Thursday, April 14, 2011

MasyaAllah

Yang pertama, ku bersyukur di atas segala rahmat kurnia rezeki dari Allah. Aminnnnnn :) Moga rezeki kami akan bertambah2 dan tidak putus. InsyaAllah. Aku yakin Allah itu Maha Adil. Rezeki yang dikurnia setimpal dengan usaha hambanya. Anda setuju tak? ;;)


Dan bila ada anak ni, InsyaAllah jugak rezeki anak tu pasti ada. Tak banyak sikit. Kalau banyak, Alhamdulillah. Heee ;p


Owh sengal2 lah rasa badan. Penat. Ya memang penat. Bukan nak mengeluh atau tak bersyukur, cuma nak mengadu je ;)) Penat tu biasalah, semua manusia pon penat. Makcik cleaner dengan buruh kasar tu lagi lah sejuta kali lebih penat dari aku kan.


Lately rasa tak bermaya je badan ni uols. Maybe makan tak ikot timing kot. Rasa seperti kuasa tak selaras dengan tanggungjawab. Nak tambah kuasa super-saiya macam otomen bleh tak? Huuu. Tiap malam aku bantai nak masak aje. Rasa dah tak suka dengan makanan kat luar. Masak jelah apa2 hatta sup ayam tiap hari. Mujur sup ayam feveret suami. Jika tidak, nahas lah aku kena masak nasi goreng thailand USA pelbagai lagi tu kan? Mak mana reti (--") hikhik.


Dah siap masak, aku berkejar menjawab email/SMS customer. Oh ya, Ala Anggun Butik ada hotline iaitu 016 233 5384. Strictly SMS ONLY *ceh iklan kejap*. Then update blog sikit, FB sikit, check in-hand stock dgn partners *stock ada pada my partner*. Items yang nak dipost plak diuruskan oleh partner lagi satu. Haaa gitu lah kiranya. Bagus jugak ada partner ni. Kalo tak ada partner jawabnya terkontang kanting lah mak sorg2. Huuuu. Kira jawatan aku adalah manage FB/website dgn berbalas pantun bersama customers. Ala2 customer sevis gitu :))


EH motip cite pasal biz??? Huuu. Ok mari tukar topik.


Kaki kecil ini, dulu menendang2 ketika di dalam rahim. Kini kaki kecil ini yang aku cari2 dan ku cium2. MasyaAllah. Semoga kaki kecil ini bila besar nanti melakukan perkara yang baik. Semoga setiap langkahnya diiringi pahala. Berjuang lah anakku di dunia yang penuh liku ini. Mama sayang kamu wahai anakku

Budak kecik ni akan bertukar bulan Sabtu ni. Bulan ke-lima. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan zuriat ini. Akan ku didik dan pelihara kebajikannya sebaik mungkin Ya Allah.


aksi hidung kembang apabila mau berteriak dan menggemparkan seisi rumah ;p
 

Dia sangat aktif meniarap. Pantang letak, pandailah dia meniarap kemudiannya terbalik pula. Lepas tu bergolek2 lah dia dalam pusingan 360 darjah. Pandai anak mama. Boleh tidur dengan sendirinya. Pandai. Senang mama nak buat kerja. Papa pon busy skarang. Demi mencari rezeki. Moga anak ini faham pengorbanan mama dan papanya.


Muhammad Khair Rayyan. You are my heartbeats.

With love; Mama


Kindly visit our blogshop HERE!
 

9 comments:

  1. kalayu boleh nak jer jumpa rayyan nihhhh...comel bangat :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...rezeki kurniaan Allah kpd hambanya yg sentiasa bersyukur

    ReplyDelete
  3. comelnye kaki...rasa nk ngap! mcm karipap ;)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah...rezki x kan putus...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..Allah takkan mhampakan hambaNya yang berusaha...smoga biz sukses slalu..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha