Monday, November 29, 2010

short one

Hmm sedihnya, masa entry ini dipublishkan, suami sudah pulang ke Kl. kena mencari rezeki untuk anak bini. tujuan yg sangat murni tapi....................i sedih tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :'(

nape laaaa suami tak dapat cuti at least 44 hari time isteri bersalin ek? hmmm...padahal masa entry ni ditaip suami masih di sisi. itupon dah terasa sedihnya (mata ada bergenang sket ni T__T ). agaknye cemana laaaa time dia balek nti. konfem aku nangis bergelen2 agaknya.

baby, baby jangan nangis banyak2 tau time papa keje. nanti mama pon join nangis cemana. sian opah nanti penin nak pujuk anak dgn cucu sekaligus. hukhuk

baby rayyan, minggu depan papa balik yer. kita tungguuuuuu dgn sabar.

Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku. aminnnnn

Thursday, November 25, 2010

berpantang style mama rayyan ^__-

Assalamualaikummmmmm ^__^

woot woot. hihi. ape kabo org kampong?? ;) teman kat sini sihat..bese la org dalam pantang. sihat gitu2 la ye. ok lah jom borak2 pasal alkisah mama rayyan ni berpantang. cewah. hikhik
  1. makanan - bab makan mesti nomo satu nyah. hobi aku kan makan =p so antara menu yg aku telan adalah ikan merah bakar, sup ikan merah, ikan bilis, sup sawi. hmm takat ni tu je. part wajib adalah memakan bersama2 nasik panas dan di atasnya dicurahkan serbuk lada hitam. fuhhh ~~~ terbaek dari ladang.
  2. jamu/ubat ubatan - jamu mustika ratu je pon. tp idok makan lg. sbb aritu rayyan kena kuning. so tak berani nak makan lagi. so aku just pakai pilis, ubat sapu perut etc. ubat ubat hospital bg jgn dilupa ditelan yek. nak nak ubat tahan sakit tu. kalo tak makan, mau terkangkang2 aku nak berjalan. hukhuk. selain tu aku jugak menelan pati haruan sebotoi sehari. uhuk uhuk.
  3. bengkung - pakaiiiii. tp idak le 24 hours. pakai 2x sehari je. selalunye kalo pas nak je jambans aku bukak then trus malas nak pakai. hehe. mak dah tak larat dah nak membebel kat anaknye yg ketegaq ni.
  4. urut - aku wat 3 hari je. mmg legaaaa sgt2 pas urut2 ni. nak pulak, lepas urut mandi daun2 herba. fuhh ringannn je rasa badan ni
  5. bertungku - i likeee cium bau tungku dgn daun mengkudu. wangiiii aje. dibuat sekali sehari sajo pas mandi pagi. ptg2 aku pakai tungku letrik je
  6. hmm, xdpt pikir dah. lenkali sambung
Yang penting, benda plg xlarat nak buat time pantang adalah dengar org org veteren membebel :'( serius. yelah, yang A ckp makan itu, B cakap makan ini, C cakan buat itu, lama2 aku gak yg tensen. mmg part kena bebel ni la yg aku paling tak suke kalo nak pantang kt kampung. dari awal lagi dah tau ni akan terjadi =p tp xkan nak pantang sorg2 lak kat umah TPJ nun. maka, REDHA jelah +___+

jom layan gambar selingan ;) konfem la gamba rayyan kan. cop, sebelum tu, aku nak wat pengakuan: SEMUA GAMBA YG DIUPLOAD ADALAH UNTUK MEREKODKAN KENANGAN MANIS AKU, SUAMI BERSAMA RAYYAN. BUKAN SBB NAK SHOW OFF ANAK KE APA. nama pon dah ada anak kan? konfem laaa aku letak gamba anak aku banyak. takkan nak letak gamba anak ko plak??? sedangkan gamba kyra dgn kyrin (sape pembaca tetap msti tau sape kyra kyrin kan =p) pon melambak dlm belog ni, ni kan plak anak aku sendiri, harus la berjuta2 gamba dia nanti. rasa2 tak suka tgk tak payah la tgk. ada aku kesah??? tp xpelah, sbb ko tgk jugak la rating nuffnang i asik naik kot. tettttt =p

"mama, saya da kenyang laaa. jgn la sumbat susu lagik"..hihi. ni aksi dia kalo dah tak mau disusui ;) MK kata mulot kecik suara besar. sebijik mcm mama okeyyy. hahaha

ni plak keje si MK la. adeeeee je nak kaco anak dia. tgh2 lena nak kaco plak. sekali meraung kalut terus. HAHAHA.

hmm, arini Nurse dtg check hari ke-9. berat terbaru Rayyan adalah 3.4kg. huhu. dan aku pasti 300g tu naik tang pipi je. HAHA. Rayyan ikot pipi mama kan ;) ok lah, until then, chow =D

Monday, November 22, 2010

Nama Putera Kecil Saya ^_^


Assalamualaikum semua ^__^

pekabo? sihat2 ke sekalian? hihi. ex-mak-buyong ni sihat. hehee. nak jugakkk title mak buyong tu. rindu plak rasanya ;)

Namanya putera kecil saya bukan rahsia lagi. kalo sape yang friends i dalam FB da tau ler namanya kan? :) emm, kalo ikotkan hati nak wat je nama Putera tp mcm segan lak. hehe. so nama bese2 je lah.

nama putera kecil saya adalah Muhammad Khair Rayyan. kan da cakap, namanya biasa2 ajeee :) tapi dah mula panggil dia Rayyan dari bulan ke7 dalam perut tak silap.

ok lah lenkali ada masa bleh tulis lg. xbleh tulis pjg2. bye!

Thursday, November 18, 2010

Presenting Our Putera Kecil

I'm a mother. huhu. mother??? cam tak cayaaa tp percayalah ^_^ ok nak taip laju2.

putera kecil saya yang fresh dari oven. berat masa lahir 3.17kg. pjg 53cm. tarikh 16/11/2010. Hospital Putrajaya. Normal, vacum.

2nd day sebelum discharged dari ward. malam 1st jaga dia sorg2 was disaster. bukan apa, aku yg tak pandai jaga dia. standard la baby nangis kencing berak semua kan. aku je yg tak tahu nak buat apa. mujur nurse dan doc kat putrajaya baik2 semuanya dan selalu membantu aku. huuu terharu +___+

his 2nd day masa da sampai umah. bapaknya tetiba pandai camhoring. camno? huhu. until then. chow.

p/s: thanks pada semua yg berdoa saya dan baby selamat dan sihat walafiat :)
thanks jgk pd semua yg wish ketibaan baby saya ni. tenkiuuuu

p/s/s: sudah ada winner contest 100000 statistik ^_^

legaaa tekakk makan puding sejuk2 ;)

ini scheduled entry. harap maklum.

owh lega taw dapat makan puding di kala betul betul MAHU a.k.a mengidamkan puding tersebut. sebab tau masa makin suntuk jadi aku cepat cepat la masak puding buah ni sebaik saje lepas checkup. hmm, pas siap simpan dalam peti besok pagi dah buleh makan. fuhhh ~~ sedaaapppp aje mkn sejuk sejuk gini. slurpppp =p

sape nak resepi puding buah ni, sila sila lah click menu/tab resepi di atas. ada resepinya kat situ. dijamin sedappppp. hihi. tapi resepi tu mcm utk belas belas org makan taw. so maybe ko bleh kurangkan sket kuantiti bahannya kalo setakat santapan keluarga 4-5 orang :)

Selamat mencuba!!

p/s: kalo ikot pregnancy ticker kat bawah nun,
arini adalah due date aku. tapi tak sure lah
aku da meletop ke belom time ni. hikhik
wish all the best for me ye kawan2.
JIKA dah bersalen, xtaw la bila lg nak update.



Wednesday, November 17, 2010

3rd contest at ciare's land

Salam semua readers ciares land =)

Contest anjuran puan ciare sudah kembaliiiiiii. hihi. contest kali ni senanggggg bangat! tak payah buat entry apa2. tapi kalo nak buat entry tolong promote pon ok jugak =p korg hanya perlu capture/printscreen statistik blog ciare's land ni yang ke 100000.

That's it. mudah bukan?

So ada lebih kurang 4000 aje dari masa aku taip entry ni. siapa yang berjaya capture angka ke 100000, sila lah email gamba tersebut kepada saya di narapidana84@yahoo.com.

Adiah? nama pon contest, mesti ada hadiah kan? hihi. tapi hadiah hanya akan diberi seawal pertengahan januari 2011 selepas aku abes pantang. until then, GOOD LUCK everyone!! ^___^

p/s: entry contest ini akan melekat sampaila statistik cukup 100000.

Perihal checkup minggu ke-39

ini scheduled entry

And probably, my last checkup untuk Putera Kecil ini. InsyaAllah :)

Masa aku taip ni, adalah 4-5 jam lepas checkup. sangat tak tergambar kot perasaannya ketika ini.

Hasil checkup seluk seluk tadi adalah 3cm. 3cm uolsssssss!!

Doktor kata paling awal baby kuar adalah waktu subuh nanti (Isnin, 15 nov)

Dan paling lewat lagi 48jam bersamaan lagi 2 hari. Wallahualam.

Balik checkup cepat2 kejar roti nan dan ayam tandori sebab takot tak sempat nak makan dah. walopon berhujan bagai aku paksa gak MK g menapau.

Turut menjejakkan kaki ke giant BK5 untuk beli groceries dan bahan masakan untuk masak benda2 yg aku rasa nak makan. cepat cepat!!

Antara bhn masak yg dishoppingkan adalah bhn2 buat puding buah dan jugak spaghetti carbonara.

Balik umah, mkn roti nan laju laju.

Kemas dapur kemas baju kemas itu ini macam da tak cukup tanah je. haha. padahal semua da kemas tapi nape aku kemas lagi pon tak tau. nebes kah ini?

Masak puding laju laju. dengan harapan kalo nak beranak subuh nanti sekalipon, aku sempat la rasa.

Now tgh tggu puding sejuk sket and nak simpan dlm peti ais. Skrg adalah 15 nov, jam 12.38am.

At last but not least, selamat raya aji uols. aku scheduledkan entry ni pada hari raya haji. aku harap masa ni dah bersalen dah :) hihi

Putera kecil mama, kuar molek2 deh. kuar ikot pintu yg dah 3cm tu ye. chayok chayok!! i love you baby =D

p/s: kalo da bersalen xtau la dpt online ke x?
MK for sure xreti nak update blog utk aku. HAHA
FB pon xtaw la camne. mak aku konfem bebelnye kalo
da beranak pon hadap laptop. skrg ni pon dia da bebel,
tp aku curi2 taip time dia tak prasan. tp kantoi gak kadang =p



Tuesday, November 16, 2010

Tanda tandanya adalah

ini scheduled entry

emm punya la gigih i buat scheduled entry ek? haha. so far ini adalah last scheduled entry yg aku buat as of seminggu sebelum tarikh ni. gigih tak? gigih tak? sila kagum sekarang!! hihi ;)

anyway masa aku taip entry ni, belom ada tanda2 lagik. cuma sakit2 kat celah kangkung (kangkung?? tetiba ada vegetables pulak =p) tu makin obvious la. especially time nak bangun dari duduk yg lama. kalo penguin tgk aku mesti dia confuse sape yg pengion sebenarnya ^_-

tiap malam sebelum menutup mata aku berdoa semoga aku akan bersalen pada malam tu. dasyat x? hukhuk. sbb kalo siang encik MK keje. macam leceh plak nak calling2 dia time waktu keje. ceh. nak call pon leceh. pukkkk ;p eh tak lah, cuma rasa mcm best kalo sakit malam/subuh time suami betol2 kat sisi. aku nak bg dia kelam kabut. kahkah. kejisss ok bini camni =p

orang kat kampung (both perak and trganu) dah asik calling2 aje bila laaa makyong sorg ni nak meletups. ada plak dorg ingat we all taknak inform kalo da selamat bersalen. sabauuuu ajelah. riso sgt =p dont worry laaa to my both family and family in law, kami akan inform start dari masuk labour room lagi. insyaAllah.

cuma satu yang kami (saya suami dan baby) harapkan agar kamu semua mendoakan proses melahirkan si putera kecil ni mudah, cepat dan lancar tanpa sebarang masalah. dan semoga bayi dan aku jugak akan sihat walafiat lepas jer bersalen. biar dapat kuar wad awal. dan dapat balik umah awal. aminnnnnnnnnnnnn

plan kami, adalah balik perak pd hari ke2 atau ke3 lepas kuar dari hospital. jadi sempat la kot uols nak visit kat hospital putrajaya ke umah TPJ ke. itu pon kalo ada la nak visit kan. hakhak. perasan glamour je haku kan macam ramai sgt nak tgk ko! =p ala sekali sekala perasaan mcm org pemes ape salahnye. wink wink ;)

until next entry, chow! (err tp so far belum scheduled apa2 entry lagik =p)

Monday, November 15, 2010

MK sila jangan neves lebih2 ek

ini scheduled entry

Aku tak taw la MK ni camana. so far, he is soooo COOL la korang. tapi aku takot dan risau bila tiba masanya, dia nervous mengalahkan dia pulak nak meneran dalam labour room nanti. hakhak

MK awak jangan la cool sangat macam ni. buat2 la neves sket. hihi. eh, perluke aku neves sbb dia tak neves?? hikhik. anyway aku pon cool aje sebenarnya. tipsnya, tak perlu pikir sangat. sampai masanya nanti masuk jugak aku dalam labour room. kalo asik pikirrr aje, macam la bleh skip masuk labour room kan? =p

beg ijau adalah barang2 aku. beg biru brg2 baby. yg itam tu tak ada kena mengena. itu beg laptop. hihi. aritu dua2 beg ni dah masuk dalam kereta. tapi saje bawak masuk umah balek. hihi. standby aje kat ruang tamu. sakit je nanti trus laa vroom vroom angkot sekali. insyaAllah tak lupa punya :')

Sunday, November 14, 2010

sila kemas semua barang. dah complete ke? da bersusun molek ke?

ini scheduled entry
 
Pada suatu tengahari yang hening, cewah :p aku pon merajen diri mengemas ngemas barang baby dan barang barang mak baby. rasanya lepas ni tak perlu kemas dah. semua dah siap. tinggal nak guna pakai dan nak hangkut dalam keta untuk bawak balek kampung aje :)

fuhhh legaaa :)

himpunan baju baju putera kecik. as I said, kami tak shopping banyak pon baju baby. semuanya untuk keperluan berpantang. baju untuk berjalan2 bila da besar sikit kena beli lepas pantang. masa tu bleh bawak baby pegi shoppingggg...i likeeee ^__^. ni aku dok menyusun dan melipat molek2 baju dia. dan masukkan semua ke dalam tempat yg sepatutnya. rasanya semua dah siap :)

lepas tu, sesi merebus botol2 susu, breastmilk storage dan breastpump ni haaa. nanti senang kalo nak pakai terus. tak adalah kelam kabut ye dok? :) wuahh tak sangka aku sedetail ini dalam persiapan baby. sebelum ni, persiapan kawen pon tunggang langgang. hakhak. tapi tang baby stuff ni rasa macam well-organized plak. sooo not me. aku ni last minit punya olang wooo. hahaha.

baby, barang baby semua dah ready. anytime sayang, anytime. mama dah ready ^__^

Saturday, November 13, 2010

makan seafood selagi buleh yonggg....

ini scheduled entry

Erm hari hari terakhir ni aku tak adalah gila seafood sangat. tapi memandangkan kena 'puasa seafood' lama pas bersalen nanti, aku telan2 la jugak. kang teringin bila dah tak boleh makan cemana? merembes ayor lior laaa =p

Tekak aku pada akhir akhir ni adalah western sebenarnya. hikhik. eh, bukan dari awal pregnant pon suke makan western ke? TAU XPE ;)

Alhamdulillah rezeki. aku dapat makan menu di atas. seafoooddd terbaekkkk. hihi. nama menunya seafood platter. beso nyah pinggan ni. full pulak tu. kenyangg anak mama ni =p (restoran pesona cafe. sila google. highly recommended ^_^)

Owh kesedapannya sehingga menjilat jari. gambar di atas adalah gambar hiasan. ada iras2 muncung ikan tak? hihi

Friday, November 12, 2010

Pacifier

Assalamualaikum uols :)

Oh utk makluman uols, entry sepanjang minggu ni sampai minggu depan aku dah scheduledkan siap2. everyday pada jam 12pm atau 1pm. hehe macam terlebih rajen plak. hewhew. ateee, kateee takde keje kan =p

maka, bila orang ni dah tak ada kerja, aku mencari kerja lah. buat itu buat ini. bila da boring dan dah sakit sengal kaki, aku duduk plak hadap laptop kejap2 (tak bleh lama2 nanti mak bebel kat i =p) pastu baca2 buku/mag pasal pregnancy ni.

so, aku rasa macam tertarik dgn topik dalam gambar di atas. "Puting bukanlah sesuatu yang buruk. Malah ianya baik untuk perkembangan bayi anda". Err bukan apa, before this aku rasa puting ni macam tak elok untuk baby.

kenapa? aku bukan nak wat assumption sesuka hati macam tu aje. tapi bila tengok sendiri experience kakak aku dgn anaknya, aku rasa puting tu macam sesuatu yang tak elok. kerana anak dia adalah pengguna pacifier tegar. kalo tak jumpa puting dia, melalak2 satu umah. fuhhh ~~ da la suara dia nyaring.

worst, gigi dia jadi tak cantekkkkkk. gigi depan macam terbantut dan agak pendek berbanding gigi2 lain. tak ke tak cantek? mmg la itu gigi susu. tapi takot gigi/gusi dia macam terkedepan pulak nanti. bak kata orang, jongang. tapi takat ni anak sedara aku tu tak adalah jongang. plus, my sis pon memang dah get ready nak bg anak dia pakai braces gigi besi tu incase gigi dia tak elok bila da sekolah nanti.

em tak kisah la kan. for my sis, maybe dia guna kaedah puting untuk mendiamkan anak dia (bila meragam tak tahu nak pujuk pakai ape, tiba2 berkesan pulak pakai puting) since yg 1st and 2nd rapat2 umur dia. plus, husband dia pon tak selalu ada kat umah. 3 bulan darat, 3 bulan laut maka dia pon suntuk masa nak jaga anak2 sorang.

bak kata orang, bila dah ada anak sendiri tau la susah senangnye kan. kita yang tolong tengok pon rasa penat inikan orang yg mengalaminya. aku rasa, pada keadaan stress dan penat (especially working mom) seseorang bleh buat sesuatu yang dia taknak buat sebenarnya, tapi bila keadaan dah memaksa, apa pon bleh jadi kan. wallahualam. selagi benda tu tak membahayakan anak its fine la aku rasa.

eh pjg pulak cerita aku.

So, dalam majalah ni kata puting bukan sesuatu yg tak elok malah ianya bagus untuk bayi tu bereksplorasi. jadi pasni aku tak adalah pandang serong lagi pada puting. hihi. cuma, kalo bleh untuk putera kecik ni, taknak la ajar dia pakai puting plastik tu. mungkin bleh cari altenatif toys lain dulu :') apepon, cakap senang kan?? hihi. bese la manusia. cakap berapi api, buatnya tak tentu lagi. huhu

Thursday, November 11, 2010

Jalan jalan cari pasal. hehe =p

EDD countdown: 7 hari lagi

Assalamualaikum. harini entry takdak karangan. sekadar caption cukup la ek. putera kecik aku ni asik mengerassss ajek. naik kejung perot maknye =p

So pictures di bawah adalah gambar last weekend masa jalan2 dgn my family di ipoh. mana lagi kalo bukan JJ tu haaaa. aku cadangkan kat MB perak agar tambah shopping mall la kat ipoh. hihi. JJ tu pack sgt!

Mak buyong yang masa ni 38 minggu bersama anak2 sedaranya. notes: arini masuk minggu ke 39. Alhamdulillah. setakat ini semuanya baik2 aja. maknye and babynye dua2 sihat :)

Ada pameran ikan pulak time tu. jenuh le aku dok melayan si kyra nengok sekor2 ikan kat situ. adiknya si kyrin pulak berkejaran sana sini. jenuh le kakak aku ngejor dia. patot la my sis selim ek. rahsianya: mengejar anak di shopping mall =p

my mom dgn cucu sulongnya :) eh mak ni kelip mata plak. huhu. em taun depan mak bleh bgambar dgn cucu sulong lelaki pulak masa jalan2. hehe. sapekah cucu sulong lelaki itu? ofkosss my putera kecik. insyaAllah. skali kuor gegirl camne??? HAHA. mana2 laaa janji baby sihat walafiat sifatnya. amiiinnnn

kyra da pandai ber-peace-peace skrg kalo posing. tp peace dia ala2 bengkok sket. atau pon condong ke depan. hihi. gamba adiknya sorg2 takdak. kyrin tu punya lah lasak asik berlari sana sini. nak dok diam 5 saat pon susaaaa!! ;n

kyra (again) dgn peace dia tu. this pic was taken kat area food court. last time aku dtg (taun lepas kot :p) xde pulak playground ni. ada kemajuan. hihi

Last but not least. my sis and her girls. tgk kyrin tu, nak pandang camera pon susa! huhu

Wednesday, November 10, 2010

balik kampung...woowoowoo balik kampungggg..hati giranggg ^__^

Jumaat lepas kami balik Ipoh untuk meraikan deepavali amek mak bawak balek KL. So dah alang2 balik Perak tu, stay la lama sikit. rindu bangat kat my nieces yang dah banyak peel nye tu. Bila lama tak jumpa rinduuuuuuuuu sangat. Tapi bila dah ada kat depan mata rasa nak pecah kepala dan nak pecah rumah dengan peel dorg. HAHA. patot la mama dorg asik tensen manjang =p

Kini sedang berusaha membuat muka paling comel dgn harapan anak yang kuar turut comel huhu. ni bukan petua orang2 tua yer. sila jangan tiru =p actually, aku nak berlatih wat muka manis2. nak bersalin ni kena manis2 sikit. nanti kalo aku buat muka default aku (iaitu perawakan ala2 sombong) mampuih la nurse and doctor menyampah nak layan aku. sapa yg kenal aku tau la apa maksud aku ni kan?? sila ngaku cepat!

Tengok ni pakshu. abes semua mainan si kyra dgn si kyrin dimainnya jugak. siap snap picture sbg bahan bukti pulak tu. sabau je nyah. tp mcm comel pulak haku tgk (eh puji suami sendiri dapat pahala ribu2 lemon woooo) encik suami i ni. weeeheee. muahh muahhh. nanti dalam labour room sila bg smgt and wat muka comel ek. baru i bersemangat!! ^__^

Alo aloooo comelnyaaa budak dua orang ni. gerammmm je aku tengok. rasa nak picit piciiiiiittttt aje. hihi. tapi kalo picit kang depa melalak pengsan nak pujuk. keje budak2 ni adalah tgk cerita katun kat youtube. boleh?? padahal dvd katun melambak mama nye beli. tapi nakkkk jugak tgk yg online. tapi korg paham2 jelah kan. kalo dah tgk online nak loading pon lama. terhegeh2. bila asik stop stop, mula la dorg melalak and mengamuk. hihi. but still cute ^___^

p/s: ini scheduled ini. agak2 aku da beranak ke belum harini? huhu

Tuesday, November 9, 2010

macam tak muktamad lagi je T__T

Salam. hye hye semua.

Merujuk tajuk di atas (ada gaya mcm surat rasmi pulok :p) aku macam dah blur blur dan agak emo dan agak stress dan agak....ok stop sebelum aku lempang pipi sendiri. main agak agak pulak dia. huhu.

Sebenarnya aku nak meluahkan perasaan pasal NAMA BABY. korang tau kan, yg MK has decided the name for this putera kecil kan? aku pon macam dah happy sbb last skali dia da pilih fullname untuk putera kecik ni. tapi hari demi hari, masa demi masa (macam lirik nasyid plak :p) rasa macam dah tawar hati dibuatnya.

Kenapa? bukan sebab nama tak sedap ke apa. Alhamdulillah la maksud tu mmg baik dan aku suka sgt. tapi rasa tawar hati sebab macam makin ramai pulak yang pilih nama tu. Bak kata dna, nanti bila anak dah sekolah, ramai pulak nama yang sama dalam kelas dia. pastu tak pasal pasal nanti kena differentiatekan budak2 yg sama nama ni dgn panggil nama bapak instead of nama budak tu sendiri. macam tak best la kan.

Tapi bila mengadu kat MK begini la jawabnya...dia akan tanya aku sapa dia kawan aku yang nama anak dia sama dgn nama putera kecik ni. so aku gtau la 2,3 orang yang aku kenai. ada kawan lama, ada bloggers...pastu dia tanya "sayang selalu jumpa dorg ke? kalo takat kawan kat blog ke FB ke kawan jauh ke, takpelah. bukan kita nak jumpa dorg selalu pon. lain la sama nama dgn anak jiran ke anak org dekat2 kita ke..kalo macam tu baru la tak best"

..

..

..

emm ada logik jugak pendapat laki aku ni. jadi, aku rasa better teruskan je kot nama ni. biarlah orang kata nama dah sama dgn ramai org ke, biar lah. sebab rasa sayang nak tuka since aku dah panggil baby dgn nama tu since bulan Ramadhan lg (cuma fullname je baru2 ni baru decide. tp nama utama tu da decide since 2nd Ramadhan tak silap). dan baby pon dah biasa aku panggil dia macam tu. nanti kalo dia keluar tp tukar nama dia pon confuse. kan??

Bak kata MK, nanti dia yang nak register nama baby, so aku suka ke tak suka ke dia nak nama tu jugak! haha. alahai suamikuuu. yelah sayang. i tak kisah pon sbb aku sendiri suka nama tu. And I'm sure baby pon suka dgn nama dia ni. kalo panggil2 dia, amboiiiii.....galok semacam jek =p

Oklah, panjang pulak aku membebel petang ni. 9 DAYS until my due date. soooo excited ^__^ harap checkup ahad ni semuanya OK. kalo bersalen sblm checkup pon ok gak. hihi.

Rezeki baby ^_^

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua kawan2. cewah mcm nak mulakan show pulak =p ish ada banyak mau story dan untuk diabadikan di dalam belog tapi macam tak cukup masa pulak. ewah macam busy sangat ko ye ciare. eh busy tau. busy bersenam bagi nak senang beranak. So antara aktiviti2 aku kat umah adalah kemas umah, basuh baju, sidai baju, lipat baju, masak, makan (?? kira aktiviti la jugak kan ;p), basuh periuk belanga. hihi. dan macam2 lah. kesimpulannya cuma pekerjaan seorang surirumah saje. macam la korang tak buat kan? kecoh ke ini pempuang. aku lempang sedas karang! +_+

Oh ada aktiviti tambahan iaitu menghabiskan sisa2 laundry untuk putera kecil saya ni haaa. ada la tambah 2,3 lai lagi hari tu. tapi total baju baby tetap tak banyak mana. belas belas helai aje. 15 ke 16 camtu je. ok le tu ye dok. nanti pas pantang baru shopping lain lah. now fokus untuk persediaan dalam pantang saje.
Oh weekend aritu balik perak. g amek mak untuk menemani ku di sini =) hihi. em beriya aku edit gamba di atas ek? gigih nak menutupkan aurat dan urat (la konon). eeee rindunyaaaa kak si kyra ni. now dia dah pandai berborak2. nti la aku uploadkan video ek. itu pon kalo beruk~band ni tak buat hal lah. dia pon da paham ada baby dalam perut aku ni. asik tanya "mashu baby tido ke? baby da bangun ke? baby tak makan ke?"..haaaa sampai blank aku tatau nak jawab ape =p

berkenaan tajuk entry, tak sangka pendapatan nuffnang kali ni dapat ke baby. bleh la tampong2 sana sini untuk persiapan baby. alhamdulillah. rezeki. idak la gila sgt aku nak mencari pendapatan pakai nuffnang ni. tapi dah ada rezeki takkan nak tolak kan. terima kasih nuffnang :)

dan paling happy, baru je cash out lebih kurang sebulan, da nak sampai 100 pon current earnings aku skrg. tapi unique visitors tak adalah cecah 1000 pon sehari. 500 pon tak sampai. haha. macam tak percaya je. xpe lah malas nak pikir. huhu

ok lah next update nak cerita pasal balek perak :)

until then, chow!

Monday, November 8, 2010

Belum lagi

Assalamualaikum semua =)

Ada 10 hari lagi. sabar sabar :) Entry sebelum ni bukan baby saya ye. itu baby girl. budak kecik kat dalam ni boy =p itu anak saudara baru saya. namanya Nur Umairah Najwa......soooo chinese look. tomei tomei :)

ni muka latest. cehh mcm la byk beza sgt latest picture dgn previous picture. hakhak. tapi idung mcm makin kembang eh? adakah semua pon sedang mengembang bila nak dekat meletops ni?? hakhak
Dan nak mintak maap, status kat FB ni pulak bukan nak beranak sgt2 dah pun. err tapi wallahualam lah. tak tau nak cakap camane.

Alkisahnya malam tadi ada checkup utk minggu ke 38. to be exact, 38 minggu 3 hari semalam. semalam pas checkup macam biasa, urine test, tekanan darah, dgr heartbeat bb, ultrasound, rupanya ada check ikot bawah. huhu tpaksa la menyerah diri. pas doktor check ada 2 results:
1- bukaan 1.5cm
2- dinding rahim tebal lg.

Doktor ada mention 3 cm dlm kad pink tu, tp wallahualam apa maksud dia. dia ada explain tapi sumpah xpaham mende2 sains ni. hakhak. jadi aku agak, ketebalan dinding rahim tu adalah 3cm kot. kesimpulannya doktor kata insyaAllah paling awal dlm seminggu ni la aku akan deliver. dan tak impossible kalo sempat raya haji dulu. hikhik. anakanda aku ni punctual agaknya. hehe. wallahualam.

Apa2 pon, get ready jelah anytime yer. mana tau tetiba cepat pulak kan. aku berserah aje pada Allah swt. since my mom is already here, anytime pon bleh. hihi. mmg TAK SABAR sgt2 nak jumpe putera kecik ni. eeeee nak ciom dia gomoi2 dia..hikhik..geramnyeeeeee....

p/s: my fren yg EDD sama dgn aku, dah selamat melahirkan bb boy Khamis lepas. congrats Nana.....:)

Sunday, November 7, 2010

Introducing my new nieces :)

Nur Umairah Najwa :)

DOB: 3/11/2010
Berat: 3.4kg

Sooooo cute. da pandai tgk camera okeyyy ;) muahhh

Thursday, November 4, 2010

Mood masak sudah mali =)

Arini ada org message kat FB. dia tanya nape aku tak update belog? dia ingat aku dah beranak. hihi. sungguh prihatin la readers ciare's land ni. hikhik

So untuk melepaskan batuk di tangga, aku update menu lunch aku arini lah ye. sejam bersilat kat dapur td. dah makan pon. tp dapur tak kemas lg. lepas ni nak bersilat kemas dapur pulak ^_^






Nak letak caption pon malas gile. hahaha. saje letak gamba sambal ketam byk bagi uols terliurss. ops! ;)

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha