Tuesday, April 26, 2011

Kisah mama yang sedih

Beginilah kisah satu cerita, kisah seorang Mama yang dilanda pelbagai perasaan dalam satu masa. Yang paling penting pelbagai perasaan itu adalah tidak best.


Pertama:
Anak teruna saya tak sihat. Masa aku taip ni dia masih lagi tak sihat. Tapi masa taip ni jugak dia sedang tidur. Kalau saya nak wish lepas dia bangun nanti dia terus sihat aci tak? Hmm merapu lah wish wish. Kita doa sama2 ya. Moga anak saya cepat sembuh. "SAKIT APA DIA?? TERUK KE?? MASUK WAD KE??". Nauzubillah. Taknak lah sampai masuk wad. Mintak simpang. Budak kecik tu batuk. OK FINE BATUK JEEE. Tapi, cara dia batuk tuuuuu, terlalulah menyayat hati. Hatta bila dia terjaga dari tidur pon, dia menangis bunyi pelik sangat. Bunyi yang pelik dan bukan bunyi bayi menangis. KAMU PAHAM TAK?? Hati mama mana tak luluh bukan? Tengok muka comel si anak berkerut masa nak keluarkan suara menangis. Pasti sakit. Ya Allahhh..... Ish aku nak nangis dah ni T_________T Lepas dia bangun tido ni, kalo masih sama takde kemajuan, harus repeat jumpa doc. Dan aku berdoa, jangan laaaa sampai warded.


Kedua:
Time anak tak sihat ni pulak kerja aku masyaAllah banyakkkkknyaaaaaaa. Actually tak ada banyak sangat tapi rasa jadi banyak bila task yang baru dapat kena setelkan dalam masa seminggu. Tasknya pulak adalah TOT dari programmer lain. Nak study codingnya humaanggaiihhh GILA TRAGIS ok!! Ingat nak buat weekend, tapi biasalah, keluar jalan2 sket, balek pulak Khair Rayyan terus tak sihat. Haih T___T


Ketiga:
Masalah2 lain yang kecik2 terlalu banyak. Buat2 tak nampak jela problems hok tu.

.
.
.
.
.
.
.
.


-edited on 1.46pm 26 Apr-
Keempat: Alhamdulillah Khair Rayyan makin sembuh. Babysitter kata dia merengek2 dan meragam jugak tapi masih terkawal. Aku dah suh babysitter roger aku tiap jam perkembangan budak tu. Ish tak sabarnyeee nak balek jumpa anak. Tapi, keje banyak. Arini balek lewat T____T

p/s: klik SINI utk tgk gamba budak tak sehat. ditangkap malam td :((

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

3 comments:

  1. si mama tak bole risau2 sgt..kene kuat..

    then jgn takut si rayyan warded..sbb kalo kt sane 24 hours doc monitor.. so tak payah penin2 kepale nk pikit condition die..

    kesimpulan, jadi mak bapak tak bole risau sgt..kalo tak satu hape pun tak jadi..

    ReplyDelete
  2. bila anak tak sehat mmg gitu lah ciare
    kita mak ni mesti rasa tak sampai hati tgk anak sakit
    tp kita kena kuat
    kat kita la dia nak bergantung harap

    harap2 batuk rayyan akan segera ilang

    ReplyDelete
  3. semoga rayyan dah sihat dan sembuh sepenuhnya sekarang....amin...

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha