Sunday, January 16, 2011

Hari pertama bersama Babysitter

Jatuh pada tanggal 14 Jan 2011, 2 hari sebelum Rayyan genap 2 bulan. Kesian kan??? Kecik sangat untuk berdikari tapi itulah lumrah kehidupan. Rayyan perlu melaluinya dgn tabah. Aku juga kena laluinya dengan tabah agar tidak tiap hari banjir di rumah babysitter. Huhu T____T Alhamdulillah dalam sekelip mata, keputusan untuk menghantar Rayyan ke nursery bertukar ke tangan babysitter. Syukurrrr sangat. Legaaaa pulak tu. Sebab Ibu (babysitter) itu aku tengok sangat lembut karismanya.Cekap pulak tu. Dia menjaga 6 kanak2. 2 bayi (termasuk rayyan), 2 bayi sekitar 8-9 bulan, dan 2 lagi bayi yang sudah hampir 1 tahun setengah.

Maka yakin la jugak. Sebab dia lebih tumpukan perhatian pada Rayyan dan sorang lagi bayi. Mula2 aku berat hati nak hantar pada kakak tu sebab takut dia tak terjagakan Rayyan. Tapi sangkaanku meleset. Dia menjaga Rayyan dgn baik sekali. Mungkin lebih baik dari aku. Hoho. Ate, orang da expertkan. Lain la aku ni, new mama. Buat semua benda pon terhegeh2. Well, still catching up. Menjaga dan memelihara anak
adalah neverending lesson.

HARI PERTAMA RAYYAN

Seawal 7 pagi sudah keluar rumah. Rumah babysitter dekat aje. 1 taman, lain jalan je. Sesampai je kat rumah Ibu, aku perhatikan semuanya nampak OK. Ibu OK, rumah OK, kids lain OK.... On the surface, macam boleh percaya. Maka, bertawakal lah aku meninggalkan anak kat Ibu. I was about to cry. MK masa tu da gerak g keje. Aku kan tak keje, so lepak dlm sejam la jugak. Berat hati nak tinggalkan anak.

Ibu pon perasan air mata aku da bergenang. Dia paham sangat. Ate, 1st time berpisah. Tapi aku kuatkan  smgt. Taknak nangis taknak nangis. MK pon pesan jgn nangis nanti anak pon nangis kan susah. Masa aku nak tinggalkan dia kat Ibu, siap senyum2 lagi. Rayyan pujuk mama jangan nangis ey? Hehehh Kuar umah Ibu laju2. Masuk kete laju2. Drive sampai umah. Pastu, zasssssss bercucuran airmata kooooo. Haha. Tgk tilam dia aku bantai nangis. Apedaaaa. Pastu kuatkan smgt. Terus buat buat sibuk. Buat keje umah la. Sampai  berkilat lantai aku kerjakan. MK blk rumah pon terkujat umah kemas semacam. Kehkeh

Aku call Ibu 2x. Kul 11 n kul 3. Kul 11 tu aku tanya, Ibu kata Rayyan ok. Da mandi, baru bangun tido dan minum susu. Wuahh lega. Aku cadang kalo dia meragam nak amik half day gitu. Tapi oleh kerana mcm ok. Aku lajak kan sikit. Kena keringkan hati, padahal rindunyaaaaaa kat anak. Kul 3 call, dia cakap Rayyan ok. Tengah berjaga tapi TAK nangis. I was like 'whattttt, dia jaga dan tak nangis???'. Impressive ok. Kalo kat
umah ni pantang jaga mula la ek ek ekk. Hehe. Ibu kata, dia tau tu dia kat umah orang, tu baikkkk je. Kalo kat umah ade mama ade papa, of kos la nak mintak dimanja. So aku pon decide amek dia kul 4. Jadi kul 4 tu aku sampai tgk dia diammm aje dlm cot. Baru lepas berak, mandi n minum susu. Ish mcm tak percaya je rayyan duk diam comel gitu. Tapi percayalah!! Hehe.

Aku letak dia kat car seat pon elok diammmm jgk. Sampai masuk umah. Letak atas tilam diaammm je sambil main2 jari dia. Lepas tu tertidur dgn sendirinya. Haih sejukkkkk hati mama :) Sekian ajelah pengalaman  pertama saya menghantar anak ke babysitter. Dan juga pengalaman hari pertama rayyan bersama Ibu. Moga pasni, semuanya OK. Biarla berterusan OK mcm ni. Aminnnn

P/s: Ibu tu muda lagi, awal 30an gitu tp berpengalaman jaga budak.
Bila tgk dia jaga anak kita elok, rasa happy sgt. Nanti kalo aku msk
apa2 bleh bg kat Ibu. Sbg menghargai dia. Hehe.

6 comments:

  1. lega bila tahu anak in the good hands kan..=)

    ReplyDelete
  2. to deena: betul tu. lega tak terkata :)

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah
    dpt bbsitter yg bags gini
    hati pun lega je
    kat mana ciah??
    bestnya tak yah antar nursery

    ReplyDelete
  4. alahai sedihnye dengar citer ciare ni..takot lak nak lalui saat itu..ahaha verangan padahal pregnant pon tak lagi

    ReplyDelete
  5. dah start keja erk..kejap je 2 bulan tu berlalu kan.aku ni pun baby mak yang jaga..masih risau+takut nak anto kat orang lain.tunggu baby beso ckit..huhuhuhu.

    ReplyDelete
  6. to dayu: mmg syukur sgt dpt pulak BS last minit. dia kesian tgk kite kot. hukhuk. kat PUJ9 la. lorong 26 rasanya.

    to yani: mmg ni la fasa plg mencabar. nak menyerahkan anak kpd org lain yg kita tak kenal up to 12 hours

    to rina: mak ko sihat xpe la.aku ni mak and mertua dua2 tak sihat.cemana nak tlg jaga cucu.maka berserah ajelah kpd Yang Maha Esa

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha