Saturday, December 25, 2010

award dari mama harraz ;)



dpt award dari zamdafilla  :) 

thanks ya!

p/s: nampak sgt sibuuuuk dgn anak sampai xsempat nak taip apa2..

hari ke 40

Err confuse kejap. korang berpantang 40 hari ke 44 hari ek? aku dgr cerita, tiap negeri lain eh dia punya hari. ada negeri pantangnye 40, ada lak yang 44. hmmm, buat donno jelah ek.

Kalo kata berpantang 40 hari ke 30 hari ke, bukannya bleh terus merdeka. semuanya bergantung pada diri sendiri. aku ni tak adalah skema gila dlm berpantang ni. cuma, aku suka berpantang dari segi sains dan logik. aku tak suka berpantang dgn cara terlalu traditional sampai tak logik. sooo not me. kalo tak ada sebab logik, aku anggap fakta tu x logik. maka, adalah pening kepala mak aku melayan aku yg mcm2 peel ni. hihi

Tapi, idak le aku makan semua benda. benda yg gatal2 stilllll kena jauhkan dari anak tekak. bahaya wooo.

Anyhoo, masa entry ni dipublishkan, sedang berlangsunglah majlis cukur jambul si Rayyan ni ha. majlis diadakan di perak. aku buat pagi. kul 9am-12pm. sapa yg rasa sempat lg nak dtg, dtg la ye. hihi. menunya, bubur kacang hijau, pulut, rendang lokan dan bihun goreng. tp aku rasa mcm semua tu aku tgk aje. makan sup ikan lg best kot. hikhik
senyuman yg membuatkan mama n papa bahagia =)

"eh apa niiii?" ;p

Ops! abes laaa rambut spike anak aku kena gondol pasni. hukhuk. sabar ye sayang. nanti sebulan dua hensem la balik anak mama dgn rambut spike original dia ni ;)

InsyaAllah raya cina nanti, akan diadakan akikah Rayyan di Terengganu pulak. family in law aku dah aturkan semuanya. takkan aku nak tolak pulak hajat dorg kan. malangnya, majlis kawen salah sorg geng puteri tujuh jatuh pada raya cina jugak. wuuuwuuu cemana niiii. sgt laaa serba salah. but i have no option, mesti utamakan keluarga kan. dah la dorg nak sponsor, aku nak halang plak apa kes kan. ohh sedih :((

Thursday, December 23, 2010

tag :)



1. Copy and paste this award in your blog.
Aku telah ditagged oleh miss-soon-to-be-mrs-Lina :) sudah di copy. sila2 la terjah blog bride to be ini ya ^_^


2. Write an entry, 5 things to do in 1432H
- menjadi seorg insan yg lebih baik dari sebelumnya. especially menjadi a better muslimah
- be a better wife and mother
- be a better daughter and sister
- be a better employee (eceh, ni nak bodek bos ke apa? hihi ;p)
- nak pergi bercuti bersama family kecilku ;) mama, papa & rayyan. hikhik

3. Share your mission and/ or vision for this new year.
berusaha menjadi yg terbaik. since now i am a mother, so tidak boleh main2 dah. i mean, the responsibility is BIG. jadi, aku akan berusaha ke arah menjamin kesejahteraan duniawi dan akhirat. both must be balance. insyaAllah

4. Tag 5 person and let them share their things to do.
- erm xsempat nak pikir, rayyan da nanges.. huuuuu

sekian saje entry melepaskan batuk di tangga T_T

Wednesday, December 22, 2010

Princess Kyra sedang menyanyi. huhu

Yo yo yo. ada sesapa rindu kat i taaakkkkk? (sekali korg jawab tak daaaa. malu sudah pempuan bernama ciare ni. eceh ;p)

Ok fine tak rindu pon takpe, ade aku pedulik?? no no nooo. i tak peduli pon. i'm blogging utk kepuasan sendiri. thats all ;)

Utk release tension, aku suka tgk video budak kat bawah ni. since aku sdg berpantang kat umah dorg, maka havoc laaaa kat umah ni. Rayyan pon redha je tgk kakak2 sepupu dia ni punya pe'el. hikhik

video

hehe lawak laa dgr minah ni nyanyi ek. huhu. anyway, selamat bercuti! eh silap, aku je yg sdg bercuti, korg kena bekerja okayyyy. jgn noti2. daaa ~~~ ;p

Monday, December 20, 2010

♥ Contest Si Manjaku Comel ♥

Assalamualaikum semua :')

Tetiba terjoin contest pulak. mula2 macam malu2 ayam berak kapur nak join contest ni, tp kerana ditagged by mrs adam buat jela :') lgpon datelinenya 25 december ni. so sempat lg kan. hikhik.

Sila rujuk blog tuan penganjur untuk melihat syarat2 penyertaan. rasanya aku dah buat semua syarat2 yg diperlukan. alaaa seronok2 aje nak join kan. sekaligus nak mengupdate blog yg ketandusan cerita ni. asik2 cerita pasal Rayyan, Rayyan, Rayyan ;) eh, nama baby di atas pon Rayyan jugak heh. hihi. tp dia Ar-Rayyan. hihi.

Ni la Rayyan saya. hihi. nama penuhnya Muhammad Khair Rayyan bin MK ;p umur ketika ditangkap gambo ni adalah 31 hari. hihi. sehari sejurus lepas kena cucuk sebulan. Alhamdulillah Rayyan tak demam pas kena cucuk. hero mama ni kuat. caaayaaaanggg dia :')

Dgn itu, aku men~tagged 5 blogger utk mengjoin contest ini. sila2 la join jika ada masa ye. datelinenya 25 december ini =)
kalo ada di antara anda ber5 yg udah join contest ni, maybe bleh abaikan aje tag ni kot ;p hewhew

Saturday, December 18, 2010

emm..emm...emmm....hmm?

bukak new post entry link, taip taip. lepas tu delete.

bukak lagi new post entry, taip taip. lepas tu delete.

ulang perbuatan di atas sampai 6x (kot)

hoh sejak bila aku sudah tak pandai merepek ni? oh adakah ini tanda tanda untuk meletakkan jawatan sbg seorang blogger? tidak tidak!! aku mau menjadi blogger sampai tua (cewah ;p), sampai ke anak cucu agar buleh suruh anak cucu aku baca blog ni nanti (geli makkkkkk HAHA)

bukan apa, sebab segala yang aku telah fikirkan, sedang fikirkan dan akan fikirkan semuanya adalah mengenai Rayyan. he's my everything buat masa ini. eh, of kos bapaknye skalik kan. percuma satu bak kata tagline puteri tujuh. eh, sejak bila puteri tujuh ada tagline? eh sape pulak puteri tujuh? well, sapa rajen baca blog ni konfem kenai sape puteri tujuh naa? tettt ;p

jadi, bila semuanya pasal Rayyan aku nak cerita, macam tak special lak nanti. i mean, takkan semua pasal Rayyan nak jaja dlm blog kan?? padahal, i've got sooooo many to story. but, maybe tak perlu cerita kot.

dan bila nak upload gamba pulak, aku asik bukak folder Rayyan aje. in fact, sudah ada berfolder2 gamba dia saja. dannnnnn, ehem ehem....aku pon dah lama tak bercamhore sorg2 i tell you. sooooo not me ;p gini lah rupanya when you have a baby. or...babies. hikhik ;p

oh, u know what?? ateh, my pren (ahli puteri tujuh) sedang mengandungkan baby TWIN. OMG okaaayyy!!! eeee bestnyaaa nanti dapat anak sedara twin (melompat lompat kehappyan ;p). ish tak sabar sgguh laa nak visit anak kembo ateh nti. wink wink ;)

tomorrow and another one week, i will continue hari hari terakhir pantang aku di ipoh then next weekend blk kg pulak untuk majlis cukur jambul si Rayyan ni. oh, nangis laa aku tgk rambut dia kena cukur botak nanti. weeee tak ensem laaa anak mama kejap nanti. nanti konfem dkt sebulan jugak kena tggu rambut baru tumbuh ek. sabar ye sayang. u have to be strong (hugs!)

em xtau nak taip apadah. Rayyan tgh tido dan akan bangun in any minute. love u baby!! mmuuahhhh =)

Friday, December 17, 2010

update laju2

*tajuk tak kena. tak ada la laju2 sgt. berhari2 jugak disimpan sbg draft. HAHA*

# pada satu malam yg panas, masa tu MK tgh menidurkan rayyan. aku lak lari masuk bilik pasang aircond (sila jgn tiru aksi ini. org bpantang tak elok duk dlm ekon. aku xpe =p) dan tertidur sampai 2am. tetiba aku bermimpi dgr suara baby menangis. tiba2 terjaga sbb MK gerak. 'yang cpt susukan rayyan, dia nangis tu'. OK fine. pasni dah tau la rupanya itu bukan mimpi, tp anak aku yg betul2 nangis. HEHE

# dalam phone and camera semuanya penuh gamba anak. sangaaaatttt la magik. dulu penuh gamba aku je rasanya. tak kisah la fon MK ke fon i. agaknya MK da delete ek semua gamba aku dlm fon dia. wuu wuuu. motifff jeles laki simpan gamba anak?? ;)

# berat selepas melahirkan? ermmm tak ada byk beza pon. aci tak kalo cakap berat aku cuma turun sekadar gitu2 aje a.k.a cuma berat rayyan aja yg ditolak. mujur masa preggy aku gained 10kgs camtu je (mujur laaa konon. hukhuk. tp ok la. kalo berat aku naik 20kg aritu x ke naya?? ;p). dan lepas kawen aku naik 9kgs hasil suke masak & makan. so I got 19kgs maaaa untuk dibuang dari badan tong drum aku ni. tak percaya? sila tonton pempuan gemuk di bawah.
dilema wanita lepas branak. hukhuk. pipi ni sah sah la susah nak bg selim kan. so dont imagine la part lain mcm perut, lengan, peha etc etc etc. wuaaaaaaaa (-_-") abes 100 hari nak joging lah (angan2 mat jenin :p) ee kenapa aku sggup upload gamba hudus di atas?? tgk jari gebu aku tu, gemuk gileeeeee. hokhok

# agak terkejut dgn prestasi MK sbg bapak. senang cite, Rayyan adalah bayi berumur 4 bulan ke bawah yg berani ni pegang olehnya!! i was surprised. hehe. tapi agak2 la kan. dah anak sendiri ko taknak pegang jugak memang nak kena lempang la jawabnya. buat anak pandai, pegang anak takmau. amboiii byk cantek. ops! ;p Alhamdulillah MK tidak kekok aku tgk. malah dia lebih advanced dalam memujuk Rayyan okek!! i jeles. huuu

# prestasi Rayyan? erm ntah. hehe. maybe sudah less meragam. pastu ada bunyi2 baru yg terkeluar dr mulut mungil dia tu. happyyyy sgt100x tiap kali dia buat bunyi baru. excited gile ek aku? kalo dia sebut 1st word dia nanti mau aku pengsan gamaknya. HAHAHAHA

# kulit muka Rayyan sudah tercemar. ade bintik2 merah. macam jerawat pon ado. tp menurut kata kawan2 itu normal. ruam panas gamaknye. ke ruam susu ek? nampaknya lepas tiap kali menyusukan dia, kena basuh sekitar pipi dia tu. hmm, harap2 cepat la ok. sian anok jatang mama dok ensem nati. hukhuk. nanti nak balik ganu nanti takdok gewe nak ngorat. HAHAHA ;p

# Rayyan's favourite moment adalah MANDI timeeee. hehe. sgt best nak mandikan dia. siap2 kan dia. tp berat oh mamat ni. sudah 4kg. sengal2 lengan aku gara2 mendukung dia especially time mandi sbb kena pegang betui2.

# eh semua cerita pon pasal Rayyan ek skrg? well ;p oh ya, aku ada di bumi seri kembangan skrg. kalo nak visit habaq mai la awai2 no. sbb kami x sure lg nak blk perak bila. maybe sabtu ni or maybe ahad. so next week akan berada d perak selama smggu pastu balek seri kembangan terus. then, panjangkan kaki ke terengganu pulak. na na na naaa ganu kiteee ;')

ok lah. 1 hari 1 entry kira ok la ek. hehe. nanti aku dah tinggal berdua dgn Rayyan xtau la cemana. skrg ni bleh bgilir2 dgn mak lg. 2 mggu lagi i'm totally alone with Rayyan masa MK keje. wuaaaaa :'( takotnyaaa. mampukeee aku nak memenuhi permintaan budak kecik ni. konfem nti mama nye ni xsempat nak buat apa2 keje sbb dok hadap diaaa je kalo dia cranky. harap2 Rayyan ok la nanti. be a good boy ek. tolong bkerjasama dgn mama ye syg. jgn buli mama nanti. kekekekeke. until then, chow ;)

p/s: today Rayyan will me auntie Hana for the 1st time. yippieeeee =D

Thursday, December 16, 2010

Rayyan sudah sebulan hari ni ^__^

Assalamualaikum kawan2 di alam maya :')

harini saya sudah sebulan. yeay!! i'm a happy baby yg suka bermanja2 dan mengempeng dgn mama & papa saya. hehe =p ni aksi kegemaran saya. papa kata aksi otomen =p

eh, rambut pacak saya ni original. papa ckp mcm otomen jugak. hee heee =p ntah genetik sapa laaa saya dapat rambut cacak ni? ;n tp nanti lepas majlis cukur jambul abes la rambut pacak2 saya ni. tak ensem laaa nanti. ngeee ;p

oh, leher saya dah ilang. tak nampak sudah ;p betapa gebunya saya. hehe. oh ya. malam ni mama&papa nak bawak saya pegi jumpe doctor siti yg checkup saya dari sebesar biji tembikai dulu =)) alamatnya kena cucuk la saya malam ni. tolonggggggggg mamaaaaa....;p

p/s: sudah sebulan anok jatang aku ni. hihi :)
malam ni pegi cucuk jangan nangis ye sayang.
i love you.

Tuesday, December 14, 2010

Perihal breastfeeding si rayyan :')

Assalamualaikum

Kat sini aku nak buat pengakuan berani mati la kononnya. Ingat tak aku penah buat 1 entry pasal nak breastfeedkan si putera kecik ni sepenuhnya?? hasilnya?? GAGAL i tell you.

Tak tahu nak salahkan sapa. tapi of kos la salahkan diri sendiri jugak sebab ingatkan nak fully breastfeedkan baby ni sesenang A B C. rupanya tidak, as for me la. SUNGGUH RUGI laaaa wahai Rayyan sebab tidak minum susu mama sepenuhnya. mama mintak maaf. mama janji akan cuba bg susu mama sebanyak mungkin pada Rayyan. tapi Rayyan kena usaha ok. kena rajen2 la isap. kena usaha sikit (cewah gaya anak aku paham and baca blog ko je ciare. nak kena lempang sebijik??)


hasil perahan terbanyak. 40ml @ 1.5oz. sgt menyedihkan bukan?? aku ada cdg nak amik pill@suplement tp ade bbrp opinion ckp xelok mkn awal sgt since aku masih dlm pantang. so better pakai cara natural. makan sayur, minum air byk...dlm smggu ni aku start minum susu anmum lacta. not bad jugak hasilnya. tp aku belom try pump lg. tak ada masa. serius xckup masa. sbb skrg Rayyan agak cranky and nak dibelaiiii aje kerojenye. ate, bila masa aku nak nge-pump.

So yg terbaik adalah, bila dia start ek-ek-ek aku sumbat trus (direct breastfeeding) . Itupon tak brapa memberansangkan. tiap kali aku abis menyusukan dia walopon dekat sejam, dia tetap lapa dan nangis sampai menggeletar dan mengigil mcm kena dera. ingatkan sakit perut ke apa. tp perut dia ok. kentut sejam 10x (hihi) pastu berak sekali sehari. tapi mmg pelik, tiap kali pas breastfeeding dia menangis ya ampunnnnn.....mcm 1 hari aku tak bg susu.

Solutionnya, bancuh susu formula T____________________________T pastu dia hisap botol sampai mencungap cungap lapa gile. ibu mana tak sedih :(( Hampir nangis tak berlagu jugak la. sampai satu tahap punya down, kecewa n marah diri sendiri tu rasa macam gigi ketap2 menggeletar. mujur laaaa ingat Tuhan. ingat Allah lg. cepat2 istighfar. aku rasa kalo ikotkan perasaan sgt buleh meroyan tau. nauzubillah.

Nak dijadikan cerita pada satu ptg aku dgr ceramah agama kat stesen radio perak. ustaz tu kata, 'kenapa zaman skrg byk mat rempit, minah rempit?? bohsia?? bohjan?? mereka ni ada satu persamaan iaitu suka duduk atas jalan. siapa yg suka duduk atas jalan?? LEMBUkan?? haaa ni tak lain tak bukan minum SUSU LEMBU la masa kecik2 dulu ni. itu la perangai macam lembu!'~~~~~~

aku mmg sentap abis dgn apa yg ustaz ni cakap. apa lagi, aku pegi sambal tuala, masuk bilik air, pasang air kuat2 dan NANGIS sepuas hati. SAMPAI HATI ustaz tu cakap org yg minum susu lembu perangai mcm lembu. aku ni dah le dalam pantang. emotional. susu tak banyak. rayyan lapa tak cukup susu. dia bleh SOUND LEMBU LEMBU LEMBU pulak. ya Allah, peritnyaaa hati aku T____T

Hmm, tah la. apa pon aku berdoa pd Allah swt untuk menambahkan susu badan aku ni. dan semoga Rayyan makin rajin jugak nak isap nenen mamanye ni. bkn apa, once bila baby dah rasa nikmat menyedut susu botol, dia akan rasa malas nak isap susu ori ni sbb dia kena isap nenen kuat2 baru ada hasil (utk kes aku yg kurang susu), kalo susu botol dia tak payah usaha kuat sgt. isap sikit aje susu dah menyembur2 keluar. thats the thing yg aku risaukan. tapi Alhamdulillah Rayyan hari makin hari, makin byk isap susu mama dia ni. kalo terjaga malam 3x, dia akan menyusu badan 2x. sekali je susu formula@susu botol. Syukur. Moga prestasi susu aku makin memberangsangkan, dan Rayyan juga makin byk isap susu original ni ha. hehe :')

Oh, another long entry bukan? redha ajelah.

bye!

ops sila abaikan kaki opah ngah nye yg sdg mandikan dia tu. tuala PINK? bantal PINK? best kan? LALALALA ;)


Monday, December 13, 2010

Pengalaman menjadi mama **so far** ;)

Baru kutahu, napa laaa org kata Syurga itu di telapak kaki ibu ^___^ kalo masa pregnant, ko ingat dah cukup dgn pelbagai cabaran, tunggu la secara rasminya jadi ibu pulak. baru laaaa tau cemana tinggi rendahnye langit tu. hukhuk

Ok now I know. Being a mom is soooooooooooo ______________ (isi tempat kosong. tidak buleh lebih 20 perkataan). HEHE ok gurau je. kesimpulannya menjadi ibu tak dapat diungkapkan dgn kata2. semua perasaan bercampur baur.

Dan ku akui jawatan seorg ibu sgt memenatkan. cemana laaa org ada anak belas2 org tu ek =p tapi walaupon penat, kita tidak akan merungut dan teruskan jugak title ibu tu dgn happynya. Macam Rayyan skrg, dah pandai merengek2 a.k.a meraung2 nak dimanjakan. walaupon penat dan bersengkang mata, tapi bila dpt tgk senyuman dia, legaaaaa sgt hati. rasa bersyukur sgt2 :)

Gambar hiasan kejaps
mama jangan buli saya buleh tak?? HEHEHE
Sepanjang hampir sebulan menjadi mama Rayyan ni, aku dah buat semua tugas2 seorg mama. MK jugak begitu.

Dari hari kedua, lepas keluar hospital, kami dah membuat kerja2 basic mcm mandikan dia, cuci kencing berak dia, menyusukan dia. eh bese la org tak ada bibik =p tapi mula2 mandikan dia ofkos mak yg tolong, tapi yelah, mak aku tak sihat sgt. so pastu kena la buat sendiri. and now, walopon belom abes pantang bleh katakan aku dah expert nak mandikan dia and I'm proud of it :)

Dalam sakit2 luka kena jahit ni, kadang2 terus terlupa diri ni sakit bila dgr suara anak nangis. main belasah je duduk bersila la, mencangkung la. lepas tu, baru teringat. sakit ooohhh. hukhuk

Apa lg ek pengalaman jadi mama ni? hmm.....tu je kot. yg penting, masa itu emas. tidak boleh lagi dibazirkan. masa2 tidur Rayyan la aku curi2 utk  makan, rehat, tido dan beronline. well, blog kena jalan babe. pendapatan nuff ni kena diteruskan. hehe. terima kasih nuffnang (tetiba sgt ;p)

emm tu je kot. hehe. daaaa ~~~

p/s: sejak ada anak cerita pasal anak la pulak ek?
dulu asik cerita psl pregnant. hehe
eh rindunyaaaa perut bulat gete i dulu. wink ;)
Oh ya, 16/12 ni Rayyan sudah sebulan.
Time to get your 1st vaccine my prince ^_^

Saturday, December 11, 2010

Malam pertama bersama Rayyan di Hospital Putrajaya :')

Salam semua :)

Alkisahnya ini adalah sambungan entry pengalaman bersalin aritu. rajen rajen la tgk previous entry untuk baca pengalaman bersalin si putera kecik tu ye. hihi.

Entry aritu berakhir pada jam 4pm kan? di mana aku dimasukkan ke wad 2B katil 13. hmm, kenangan sgguh la. hikhik. rasanya ni kali pertama aku dimasukkan ke wad. sebelum ni penah jugakla kena masuk air kat tangan sbb demam byk hari. tp idak le sampai warded bermalam. kali ni mmg nostalgia sgguh la kena tido hospital. mak takottttt tido hospital. mula la aku membayangkan babak2 dalam cite antu indonesia bertajuk suster engsot tu. seram gile nyah T____T HAHAHHA

Ok sambung. byk plak selingan. so pas masuk wad tu, bermula la hari pertama yg sukar campur ajaib sbb macam tak percaya da bersalen ;p tambah plak, dorg letak katil baby kat sebelah katil maknye, so mcm sgt ajaib la tetiba ada baby lak kat sebelah kan. hehe. ish xtaw la camana nak gambarkan. sweet moment ^__^

Mula2 masuk wad mmg semuanya bgantung kat MK. hatta ke bilik air pon MK kena tolong aku sampai la ke dalam jambans. mujur la wad dia bukan openward. wad dia jenis 1 bilik ada 4 katil. masa aku masuk, bilik tu kosong 1 katil. so xde la meriah sgt dgn org ramai =p

Cuma sedih taw nyah time visiting hours tamat. itupon MK dan mak melengah2kan masa. patotnya kul 8pm da kena blk. tp dekat kul 9 gak dorg balek. sedih taw kena tggl dgn budak tecik tu. i nangis taw ;p (gedik gila ayat. ada rasa nak lempang??? ;p)

Pengalaman aku kat wad tak ada sukar mana. cuma aku tak boleh nak pee. nurse cakap maybe sbb trauma. macam2 gaya aku buat tp tak mau pee jugak. last2 kena pakai tiub. huh. hazab koooo.

Malamnye pulak, rayyan byk kali nangis. susu aku plak tak banyak. dia macam tak puas hati. nangis dan nangis lagi. sampai 2,3 kali nurse datang jenguk aku. rupa2nya pampers dia da basah =p kali kedua pulak dia berak. hihi. kali ketiga plak dia lapa. so nurse guide aku cara menyusukan baby :)

Pagi esoknya (Raya Haji okeyyyy. aku beraya kat spital. malam tu nurse siap pasang takbir kat radio lg =p) nurse amek rayyan untuk mandikan dia. sempat la aku tido lena japs. kul 9 camtu, doc pakar dtg check. dia kata bleh balek aritu jugak. yahoooo. terus call MK ckp bleh blk ;)

Hmm itu la serba sikit pengalaman bersalen dan pengalaman bermalam kat hospital putrajaya. servisnya mmg sgt puas hati utk kategori hospital kerajaan. semua staff adalah suka menolong. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA DIUCAPKAN KPD DOC2 YG MENYAMBUT KELAHIRAN RAYYAN DAN JUGAK KPD STAFF WAD 2B YG SGT MEMBANTU. cewah mcm dorg baca je blog aku kan =p tp, kalo korg ada sedara mara yg keje jadi doc O&G dan jugak nurse wad 2B, sampaikan salam terima kasih aku kat dorg ek :)

pipi rayyan ada merah2 sket. mcm ruam kot sbb perak ni panas bebeno. and yes, brg2 dia banyak pink kan?? HAHA. mama rayyan gila kuasa nak pink jugak. kecik2 comei la pakai pink xkisah laki ke pempuan. hikhik. tp baju idak le wane pink. itu over ;)

Friday, December 10, 2010

Jawapan untuk korang :)

Ok terus straight to the point ek.

Q - air selusuh/akar fatimah tu perlu atau tak perlu serta penggunaannya
A - Untuk kes aku, tetiba je ada dua2 air selusuh dan akar fatimah tu. Air selusuh dpt dr kampung. Kononnya Pak Imam yg tolong bacakan ayat2 suci Al Quran. air selusuh aku tak minum pon masa sakit. tapi aku taruk je dalam handbag. nak minum kat hospital takot doc/nurse marah (org kata depa marah kalo nampak). Masa aku mula2 masuk pon nurse ada tanya aku minum air selusuh x? aku jawab la tak. pastu masa nak masuk labour room, nurse ada ckp kat MK. kalo ada bawak air selusuh boleh bawak labour room. nanti dah 8cm dan ke atas dia suruh minum. Sooo apa lg, masa sibuk sibuk push dalam labour room adala dalam 3-4 kali aku request nak minum air selusuh. bkn sbb nak bg cpt beranak tp sbb bibir aku kering gileeeee. i need energy!! =) Air rendaman akar fatimah tu plak aku minum sblm nak g hospital. masa tu sempat rendam dlm 15min aje. xtau la bkesan ke tak. yg penting berniat dan berdoa agar segalanya dipermudahkan, bukaan dipercepatkan dan diringankan segala kesakitan masa bersalin. jgn lupa baca selawat dulu ;)

Q - prosedur kat hospital/dewan bersalin kat Hospital Putrajaya
A - prosedurnye senang aje. mula2 korg kena book dulu. bleh book seawal kandungan da 7-8 bulan. so nanti bila da mula sakit2 nak bersalin, terus aje pergi dewan bersalen n tunjukkan kad booking. sebelum masuk labour room, suami akan disuruh mengregister untuk dapatkan tag nama untuk ibu dan baby. nanti xde la baby korg tertuko ke apa kan. pastu, jika anda non-gov-servant, kena bayar deposit rm800. nanti balancenya dia bg la. jgn risau, atm machine disediakan di hosp. heheh

Q - apa yg diperlukan masa nak pergi bersalin?
A - untuk mak yg penting ic. pastu kain batik. untuk baby, bawak la sepersalinan barang2 baby untuk dipakai buat kali pertama :)

Q - perlu ke tak susu formula dibawak ke hospital?
A - honestly TAK PAYAH BAWAK dan TAK PAYAH BELI lg bagus. sbb kalo dah TERbeli, anda akan menggunakan jalan singkat kalo baby tak mau menyusu. huuuuu. aku ada cerita sedih pasal breastfeeding. nanti ada masa aku story ok. tp Alhamdulillah Rayyan da banyak menyusu badan. breastmilk pon mcm bertambah pas minum anmum lacta. Terima kasih Allah.

Q - epidural tu ok ke?
A - Masa aku sakit menggila contraction, doc pakar ada offer epidural. aku yg tgh sakit gila masa tu konfem la NAAAKKKKK. sakit okkkk. MK pon xtaw nak kata apa dah. dia ikot je. yg bagusnya, before doc bg epidural dia akan suh baca dulu flyers pasal epidural. bagus kan? tp aku yg tgh sakit mcm nak tercabot nyawa tu akan baca ke??? huhu. pegang flyers pon dah mgigil nak suh aku baca plak =p dan yg pntg b4 pasang alat2 epidural tu (mesin dia gedabak beso. seram woooo =p) kita kena sign dulu utk beri permission. masa kena cucuk epidural tu tak rasa apa pon. sakit contraction lg bercintaaa i tell youuu. hihi. harga epidural?? FREE aje. sbb tgh promotion. kalo bersalin time working days dan office hour, bayaran tidak dikenakan. hehe.

Err ada soalan lg ke x dijawab? em nti aku check email. yg mana soalan tertinggal tu aku jawab trus thru email la ek. thanx readers :)

p/s: aku nak upload gamba budak tecik rayyan ni. tp tak bleh plak. nape tah
so kalo nak tgk gamba rayyan sila2 lah jenguk sini. em ade ke yg nak tgk??
HAHA perasan je mama rayyan ni =p

Thursday, December 9, 2010

rindu rinduan :')

Eh. kali ni bukan nak buat entry jiwang2 dari isteri untuk suami ke hape ok. cukup2 lah 2 entry yg berbaur kesedihan terlampau minggu lepas. minggu ni aku kena kuatkan smgt! xbleh sedih2, nanti kalo rayyan nangis konfem aku nangis sekali T__T

Tapi . . . . . . entry kali ni nak menceritakan betapa rindunya si suami saya kpd anak dia ni. OK OK xpe la. dia rindu anak dia lebih dr rindu bini dia. hehe. sentap nyahhh @__@ tp tak apa, i paham :")

Dalam sehari adalah dekat 5x kot aku kena mms gambo rayyan dan mama rayyan sekali kat papanye si MK tu. sampai kekadang aku naik kemarahan la jugak asik2 nak mms, asik2 nak mms. nak nak time tu aku tgh sibuk memujuk rayyan nangis ke, tgh basuh berak dia ke...si papanye nakkkkk jugak mms dgn kadar segera. hangin taw =p tp nak tergelak pon ada, tak sabo2 dia nak tgk gamba anak dgn bini dia.

Dia main order2 je gambo mms tu. "Syg, mms gambo baby n mama satu"....amboiii siap main order2 lak ek. hihi.
rayyan with mrs moo and mr turtle =)

Wednesday, December 8, 2010

Sharing is caring ^_^

Salam semua.

Hmm, sebenarnya aku ada banyaaaaaak sgt benda nak story dan kongsi2 dgn korg. infact ramai jugak reader yg email (especially reader yg juga mak buyong kali pertama) tentang cerita2 bersalin ni serta tips2 dan sebagainya. ohhh, terharu ok korg mintak tips kat i. tetiba rasa jadi doktor o&g plak. weeeheee =p takyah susah2 amek degree kedoktoran pon aku dah bleh jadik doktor ni ;)

Well, ada banyak jugak soalan2 antaranya:
- air selusuh/akar fatimah tu perlu atau tak perlu serta penggunaannya
- prosedur kat hospital/dewan bersalin kat Hospital Putrajaya
- apa yg diperlukan masa nak pergi bersalin?
- perlu ke tak susu formula dibawak ke hospital?
- epidural tu ok ke?

Dan ada la bbrp soalan lg. nti la aku try jawab semua persoalan ni dlm entry berikutnya ok. tp xtaw la bila. besok kot baru dpt buat. xmampu nak buat lebih dr 1 entry skrg. hehe =p

p/s: pssttttt. aku sekadar nak menjawab soalan readers aku ok.
bkn tetiba nak jadi pakar perbidanan ke apa. huhu

Monday, December 6, 2010

Pengalaman Melahirkan Putera Kecil *Muhammad Khair Rayyan*

Takyah cerita secara karangan lah ye. secara rentetan cukup kot ^_^ cerita rentetan pon mcm sama panjang mcm esei. ko tgk la nti =p

16 Nov 2010
--------------
2:15 am: Terjaga sebab rasa ada benda panas mengalir kat suar dalamsss huhu. mujur i pakai panty liner =p pegi toilet aku check ada darah dan air mcm lendir2. tapi idak la banyak beno. masih di tahap tak merisaukan. so tuka suar n pakai pad lak. tido balek. aku malas nak gerak MK lg. takot false alarm jek

2:30 am: Contraction pertama datang. dia macam sakit pinggang n belakang. mula la mengerang sorg2 dan bila aku cuba tukar2 posisi mengiring, ada mcm air kuar sikit2. time tu da start yakin itu air ketuban yg da leaking sikit2.

3 am: contraction tak bg salam pon. dia terus sakit 5 minit sekali. paling lama jaraknya pon 10minit sekali. hazab weh. so da tak tahan n gerak MK. cuak la kawan. dia ajak g spital sbb kesian tgk aku. tp aku taknak lagi. cuba tahan lagi.

3.30 am: tak tahan rasanya so we all bersiap2. g mandi2 dulu. siap2 beg. pastu baru gerak mak. mak ape lg? trus tjaga dan tkejut "hah nak beranak dah ke???" hihi. mak aku mmg camtu. dia panic lebih sket =p trus dia bgn dan rendam akar fatimah tu. mmg tak rendam lagi sbb kan ada 2 ari lg nak due date kan. aku makan coco crunch sket. MK over k. dia makan nasi segala. haha. mcm dia nak beranak =p

4 am: gerak ke spital

4.++ am: sampai sepital ptjaya dan terus ke wad bersalen. pastu masuk 1 bilik dia nak check bacaan jantung  baby yg ikat apetah kat perut tu. pastu 'check jalan' la apa lagi. takyah cerita la macam mana rasa dia ek. huhu. cuma tips aku nak bg masa kena 'seluk': lembutkan kaki dan ko rela je apa dorg buat. sbb once da sampai sepital mmg kerja dorg asik nak selukkkk aje. yela, sbb nak check jalan kan. so rela je :)

5.++ am: bukaan 2-3cm camtu. yg ni doc pelatih yg check. doc chinese lelaki. air ketuban pon asik meleleh2 je time ni

6.++ am: doc pempuan dtg check. lembutttt aje doc tu. aku pon rasa sejuuuuukkkk je ati walopon sakit dah menggila. dia check dah 4cm so kena masuk labour room. dia bg ubat berak so kena berak2 dulu. terbaekkk oo ubat dia (gelak2 tutup molot. haha)

7.30 am: masuk labour room. bilik nombor 4 :) tuka baju semua, dia ikat lg benda nak check jantung baby n check bacaan contraction tu. then dia kuarkan semua air ketuban. pastu MK bleh masuk n teman aku sampai la nak beranak karang. mujurrrrr husben bleh masuk nyah. kalo tak mesti aku dah amuk satu hospital sbb tak tahan sakit =p MK ade bleh ngada2 n buat muka kesian sket. hihi. time ni laaa nak support dr suami taw. punya sakit tu sampai aku ada nangis 2,3x...tapi xelok nangis sbb nti jadi lemah n ilang tenaga.

screen ni diletakkan kat kawasan hadapan tempat masuk wad bersalen. so kat sini ko tau la sapa kat dalam bilik bersalin dan statusnya dah bersalin ke belum. so sila check di atas. time ni saya di bilik nombor 4 dan status belom bersalen. hihi
10.00 am: doc O&G pakar datang. dia tgk aku dah restless dan offer epidural. time tu aku siap nangis bila contraction dtg. MK nak gosok2 pon rasa nak lempang jek ;')

10.30 am: aku decide utk amek epidural. and u know what?? epidural tu tak berkesan kat aku!!! aku tak pasti ianya tak berkesan atau tidak sbb sakit dia masih menggila ok. atau maybe sebenarnya akan lebih sakit kot kalo tak amek epidural. wallahualam. tp aku mmg rasa tak berkurangan sakitnya. tapi layan jelah. aku dah tak ingat apa dah time tu. rasa tak sabar sgt sangat sangaaattttt nak kuarkan budak kat dalam tu masa tu. hukhuk

12:00 pm: sepanjang aku masuk labour room dari 7.30am tu, macam2 doc dan nurse dah masuk ke situ. jangan tanya la bape kali kena 'check jalan'. redha redha.

12.++ pm: ada 1 doc pempuan ni masuk dan 'check jalan' kaw kawww punya. rupanya dah 8cm dan dia nak tolong cptkan bukaan. katanya kepala baby da bengkak sbb aku dah teran. padahal aku rasa aku tak teran pon  -_-" huhu. masa tu MK disuruh kuar jap. nanti da nampak kepala bb baru dia pggil masuk blk. time tu dia da suruh aku push push dah. dia kata bila sakit, kena push. so aku ikot jela. bila contraction, aku push.

12.20 pm: kepala bb da nampak n dorg pgil MK masuk. MK pon bg smgt kt aku. MK ckp ms tu muka aku merah bibir aku biru. huhu. tak lama pastu mcm kecoh sbb aku dah penat and baby da nak lemas. doc ckp kena vacum cepat atau kena operate. maka, MK disuruh kuar masa vacum. time tu mmg dasat sgguh aku rasa. time aku push, ada 2 org ready nak vacum. pastu ada 4 doc duk tekan perut aku (2 org kiri 2 org kanan). fuhhh~~~xtaw la nak ckp masa tu. huuuuuuu.

12:42 pm: kuar la si putera kecik ni dari rahim aku. alhamdulillah. masa tu  dia letak bb atas perut aku. aku nampak rambut dia je. sbb dah tak larat sgt2.

tangisan pertama Rayyan. masa ni doc baru lepas cuci dia dan sedut2 cecair2 kat mulut n idung dia pakai tiup. MK tgk la masa ni.
Sorry ye kawan2, aku salah bg info. aku ckp aku bsalen kul 1.30pm. padahal kul 12.42pm. hehe. kul 1.30 tu aku setel jahit semua rasanya. dalam kul 1 dorg start bersihkan rahim n start jait luka. doc yg jait mmg terbaek. tak rasa sakit pon. syukurrrrr.

oleh kerana bb aku kena vacum so lama la sket dorg nak bg aku tgk bb. aku pon kena dok labour room lama sbb kes vacum special sket kononnya. MK pon azan bb sambil dia baring je sbb kepala dia sgt lembuttt n bengkak sket. kul 3 mcm tu br aku dpt pegang bb and try susukan bb.

kul 4 masuk wad dan bermula lah episode sbg seorang MAMA ^__^ cewah

p/s: akan bersambung kisah di ward pulak. next week la ye :)

Wednesday, December 1, 2010

Dedicated to MK Darling

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you

Ini lah penangan bini kena tinggai dgn suami masa dalam pantang, padahal smggu skali suami pulang. oh emosinyaaaa :'(

Jika ditakdirkan mengandung dan melahirkan lagi kelak, aku nak berpantang kat rumah sendiri. upah la bibik for a month ke. cukup lah ini sekali. cukup lah. i really miss MK T______T

damn it! nak MK skrg jugakkkkkkkk.


© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha