Wednesday, February 16, 2011

3 bulan yang manis ;)

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, sudah 3 bulan Khair Rayyan membesar dengan sihat depan mata. Kehadiran si cinonet Khair Rayyan sejak 3 bulan yang lepas betul betul dah merubah hidup kami. Completely changed. I'm so happy. Tak ada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan seronok tu.

*sebak*

*kes malas nak rotate*
Cepat ye 3 bulan berlalu. Melihat Khair Rayyan membesar depan mata (walaupon terpaksa berpisah 8-10jam sehari) sangatttttttt laaaaaaaaaaaaa indah. Setiap saat aku rasa nak rakam aje. Terlalu bernilai dan priceless moment moment bersama anak.

Kali pertama dia menunjukkan tanda nak mengiring. Nampak mudah aje. Tetiba je dah mengiring tau uols. Terkejut iols. Rasa nak canang 1 dunia anak dah pandai mengiring. Poyo la mama Khair Rayyan ni ;p

Dan semalam, dia dah berjaya meniarap tapi tangan dia masih lagi tersepit. Aku tengah syok cuci pinggan kat dapur terkejut tetiba dengar Khair Rayyan menjerit macam kena dera je. Rupanya dia tengah buat aksi di atas. Bila aku terlentangkan dia balik, dia stop nangis. Then cuba lagi nak meniarap. 2-3 kali la jugak but still tak berjaya sepenuhnya sebab tangan dia tersepit. Alololooo cian anak mama :D

Tadi aku bagitau Ibu Liza (babysitter) yang Khair Rayyan dah bleh meniarap 90%. Hehe. Aku suh dia letak Khair Rayyan atas toto sebab bagi dia praktis meniarap. Kang letak dalam cot takot tergolek langgo kayu tepi cot pulak. Excited Ibu Liza dengar Khair Rayyan dah belajar nak meniarap. Hehe.

Cuma, rasa tak sedap hati sebab Khair Rayyan batuk berkahak. Mujur tak demam and selsema. Kalo tak aku dah mintak unpaid leave seminggu kot nak jaga dia. Haih risaunya dia batuk teruk. Cian Khair Rayyan. Dah la arini aku kena balik lambat. 8-9pm macam tu sbb nak pegi customer site. Silap silap aku yang demam nanti.

Demam rindu T______________T

p/s: Em kalo batuk dia ada lagi,
kena bawak g klinik la malam ni.
Moga anak mama cpt sihat. Amin

8 comments:

  1. napela rayyan ni shomel sgt..gewamnye..;-)

    ReplyDelete
  2. so cute ler khair rayyan..nama pun sedap....

    wah....cepat gark dia dah belajar nak meniarap.....

    better bawa gi klinik....ambil neb utk cairkan kahak dia tu..

    ReplyDelete
  3. teringat cha ngiring terselit tgn dulu :)
    sian tapi saje tak tolong
    pandai2 lah dia
    tp seronok kan

    bila anak batuk ni
    bawak gi klinik buat puas hati je
    derang mana bleh makan ubat lg
    selalu doktor akan kata
    - keep they warm,
    tido kipas no 2 je
    -pkaikan stokin

    tapi geram gak la kan. kalau bleh ank tindak balas segera
    tapi gitu je lah
    paling2 pun dpt ubat cair kahak
    ubat batuk smpai skrg tak pernah dpt

    ReplyDelete
  4. good boy..cepat dah pandai nk meniarap..Iman masuk 4 bulan bru leh fully meniarap...kalo dia batuk nanti dia mcm menyusu x selesa..takut dia salu muntah cam Iman dulu bile batuk..mcm kite jgk laa kan klau berkahak tue rase x selesa jek tekak..

    ReplyDelete
  5. bila anak da pandai berdiri sendiri, lagi la rasa nk melompat happy =)

    ReplyDelete
  6. anak aku pun ade juga batuk ckit2..x bawa g klinik pun.risau jg tapi dah tau kalo bawa g klinik,doc x bagi ubat.so skali skala bagi air masak suam.lama2 batuk tu hilang sendiri

    ReplyDelete
  7. wah cepatnya rayyan dah mengiring~
    Naima sampai skrg jarang2 mengiring,mniarap pun belum lagi..huhu,sabar je lah mak dia ni kan..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha