Monday, February 14, 2011

HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'

Dengan rendah dirinya saya mau join GA ni. Hehe. Tertarik dengan tajuknya ..bayi 2010...kerana bagi saya tahun 2010 tu cukup membahagiakan setelah penantian yang panjang berbaloi baloi. 2010, lahirlah putera yang dikandung selama 9 bulan bbrp hari dalam rahimku. Ajaib kan. Dulu dia di dalam. Hanya plasenta dan lapisan perut kulit yang memisahkan kami. Tapi sekarang, putera kecil itu dah keluar melihat dunia. Dunia yang fana. Semoga Allah memelihara dia dan melindungi dia dari saat pertama dia melihat dunia sampai bila2. Amin. Oh tetiba rasa nak nangis :((

Ok jangan sedih2. This entry I should be happy becoz I want to join Hasue's GA. Thanks Hasue :) Maka, terimalah :)

Sila klik banner di atas untuk ke entry GA di bloh beliau :) Cepat! Ada beberapa jam lagi sebelum contest ini tamat. Hehe. Mujur tadi masa blogwalking jumpa, kalo tak melepas I nyah ;p

Few hours after delivered. Masa ni dah masok wad.
Nama: Muhammad Khair Rayyan bin MK (nama bapak tak penuh tak apa kan?). Cewah feeling husband I glamour sangat la tu sampai takmau reveal nama sebenar. cit podah! :p

Tarikh lahir: 16/11/2010. Pada jam: 12:42pm. Hari Selasa. Sehari sebelum Aidiladha :)

His 1st month
Perkembangan bulan pertama dia adalah menangis tahap high pitch. Hehe serius ni tak tipu. Setiap hari aku berdebar debar sebab aku takot tak mampu nak pujuk dia bila nangis. Lepas tu emo dan nangis dalam hati T___T. MK pesan jangan banyak nangis. Postnatal depression is no good.

His 2nd months :)
Dan tiba tiba bulan kedua terus mendadak perubahan dia. A week before I started to work, dia dah mula tido malam. I mean tido yang betul betul tido. Tido jam 11/12, dan jaga kul 5/6am for milk. Masa 1st time pegi rumah babysitter pula I'm about to cry but............tak jadi nangis sebab Rayyan siap senyum2 lagi. Takkan aku nak nangis pulak. Dah elok elok dia senyum, I must be strong lah kan. Anak mama dah pandai berdikari duduk rumah orang (bergenang air mata T___T)

Dan sekarang, lagi sehari nak masuk 16hb. Maka dia akan genap 3 bulan. And I was so impressed sebab dia dah mula mengiring. Dan insyaAllah akan meniarap soon. Well done my son :D

Eh macam terpanjang plak entry untuk GA ni. Hukhuk. Anyway, itu aje kot, kang panjang2 kena reject pula. Mommies out there, sila join jika anda rasa anda telah melahirkan bayi 2010 ^___-

1 comment:

  1. suke la layout baru ni..nampak sgt baby..bole x?i mean tulisan die la..huhu

    yang kawen 2010 xleh masuk ke?i dapat baby gak..tp baby tua la..ahahaha

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha