Tuesday, May 31, 2011

Alkisah Rayyan Dan Babysitternya - Part 2 (warded)

Bersambung dari entry sebelum ini....

Masa tu kami berada di Klinik Pakar Puchong. Terus masuk bilik pakar lepas inform anak terjatuh di rumah babysitter. Demam Khair rayyan tinggi masa tu. Almost 40 padahal luaran dia sejuk aje. Doctor pon hampir tak percaya.

Selepas di examine seluruh badan, physically dari luaran doctor claimed Khair Rayyan macam normal. Kat dalam bilek pakar, dia ada cirit lagi. So doc buat kesimpulan Khair Rayyan sedang mengalami infection dan trauma. Dapatlah ubat antibiotic utk infection, air garam sbb cirit, ubat demam. Doctor pesan, kalau dia masih xde progress sampai subuh terus bawak ke hosp. Kalau muntah pulak, x payah tggu subuh, pegi je hosp cpt2..

Maka pulanglah kami ke rumah dgn hati yg gundah gulana. Tetap rasa tak sedap hati. Tapi kuatkan semangat!!!

Yang paling sedihkan, bila balik rumah, Khair Rayyan sentiasa lapar MACAM ORG TAK MKN BERHARI2!! Memang lah dia cirit birit kan, tapi takkan lapar gila?? Aku bg ubat dia ngangaa je padahal dia slalunya bila nampak picagari bukan main menggelupur lagi! Pastu, bagi air garam sekejap je dia isap pkai botol. Sebelum ni, air suam punya payah nak telan.

Sampai kul12 tgh mlm isnin tu, ade lah dekat 10x dia cirit. Minum susu terus cirit. Bila dah byk kali tu, mmg tahap keluar air je. Ya ampun, sayunyeee. Dan pada pukul 1am, dia muntah buat pertama kalinya T___T Muntah banyak ok. Bukan sikit2 punya. Adik ipar (dia nurse di Terengganu) ade inform, jika ada muntah2 lepas 6 jam selepas jatuh, cepat2 bawak ke hospital sebab dikhuatiri ade kecederaan dalaman. MasyaAllah, aku masa tu tak keruan dah...

Sampai kat Unit Kecemasan & Trauma, Hospital Putrajaya........... Cerita laju2 kat kaunter tu, pastu terus masuk unit kecemasan. Masa tu Khair Rayyan terus terusan cirit dan muntah. Memang dehidrate bangat le budak tu masa tu...

Doktor terus buat keputusan kena masuk air cepat2, kalo tak nanti organ dalaman dia pulak rosak. Especially takot buah pinggang dia rosak bila badan terlalu dehidrate dan tak ada makanan/minuman yg masuk. Wuwuwuwuwuuu.......... Bila dah over-dehidrate, nak cari urat masuk air pon susah... Sebab tulah gamba yg korang lihat pada pagi Selasa adalah begini....



Kerana, urat di kaki tangan tak timbul2... Terpaksaaaaa masuk ikot tengkok Sedih sangat2 tengok anak kena cucuk sana sini. Rasa benci sangat tengok kaki tangan dia yg lebam2. Buat aku rasa nak amuk satu hospital. Tapi nak buat macam mana kan. Dah tanggungjawab staff di sana buat kerja dah. Sampai skrg masih berbekas kaki tangannya..... tsk tsk tsk T_____T

Warded on: 24th May 2011
Time: 3am

Tapi oleh kerana susah nak dapat urat masukkan drip tu, hampir subuh jugak baru setel. Aku dgn MK laki bini dah weng weng masa tu. Masing2 blom tido walau sesaat. Lepas subuh, sempat la lelap tak sampai sejam. Tak pernah weh aku tak tidor. Dari Khair Rayyan dalam pantang pon, memang tak pernah ade kejadian yg membuatkan kami tak tidor.

Dan bermulalah episode Khair Rayyan di Wad Pediatrik. Rawatan details seperti full body xray, ultrasound, ct scan, dan paling best adalah menjadi kes polis!

Bersambung di entry lain OK ;;)


Sent from my iPhone

11 comments:

  1. Ya Allah.. kesiannya.. nasib baik uols lakibini cepat bertindak.. rayyan dah recover kan?

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. kesiannya.. nasib baik uols lakibini cepat bertindak.. rayyan dah recover kan?

    ReplyDelete
  3. ciare
    tolong kasik full story segera
    dr last week menunggu2
    tak menyabar aku ni

    so rayyan skrg kat mana??
    sape jaga dia?

    ReplyDelete
  4. kesiannya rayyan..
    ya allah, kalau jd kat syahmi, tataula camne nak handle..
    mintak2 anak2 kite dilindungi allah selalu..

    ReplyDelete
  5. alahai sian nyer rayyan...moga cepat sembuh...

    napa tetiba akakku pengsan yer..pelik je...

    ReplyDelete
  6. series kes polis??huhu...ni la y tkut nak tgalkn ank dgn org lain ni..tngu next story

    ReplyDelete
  7. siannye rayyan. cepat2 la sambung ye

    ReplyDelete
  8. kesiannya rayyan..kenapa sampai macam tu sekali..astaghfirullahalzim..so sekarang cmner???

    ReplyDelete
  9. oh kesiannya rayyan..since last weekmenunggu sambungan cerita..Ya Allah,hati I yang dengar pun luruh,apetah lagi korang as parents kan...take care yunk..

    ReplyDelete
  10. kesiannya rayyan.. sabar ye ciare.. zana doakan rayyan cepat sihat seperti biasa..

    ReplyDelete
  11. moga kak ciare tabah ye..dugaan membesarkan anak..mmg perit bile anak jadi cmtue..sape yg ada anak mesti paham cmne rasenye..auntie zaza doakan rayyan sihat selalu..amin

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha