Sunday, April 10, 2011

Luahan hati pukul 1 pagi

Salam.

JANGAN TIDUR LAGI EK. Huhu saya belom tido lagi. Sangat amazing belom tido lagi kul 1 pagi ni. Gila apa minah ni?? Ish tak baik noks cakap gila gila ni. Kawal lidah anda ye. Nauzubillah. Anyway tetiba rasa ringan jari jemari pulak. Anak dah selamat ditidurkan. Maka, layannn.


Harini Khair Rayyan tidur sekejapan je waktu siang. Pagi tido dalam setengah jam macam tu. Petang tido 10 minit. Aku masa tu dah flat gila. Biar je dia bergolek meniarap tertonggeng baring kat sebelah. Bila bangun tangan aku dah merah merah hasil cubitan dia. Dan pandai mencubit noks anak aku!!! ;)) Pagi tadi dia cubit perut masa menyusu. Adehh, saje je tau buli mama.


:)



Dan dia tak tido harini aku suspek dia nak tomboh gigi ler uols. Sebab dia asik ketap bibior aje (bibior = bibir ye. Bukan Justin Bibier!!). Dulu dia ada jugak buat aksi isap bibir ni. Tapi sekali sekala la. Harini, sepanjang masa kottt. Pastu asek merengek2 aje. Masa pegi Giant tadi, molot dia asik membebel aje. Sape lalu sebelah mesti berpaling sbb nak mencari tuan punya suara nyaring tu. Malu mak ;))


Ish tak larat buat karangan so, buat point pulak. HAHAHA. Motip??


* Khair Rayyan dah hampir 5 bulan. Seminggu lebih lagi genaplah 5 bulan. Cepatnya masa berlalu kan? Macam tak percaya dah ada anak. Dulu macam tak percaya dah kawen. MK balas 'tak percaya apa? dah keluar sorang dah pon' ;))

* Sedang melayan lagu korea. Nama band dia CN Blue. Layan babe. Paling suka lagu LOVE Girl. Aku bleh repeat lagu ni sepanjang perjalanan KL-Terengganu. Nasib baik MK redha je ;;)

* Saya gomoks. MALUUU SANGAT NAK JUMPA KAWAN. MALU NAK JUMPA SEMUA ORANG. MALU BILA READER EMAIL KATA DIA NAMPAK SAYA TAPI TAK TEGUR SEBAB TAKOT SALAH ORANG. MESTI DIA TAK TEGUR SEBAB SAYA TERLALU GOMOK :-S LEPAS TU MALU NAK PEGI GATHERING APA2 KE, REUNION APA2 KE. HUUUUUU. ADA UBAT KURUS UNTUK ORANG GOMOK YG MENYUSU TAK? TAPI TAKYAH SENAM?? ~ dasar pemalas!! mana tak gomok ;)) Yang aku paling rajen adalah menyapu krim pati halia. Tapi macam takda efek kat lemak gundut mak ni :D

* Jerawat dah kembali. Arghhh adakah muka ku akan kembali macam kena bom lepas ni? Aku suspen akan kembali mendapat Bendera Jepun la dalam masa terdokat. Adoiii tension la bila jerawat kembali. Baru nak feeling feeling cun sebab tak ada jerawat batu. Ceh cun la sangat. PANGGGG~~~ ;))

* OK lah untuk mengelakkan aku terus merapu baik aku berhenti menulis skrg. BYE! Selamat mimpi indah ya semua!



Kindly visit our blogshop HERE!
 

3 comments:

  1. jgn susah hati.. saya pun tgh meraban di pagi hari...

    ReplyDelete
  2. gemuk itu comel...hahhaha!!!

    cuba makan lecithin shaklee. dia bersifat larut lemak. insyaAllah boleh pecahkan lemak kt perut tu..

    disamping tu, boleh kurangkan risiko serangan jantung akibat salur darah tersumbat dek kerana lemak.

    otak pun cerdas..

    ReplyDelete
  3. Beb..pesal la malu bile diri tu Comel..igt org kurus melidi ni lawa sangat ke..tak gak..cam aku ni ha..kurus melidi tak lawa gak..tak cun gak..at least org chubby cam ko Comel..dr org kurus melidi cam aku tak comel..comot ade la..tak mau sedih2 ok..ko comel ok..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha