Wednesday, February 9, 2011

Sudah lama.....

................tak masak ;p

Rupanya sangat mencabar okey nak masak di dapur (of kos la masak kat dapur xkan kat dalam blk pulak ;n) bila dah ada anak kecik ni. Hrmmmm..... Jangan kata nak masak, nak lari ke dapur kejap untuk basuh pinggan pon bukan main payah lagi ;p

Rayyan bila dia tau dia ada kat rumah sendiri, dia mesti nak mama atau papa dia kat sebelah. At least mesti ada sorang kena teman dia ekk ekk ekk borak borak ;p Tapi kat umah Ibu Liza dia (babysitter) elok pulak dia main sorang sorang.

Ada sekali tu, masa nak ambil si cinonet tu kat rumah Ibu Liza, dok intai intai dia dulu. Tak mau terus amek dia. Bila perhatikan elooook aje dia main sorang sorang. Dok main jari jari dia. Isap jari dia. Sengih sengih kat dinding. HAHA. Kelakar pon ado ;p

Tapiiiiiiiiiiiii......once dah sampai rumah, dia punya pe'el manja tu semacam jek tau. Asik nak berpelooookkkk aje. Pastu nak nenen hampir sejam sekali. Punya la lapar sampai menganga nganga molot ;p Bila papa dukung dia pon dia dok cari nenen. Menjerit jerit la papanya. Ate, papanya geli tang dada dia. Gedik kan? HAHA selamba ckp MK gedik kat sini. Lariiiiiiii ;p

Maka, dinner kami harus la beli beli beli tapau tapau tapau pastu makan laju laju ;p Boring pon boring la. Sebab aku serius tak sempat dan agak tak larat nak masak. Tenaga kurang la. Kenapa ye? Rasa lemah je badan ni. Tapi harini aku nekad nak masak. Balik nanti nak masak nasi, goreng ikan pekasam Ibu Liza bagi (sedapnyee!!) dan goreng sayur sikit. Eh keropok lekor bawak dari ganu aritu pon tak sempat goreng lagi. Punyalah tak ada masa. Laundry pulak seakan akan tak pernah tamat. Dari Isnin haritu, 2 round sehari aku basuh baju. Tapi as of this morning, ade menimbun lagi baju tak basuh. Aiyaaaaaaa tensen tensen.

Apepon, thanks to MK sebab tolong buat kerja kerja rumah. Semalam, dari basuh baju, basuh pinggan, cuci dapur, sidai baju semua dia buat. Aku demam urat malam tadi. Seram sejuk tapi panas 1 badan. Makan panadol lepas tu bungkus diri dalam selimut tidur pukul 10. So MK la sorang sorang kena melayan ragam budak tu. Aku serius tak larat. Mujur pagi tadi bangun dah sihat. Alhamdulillah :)

Aku kalo bleh taknak MC la awal2 tahun ni. Prestasi kerja kena jaga :) Dahla tahun lepas bukan main menimbum MC aku masa pregnant. So tahun ni, kena cergas yaww! Tapi aku akan merasmikan cuti tahunan aku Isnin depan. Ibu Liza si Rayyan tu tak dapat jaga budak Isnin tu sebab dia nak daftarkan pusat jagaan dia ke SSM. At least dia nampak committed jaga budak sebab nak pegi daftar :) So hujung minggu ni aku cuti 4 ari lah. Sabtu Ahad Isnin cuti Selasa pulak Maulidurasul. Wow! Nak bercuti ke mana ye Papa? :D Eh, tapi MK cuti ke Isnin tu? Tah tah aku berdua je dengan Rayyan nanti. Hoho

Ok lah enuf merepek. Bye!

6 comments:

  1. dugaan jd mama kn ciare...ni br sorg ank..blom bderet2 lg...suami mmg kne mbntu..

    ReplyDelete
  2. ci are mmg baru2 badan cam lemah... zam aritu lagi la berulang sampai demam urat... huhuhuu... zam urut balik 3 hari baru okei sket... pastu kat opis pakai stokin lagi.. stokin tebal tu... hehehheeee... sampai rase badan cam okei... baru tak pakai stokin... Tapi sblom berurut tu badan mmg rase sengal2 sgt2... Skrg Alhamdulillah dah okei... :)

    ReplyDelete
  3. salam ciare - BF mom mmg papa dia kena buk berkorban....kalau tak mungkin berjaya....kalau tak rajin masak mmg kena beli lauk siap dimasak....:) setiap cabaran pasti pulangannya lumayan :)..pecayala

    ReplyDelete
  4. iyelah,lepas beranak ni,selalu je lemah kan...esp part punggung ke bawah :)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha