Sunday, January 2, 2011

Kenangan, Realiti dan Ketidaktentuan

Tak seronok sebenarnya berblogging pakai phone yang tak berapa canggih. Tapi kerana tangan menggigil jugak nak update blog. Sebab, ada banyak masa terluang sebab ada ramai orang tolong jagakan Rayyan. Khidmat aku hanya diperlukan pada waktu makan Rayyan aje. Hehe. Oh ya, Syukur Ya Allah kerana susu untuk Rayyan makin banyak. Semalam sekali je minum susu formula. Sangat memberangsangkan!! Alhamdulillah

Lagi satu sebab tak seronok blogging pakai phone sebab gamba tak bleh susun cantik2. Maka, terjadi lah macam entry ini. Gambar tak bagi salam pastu terus cerita berduyun kat bawah. Dan yang paling geram, aku dah buat perenggan elok2 tapi bila publish susunan text merapu. Blogger.com, can you do something about this?? Ececeh =p

Eh merapu banyak pulak =p Niat asal membuat entry ini adalah untuk menceritakan perihal betapa aku rasa dirahmati olehNya sepanjang tahun 2010. Alhamdulillah. Well, orang lain cerita pasal 2010, i pon mau jugaaa. Takbleh kalah uols. Hahaha. Jokes ok ;n

Love: Merangkumi hal2 suami isteri sudah semestinya. Rasa makin happy hari demi hari. Tak pernah rasa tak seronok bila dgn MK. He is so sweet with his own way. Tak ada lah macam watak dlm tv siap bg bunga tiap hari ke, pegi restoran mahal ke... Cara dia tak perlu lah cerita
mcm mana. Berdosa cerita hal rumahtangga. Cewah =p Then, percutian ke genting, bandung, cameron sgt2 best. Hope tahun ni akan lebih byk
bcuti with Rayyan. InsyaAllah. And the sweetest moment adalah ketika mengandungkan Rayyan. Now, he's in front of us. In our arms. Tak pernah rasa terharu begini. I'm officially a mother in 2010 =)

Kerjaya: Alhamdulillah. What can I say?? Rezeki bertambah. Kerja penat lelah dibalas dengan setimpal. Pada umur 26, aku boleh katakan sudah
berada pada takat kewangan yang stabil. Happyyyyy sangat. Money is not everything but it motivates people. Dan aku makin bersemangat untuk kembali bekerja pada 2011. Meskipun aku pasti akan merembeskan sebaldi airmata sebab terpaksa berpisah dgn Rayyan lebih 8jam sehari. Hidup mesti diteruskan, bukan?

Moga tahun 2011 akan lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Semoga rezeki bertambah, kesihatan tip top dan moga dijauhkan dari perkara yg tak
elok. Aminnnn

3 comments:

  1. yeahhh..looking forward to bring si kecik berholiday jugak..mesti lain challengenyer..

    ReplyDelete
  2. makin comel si rayyan ni...epy new year ciare!

    ReplyDelete
  3. dah lama x singgah..baru tau yg dah dpt baby, sorry..tahniah tau! best kan ade dak tecit kat rumah? :D

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha