :) mengikut babycenter.com I should be able to feel 'the kicks' anytime from now. hehe :p tapi kalo mengikut keadaan kulit perotku yg sedia tebal ni, mcm tak mungkin nak rasa baby's kicking seawal ini. tak pe lah, at least aku dah nampak dia bergimrama dan jugak membuat aksi akrobatik masa buat ultrasound aritu. alhamdulillah :)

Mengikut website tu jgak, dia kata 'kicking' mula2 terasa mild2 gitu je. seolah2 mcm popcorn popping, bubbles dan ada jugak kata mcm butterfly kicking. apa maksudnya? wallah hualam. nanti aku rasa aku gtau camne rasanya. ekekeke =p

due date mcm dah berubah lak ke 23/11/10. huhu. tak kesah le mana2. sampai masa nanti kita push push ye. hihi

gambar ultrasound? sorry, aku dah masukkan dalam album. haha. malas betul nak snap2 kat album tu. bukan clear pon. yg aku pelikkan, masa scan tu bukan main clear lg nampak baby, tapi tah nape, bile dia printkan . . . . . hasilnya sgguh la malap dan tidak kupahami. huhu. redha +_+

apa lg ek nak gtau? erm pasal fasa mabuk2 actually masih ada. kalo dulu muntah 3x smggu skrg dah kurang ke 1 atau 2 kali je smggu. tapi loya2 yg bunyi wekk wekk tu always ada, cuma tak muntah apa2. selera makan? aku masih memilih makanan yg tidak ditumis2. agak mencabar jgk especially masa keje. most of the food tak kena dgn tekak dan idung aku. the worst part is aku akan lapar 2-3jam sekali. dan malangnya tekak pulak asyik tak selera. so akan end up dgn perot masuk angin sbb lapaaar :'( so telan je air byk2 T__T

susu? well, aku akan muntah bila minum susu. so the alternate way adalah minum susu strawberry atau susu coklat. susu anmum dah lama bye bye walopon berperisa coklat. tp alhamdulillah aku bleh cover khasiat2 dgn sayur ulam2 dan jgk buah2an :') aku gila makan sayur bayam skrg ni. hahaha

lg ape ek? hmm hmm, baju? baju kurung dah lama jadi pameran je. can not go laa. tak muat sudah kainnya. takkan nak pakai baju kurung ngn suar preggy lak =p jgn buat lawak. huhu

berat? as I told u dalam previous2 entry, aku baru je naik SEKILO spnjang 4 bulan pregnant ni. but remember, I have gained 9 kilos before pregnant. so total pertambahan berat lepas kawen campur pregnant adalah 10 kilo. soo campur lg dgn 15 kilo yg BAKAL dijunjung in a few months hasilnya adalah 25 kilo. maka, harap aku bleh singkirkan semua 25kilo ni pas beranak kelak. oh harapan ku tinggi menggunung sekali =p

ok itu je lah, until then, chow!

p/s: tolong doakan kandungan saya selamat di dalam kandungan sehingga saat2 melahirkan, selepas dilahirkan dan menjadi seorg anak yg sihat kelak :) amin

p/s/s: sila la komen di layout comment page saya yg baru ni =p

Xoxo;
Ciare =)

Thursday, June 10, 2010

Demam BOLA sudah melanda seluruh DUNIA.Kesannya Makan BOLA, Tidur BOLA, Hidup BOLA, Semuanya BOLA..BOLA..BOLA Adakah anda Demam?

Sempena nak dgn kehangatan "World Cup 2010", Puan Qaseh mintak kite citerkan pengalaman, peristiwa, dan apa2 je yg melibatkan diri anda dengan BOLA (xkisah bola apa pun janji bola k?)
1st of all, I'm not a big fan AT ALL tentang World Cup ni. Segala jenis cup pon aku tak minat=p Dan alhamdulillah, MK pon tak minat bola ni. Torres pon dia tak kenal. at least aku kenal jugak si torres tu=p Maka, kami mmg terputus hubungan dgn dunia bola dan world cup ni sikit pon tidak terlibat dgn kami sama ada secara langsung atau pon tak langsung. org lain tgk bola nanti, we all tido nyenyak jeee ;)

Erm kesimpulannye xtau nak cite apa psal bola. cuma, aku suka main bola tampar. thats all :)

Kemudian jawap 3 soalan berkaitan dengan WORLD CUP.
1. Pasukan manakah yg anda sokong di World Cup?
Tidak menyokong mana2. tak minat. pada pendapat aku, ia cuma membazirkan masa, tenaga dan bil elektrik. hihi, sorry. tapi aku tak mengutuk korg2 yg minat ok. teruskan perjuangan anda. hihi
2. Siapakah pemain bola sepak yang anda minati?
aku tak minat sapa2. tapi aku cuma kenal torres sbb ada mamat opismate aku ni suke sebut torres torres torres. hihi. muke dia pon aku tak bape cam. sumpah! haha
3. Apa yang anda suka tentang World Cup 2010?
Suka? err xde apa2 kot. huhu.

Tagkan semua ini kpd 8 org (sempena 8 group FIFA World Cup)

Dengan ini sy tagkan Demam World Cup ini kpd:-
Nur
Ardina
Zam
Madal
Dee
deena
...
...

p/s: sape2 yg minat bola bleh la buat tag ni ye. enjoy!

Xoxo;
Ciare =)

Permulaan hari yg baik ^.^

Kenapa? What happengg?(sorry aku mmg suke tambah G nak bg slang ganu sket. kateee menantu org ganu. wakakaka =p) Keranaaaaaa, harini I ada driver anta g keje dan ambek balek keje karang. teeeheeee :p ceh, itu pon nak kecoh. well, saye mmg suke buat propaganda =p

Bukan apeee, aku selalu jeles kalo tgk isteri2 yg dihantar dan dijemput oleh suami mereka. dalam kete, kalo jem pon tetaaaaap bahagia. bleh gurau2 bleh manja2, bleh buat perkara &*^$#@ ok abaikan. kahkahkah =p Soooooo arini aku merasa laaa kena anta and kena jemput. lalalaaa ~~~ bg laaa i nak feeling lebih sket. huhu

Actually MK mc arini. tapi aku mmg kejam sket, pantang dia cuti mc ke, kalo selangor cuti KL keje ke, aku akan buat dia TERpaksa hantar aku g opis. wakakaka. tapi dia rela je. mula2 mcm terpaksa tp lama2 rela. dia pon penah ckp, 'kalo tempat keje kita sehaluan mesti bestkan. bleh anta amek u tiap hari'......tapi hanya berangan jela kan. aku kena cari keje kat PJ le kalo nak g balek keje sama2 dia. hukhuk. tak koser mak nak tuka keje. I love my job :) dan dia lak, konfem susah nak transfer2 ni. soo, kita redha jelah ye. pegi keje asing2. sorang jalan kiri, sorg jalan kanan. sedih T___T

Ok itu aje repekan saye di pagi ni. buat keje buat keje!! =)

Xoxo;
Ciare =)

Wednesday, June 9, 2010

Tak ingat penah baca buku lagenda budak setan ke tidak

Erm erm...serius la aku tak ingat. cuma seingat aku, dulu2 aku suke baca novel. kat skolah ada bas perpustakaan bergerak dtg. berebut2 nak pinjam buku. sampai naik lunyai kulit buku bila berebut. haha. pinjam buku pelajaran? mm mcm tak penah. hihi. alaa zaman nak amek PMR semuanya dalam buku teks. no need resources lain dah. kalo ko khatam and paham semua insyaAllah straight A. aku idak le straight A. bengkok2 sket. kahkah +__+

Ok berbalek pada novel yg pemes by ahadiat akashah (camni kaaa eja nama dia?=p) kononnya lagenda budak setan tu la ek? aku ni baca semua novel mamat ni tulis tp sumpah aku tak ingat dah satu tajuk buku dia pon. apetah lg nak ingat plot2 ceritanya dan jugak wataknya. huhu. kesimpulannya. kalo ku tgk cite ni kat wayang, konfem aku tak tau ia adaptasi dari novel. hukhuk ;n

erm, tp aku seronok baca movie review yg dibuat oleh bloggers. hihi. macam2 adaaa. ada yg maki hamun tak puas hati, ada yg takde apa2 perasaan, ada yg nangis2, mcm2 adalah. tp yg paling byk aku tgk adalah maki hamun tu lah. lawak betol =p

tapi kan, nape la bukan kabir bakhtiar je yg buat cite ni ek? mesti sodap :D

Xoxo;
Ciare =)

Berat terkini.

Skrg ni dah ketara bangat bahagian2 tertentu. seksi nyahh. wakakaka =p tapi percaya atau tidak, aku baru bertambah seKG a.k.a 1 KG since pregnant (oh by the way, I'm nearly 4 months.) wow!! bunyi macam kurus la kan tp sebenarnya T_T

ramai sgt org sekeliling aku perasan aku dah membesar dgn jayanya. ateeee, ada insan kecik dalam ni haa. mesti la membesar, xkan nak mengecik plak. dan mereka jugak menyangkakan badan aku yg bulat ni ada hasil berbadan dua ni. TIDAK ok.

maksudnyaaaaaaa, aku rasa tak puas hati org ingat aku besar ni sbb pregnant. TIDAK sebenarnya. SEBAB aku mmg dah sedia besar sebelum pregnant. nape aku tension? sbb org ingat baby aku besar T_T padahal mmg aku yg sah2 besar dan berkulit tebal. pastu ramai lak bg nasihat mcm "jaga sket makan tuuuu, nanti baby besar sgt susaah". yeeeeeee aku tau laaa fakta tu. tapi dorg salah sangka sebenarnya!


mungkin mereka tak tahu aku telah bertambah 9KG lepas kawen dan masa tu aku belom pregnant lagi pon tau! sila klik utk baca balik pengakuan panas ni. pas aku tau aku pregnant, berat aku asik turun sbb tak selera makan. dan skrg aku baru aje bertambah 1KG. paham takkkkk? huhu.

eh mcm poyonye buat penerangan dalam belog, padahal org2 tu bukan baca belog aku pon (-_-") xpelah, at least rasa lega sket. hehe. kesimpulannya di sini, saya tak suka bila (eh tetiba saya =p) org mcm tuduh saya MAKAN BANYAK padahal dia tak tau aku ni bukan main susah nak telan makanan!! dan bila org ingat saya makan banyak dan menyebabkan BAYI saya BESAR. padahal perot aku yg beso. budak kecik kat dalam ni 100g pon tak sampai lg doktor ckp. uuuu sedih tau makcik kena pitnah mcm ni T______T

p/s: ohh sedih. emo tau!!

Xoxo;
Ciare =)

Tuesday, June 8, 2010

Shawls are no longer available. sorry peeps!

Oh my, adakah ramai yg menunggu2 aku mengupload gamba my preloved shawls?? HOPE NOT!! because the shawls are NO longer available ya! I'm giving them to my relatives instead. haha. tak sangka ramai yg berminat dowh. hakhak. dan tak sangka blog ku dibaca oleh mereka T_T ngeri!

Ok itu sajorr nak cerita. Oh! actually aku ada byk lg benda lain nak di-letgo ni. contohnya my high heels, kasut kawen aritu, selendang kawen, bla bla bla. tapi mak aku suruh simpan utk kenangan ataupon utk anak2 aku pakai masa dorg kawen nanti. bleh x? huhu kecewa jap. tapi, berkenaan high heels, definitely going to let go. but of course I name the price lerr. haha. termasuk my only bonea shoes berharga RM2++ tu. rasanya baru 3x je pakai. hmm, macam impossible utk dipakai lg kot. lgpon, aku suka pakai selipar jamban dan sandals je skrg. and maybe in the future too. tak larat mak nak bawak badan naik high heels.

Hmm, until then, cho00www!!

p/s: SELAMAT PENGANTIN BARU kpd all newly weds yeeee. sure korg tengah sakan berbulan madu skrg ek. hihi. selamat berhoneymoon jua!! :)

Xoxo;
Ciare =)

Movie Review: Prince of Persia

Cerita epik fantasi action tak logik mcm ni mmg menjadi kesukaan aku. well, tak perlu fikir2 sgt. just enjoy the flow of the story. hihi. Mula2 mcm nak tgk Lagenda Budak Setan, tp aku tgk bloggers yg wat review byk ckp cite ni tak bape best. so, xnak kecewa punya pasal, baik tgk cite lain. Prince of Persia. Ensem pulak tu mata biru. hihiks =p

Perjalanan cite ni best, tak bosan dan bleh dipahami dgn senangnye. Dan aku mmg dari mula dah agak sape yg jahat sbb agak bleh dijangka. hihi. Alkisahnya Prince of Persia yg bernama Dastan ni not really a prince. dia telah dianak angkatkan oleh King.

King tu ada 2 putera raja. kira mcm adik beradik la kan sampai besar. Prince Dastan ni suka bertempur perang2 ni dan dia tak suka sama skali nak rebut2 takhta ni. bg dia, bila King ambik dia jadi anak angkat pon dah cukup baik. Fuhh ~ bila tgk cara dia berlawan mmg best.

Ni Princess Tamina. tapi princess negera lain la. Askar Persia serang negara dia. macam2 la jadi kat sini. susah nak cerita. hihi.

Hihi gambar censored sesat satu =p

Well, overall mmg best cite ni. cite action susah nak cerita sinopsisnye. watak lain pon aku tak ingat sangat. hihik. soooo, aku nak bg 4.5/5 bintang. 0.5 tu saje taknak bg =p

Xoxo;
Ciare =)
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha