Monday, August 30, 2010

mengcollect biskut raya dan berbuka di luar :')

Alkisahnya hari jumaat lepas, aku g amek biskut raya yg dah diorder dari anul. eh tp bukan dia yg jual. kawan akak dia yg jual. thanks anul sbb tlg amekkan order. mmg sedap dan berbaloi2 :) bleh percaya btol selera tekak akak anul. lepas laaa mengidam mak buyung ni :p

rasanya mmg tak sempat nak raya dah abes biskut tu. hihi. tak apa yg penting utk mengidam da lepas. utk raya karang beli jela kt mn2 pon secara lelong. hikhik

oh seriusnya muka laki aku. bese la tgh lapo. hikhik. kalo lapo dia mmg badmood gini. sabo jelah yang oiii...manis2 kan sket muka tu ek ;)

ha tgk bini mu yg manis ni (puiiiii.....uwekkkkk....hahaha) ceriaaaa ajeee. ceria laa sbb da dpt biskut idamankuu. ceewah :p
hah amacam?? nampak sedap x? weeheee. mmg sedap tauuuu.
em pastu we all gerak g berbuka pose di restoran tasik idaman, bangi lama :) tp gambo takdok la. kalo malam2 camera henpon ku adelah cikai. so kena tggu gambo  dari budak2 lain. ok lah, until then chow!!

Resepi: Kuih Buah Melaka

1st of all, aku tak puas hati napa nama dia buah melaka. huhu. nape tak buat buah perak ke buah terengganu ke. hehe. ok org melaka jgn marah ;p apepon meh sini org perak nak bg resepi kuih buah melaka. tapi made in selangor. cewah :p

erm tak ada lah mengancam sangat rupanya. sbb pati pandan tak cukup pekat. pastu kelapa parut tu mcm ada itam2. bese la, kelapa parut beli kat kedai. sampai ke tengkorak tempurung dia kukur. kalo kukur sendiri kat umah kompom amek yg putih aje. br cantek :)

bahan2nya:
tepung pulut 2 cawan
gula melaka/kabung dipotong dadu
daun pandan 10 lai di blend dan diambil patinya
garam secukup rasa
air utk menguli
kelapa parut utk digaulkan. campur garam sket

cara2nya:
. uli tepung pulut diuli bersama garam secukup rasa dan air pati pandan. uli sampai tak melekat kat tgn. jgn cair sgt. agak2 la ye
. bentukkan tepung bulat2. buatkan lubang kat tengah dan masukkan gula melaka tu. pastu bulat2kan lagi. time ni tabur2 sket tepung gandum pd yg siap diuli supaya tak melekat.
. rebus air dlm periuk. dlm separuh je airnya cukup la. bila dah mendidih bleh masukkan semua bulat2 yg ko dah gentel tadi
. bila bola2 bulat tu terapung itu maksudnya dah masak :) so bleh angkat
. last skali gaulkan dgn kelapa parut dan ready utk dimakaaaan :D senang kan?

eh tuan tanah nak nyemak jugak. hehe. selamat mencuba resepi ni ye!! :')

Saturday, August 28, 2010

sup oh sup!

perbualan ketika saya di rumah, manakala MK di tempat kerja.

MK: hello sayang
ciare: hello sayang
MK: buat apa tu?
ciare: tgh prepare nak masak utk bbuka la.
MK: masak apa harini?
ciare: sup ayam
MK: ish sedapnye!
ciare: . . . .
ok yg lain2 censored. haha

kesimpulannye dia mmg hantu sup. sedap sgt ke sup?? aku sebut je sup semua sedap. tak kesah la sup daging ke ayam ke sayur ke ikan ke..semua sedap. tapi dgn syarat sambal kicap pedas nak tercabot jantung tu kena buat la. baru dia makan tak ingat bini kat sebelah (-_-") huhu

ok lah. lepas ni kalo blur xtau nak masak apa, aku buat sup aje. SONANG! tp aku la x lalu nak telan sup dah hari2. haih. tadi aku rebus bihun utk diri sendiri. sbb mamat tu kompom nak nasik punya. so ade la kelainan sket. bihun sup. hu hu. boring la ~~ kan best kalo terer msk mcm2 and always ade idea.

tadi jugak, ade buat kuih buah melaka. xde la sedap sgt. bleh la tahan. versi x manis sgt utk ibu mengandung. hu hu. em oleh kerana aku buat entry ni maka sah2 aku tak pegi terawih kan? haih loser betul rasanya. sbb lebih banyak tak pegi terawih dari pegi terawih. tak apalah at least ada pergi jugak. yg penting aku masih bertadarus alquran. itu je yg mampu buat tiap2 hari.

kaki ni mcm nak membengkak lg. bdiri lama mula laa sakit. so buat kerja pon semua kena duduk. bdiri 5 minit duduk 10 minit. sbb tu aku mula masak dari pukul 4.30pm. siap masaknye tepat2 nak berbuka. sgt lama ibu mengandung masak. padahal buat sup ayam dgn kuih buah melaka je!! :(

ok la. gamba2 lenkali la ye. kot rajen bleh wat resepi buah melaka skali nti. chow

p/s: oh sakit kaki ku T_____T

korg mesti shopping sakan eh minggu ni?

almaklum le, dah gaji, cuti lak lama. aku rasa ramai amek peluang utk cuti isnin nanti pastu shopping sampai pengsan kan? =p well, aku TAK pon. nak cuti mendenya? xde koje aku nak cuti sorg2 kalo MK x cuti. tak feel ok? sabtu ahad ni pon MK keje. aku mula la buat muka sedih time dia nak pegi keje :'( sempat dia ckp kat perot aku ni 'baby, papa nak g cari rezeki ni'. wuaahhh sebak lak rasanya! gigih betol dia cari duit skrg. semuanya demi si kecik kt dalam perot ni. xpe lah sayang, isterimu meredhai kamu pergi cuti di kala hari cuti yg sangat damai ni. keje lelok ye sayang! balek awal ye pastu singgah param beli air kelapa fresh tu ;)

tp xpe lah, smlm kan selangor cuti. we all just shopping kat JJ tmn equine ni je. tu je yg tdokat slain JJ IOI mall tu. malas le nak shopping di KL. silap2 terkandas lak karang. sakit belakang aku dah la berleluasa skrg ni. x mampu kot nak bdiri lama2. kalo kt JJ sini mmg tak ramai langsung i tell u. kalo penat, nak rest2 jap pon byk krusi. lega la sket.

sempat la nyambar 1 blause dgn suar maternity. pasni xnak la beli apa2 baju/suar maternity dah. lg 3 bln dah nak meletop. sementara tu pakai jelah apa yg ada. xyah nak membazir. sempat jgk beli langsir sliding door baru. tp bkn sebab tujuan nak raya pon. itu pon sbb langsir yg ada tu dah kotor sgt. bygkan la, dah setahun lebeh x basuh since kawen. so kena la beli langsir lain utk selang seli kan. kang takkan nak togel lak sliding door depan ni haaa. nti org luar nampak lak aku tgh main kejor2 dgn MK. aauuuwwww ;) dah alang2 ade sales, beli jelah.

lagipon aku suspect selsema aku ni lambat baik sbb habuk kot. besok checkup, takot doc marah kalo selsema lg. hu hu. MK pon apa lg, jenuh la memvacum umah buang segala habuk yg ado. huhu. ubat selsema batuk da abes dah tp selsema dgn batuk cendol aku x elok2 lg. hu hu. tp maybe jgk lambat baik sbb ubat utk org pregnant dose nya rendah. maka lambat la elok. tsk tsk tsk

maka harini kerja aku adalah utk membuat segala laundry. smalam da basuh baju keje MK. so pasni nak basuh baju aku dan baju jalan2 MK plak. kalo sempat nak basuh langsing sliding door tu. kalo xsempat besok lah. besok jgk nak basuh baju baby!! yeayyy. hihi. mcm awal sgt ke? hihi. anyway xde la awal sgt. dah masuk 7 bulan so semua brg baby utk emergency kena siap2kan. tambah lg nak cuti raya kang, so kena la spare brg2 baby dlm keta. incase la kan.....incase.....tp harap2nya semua OK. aku pon xnak baby keluar awal. biar la tepat2 9 bulan 10 hari yakni time raya haji karang :') amiiinnnn.

mm nasib umah da siap vacum so just kemas2 gitu jelah. oh pastu kena lipat kain!! ni yg mak tensen ni. huk huk. sakit pinggang wooo nak lipat kain ni. amatlaaaa tak rajen tau.

kesimpulannya aku xtau ke mana hala entry ni. mcm kelauttt aje. hakhak. ok lah mau rajen2 kan diri. xbleh malas2. hehe. kang sket lg nak g kedai. i'm planning to make kuih buah melaka!! sgt excited dah ni. yummyyyy :D tp lauk xtau lak nak masak ape. sup ayam peberet MK jelah. huhu.
source: mr google. nanti karang da buat aku upload yg aku buat ek. hihi
until then, chow!

Friday, August 27, 2010

mimpi pasal baby

Assalamualaikum sayang2 semua. cewah =p

Erm arinikan cuti kan..so apa lg, pas subuh tido la sampai matahari mencanak naik atas bumbung kan. hehe. toksah imagine la kul bape haku bgn. tp MK bgn awal. bese la dia dok merepair baby dia kat luar nun. tuka brek la ape lah. tp bagus lah jimaaat takyah g sebis kete kat luor. hihi

aku yg kt dalam umah ni syiokkk je mimpi. hehe. arini mimpi pasal baby. mimpi tu pon clearrrr sgt2. sampai skrg aku ingat sebijik2. hihi. mimpi beranak pon hade. beranak normal la dlm mimpi tu. oleh kerana mimpi, so xde la rasa sakit. hikhik

tapi yg sedihnya baby tak nak susu badan tau. huhu. ni mesti pengaruh sbb terlalu byk google pasal breastfeeding and EBM tu. hahaha. pas2 melarat2 la mimpi tu sampai pegi shopping complex beli pump susu la hape. mcm2 jenama masuk mimpi. hihi. tp mcm xlogik. xkan aku pegi shopping sendiri pas beranak? ish ish.

pastu yg lawaknye, ramai pulak blogger2 yg beranak masuk mimpi aku tu. gile toi. pdahal xnah jumpa pon. dok mimpi2 dorg bg nasihat pung pang pung pang pd aku. bla bla bla. tu blom lg masuk bab penjagaan baby. dlm mimpi tu aku kekooook sgt dgn baby tu. aku mcm x reti nak pegang dia. pastu baby pon mcm tak suke kt aku. huhu. BOLEH??? rasa nak nangis je tau. huuuu.

pastu trus terjaga dan aku meraba2 perot aku. ohh, baby tak keluar lg rupanya. mama mimpi je ;) baby sayang, mama and papa sayaaaang baby sgt2 tau. WE LOVE YOU

aku rasa aku mimpi mcm tu sbb aku terlalu risau kot. mcm2 la yg aku start risau...bleh ke aku jd mak yg baik, bleh ke aku breastfeed baby mcm yg aku hrp kan, bleh ke aku handle baby sekaligus dgn rumahtangga aku ni, dan paling penting aku hrp sgt2 kami suami isteri dpt berganding bahu menjaga si kecik yg bakal lahir ni nanti. InsyaAllah. nampak mcm mudah kan, tp harap2 mudah la :') amiiiinnnnn.

source: google image
yg paling penting, dalam mimpi aku tu my baby is a GIRL :D tp dlm mimpi jelah kan. hikhik. xpe sabo sabooo. ahad nanti nak pegi checkup. hrp2 baby akan merungkai persoalan di hati kami. baby jgn sorok2 lg ye ;)

Nuzul Al Quran

dicopy paste dari google:

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.


Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

gambar ini jugak dicilok dari encek google
anda sudah baca al quran harini? jika belom, mari lah kita baca ye. insyaAllah :)

Thursday, August 26, 2010

perihal baju raya

yeay yeay. saya dah ade baju rayaaaa. wiiiwiiiitttt ;) tema? actually we all xde tema pon. tahun ni gaya bebas. hakhak. tapi baju yg aku beli ini adalah warna purple. soooo nti MK pon kena beli warna purple jugak. mm, baju mlayu dia beli kat jln TAR last minit sudah. bleh dpt rm50 sepasang. hakhak. gile save! =p dia pon tarak kesah maaa. kalo takdak baju pon dia tak kesah tp mcm tak sedap pulak. time belom kawen mak dia buat baju utk dia tiap2 tahun. ni da kawen xkan laa xde baju baru dgn bini kan. kecik ati i nyah ;)

so dah beli baju, tudung plak kena beli ek? aiseh! mak xde tudung purple lah rasanya. hmmm, ni yg tensen ni. susah pakai tudung putih/itam. kompom matching. hakhak. kasut? xyah la ngengada. pakai selipar sudah. lg ape ke nak beli? hmm hmm, tu je kot :) xyah la membazir ek. dgr cite MK nak beli jeans, tshirt and sandal raya. amboi2 laki aku. ni raya sakan ni nak g beraya mana sayang oiii!!! huhu. xpelah, at least dia bleh pakai lama semua tu. aku ni kalo beli pon, kompom lepas beranak karang semuanya mcm baju pinjam sbb beso kan. so i tak kisah. yg penting nak smbg shopping utk baby!! sian anak aku baru ade 5 psg baju. semua warna putih lak tu!! hiks =p

p/s: harini nak masak cucuq udang lagi. yippieee!!

blog korg ni kenapa?


apasal la banyak sgt belog yg menjadi begini harini hah? tension haku. seram pon ade. nak masuk belog korg lain pon dah mcm takot2. huu huu. adelah dlm 5-6 belog yg jadik mcm ni. ke belog aku pon jadik camni gak? kalo YE, sila inform eh.

cucur udang rangup idaman kalbu ^_-

vahh vahhh masyuk okeyyyy =p time berbuka, ni jelah aku hadap. kul 10pm siap sambung seround lg. MK pon agak pelik sbb biasanya aku mmg tak penah ulang2 makan. tp lain plak kali ni. hihi. maybe sbb dah mengidam sgt2 kot. huhu

nilah dia cucuq udang crunchy. sedap wehh...tak tipu. mabelessss hingga ke titisan terakhir. hmm, harini nak buat lagi lah. ape? nak resepi? sila pegi ke blog puan ann comel ni ye. i pon cilok resepi dia. cuma tambah cili aje dlm adunan sbb i loooikkkke yg pedas2 :)

zoom yg tak berapa zoom. haha. blur la phone camera aku ni. takda focus function T_T. sos cili ni pon aku wat sendiri. senang aje. tumbuk bwg putih seulas+2 sudu cili kering yg diblend+3 sudu sos cili+setengah sudu gula+air dlm 3/4 cawan. kacau dgn api sederhana sampai mendidih. angkat and serve. meletop nyahh =p

oleh kerana MK je makan nasik so semua lauk di atas aku tetap masak utk beliau :) dari kiri: sambal cili kicap wajib. yg ni mmg aku buat stok seminggu sbb dia mmg nak mkn tiap hari, ikan kembung asam pedas rebus lebihan sahur, sos cili cucuq udang td. kat bawah pulak sup bening bodo2 sayur sawi dan sotong masak kicap :')

last but not least syifa dania. my cousin's daughter. hehe comel je gamba yg maknye mms ni :) chinese look gitu. muahhh. raya nti kite jumpe ye sayang =D

Wednesday, August 25, 2010

ramadhan ke 14 iaitu semalam

dah hari ke-15 dah wei? rasa cepat pulak masa berlalu ek. tambah2 kalo ptg2 pas opis hour rasa lajuuu je masa berlalu. bila dah main masak2 kat dapo harus la tung tang tung tangg. sedar2 MK dah balek keje sambil bawak air kelapa fresh pd jam hampir 7pm bersama kuih sampan peberet ku. pastu siap2 berbuka. i likeeee :')

oyya. semalam yours truly ni tak masak tau. ateee, xde bahan dah nak masak. so ended up pegi bazar ramadhan. 1st time la aku mkn makanan kat bazar utk berbuka. slalunye beli air klapa dgn kuih kuih aje. maka, semalam aku beli la nasi beriyani ayam sambal. MK lak nasi uruhara. kompom HURUhara aku tgk nasik dia. HAHA

nasiknya bukan main gedebak gedebuk banyak tau. dia ingat kami kaki lantak ke?? padahal aku makan tak sampai separuh pon nasik tu. pembazirannnnn :'( dah tu set aku rm6.50, MK punye hURUHARA plak RM7.50. dan rasanya? BIASA JE. ok pembaziran di situ. kalo aku beli nasi ayam harga rm3.50 pon sama je kot standard rasa dia. haih. ok lah at least tak basi dan bleh ditelan. emmm tp tetap tak puas hati ayam sambal dia MANIS? tak nangis betol la. haku nak yg podassss tau nyah

ok la kesimpulannya arini idup kembali normal sbb peti ais da penuh. soooo i nak masak. menu yg tercipta di kepala takat ini adalah SOTONG MSK KICAP utk MK, CUCUR UDANG utk aku hihi, SAMBAL IKAN BILIS PEDAS utk aku dan SUP SAYUR SAWI WITH TELUR utk BABY :')

so kena masak byk2 SAHUR karang panas kan aje. tak kuasa nyah nak masak lauk lain. mujurrrr suami ku tak cerewet. alhamdulillah. MK kata, 'nape tak masak byk2 satu periuk besar sup ni, tak payah masak 3,4 hari??' haish speechless meh aku dgr. aku pon xsanggup nak makan lauk berusia 3 hari. bleh plak dia cdg camtu. aku tau dia kesian kat bini dia kena masak sokmo. tp xpe la, dah aku rajen nak masak ok le tu. kang dlm pantang, pas anak keluar ko ingat senang nak masak?? so sementara free dan masih rajen bleh la masak. pahala pon bertambah2 :)

pada satu petang time aku masak2 kat dapo

ciare: u ni pandai tak masak nasi? nti time bini beranak kang camne laaaa agaknya. nasi tu masak la kat umah, u beli lauk je nanti
mk: pandai laaa. ingat suami u tak pandai kee.
ciare: yela i tau la u pndai masak maggi. tapi pandai masak nasik tak? haritu goreng telur pon hangit.
mk: ala nti i pandai2 la nak idop. u jgn la risau. hehe

emm bleh pcaya ke mamat ni? riso aku dia makin kurus keding lak nti sbb mkn ntah hape2. apepon, moga semuanya baik2 belaka. amin

p/s: thanks to these recipes membuatkan traffic blogku mencanak naik bulan pose ni. nuff nuff pon makin menaik dgn kadar laju. alhamdulillah. rezeki baby :')

Ramadhan Tag

aku telah ditag oleh Mrs Ann :) rasa mcm byk je hutang TAG dgn korang. kalo ade yg belom langsai tlg ingatkan ye. bleh la buat time takdok kije ni. ehh bukan xde keje, tp time boring2. hehe. actually penah buat tag ni tp layan jelah. SELAMAT BERPUASA HARI KE-15 ye semua kawan2 blogger and readers :')

Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?
perempuan mengandung mmg HOT :')

Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?

Soalan 3: Cerita pasal gambar nih..?
rasanya start pakai wallpaper ni since masuk trimester ke-2 aritu. hehe. jgn tanya ni baby sape. aku main cilok je google image ;p motiff kaler ijau??? di manakah pink mu ciare?

Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?
sebulan yg lepas rasanya. aku mkn instant pizza sajooo. itu pon hangit gak. tp hangit2 pon sodappp. hikhik

Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?
xdgr apa2 lg pon. cuma ada psg zikir kat phone.

Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
wat keje yg super boring iaitu documentation

Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?
ntah. hehe

Soalan 8: Tag lagi 5 orang...
nur eimi
lisa
marinahunny
efa fairuz
juera

Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
Dorm~mate masa kat sekolah teknik. rindu la kat nur. huhu

Soalan 10: Katekan sesuatu pada orang no. 5...?
hai, slmat berpose ari ke 15 :)

Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?
mestilah hubungan sah dgn suaminya. eceh :p

Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?
Hye lisa ;) kalo beli kuih karipap beso dpn flat tu ingat i ye. teehee :p

Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
alaaa i bukan lesbo nak wat ayat2 cinta utk pempuan. cukup lah sekadar 'selamat menjalankan ibadah di bulan pose'

Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang tag anda (aku twist sket soklan ni. hehe)
1. Nama manjanya Ann.
2. kat FB dia pakai nama Farisha Zulaikha :)
3. Pregnant juga mcm saya. EDD dia this coming Dec. kan ann?
4. Dia suka masak dan pandai masak. suka tiru resepi dia. hikhik
5. Ann muda dari saya. hihi

Laksa Mee

Aku ade mengidam satu makanan ni. erm xtau la nak ckp ni mengidam sgt2 ke atau sekadar teringin. tapi telah ku khabarkan kpd my cousin yg berada di serawak yg aku kepingin bangat nak makan benda tu. tp menu ni xde kena mengena dgn serawak pon. hihi

nanti raya mujur laaaa dia balik sini. so dia bleh buat kan. syukurrrr. sbb aku nak yg dia masakkan. xnak yg org lain buat. gedik kan? oh, benda yg aku nak tu namanya LAKSA MEE. mesti korg ingat biasa2 je kan? tapi AWAS! ia bukan sejenis LAKSA. MEE pon tak berapa MEE sgt. hihi.

secara tepatnya ia adalah ala2 mee spaghetti bersama sup ketam :D haaaa sila lah bygkan. jgn meleleh air lioq sudaaaa. hikhik. tp mee tu bkn spaghetti betul2 tau. dia ala2 aje. honestly menu ni bleh didapati di area kampung aku aje. iaitu di kawasan pantai remis/damai laut/pangkor. lumut n manjung i tak pasti.

sbb mee yg ala2 spaghetti ni mmg spesel tau. belom di komersial kan lg mee ni. hanya terdapat di kedai2 runcit kat kg2 kami. buatan org kampung 100%. mee dia mcm spaghetti tapi spaghetti tu kering dan kena rebus kan? haaa mee ni dia basah mcm mee kuning tp dia tak kuning mcm mee kuning dan tak rasa mcm mee kuning. dia basah tapi rasa dia ala2 spaghetti. so just celur je. rasa dia maybe lari sket la dr rasa spaghetti tu. sipi2 je kot. hihi

kuah dia pulak adalah sup ketam. bleh jgk pakai seafood yg lain tp sup ketam yg fresh dari laut paling sedap dan manissss aje sup nya. of kos la pakai ketam yg pak sdara i takngkap ;) lepas tu bahan2 sampingannya adalah sambal tumis udang kecik (make sure fresh dr laut jugak) yg pedas, kacang pnjg celur potong kecik2, lobak masin, n ape2 je lah ko nak. hihi.

Haa so korg bleh bayangkan tak??? sila la bayangkan sbb LAKSA MEE ini sgt sedap holiowww. but make sure semua bhn fresh dari laut.kalo tak fresh, rasanya pon ke laut jugak la jawabnya :'D nanti aku akan cuba usahakan tgkap gambo LAKSA MEE tu camana ek. hihi. tp kalo da teringin sgt maybe xsempat snap picture kot. lalalalala ~~~

p/s: scheduled entry ni

Tuesday, August 24, 2010

standard la upload gambo berbuka kan? xde modal dah ni. HAHAHA

Assalamualaikum kawan2 semua =) arini Ramadhan ke berapa dah? 14 ek? huhu. sorry saye sgt tidak alert nak mengira hari puasa ni. yg saya tau Jumaat ni selangor cuti. YIPPIEEEE =D eh apesal bersaya2 ni? PANGGGGG...hikhik

So menu bodo2 semalam yg sempat aku masak adalah, ikan bawal goreng kecik garing2 sedaaappp wooo, ikan tongkol msk kicap (ni lauk sahur smlm aku panaskan balek), sambal kicap pedas wajib utk MK, ikan bawal sweet sour daaan sup sayur favvy MK. mamat ni antu sup wooo. dia kata masak sup hari2 pon bleh. tp aku yg tak lalu nak mkn sup hari2. buhsan nyah. huhu.

last but not least kuih wajib yg MK beli kt PARAM. so far, sedap dan tidak mengecewakan. hihi. kalo sedapp mcm ni, baru la besttt nak beli2. takat ni we all baru beli kuih sampan ni dgn samosa je. oh x lupa dgn murtabak. dan semuanya sedap. tp mcm takot nak beli kuih lain takot x sedap. bila x sedap mula la nak menyumpah. bila da menyumpah kompom kurang pahala pose. maka, xyah la beli. hehe. dan jgk 1 lg yg wajib dibeli hari2 adalah air kelapa FRESH. pakcik tu kupas buah klapa muda tu depan mata ko lg. sebijik RM4. bleh la kot :') tp smlm MK xsempat beli sbb sold out. woo woo nangis T_T

so sahur td uols bgn x? weols hampir xsahur tau. bgn2 dah 530am. smpat pnskan nasik dgn sup sayur laju2. pastu ngap ngap ngappp. sbb aku rasa aku tak mampu pose kalo tak sahur. nak nak ade si kecik ni. xkan aku nak biarkan dia kelaparan. tp mcm xsyok kalo terus decide xnak pose kan, so dah alang2 bukak mata tu, aku telan2kan jugak nasik depan mata. i xbleh xmkn nasik. ni la melayu pure namanya :'D hikhik.

erm ok lah uols, selamat menjalankan ibadah puasa ye. jgn ngumpat2, jgn marah2, jgn dendam2....utk bulan ni, suci2kan lah hati tu ye. ni nasihat utk diri sendiri jgk.

p/s: peti ais da kosong ni. plus, arini ade meeting kt client site KL nun. hope it will not take for the whole day. jwbnye arini TERpaksa tapau laa kt PARAM. uuu seramnye nak tapau. takot tak sedap dan takot perot tak dpt terima. hmm, xpelah, jgn CIRBIR sudaaahhhhh.

Hospital Checklist

Ok kawan2. jika sebelum ni kita ada checklist brg2 baby, harini kita tgk checklist brg2 mama and baby utk dibawak ke hospital. hmm, bulan ke7 menjelang tiba, maka aku kena prepare la semua ni dlm kete kan? incase baby nak keluar cpt. baby, baby, xpayah la kuar cepat ye. baby kuar bila da 9 bln 10 hari ye :) hehe

* Untuk Ibu *
Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
Kad Pengenalan
Telefon Bimbit
Baju/Blouses 5
Stokin 2
Kain Batik 3
Baju/Seluar Dalam 5
Skaf Kepala/Ki 2 (motifff? tudung jela senang)
Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
Majalah/Buku (ade mood ke nak baca2 ni? huhu)
Tuala Mandi
Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek
Tuala Muka 1
Selipar 1
Kamera
Air/Minyak Selusuh (aku masih blur2 ni benda apa sbnrnya)
Minyak Angin
Air Zam Zam
Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
Termos Air Panas
Bag Plastik
Baju Sejuk (Sweater) 1
Sikat 1
Breast Pad 4
Nursing Bra 4
Tambahan: makeup (ni aku cipta sendiri. HAKHAK)

* Untuk Bayi *
Baby Diapers 6
Baju 3 psg
Minyak Telon 1
Baby Wipes/Wet Tissue
Tuala Mandi 1
Stokin/Sarung Tangan Bayi 4
Peralatan Mandi
Selimut/Bedung 3
Barut 5
Topi 1

brg baby mcm senang, tp brg2 mak tu mcm nak pergi bercuti ke mana je. haha. anyway, brg2 mak tu detail sgt. basic je cukup la :) apepon brg2 baby semua dah ada kecuali diapers je. oh ya! bag baby tak beli lg. letak dlm bag plastik je aci x? rimas la tgk bakul2 mcm nak pegi picnic tu. huhu

resepi: ayam kukus/setim :)


resepinya sgt mudah uols. mudah means MUDAH. tak ada yg complicated langsung nak buat menu ni. unless ko xde periuk pengukus tu mmg complicated la jawabnya ;)

Bahan2:
Ayam (sukati la byk mana) dicuci bersih. xyah potong kicik2. wat je segedabak beso tu
* Halia 2 inci 
* Bwg putih 4 ulas
1 sudu garam

Cara2nya:
- tumbuk bahan2 bertanda * dan gaulkan dgn ayam. perap la kejap dlm sejam tp aku perap 15 menet aje.
- panaskan periuk pengukus. bila da panas airnya, kukus la ayam tu lebih kurang 45 min atau sampai masak

Bau dia semerbak uolsss. hehe. pastu hiaskan la dgn timun, tomato dan salad. cadangan: wat la sup tulang ayam and sambal kicap supaya lebih berselera nak mkn. nak lg selera, wat la nasi ayam. tp aku mkn dgn ns putih panas2 sajeee :') sodappppp gak. hikhik

Monday, August 23, 2010

on my besday: choc cheese cake :)

22082010. During my besday. cewah ;) anyway xde celebration ape2 pon. cuma aku request cake yg aku nak. tu je. of kos la kena ikot tekak mak buyong kan. kang kalu suh MK beli mau laaa perisa apa dia pilih. oh tidak, i rela cake tak surprise sbb nak ikot tekak sendiri. wakakaka :D

dannnn, harus la secret recipe kannn ;) wink wink. berjoget lambak anak aku kt dalam ni dpt mkn kek idaman ;) xde la idaman sgt tp rasanya mmg ikot anak tekak aku la. perisa choc campur cheese. hikhik

tapi kesian kat my darling sbb dia penin nyahhh lepas mkn kek ni. maybe tak tahan campuran cheese dgn choc kot. oh, adakah aku bini yg selfish??? ish mn ade jual ikan (sell fish), setahun sekali maaaaa. hehe. tp xpe, aku dah tlg picit2 pala dia yg ponin tu. acik ni bini yg baekkkk tau. HAHAHA

yumm yummmm, ade lg 1/4 kek dlm peti ais tu. tak saba aku nak telan2 bukak pose karang. HIKHIK. eh tp bukan aku mkn kesemua 3/4 tau. sbb lebih separuh kek ni bawak pegi umah adik ipar on my besday. kami iftar di sana :) ada KAMBING YOUUUU. ish syiok abes :') rezeki rezeki. hihi.

eh rasa tak sesabor pulak nak blk mkn kek :p

p/s: eh aku janji nak bg resepi ek? tetiba entry kek lak keluar. hihi. sabo ye. resepi bg besok je lah ye :)
p/s lagik: menu berbuka harini adalah ikan bawal sweet sour dan sup sayur kegemaran suamiku =p

iftar yg ke . . . .


harap aku tak menyesal upload gamba makanan kat sni. HOHO. kang sendiri upload sendiri terlioq. susah maaaa :') apepon tak ingat la ini iftar hari ke berapa ntah. minggu lepas la yg pastinya. eventho aku MC sampai 3 hari, dapoq kena berasap jgk kan. tambah2 baru ade diserang cirbir, so agak trauma nak beli juadah kt luar. xnak laa cirbir lg. huhu

so gambar di atas, aku buat donat-garing-agak-hitam-rupanya-hehe, ayam setim/kukus (nak resepi x?), sup tulang ayam, sambal kicapnya serta kuih sampan (tepung pelita) yg dibeli oleh MK. takat ni kuih sampan ni mmg tak mengecewakan. hampir tiap ari gak MK beli. hehe.

ok next entry adalah resepi ayam setim/kukus. sgt wangi uolsss ayam ni. curlasss ok. MK dah kemaruk suh masak lg. tp mcm da boring lak asik mkn ayam sokmo. on saturday, aku msk ayam ala2 kenny rogers and mashed potato. licin tauuu. masak sekor lak tu. tapi bkn we all berdua, my cousins ade dtg bbuka sama2. hehe :')

see you on next entry :)

Sunday, August 22, 2010

happy birthday to me :)


Maka hari ini, genap lah 26 tahun umur si empunya blog ini. alhamdulillah kerana Allah masih memberi nafas pada saya. syukur tak terhingga. thanks kpd semua yg wish besday saye tak kisah la thru sms, call, fb etc :) woo woo terharu laaaa mom to be ni. hihi.

terima kasih jg kerana mendoakan yg baik2 utk saya. moga Allah memperkenankan doa2 itu. dan semoga Allah membalas yg baik2 juga utk anda sekalian.

Terima Kasih :)

edited on 8:52am 23/08/2010
------------------------------
to my dear friend, zamdafilla, congratulation sbb telah selamat melahirkan sorg bayi lelaki. 2.66kg. mesti comel mcm ibu ayah dia ni :') hrp2 smpat visit zam b4 dia blk kg. anyway, zam beranak smlm, mean, besday anak dia sama dgn besday guweeee..yippe!!! hakhak.

love;

Thursday, August 19, 2010

syurga di telapak kaki suami :')

bila perot dah makin ke depan, maka byk lah kekangan utk berbuat apa2. 2 mggu lepas, aku berusaha utk potong kuku kaki sendiri. bajet macho la konon2 sampai kan. potong punye potong zasssSssSSss....senget youuuu. dan menyebabkan kuku ibu jari ku cekam T___T sampai skrg ade lg sikit cekam tu. huhu. buruk beno ghupe kaki ini. puiiiii :n

oleh yg demikian, mulai saat ini, semua pergerakan2 atlit memerlukan bantuan suami soleh. maka terjadilah scene di bawah. huhu. rupanya bila membawa perot gini, keje2 menunduk mmg fail ok.

sila laaaah abaikan rumah berselerak kami ;p
hah korg2 yg nak kawen tu, make sure bakal suami uols rela hadap kaki korg tu. nak cantek2 buat la pedicure, sedap sket mata memandang. jgn jd cam aku, bg laki hadap kaki bercekam T__T sian MK ;p apepon, itu la suami soleh. bila lg nak tolong bini and manja2 kan bini ;)

oh ya! MK ade ajak aku pegi manicure pedicure. sbb aku ckp susah nak potong kuku kaki. tp dah kaki bercekam gini segan mak nak huluq kt pekerja pedicure tu. kahkah. pengsan!! soo, sementara nk tggu cekam baik, MK sayang bucuk masyam kena la tlg potongkan ye. i love you MK :) baby pon love papa jugak kan??? wink wink ;)

p/s: ini jugak scheduled entry. slmt bbuka uols :D

dugaan...ramadhan oh ramadhan!!

Salam semua :)

memula nak ckp aku agak tak puas hati dgn diri sendiri sbb asik tak sihat aje. nak nak pulak time Ramadhan ni kesihatan jatuh merudum. padahal sebelum2 ni ok. cuma trimester pertama tu je dulu yg terseksa sket tp lepas tu dah ok. ni pulak, dlm smggu dekat 3x aku g klinik. dah rasa malu nak jumpe doc. uuuu. tapi mujur laaa doc paham.

so sakit terbaru aku adalah demam selsema dan batuk. mcm sakit biasa je kan? taaapiiiii....utk org pregnant sgt2 laaa x elok. nasib baik ini 1st time demam ms pregnant. so doc xde la marah. cuma dia kata kalo bleh sila laaaa elak2 demam selsema ni. sbb x elok utk baby. maybe takot baby jangkit kot. huuuuu. sian baby. baby jgn sakit tau, biar mama sorg je sakit :'( tp tu laaa, camne nak elak penyakit ni kan...cuma bleh berhati2 jelah

maka doc pon bg aku ubat ber-dose rendah yg sesuai utk ibu hamil dan 2 hari MC! wuaaah kalo time tak pregnant, susah wooo mau dpt mc byk hari kecuali ko da teruk sgt. tp time preggy ni doc kata pempuan ngandung lambat recover, sbb antibodi lemah. so menjawab ah aku dgn bos mc sampai jumaat sbb br mlm td g klinik. psttt, arini kira EL sbb aku lemaah sgt2. nak pegi klinik sorg2 amatla xlarat. so tgu MK blk keje. soooo, 1 hari la terbaring. tp puasa ttp pose :)

pelik jgk demam kali ni sbb aku panas dlm. kalo rasa kt kulit badan ni rasa sejuk aje. skali check temp tinggi wo0o0. tokojut doc. uuuu jgn laaa tggi sgt suhu badan ni. takot effect baby. KORG DOAKAN SAYA CPT SEMBUH YE :'( uuuu uuu rasa nak nanges je jd lemah mcm ni T____T

p/s: arini doc xbg puasa. dia suh mkn ubat ikot time spaya cpt sembuh. wuaaaa tensi! hrp2 besok bleh puasa mcm bese. JAIS jgn tgkap saya time mkn nasik tghr kang. hehe :p
p/s lagik: scheduled entry. ni taip pas sahur. teman MK sahur and time to take medicine :((

Wednesday, August 18, 2010

Eyeliner Mary Kay =)

merujuk ENTRY INI, maka akhirnya aku telah merasmikan Mary Kay Eyeliner ini. hehe lalalalala ~~~ syiokkk abessss :')

ok fine i know hidung i besoooo. woo woo sila lah abaikan apa2 yg patot. fokus tang eyeliner kat mata je okaay. hikhik. amacam?? mengancam x? :')

p/s: ini scheduled entry.

masak simple je. korang takkan terliur punya =p

huhu nak upload jgk gamba mknn berbuka puasa eventho tak seberapa je menu nyee. ateee, masak sendiri. skrg ni masak sgt la terhegeh2. dlm 2 jam lebih ni je yg smpat masak. tu pon kuih samosa tu beli. aku kempunan nak kuih sampan (org kg aku pgil kuih sampan. org bandar panggil tepung pelita kot.) tapi da abes. so MK ganti dgn samosa ni. layan jelah. not bad rasanya.

menu aku buat, nasik goreng sempoi, ayam masak kicap and ikan kembung msk asam tumis (blasah je nama ni tp aku suke sgt. rasa masam2 pedas). tp oleh kerana aku x brapa sihat sbb diserang selsema terlampau dan sakit tekak terlampau, jadi agak tak selera nak mkn. ish tak best btol bila tak sihat. dugaan bulan ramadhan ssguh T___T


Malam nye pulak tetiba teringin nak burger and coleslaw (camni ke eja???). oleh kerana bhn2 mcm semua ado so masak sendiri lah.

ni burger sempoiiiii. letak cheese and bwg je. timun takdak. pastu coleslaw pon bengong2 je. agak masam sbb lebih lemon. carrot pon takdak tu pasai putih melepak. takpelah, janji layaaaannnn :)

p/s: ini scheduled entry. aku ni mcm btol2 weak dah ni. ntah keja ntah tidak ni besok. haih. malas betol nak g klinik lg amek mc. moga2 sihaaaattt dgn segera. baby pon kena sihat jgk tau. mama love you my baby =)

Tuesday, August 17, 2010

wishlist biskut raya :D

siap wishlist tuuuuuu! ape daaa :p anyway aku ade wat wishlist biskut raya ni. hehe. sape yg rasa ada tau biskut2 yg sedap sila laaaaah inform aku. tp aku xpcaya sgt yg online2 ni. kalo nak promote make sure you dah rasa and kompom sedap, atau gtau je nama kedai nye apa. nti kalo rajen bleh pegi. KALO rajen la kan. haha

1) almond london. naaak sgt2. tp rasanya mak ngah aku ada buat. tp kompom raya kang br dapat rasa. aku nak mkn la la ni jugak! hehe
2) tart nenas. kalo bleh nak yg gulung baru feel. pastu jemnye terasa masam manisnya. aummm ;p
3) biskut makmur..fuhhh terbaikkk..padahal nak buat senang gila biskut ni! tp aku dah start sakit pinggang. xbleh duduk lama. camne nak buek. kang kalo aku suh MK gentel mau beso tapak tangan biskut tu. wakakakaka :D
4) biskut mazola, perghh terbaik. lg byk kacang lagiii i like. yg ni pon senang nak buat. tp situasi i tak mengizinkan T___T

anyway taste biskut raya aku simple je. xnak yg pelik2. yg ala2 oat ke koko crunch ke, ugh i dont like. tak terasa ketradisional hari raya tu. cume almond london tu je yg paling cggih tekak aku bleh terima. yg lain tu aku tgk2 aje lah. selain tu aku jugak nak tau kat mana bleh dptkan kerepek2 di bawah

1) kerepek ubi pedas
2) jejari kentang PEDAS jgk. jgn cirit lg sudah. wakakaka
3) kerepek pisang original. nak yg rangup nipis dan lemak2 rasanya

haaa ok x? perlu ke aku google gambo dan letak sini? hehe. mau pengsan kang sape yg tgk. hihi. dgn aku2 kojol skali sbb kempunan nak mkn. hikhik.

KESIMPULANNYA, aku nak biskut2 ni segera sbbnya mmg dah tak tertahan2 rasanya nak makan skrg. sbb raya nanti mulut aku sebuk nak mentekedarah rendang ketupat nasi dagang semua. soooo biskut ni makan sendiri2 ala2 pre-raya. hehe. nti utk bwk blk kg aku hangkut je yg longgok 3 bekas rm10 tu.hahaha.gila keji!!! ^__^

p/s: takat ni da dpt oder almond n tart nenas tu. makmur n mazola xdapek lagiii..woowooo

checklist barang baby. sgt detail okkkk

Yang ni checklist utk baby je tauuuu. aku rasa rm5000 pon tak cukup kot kalo nak beli semua dlm checklist ni. HAHA. xpe lah, at least bleh dijadikan panduan. yg rasa tak cukup penting tu xyah beli pon xpe. ikot la kemampuan dan keinginan masing2. yg penting, berpada2 dgn jgn ikot org dan jgn membazir. aku letak list ni sbg panduan bakal2 ibu. doesnt mean yg aku nak beli semua ni. huhu.

Baby
1 Baju- Lengan Pendek 8 (baru ada 2)
2 Baju- Lengan Panjang 6 (baru ada 3)
3 Romper 2 (baru ada 3)
4 Seluar- Pendek 5 (baru ada 2)
5 Seluar- Panjang 8 (baru ada 2)
6 Sarung Tangan 10 psg (baru ada 2)
7 Sarung kaki 10 psg (baru ada 2)
8 Baby Bip 2 baby kena pakai ke benda ni?
9 Sapu Tangan 3 (done)
10 Barut 10 (baru ada 1)
11 Topi 2

Diapering
1 Napkin 1 pek (done. 12 pieces)
2 Lampin Pakai Buang 2 pek jenama apa elok?
3 Diaper Wipes 2 pek (done)
4 Safety Pin pin beso tu ke?
5 Changing Mat (done)
6 Nappy Liner apejadahnye benda ni?
7 Berus Lampin hah? berus lampin??
8 Baldi Untuk Napkin pakai jela baldi sedia ada :p
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi em perlu ke?

Baby Care & Grooming
1 Bedak Bayi jenama apa elok?
2 Losyen Bayi jenama apa elok?
3 Minyak Bayi (Baby Oil) jenama apa elok?
4 Tisu
5 Sikat org tua kata tak elok sikat rambut baby nti gigi jarang. hehe
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8 Nasal Aspirator (untuk selsema) kat mana mau cari?
9 Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital) baik takyah letak kalo hospital bg. hehe
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi) cemana ghupenya??
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine whatt???
15 Cotton Balls

Nursering
1 Selimut (dah ada 1)
2 Bedding set (done! imported from perak. pakai kekabu punya)
3 Play Pen / Katil Bayi
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear) baby GEAR??? mcm kereta pulak!!
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding
1 Botol saiz S 2 (baru ada 1)
2 Puting Botol Susu 2
3 Bottle Sterilizer ape jadahnye ni??
4 Berus Pembersih Botol (done)
5 Penyepit Botol
6 Sterilising Tablet ni benda apa lak ni? HUHUUU
7 Nipple Cream utk mak atau utk niple botol?
8 Nursing Pad Washable 2
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra
13 Termos

Travel
1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4 Infant Carrier

Bathing
1 Tuala (baru ada 2)
2 Besen Mandi
3 Syampu (done)
4 Sabun Mandi (done)
5 Span
6 Gayung

Extra
1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 Nursing Clothes / Wear

wuaaahhh banyaknyee persoalan dlm paha hotak aku ni!! sape yg rajen nak jawab yg FONT PURPLE tu dipersilakan ehh. i byk tak tau dr tau :'(

p/s: alhamdulillah. at least brg2 utk emergency dah ada :)

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha