Thursday, September 30, 2010

air selusuh vs air akar fatimah

Assalamuaalaikum. mari kita bukak topik n bincang2 pasal title di atas. especially pada sapa yg dah ada experience harap bleh bantu momtobe yg bercelaru fikiran ini.

setahu saya

  • air selusuh = air bacaan doa yg dibuat oleh ustaz/org2 tua/suami
  • air akar fatimah = air rendaman sejenis akar yg bentuk mcm bunga yg hanya bleh didapati di Tanah Suci Makkah
Peranan kedua2 air adalah sama iaitu menyenangkan proses bersalen. dan sudah tentu dgn keizinan Allah swt. tanpa keizinan Dia minum la bergelen2 pon tak jadi jugak kan?

Jadi apa pendapat uols? dan paling penting, bila masa nak minum air ni? dgr kata, some hospitals tak bg minum sebarang air ni. napa ye?

Wednesday, September 29, 2010

chat box tersorok

erm hampir 9 bulan aku menghilangkan chatbox dan jugak header bergambo pd blog ini gara2 fasa alahan terlampau awal2 pregnant dulu. rasa mcm emoooo je awal2 dulu. hakhak. tp header bergambo malas ah nak taruk balik. gini je pon ok kot.

maka last week aku da tambah semula chat box aku. tp maybe ada yg tak perasan kot. maka sila lihat gamba2 di bawah =)

untuk pergi ke ruangan chat, sila klik icon JOM CHAT! yg warna purple di sebelah hujung kanan ye. dia ala2 tersorok sket. nampak x nampak x?

tadaaa!! bila klik maka muncul la ruangan chat tersebut. oleh itu kalo ada sbrg soalan ke apa, xyah la email @message kat FB ek. susah2 korg je. tnya kat sini je. senang den nak baca n jawab. org lain pon bleh baca skali :)
gambar hiasan: 32 weeks. haih tak power langsung la camera phone ni. hukhuk. layan jelah
sekian

macam tak percaya eh

semalam aku takdok buat entry rupanya =p takde la busy sgt semalam. tapi sebab terlalu geram dgn kerenah2 client yg ntah apa2 langsung terbantut mak nak update blog.

harini tak perlu pegi jumpa client. YIPPIEEEE!! =D tp besok kena hadap balek muka2 mereka. SIGH! tapi tak apa. arini mau enjoy puas2 sbb company ada buat jamuan raya a.k.a openghaus raya. YEAYY!!! makan makan makan. tp takot lak kejadian muntah pas berbuka di PICC berulang kembali. harap2 tak (-__-")

as always, pasti akan ada menu LAMB. hikhik. dgr cerita lamb akan dimasak ala2 arab. tak sabarnyeeee nok makang ^_^
kakak, nampak sepender oreng lah. hikhik. senset nyahhh

tomeinyaaaa adik =D


ok la nti i update pasal jamuan raya opis k. now, kerja kerja kerja =)

Monday, September 27, 2010

tak payah DSLR pon tak apa gini

Sesungguhnya setelah hampir 3 tahun (kot) mempunyai camera sony cybershot yg tak seberapa tu, aku baru tau camnooo nak pakai betul2 menu autofocus tu. mcm sama standard dgn DSLR je hasilnya (perasan) walopon gamba ditangkap masa menggigil (sbb takot org kat nursery tu marah snap gambo) atau dgn hanya sebelah tgn sbb lg sebelah tgn sibuk membuat aksi payungkan mata sbb hari super duper panas.

So gamba2 di bawah ditangkap oleh saye sendiri di sebuah nursery berhampiran bukit jalil. bese lah encik MK mmg suke sokmo g sini. adeee je plan lanskap dia. sabau yo laaa. so layannnnn =)

p/s: gamba tidak diedit sbrg pencahayaan@effect. cuma edit size n letak watermark sajo.









open~haus

Ok tak perlu nak explain lebih2. semua org pon tau apa agenda yg pemes pas raya kan? harus la open~haus. sampai aku nak buat openhouse pon tak sempat sbb clash dgn org lain (alasan baik tp betul apa).

Maka, aktiviti hari sabtu adalah ke openhouse rumah muni and MK's friend. ada lg openhouse lain tp tak dpt la nak pegi semua. plus, pg tu ada aktiviti dgn saudara mara dr terengganu. so family first la kan.

with miss murni. taun depan bukan miss lg. hak hak =p
g rumah murni kerna mengidamkan mee karinya. dan hasilnya SEDAPPPP. kalo ade kerang aku lg pengsan kot. HAHA. tp MK pon ckp sedappp tau muni. tak pasal2 dia suh aku belajo masak mee kari. malas owh =p

MK kata muka dia mcm sunburn. perasan putih la tu. hihi
thanks muni sbb invite kitorg. sesungguhnya kenyang sampaiiii ke malam taw. tak tipu. malamnya pegi openhouse kat umah kwn MK tp kami jamah sikit2 aje. sekadar visit. kerna melantak secara over kt umah ko tau muni. hikhik

last but not least, our putera kecil :) masa checkup ni dalam 31 minggu. nampak x dlm gambo tu tulis XY BOY?? hihi. tp sumpah aku tak paham gambo tersebut. tak kisah la. janji baby sihattt. i love you baby!

takde mekap2 pon

Assalamualaikum semua. selamat hari isnin yg ceria ceria selaluuu. hehe. bese la arini isnin slalunye moody2 sket n agak 'lemau' nak bekerja kan. tapi tak apa, kita kuatkan semangat utk menempuhi monday blues yek. arini saya rasa sangat ceria. agak2 apa akan terjadi harini yek. sbb selalunya happy mood akan berakhir dgn sedih mood. utk kes aku la slalu jadik mcm ni. but I hope not today lah. hihi

antara perkara2 yg aku rasa syok adalah gaji akan masuk either today or tomorrow. bese la company swasta xde tarikh tetap masuk gaji. yg penting masuk n tak pernah la tak dapat. syukurr Ya Allah di atas rezeki ini. kalo dpt awal2 pon kompem aku da habeskan weekend aritu. so better lambat sikit la kan. abes pon lambat jgk. hihi

then, i'm waiting ting ting ting $$$$ from nuffnang =) hikhik. berapakah totalnya? bg aku agak byk jugak. walopon hasil kumpulan yg agak lama. tapi tak apa, berbaloi sbb xkuarkan modal setitik peluh atau sesen pon utk mendapatkan hasil selumayan itu. sapo nak bg duit free free kak oiiiii =D

i'm excited to enjoy next weekend bcoz we're going to shopping habis habisan utk baby n mama's stuffs. nak completekan semua brg pastu bleh kosongkan fikiran. mls nak fikir dah. plus, my current size adalah semakin besar dan pergerakan agak terhad. so sementara masih ada kudrat dan tenaga maka boleh la pegi shopping. baby suka g shopping x? ngeeeheheee ;p

as of today, aku ada 25 lg hari utk bekerja sblm maternity leave. i mean, tolak sabtu ahad la kan. hihi. bestnyaaa pastu bleh start maternity leave sampai laaaaa pertengahan januari next year. insyaAllah

oh ya! a reader; miss X sent an email to me. dia tanya aku mekap raya aritu macam mana? maybe sbb dia curious sbb aku da listkan senarai2 mekap yg KONONnya aku nak buat time raya kan. but hey, it was impossible after all. raya yg sibuk terkocoh2 pastu kuar pagi balek malam mcm mana nak menten mekap kan? berjalan sokmo ke seantero umah sedara. tak kira di perak or terengganu.

so, what i did was apply small amount of eyeshadow and thick eyeliner di mana selalunya messy sbb aku main blasah aje. ate, sedara dah ramai2 dlm 1 umah sampai berebut2 cermin maka, cemanaaa nak apply eyeliner elok2 kan? HAHAHA maka lihatlah hasilnya yg comot


pic 1. eyeliner gel from maybelline and baby pink eyeshadow from silky girl sajooo

pic 2. cewah konon galak abes la tu

pic 3. tuuuuuttt kantoi eyeliner senget. but who cares kan??? HAHAHA

sekian. to miss X, harap anda puas hati. pasal lipstick nude tu pulak kalo tak silap ianya adalah watershine maybelline code P11. bleh click menu MAKEUP di atas utk tgk entry psl lipstick. i penah buat dulu. sekian saja, terimas :)

p/s: a friend of mine yg dijangka bersalin 20/10 maybe akan bersalen around next week according to her gynae. whoaa mcm awal kan? adakah aku pon akan awal camni gak? uhuk uhuk


p/s lagik: congratulations kpd deena dan suami kerna prince charming mereka telah selamat dilahirkan. another hero. byk sgguh la heroes taun ni ek? =)

 

Friday, September 24, 2010

stadium yg runtuh kat terengganu tu....

jalan jalan isi perot kat umah sedara mara jelah kerja kami anak beranak (?? anak dlm perot kira anak beranak jugak la kan. aci kannn? tp takda sapa bg anak saya duit raya pon!! haha. over pulak maknye) masa kat terengganu.



time ni nak g beraya kat umah pak sedara area pulau duyong tak silap. kalo salah jgn marah ye. saya tak simpan betol2 dlm memori ingatan. cuma pegi ingat nak makaaan aje. tp bila sampai makan sikit pulak. seeh la perot ni. haaa sapa tak paham maksud seeh wat2 paham la ye. sila google kamus terengganu. hikhik. gamba pelakon extra di atas bukan anak beranak saya. tapi anak adik ipar saya. anak saya posing jugak dlm perot tp anda tak nampak tanpa mesin ultrasound. i'm very sure my putera kecil is doing the peace symbol with his cute fingers. hahaha



oh ini la yg aku nak cerita sebenarnya. stadium kontroversi yg runtuh di terengganu tu. i tot it's somewhere in KT tp rupanya bukan. ia berdekatan dgn airport...ke? eh eh aku plak da tlupa. hihi. apapon, rupanya serius jgk ek part yg runtuh tu. ingatkan sikit2 and minor aje. rupanya bleh tahan gak kerosakananya. mcm 50% atau lebih aje damage tu. mcm tak berbaloi nak renovate. baik buat stadium baru sekadar pendapat rakyat :)

beraya bersama aus ukail :')

Eh mcm sikit je cerita pasal raya ek. tak bleh jadik nih. hahaha. ateee, xde apapon nak cerita. semua pon cerita pasal makan makan makan. gambo takdak. so tak best. layan kan jelah. apa aku merepek ni haaaa???


gambar pertama: percubaan kali ke lapanplohempat berjaya lepas aku pujuk MK pegang baby bernama aus ukail ni. tembam seh. adakah anakku kan tembam gini? mcm ada potensi je =p hahaha. tu la muka MK masa pegang baby. yg lawaknya once dia dah pegang baby, memang keras kejunglah tak bgerak2. dia takotttt. hahahaha. saje aku nak dera dia bg experience sket =)

gambar kedua: aus ukail yg lena di pangkuan ayah long. hoh lena la sgt yeee. empuk ke uncle ko tu aus oit?? hihi. mcm tak berapa empukkk je maklong tgk. teeheee...larikkkkkk ;n

gambar ketiga: mimik muka MK yg tak tertahan dan bg alasan nak berak semata2 nak lepaskan diri dari aus. ciannn baby tau. baru nak manja2 dgn uncle ;)

sekian saja cerita tentang MK, aus ukail dan sofa merah. eh tetiba ;p

tentative program

kul 9-11 pm: berganding bahu dgn MK mengemas umah sebab ada org nak dtg. usually kami kemas umah jumaat malam sabtu or sabtu malam ahad. seminggu skali msti ngemas umah sama2 tp mesti buat kalo besoknye cuti. tp sebab ada sedara dr tgranu nak sampai malam td so pulun larr ngemas.

11.30 pm: aku da tertido tp dlm keadaan tak ready

1.30 am: phone MK bbunyi sebelah telinga aku boleh?? tuan diaa syiokk je tido. cara dia tido pon mcm pengsan dan tak bersedia. bunyi phone kali ke 3 baru aku paksa dia jawab. sedara dia da sampai area mana tah. tersesat2. pastu paksa jgk sedara dia cari bukit jalil. dekat sket we all nak cari.

2 am: sedara da sampai kat stadium bukit jalil. so we all bersiap2 la dlm keadaan mamai nak pegi mencari dorg. taknak aku tggl umah sorg2! huhu

2.30 am: bjaya cari dorg dan balek umah. sempat bancuh teh 0 panas utk tetamu. pastu aku masuk bilik terus tido. tak larat sgt nak sembang2 dgn isteri sepupu MK tu

3 am: mata terkebil2. cuba utk tido. MK dgn sepupu dia sebuk borak. MK xpe la dia cuti arini

5.30 am: aduhhh, putera kecil saya sudah bangun! hukhuk. mcm2 movement pelik2 dia buat. aku rasa mcm dia dah mula menggaru2 atau bermain2 dgn jari dia. rasa geli2 pinggang aku. pastu dia suka sgt kalo aku telentang tapiii telentang itu menyakitkan belakang aku. bila mengiring, dia tak suka dan mcm memberontak. hepp! kecik2 dah pandai tunjuk perasaan. hokhok. xsedar bila tertido balek

6.50 am: MK gerak aku smyg subuh. dah nak cerah pon hari. punyalah rasa enak tido tp bape menet la sangat

7.30 am: MK kuar g beli sarapan. aku baru hegeh2 nak mandi.

8 am: aku paksa MK hantar aku g keje. hihi. eh mana ada paksa. dia rela je. hikhik

oleh itu, skrg saya sangat mengantuk dan sakit2 badan. bila sebut sakit2 badan ni bahaya. maklum lahh malam jumaat malam td. padahal org tak tahu camana putera kecilku bersilat malam td. haih.

tak sabar nak tggu lunch time kerna daku mahu tidooooo.

Thursday, September 23, 2010

tarak bahan maaa

bahan bahannya adalah seguni tepung gandum dan patbelas dozen telur itik. gaul gaul sampai berpinar bijik mata pastu sukati lah nak masak macam mana. i tak kesah. hihi. ehh, bahan bahan apokobondonyo pulak neehhhaaaa. ini bukan entri resepi ye, excuse me =p

ini bakal jadi entry merepek. sbb mmg takdak idea nak tulih psl apa. sbb sekarang aku senang skali bercerita pasal pregnancy pregnancy dan pregnancy kuasa seribu dolar sbb saya sukaaa bicara tentang pregnancy. buat hati senang. hihi. tapi i know, ada pihak sudah mengembek keboringan agaknya baca pasal pregnancy aku ni. kalo tak suka tak payah la baca. apa susah. blog aku bukannya byk fakta pon. auta adaaa. hihi. baik pegi baca utusan.com.my atau baca komik online manga tu, lg sedap.

aku jugak tak paham bila dikatakan sombong sbb taknak follow balek blog dia atau tak jengah blog dia. huuu aku tau sikap aku buruk. jarang aku nak terjah blk blogger yg komen2 kat blog aku. tp nak wat camana, tiada syarat dan sebarang AKTA dlm blogging pon menyatakan kita wajib visit blogger lain yg jengah blog kita BUKAN??? maka saya tak salah di sisi undang2. huhu. at least, aku rajen jgk nak jwb komen satu demi satu, cuma lambat aja kdg2 =) tp tak apalah, mungkin mereka tak paham konsep berblog kot.

ada satu hari saya dapat panggilan telefon dari seorg kawan lama tetiba tukar topik. layan jelaa ek

kawan lama: bla bla bla...wuaaaa dgr cite ko da kawen ek? dah pregnant ye??
aku: ha'ah. sori la xjemput ko sbb xde no fon ko.
kawan lama: oo xpe. ko save la nombor ni nanti.
aku: ok
kawan lama: eh ko kawen dgn org lain ek? XXX cite ko tak kawen dgn pakwe ko yang ensem dulu tu. eh aku penah ada pakwe ensem ke?
aku: errkkk speechless aku. dah la MK ada kt umah ms tu
kawan lama: apesal ko tak kawen dgn pakwe ensem ko tu? tak pon mesti laki ko lg kaya ek? dia tak teka pon laki i ensem. MK hensem tawwwww. HAHAHA. kecik ati mak
aku: xde lah eiiiii dalam hati ni marahnyeee akuuuu......!! apa kena mengena hensem ke kaya ke dlm konteks ini. kesimpulannya aku tak penah ada pakwe kaya ke atau ensem ke.

yang penting perlu ke nak bangkitkan kisah2 lama pastu tanya tanpa rasa bersalah dan mcm excited pulak dia. aku dah selamat kawen pon. siap pregnant lagi. bg aku soalan ini dah tak relevant dlm hidup aku tau. tak kisah la dia nak tanya psl ex-bf aku yg mana satu rasanya aku ada 4 ex-bf ke 5 ek?? hahahaha nampak beno player pastu asik sebut pakwe ensem pakwe ensem. annoyinggg!!! suami saya paling hensem kiut miut come lote lah!!! nak kena lempang??? ops emosi lak

apepon MK tak kisahnye kalo terbaca entry ni. dia sporting sgt. love you MK!! hikhik. bese la, bak kata MK dia pon ada jugak masa lampau dgn ex ex ex ex dia amboi lebih byk nampak?? haha. tapi semua tu masa lampau. sudah tak relevant lg dgn masa dan saat ini. yg penting sekarang saya ada MK dan putera kecil kami yg sudah 32 minggu di dalam. baby, mama n papa sayanngggg baby sgt. membesar dgn baik dan sihat2 selalu yeee. baby jgn buat false alarm ek, agak2 nak kuar tu, pecah je air ketuban, senang mama trus g hospital =)

tuka topik lagi

aritu masa g hospital, nurse tu cakap "nanti bila rasa sakit bersalen awak trus pegi dewan bersalin ye". aku balas "OK. tapi sakit bersalin tu mcm mana?" hehe sengih2 aje nurse tu. naseb dia sengih kalo dia marah i, mau nangis i kat situ jugak. eh over =p so nurse tu ckp la antaranya pecah air ketuban, contraction yg kerap mcm 15 minit sekali atau lebih kerap, keluar darah..haa mcm tu la :)

tuka topik lagi

oh saya mau ucapkan terima kasih kpd readers yg hantar message di FB mintak saya approvekan mereka jd friend :) TQ ek sbb gtau. bukan apa, at least saya tahu dia kawan melalui blog. sooo kalo ada sapa2 readers yg belom diaccept requestnya, saya bukan tak mau, tp kdg2 tu org kat FB saja2 nak add as friend sbb nak ramaikan kawan tp last2 xde buat apa2 pon. so mcm tak friend pon. wat apa add kan? =p adalah ramai lg friend request yg pending sbb saya tak kenal dan takda mutual friend. so sorry....

tuka topik lagi

pada siapa yg tak berminat dan boring dgn penulisan blog ini pula, tak payah la teruskan membaca. apa masalah anda ek? tak suka tapi masih baca? ada masalah di hati ke apa? haih

rakan2 yg dtg beraya ahad lepas. dtg secara mengejut sampai tuan umah pakai baju biru tudung hijau apa kes?? haha. apepon thanks to bunge n sanny n syasya yg sudi dtg :)

tuka topik lagi

ok lah, masih mood raya ni sambil mengunyah kuih raya yg opismate bawak =p

p/s: tak berniat lgsg nak buat entry yg panjang. hmm, bila buat entri terus tak sedar diri dan perasan ala2 journalist ke apa. hihi

checklist barang baby *updated*


aku letak list ni sbg panduan bakal2 ibu. doesnt mean yg aku nak beli semua ni. bleh dijadikan panduan n rujukan utk semua ye **list ini akan diupdate dari masa ke semasa sbb aku ni sokmo lupa nak beli apa. sampai kedai lupa, sampai kedai lupa. padahal byk kali kott da print. haih. so kalo tgk n update byk kali senang ingat kot. hihi =p**

Baby
1 Baju- Lengan Pendek & Seluar Pendek (baru ada 2)
2 Baju- Lengan Panjang & Seluar Panjang (baru ada 5)
3 Romper (baru ada 3)
4 Sarung Tangan 10 psg (baru ada 2)
5 Sarung kaki 10 psg (baru ada 2)
6 Baby Bip 2
7 Sapu Tangan 3 (done)
8 Barut 10 (done)
9 Topi 2
org kata baju jgn beli byk2 sbb nanti org akan bg adiah byk. tp aku mcm balek perak terus so xsempat kot dpt adiah. hehe. maka baik beli byk2 sbb nanti MK pon balek tiap weekends aje. xsempat nak shopping baju kang bogel putera kecil i =p

Diapering
1 Napkin 1 pek (done. 12 pieces)
2 Lampin Pakai Buang 2 pek
3 Diaper Wipes 2 pek (done)
4 Safety Pin 
5 Changing Mat (done)
6 Nappy Liner 
7 Berus Lampin 
8 Baldi Untuk Napkin 
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

Baby Care & Grooming
1 Bedak Bayi 
2 Losyen Bayi  
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu
5 Sikat 
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8 Nasal Aspirator (untuk selsema) 
9 Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital) 
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi) 
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine 
15 Cotton Balls

Nursering
1 Selimut (br ada 1)
2 Bedding set (done! pakai kekabu punya)
3 Play Pen / Katil Bayi
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear) 
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding
1 Botol saiz S 2 (baru ada 1)
2 Puting Botol Susu 2
3 Bottle Sterilizer 
4 Berus Pembersih Botol (done)
5 Penyepit Botol
6 Sterilising Tablet 
7 Nipple Cream 
8 Nursing Pad Washable 2
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra (done)
13 Termos

Travel
1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4 Infant Carrier

Bathing
1 Tuala (baru ada 2)
2 Besen Mandi
3 Syampu (done)
4 Sabun Mandi (done)
5 Span
6 Gayung

Extra
1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 Nursing Clothes / Wear

wuaaahhh banyaknyee lg belom beli!! dah masuk 8 bulan ni. uhuk uhuk. cpt laaa gaji i nak shopping completekan brg2 baby ni...hu hu

Wednesday, September 22, 2010

perihal bersalin nanti

rasanya sudah masanya utk memikirkan secara terperinci mengenai hal hal bersalin yg dijangka akan berlaku 57 hari lagi, InsyaAllah. antara hal2 yg perlu dititikberatkan:

  1. utk yg bekerja, bleh plan bila nak mula cuti bersalin. tambah2 dah nak hujung taun ni so i'm planning to finish up my annual leave. sbb hanya boleh forward 6 hari je. so balance tu kena abeskan. maka bleh cuti awal smggu dr EDD. dijangka nak bercuti mula 4th Nov.
  2. peneman pada detik2 nak bersalin. of kos la husband kan. but suami kan bekerja di siang hari. adalah manis kalo ada peneman extra di rumah time menunggu detik2 kegemilangan mengeluarkan putera kecil saya. harap dapat mengkidnap mak all the way from Ipoh pd 5th Nov nanti. masa tu cuti deepavali tak silap. mak tak sihat, tp bkn nak suh mak wat keje pon, nak mak teman i bcakap2 je. utk ilangkan nebes, perhaps.
  3. hospital bag. dah siap dah since raya aritu. combine aje brg baby and mama dlm 1 bagpack ala2 nak camping tu. hihi. mls la nak bakul2 raga2 ni
  4. barang2 berpantang mcm tungku dan sebagainya. sudah settle dan tersedia di kampung.
  5. to complete shopping brg2 baby. yup, theres a lot of stuffs yg belom dibeli. kena setel before end of oct nampaknya.
  6. tentative masa bersalin nanti: sebaik saja discharge dari ward bersalin, kami akan balik berpantang di Perak. tak tau la korg sempat melawat i ke x. cewah mcm ramai je nak visit i. bdget pemes la tu =p yg penting korg kena doakan saya dan putera kecil selamat ye. semoga dipermudahkan olehNYA proses2 bersalin nanti.
  7. erm what did i missed ek? yg penting skrg sudah menghangkot ke hulu ke hilir buku checkup ke mana2 saja. bag hospital tu tunggu mggu ke 36 la br letak dlm kete. hihi.
itu je kot. ada sapa2 nak tambah apa2?

ragam mereka

bese lah buah hati kami ni. sape lg? mesti la Nurkhayra Batrisyia dan adiknya NurKhairin Zahira ni. hikhik. dah lamaaaa xjumpa dorg. rasanya last jumpa bln 5. lama la tu kan. raya bln 9. mau nangis aku kalo tak jumpe time raya. Maka cerialah hari raya di Perak dgn jerit pekik minah dua org ni. hihi.

aku xsnap gambo dorg byk pon. atee, ssh nak pose n dok diam. dlm FB ade sikit2. pegi la terjah. gamba2 di bawah ditangkap di tanah perkuburan Islam Allahyarham ayahanda aku di Parit, Perak. ateee, ade org Parit ke kat sini? meh meh kita bkenalan. cewah =p

kyrin @ k-in yg comel. mata bolat. nampak ayu tp ganas sebenarnya. kalo gadoh dgn kakak dia, kompom dia menang. kompom kakak dia yg melalak akhirnya. hihi. tp dia pandai pujuk kakak dia. kadang2 bila kakak dia nangis dia bg la apa yg kakak dia nak. so sweet =D

apesal kyra da mcm molot angelina jolie aku tgk? very the sexy nyahhh =p ni tgh menahan panas sebenarnya. tomei la kakak ni. tapi manja Ya Allahhhh. bese la cucu sulong, cicit sulong semuanya sulong lah. tu manja sakan tu. haih laaa. but still, maksu cyg n rindu kakak n adik =D

last but not least, posing dgn makteh. manja sgguh la dia dgn makteh ni. huhu. aku yg makshu ni dia dah ingat2 lupa. atee, dah lam tak jumpa kan.
well, raya ni korg bleh laaaa nak menagih manjaa dgn semua org. tapi next yearrrrrrrrrrr no way ok. aku akan pastikan putera kecil i take over korg punya takhta. hakhakhak. tgk la nanti. hihi.

Tuesday, September 21, 2010

operate apa sebenarnya minah ni?

wuahh sesungguhnya entry semalam mmg membuatkan korg terkejut ek? at least i know ramai yg prihatin dgn i. terima kasih semua. kalo aku gtau aku masuk wad mana semalam kompem ramai dtg visit ek? hihi. EH tak laaa. mana ada aku masuk wad pon. operate kat klinik yg bese i pegi checkup tu aje. kateee minor surgery kan? so sap sap soi 10 minit dah siap. but still, SAKETTTT :((

kalo sape yg perasan aritu aku ade gtau kaki aku saket kan. mula2 mcm dah baik. tp pas raya menjadi2 pulak sakitnya. maybe faktor pemakanan jgk membuatkan ia bertambah teruk T__T nangess.

kesimpulannya minor surgery semalam adalah proses2 pembuangan nanah, darah beku, kulit mati dan kuku mati pada cekam kuku ibu jari kiriku akibat kecuaian aku memotong kuku terlalu pendek. so skrg, tukang potong kuku harus la MK kan. tp aku mcm kurang percaya la dia potong. hihi ;p

Makanya semalam, aku pon pergi la menyerah diri pada doctor. buat la apa u nak doktor. eceh ;p sesungguhnyaaaa jadi doktor mmg kena takde perasaan kot. sbb kalo aku mesti mcm kesian nak korek2 luka ni. apetah lg luka org lain. tp doktor tu selamba yaya je korek2 rodok2 cungkil2 kuku kaki aku. WUAAAA sakiiiiitttttnyaaaaaa. apa lg? terpekik terlolong la aku dibuatnya. mcm gaya nak beranak kot kaedahnya. uhuk uhuk.

walopon sesi berjalan selama 10 minit. tapi rasa mcm 10jaaammmm. huuuu. sgtlaaaa sakit uols. bius pon tak berapa nak bius. mcm ala2 kebas je tp sakit kena cungkil tu rasa nak terajang je muka doktor tu. wuaa wuaaaa. tobat pasni nak potong kuku molek2. taknak lg jadik mcm ni. tak sangguuppppp.

maka, inilah rupa kaki ku lepas kejadian.

ni capture malam td. bengkak di jari da surut sikit. tp doctor cakap kaki i da mula bengkak. huhu. nampak tak jari mcm gelembung2?

time ni lak on the way balek dr clinic. time ni bengkaakk sgt sebenarnya tp nape tah tak nampak bengkak lak. salah angle tgkap gambo ni ;p
apepon, gambo tanpa pembalut tu xyah la korg tgk ek. ada yg tak lalu makan 7 hari 7 malam karang ;p sbb ade isi2 terkeluar n warna merah2 darah. aku tgk pon geli. hukhuk.

berhenti berharap katanyaa =)

wah wahhh ape yg berhenti berharap ni? hukhuk. alaaa takde apa2 berita hangat pon. just wanna share with all of you. I'm happy to announce that we're expecting a BABY BOY!! yippie!! happy!! =D sebenarnya tetap happy walo ape pon gender baby. hep! berani ko nak memperkotak katikkan ketentuan dariNya?? tak baek taw. yg penting SO FAR, baby sihat dan berada di dalam very well conditionnya. Alhamdulillah =) condition ibu pon bukan main cemerlang lg kooo. hihi. sihat walafiat berganda2. syukur ke hadrat Ilahi. moga kondisi ini kekal laaaaa sampai bersalen karang. dan sampai bila2. aminnnn

dah 2x nampak masa checkup, so doc kata berhenti la berharap if we all berharap nak baby girl. haha sabau jela doctor ni ;p aku mmg nak baby girl, tp instinct aku dari awal lg mengatakan ianya baby boy. i can feel it =) oh oh nama baby tak ready lg niiii....wuaaaaa :((
aku telah mendapat second injection utk kancing gigi tu. now lengan a bit lenguh but still bleh wat kojo lagi. so next checkup tak akan ada sebarang injection dah. checkup biasa aje. baby's position currently adalah breech tapi tak apa. ada lg 8 weeks la lebih kurang. tp most of preggers skrg mcm melahirkan pd minggu ke 37/38. ada lg 6 minggu je weh! seram lak. so baby, sila pusing kepala ke bawah ye. mama taknak kuarkan baby ikot tingkap. jgn lupa turun bawah yeeeee. huhu
baby, sila pose skrg! ;p
eh apesal tercerita psl checkup plak ni?padahal nak cerita psl gender baby je. uhuk uhuk. oh ya! pasal operate smlm tu... ermmm segan la nak cite. sbb operate tu berlaku atas kecuaian diri saya sendiri. huhu. malu laaa. tgk la nti ada masa i cerita okies. until then, bye!

Monday, September 20, 2010

please pray for me ya

Aku tak keje harini. Sedang menunggu giliran. I'm having a minor surgery today. Any minutes. Wuuu nevesnyaa. Nway nothing to do with my baby. but still takotttt. Wuaaaa

I'll explain later ok. Bye!

Saturday, September 18, 2010

melepas gian kat rendang n nasik impit. hihi

OK tajuk pon da obies nak cite psl makanan kaan. hikhik. saya giankan rendang. aritu masa raya perot mcm terkejut kot. baby pon mcm tak brapa suka makan byk maybe. ateee dah pose sebulan pahtu asik melantaaak aje. mana tak tekejut kawan =p kalo tak mengandung, aku la johan makan2 ni. tiap umah selang setengah jam pon bleh telan nasik lagi. byk beno space kat perot. hakhak

but now, semuanya tidak lg. makan kena catu. bkn sebab diet, tp sebab space limited. kalo kenyang sgt mula la nak muntah atau xsedap perot. maka, hari raya aritu semuanya serba sederhana dr segi pemakanan. ate, bila da blk ibu kota ni, mula la teringat2 balek makanan enak mcm kat kampung aritu. huuuu. nak tak nak, kena la masak. beli? emm xnak la beli2 ni.


so ini lah hasilnya. RENDANG PERAK versi sempoi. sap sap soii siapppp ;) tp ada bhn tak cukup iaitu kerisik. mak ckp, tak ada pon takpa tp kurang kick la =p


tayang lagi satu. hikhik. color dia tak tempting sgt sbb aku pakai cili api ijau tu. cili kering letak sikit aje. tu color tak naik tu. tapi takpa, rasa diaaaa, berpeluh jgk la. ate, teman da lama x mkn pedas time pregnant ni. hihi. saje wat pedas sket sbb nak lawan lemak santan tu. cewah bleh nak lawan2 rasa plak. HOHO. so camne? nampak mggiurkan x? nak resepi? blehhh. tp tggu time i rajen sket naaaa.

actually aku wat sikit aje. setengah ekor ayam aje. bleh la bg kat jiran sket. nak wat openhouse i tak larat kot. MK pon ckp tak pyh. dia riso aku penat. ade kang terberanak awal lak. huhu. apepon, legaaaa tekak pas dpt rendang n nasi impit. kalo ikotkan nak ketupat palas n lemang tp leceh la nak buat. nak buat tu reti tp leceh n malas. so wat yg sonang sudah la ye =)

pengalaman baru di Aidilfitri 2010 :')

Assalamualaikum semuaaaa. selamat aidilfitri yg ke....eh berapa ek? 7? 8? seperti biasa aku mmg malas nak mengira hari ni. skrg tengah sibuk mengira hari nak bersalen. uhuk uhuk. 62 hari lagi wooooo. tambah tolak 2 bulan lg la kiranya. bersediakah aku?? insyaAllah bersedia kot. bila Allah da kurniakan rezeki, mesti Dia lg Maha Mengetahui yg hambanya ini sudah bersedia bukan. aminnn. lgpon sgt2 tak sabar nak jumpe si kecik kt dlm perot yg aktif sokmo ni :)

Oh ya bkn nak cerita pasal beranak pon. nak cerita psl pengalaman yg aku dpt in this few weeks. antaranya adalah:
  1. new terengganu word: bekwoh = kenduri
  2. melenggang perut tak ada ritual pelik2 pon. just 'jamah2' perot n rasa kedudukan baby. pastu ada urutan2 sekitar kaki especially peha. mak bidan ckp utk memudahkan proses bersalin. insyaAllah. yg pasti urutan itu sgt menyakitkan. dan aku lg pasti sakit beranak lg sakit. maka, kena bersedia secara mental.
  3. perjalanan balik kampung beraya di perak tak jem langsung i tell you!! tak penah terjadi since dah 7 tahun menetap di bumi KL/selangor ni. so semacam x pecaya gak la.
  4. 1st time balik ganu dari perak melalui jln batang kali - genting. hasilnya aku muntah kat tol masuk LPT. baekkk punya. huhu. abes lemang ketupat rendang keluar.
  5. berat naik 800g raya ni. emm ok la kot. sbb aku xmakan dlm kuantiti byk. tp mkn byk kali ye. lapo sokmo.
  6. mosquito repellent jenama rekito pureen sgt berkesan sbb aku tak digigit nyamuk pon masa kt kampung. eh mcm poyo je ckp psl ni kat belog. haha. sooooo sape nak elak dari gigitan nyamuk especially utk baby, sila dapatkan product ini ;)
  7. mengidam terhadap LAKSA MEE dah tercapai. and as expected aku mmg tak berjaya nak snap gambo. sbb terlalu asyikkkkkk mkn laksa mee. sorry ek kengkawan yg nak tgk laksa mee cemana. try again later. huhu.
  8. rasa pelik lama sgt x update belog. pastu kagum dgn korg2 yg update belog time raya. plus, maxis beruk*band punya reception hampehhhh.
  9. menyampah tgk TV time raya sbb penuh cite hantuuuu. iklan pon asik hantuuuu je. sooooo watching tv is not a must-to-do time raya. lantak le cite apa sekalipon dorg tayang, i'm not interested. food is priority. hihi
  10. antara menu yg dimakan kat perak: lemang, ketupat palas, ketupat nasi, rendang ayam, rendang daging, rendang lokan, daging masak hitam, kuih muih tak terkira, laksa mee, mee rebus, mee bakso, laksa, nasi tomato, bihun sup, roti canai mabelesssss hihi....ni yg aku mkn laaa. yg aku x makan aku x ingat. hokhok
  11. menu di terengganu: nasi dagang wajib, lemang, ketupat, gulai daging dan bermacaaammm lauk pauk. susah la sikit nak ingat lauk pauk ni. bkn apa, tiap rumah kat ganu suke hidang nasik n lauk pauk utk tetamu. masalahnye aku xdpt nak makan sgt sbb perut aku space limited la utk nasi. ntah kenapa laaa. sgt cpt kenyang. tp menurut babycenter.com ini adalah normal
  12. sgt terkejutt dgn berita kematian jutawan sosilawati dan 3 individu lain pada raya ke3 tak silap. dah la kena bunuh, kena bako lak tu. haih
  13. errr tu je kot ;p
oh ya, tak lupa jugak, mari kita sedekahkan Al Fatihah kpd Allahyarham M Rajoli yg telah meninggal dunia. moga rohnya dicucuri rahmat. last but not least, terimalah 2 keping gamba raya dari ciare.blogspot.com :') gambo lain bleh tgk kat FB lah yek.

bulat gete la sungguh ini pempuan (-_-")

30 weeks during hari raya :)

p/s: suami sudah keluar bekerja. bini dok umah terkebil2. apapon seronok dpt sediakan breakfast *nasi, sup sayur, ikan grg n budu* utk MK sblm dia g keje =) mission harini adalah membuat rendang ayam. utk mkn sorg2 je. huhu. MK bukan pggemar rendang ayam/daging ni. peberet dia sup, gulai dgn masak kicap. x tempting lgsg. HAHA. tp aku nakkkk jugak. moga2 jadi laaa mission ni. insyaAllah

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha