Friday, February 18, 2011

Dia tak sihat :'(

Betapa susahnya hati, betapa resahnya jiwa, betapa tak senang duduknya aku ni...... Bila my little son tak sihat. Demam, selsema dan batuk. 3 serangkai. Oh, aku sedang melalui fasa mencabar ini. Tak senang rupanya. Dulu bila tengok anak orang sakit dalam hati berkata 'apa susah, pegi la jumpa doc'

Now bila dah rasa sendiri baru la tau apa perasaan mak mak yang resah gundah gulana malam tak tido lena sebab asik terjaga. Bukan terjaga sebab anak meragam ke apa, tapi terjaga kerana secara otomatiknya terjaga untuk melihat situasi anak. Sangat magik aku rasa.

Papa tidokan Khair Rayyan, dengan papanye skali zZZzzzZzZ ;p
Dah pegi klinik. Dapat la berjenis jenis ubat sampai aku confuse apesal la banyak beno ubat doc kasi. Bila google google and tanya orang yang berpengalaman mereka kata baby tak boleh makan ubat. Oh sudah! Lagi la aku susah hati.

So sekarang ni, usaha aku adalah meng-breastfeed Khair Rayyan sebanyak mungkin. Kerana itu la sebaik baik ubat untuk bayi. Tapi aku kena jaga makan la, tak bleh makan yang sejuk2. Boleh tu boleh tapi berpada pada lah dan ingat laaa wajah kesayangan anak tuh. Huhu.

Pada MK pulak aku berikan tugas untuk menyapu vicks (for children warna pink tu) pada Khair Rayyan pada waktu malam. Means, bila terjaga kena sapu kat dia. Sambil tu aku BF si kecik tu. Hmm, apa yang penting? KERJASAMA =)

ops senset sket tawww ;p
Alhamdulillah by the time aku taip entry ni, demam Khair Rayyan dah kebah. Tinggallah selsema dan batuk. Kesian, tapi kena kuatkan hati. Bila pagi pagi nampak anak terbatuk atau tersedak kahak atau melelehkan hingus, 80% hati memberontak tak mau pergi kerja. Ya Allah beratnyaaaa rasa nak lepaskan anak pada babysitter. Bukan tak percayakan babysitter, at least kalau aku jaga dia, 100% perhatian aku berikan. Kalo kat rumah BS mesti la dia tak dapat nak tengok anak kitaaaa je kan.

Tu lah, sekarang ni kena kumpulkan semangat. Tak bleh lemah lemah. Tapi dalam kuatkan semangat tu, ade lah sejam sekali aku call/sms BS. Huhu.

Khair Rayyan, cepat sembuh ya! :)

9 comments:

  1. Cian lion demam.... :(... erk meow mune ksi tuh mmg da jd bantal musyuk lion ker?

    ReplyDelete
  2. Lion cpt sembuh yer.... muapp muap muap....

    ReplyDelete
  3. pengorbanan seorg ibu..semuaibu akan melalui fasa ygsame..bykkan doa & sabar ek kak..

    ReplyDelete
  4. ape???? K.Rayyan demammm??? wahhh..sedihnyaaaa...!!! kne monitor suhu badan dia slalu, takut kna demam panas bahaya sgt tuk bayi. Ish..smoga cepat sembuh ye syg.. inilah perkara yg membuatkan kita para ibu x senang hati bila nk g keja.. :'(

    ReplyDelete
  5. pertama kali anak sakit
    gini lah
    hati meronta-ronta tak nak gi keje
    dan nanti jgn terkejut ciah
    bila baru bulan 10 cuti dah nak ahbsi
    semua diperuntukkan untuk anak semata

    baby tak bleh makan ubat
    so untuk batuk ngan selsema
    breastmilk adalah ubat terbaik
    dan keep he warm
    malam2 kipas no 2 je
    stokin jgn lupa...juga vikcs..

    ReplyDelete
  6. i pun keje 2 hari je this week..rafique kena demam campak..

    get well soon rayyan..

    ReplyDelete
  7. demam boleh tampal kool fever..tapi kalau batuk jgn biar sampai kene lung infection/kahak masuk dlm tu nnt sian kene warded/neb..bagi la ubat batuk sikit utk ctrl batuk..lagi sian kalau teruk nnt..

    ReplyDelete
  8. semoga rayyan cpt sembuh ye n mummy nye kuat semangat skit ;)

    ReplyDelete
  9. tenangnyerr tgk muke rayyan tdo...

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha