Wednesday, February 23, 2011

Pegi taman, makan2 & minikonsert

Assalamualaikummmm. I'm back!! =D Cewah, padahal takda sapa pon perasan aku tak ada di alam maya semalam. Ate, mujur scheduled entry berjalan macam biasa. Well....;p

Actually aku EL smalam. Ate, anak tak sihat. But Alhamdulillah, my little Khair Rayyan sudah beransur sihat :') Sukaaa sangat. Harini pon masa nak anta ke umah BS dia senyum2 aje. Amboiiiii, ni mama rasa nak cuti lagi ni sebab nak mengadap muka anak teruna sorg ni ;p

Ok ni nak cerita kisah last week. Panjang jugak perjalanan kami. Petang tu kami pegi taman Bukit Jalil. Geng suami main Heli. Geng isteri duduk2 atas tikar berborak2 sambil mengulit anak :) Tapi, lupaaaa pulak nak tangkap gambo kali pertama Khair Rayyan pegi park. Wuuwuuwuu. Apa la mama ni. Patotnya blogger tegar kena tangkap gambo la kan ;p

Malamnya pulak kami kuar makan2. Daddy si Hafiy Haziq mengidamkan satay. Huhu. Eh ni daddy ke mummy yang ngidam neh? Heh. So kami decide pegi makan satay dekat area Istana Budaya (IB). Tak tau pulak aku ada kedai satay sedap sebelah IB ni. Mantap ohh satay daging dia. Mabelessss :D

Azib with Mummy :)
Lepas makan2 kami pegi menjenguk minikonsert kat IB plak. Ada 3 artis tak silap. Mohamad juara mentor musim lepas, Ezleen si genit yang cantek dan penyanyi kumpulan Umbrella tak silap. Yang ni aku tak kenai ;p

Khair Rayyan with Mama :')
And last but not least, Hafiy Haziq yang menten tidooooo aje start dari makan sampai abes konsert. Terror betul lah. Khair Rayyan tak tido, tapi mujur tak meragam. Suka ya jalan2? :)

2 comments:

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha