Friday, April 29, 2011

What kind of online shopper are you??

Alhamdulillah so far, aku tak pernah ada pengalaman buruk semasa shopping di alam maya. Oh pernah sekali shawl aku order 2 minggu tak sampai2. Then, contact owner tu, dia pos yg baru. Tak tahu la yang hilang tu dah sampai mana. Tapi alhamdulillah ownernya baik dan sanggup poskan yang baru :) Tapi itu zaman pakai shawl la. Now tak pakai dah.


Masa preggie, online shopping beli baju pregnant. Baju raya masa pregnant pon beli online. Aku suke jubah tu. Rasa nak pakai selalu tp nanti orang ingat I pregnant lagi. I gomok skrg :-S HUHU Lagipon susah nak pakai baju jubah sebab I breastfeed bayi I. Nak buat stok cheese pon payah nak nyelak2 dari bawah noks ;)) Kena beli jubah utk breastfeeding mommy la nampaknya. Ada, tapi mesti mahal eh.


Nak dekat2 bersalen aku online shopping barang2 bayi. Antaranya baju, baju dan baju. HAHA. Masa tu tengok baju bayi semua comel2. Dan alhamdulillah masa dapat barangnya, memang comel pon. No regrets ;;)


Eh sekarang pon I shopping online lagi uols. Uols ingat I dah ada onlineshop, I tak akan shopping online lagi ke? No No No. Aktiviti shopping online masih berjalan macam biasa. In fact, harini 2 parcel sampai. 1 for me. And 1 for Khair Rayyan ;;)


Barang2 dapur pon I shopping gak. Mee, garam, kica, sabun etc etc. Semuanya ada di eHalal2u. Eceh sempat promote ;)) HAAA pendek kata semuanya di hujung jari lah.


Jadi aku tak paham ngape orang kata online shopping itu payah la, susah la, lambat la. Aku rasa aku bleh jimat banyak masa, tenaga dalam proses pembelian barang secara online. All you need is INTERNET connection and ONLINE BANKING yang ada duit dalam dia. Kalo tak ada duit dalam dia memang makcik ciare tak dapat nak tolong :))


Jadi cara2 nak beli barang secara online adalah seperti berikut. TAK PERLU FUSSY dan beri kerjasama BAIK pada owner ^__^



1) Setiap onlineshop cara dia lain sikit. Jadi kita ikot rentak dia agar dia dan kita sama2 senang di kemudian hari dan tiada miss communication. Contohnya, jika dia suruh order dekat form, pegi la isi form tu. Kalau dia suruh email, pegi la email. Dan nyatakan apa anda mahu. Saiz, warna, code barang etc etc.


2) Tunggu la email dia. Bagi dia masa 24jam untuk reply email ko. Kalo tak ada dalam inbox check la spam folder ke apa. Bila dah balas, kot kot nak tanya pasal produk ke, tanya abis2 dulu. Aku slalunya tanya betul2. Supaya tak menyesal. Dlm kes aku, aku suka dia MMS/email gamba barang yg sebenar. Kadang2 dalam website dia tu, dia letak gamba dalam katalog.


3) Kalau barang ada, ko bleh wat payment terus. Paling PENTING, masa transaction tu ko cc email dia masa transfer fund tu. So automatically dia akan dapat notification ko dah bayar.



4) DONE!! Tunggu barang sampai dalam masa 3 hari. InsyaAllah sampai tu nanti. HEHE


Semalam aku order barang tu, arini dah sampai. Owh kan senang gitu ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha