Wednesday, February 2, 2011

Relaxing @ D'Aura Spa :)

Bila lagi nak spend quality time untuk diri sendiri kan. Ini lah masanya. Kerja siap, gaji masuk, jom relax. Lagi pon, since memegang status sebagai MAMA ni, penat dia luar biasa. Maybe kesan lepas bersalin pon ada lagi. Rasa sengal sengal tapak kaki. Ate, aku jugak degil malas nak pakai stoking masa berpantang kan. Abis tu, masa pantang aritu musim panas, tak keroje aku nak berstokin bagai. Malam je pakai stokin.


Now bila dah sakit sakit kaki macam nenek si bongkok 3 baru terhegeh hegeh nak pergi spa. Tapi aku buat foot reflexology aje. Saje nak test service dia. Kalo bagus, next time boleh buat body massage pulak. Ehem ehem ;p

So smalam lepas siapkan kerja, aku dan ofismet bergegas ke d'auraspa yang terletak di seri kembangan. Caj untuk foot reflexology adalah RM59 selama sejam. Best wooooooooooooo. Berbaloi baloi. Rasa ringaaaannn sket dari lutut ke bawah. Kurang dah sengal2 kaki. Nanti nak cuba lagi lah.

Eh uols kerja ke harini? Saya masih lagi berjuang di medan perang. Hihi, malas nak apply cuti. Save cuti untuk long holiday bersama 2 lelaki idaman saya tahun ni. Wink wink ;)

Bye! Happy CNY ^__^

5 comments:

  1. best kan d'aura spa ni.. zana pun pernah buat couple spa massage kat d'aura ni.. jadi ahli lg best sbb byk discount & promotion..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha