Thursday, May 12, 2011

Bersama eonnie :(

Wuah rasa dah lama sangat tak balek opis maka saya rindu. Di sini (tak perlu diketahui di mana) adalah boring. Bukan boring tak ada kerja ke apa. Tapi boring sebab kena jadi super duper pantas due to too many tasks with short timeline given. Bayangkanlah, pagi dapat task kena siapkan 3 report dan perlu siapkan a.s.a.p sebab customer nak review besok. Helooo, report here is not generate report kat excel ke apa ek. Ni programming part. Kena design report for customers. Coding2, looping2, sql bla bla bla. Sapa dari bidang IT paham ler tu. Sape tak paham sila ke next perenggan. Itupon kalo ada perenggan lain ;))

Ok ada perenggan lain ;)) Alhamdulillah so far aku bleh lagi setelkan keje yang team leader bagi. Catching up catching up!! Sebab da lama tinggal Java. Dan pasal 3 report tu, memang siap. Cuma after that, I'm down with fever flu and cough. Tapi sakit bukan sebab kerja. Tapi sebab cuaca aku rasa. Dalam office super duper sejuk aircond. Nak tutup, ade plak pihak lain yang panas. Itu pon aku dah lari jauh sket dari aircond. Masa lunch kuar opis terdedah pada cahaya matahari terik pulak. Haaa tak ke terkejut badan kan? Dah tu, kena stay back pulak tapi paling lambat aku stay kul 8pm saje. Susah nak stay back bila dah beranak kecik ni. Anak pulak malam2 jenis nak mengeram dgn mama dia. Taknak isap botol walopon dalam botol tu adelah susu ibu. Lepas anak tido kul 10~11 aku sambung plak kerja opis. Adelah 2,3 kali tido kul 3. Tapi Selasa haritu aku betol2 tak larat dah. Badan dah seram sejuk. Nasib kerja dah siap. Sempat la aku deploy kerja before 8am. Naseb bleh remote. Adoiiii.


Hasilnya MC. Dah lama tak sakit teruk macam ni. Idak le teruk sangat. I mean, teruk sebab demam yang degil. Kejap kebah berpeluh makan ubat tido pastu demam semula. Dia macam liat sket. Nampak sgt antibodi aku lemah T___T Memang btul pon. Doktor pon cakap, 'last awak demam Feb now awal May dah demam balik. Antibodi awak lemah ni. Bla bla bla' tak pasal2 dapat ceramah free ;)) Tetiba doktor buat suspens 'awak tak mengandung kan??' opocot!! Aku pon jawab 'saya rasa tak kot doktor'. Doktor gelak plak sebab aku cakap RASA kot. HAHAHA macam tak sure pulak. Eh I know la, badan aku. Tak mengandunglah. Aku pasti. HUHU. Doktor pon cek nadi. Dia kata aku tak pregnant. EH UOLS, BLEH CEK PREGNANT KE TAK DEKAT NADI KE? XTAU PLAK DEN :D

Camwhore di hari bekejar ke Cyberjaya sebab nak tapau Nasi Arab. Mana lagi kalo bukan Saba'. Dah le sampai sesat 4-5 kali pusing Cyberjaya. Sambil sesat2 karaoke lagu LOVE girl from CNBlue. Best gila korean band ni. Lagu sodap2 :D

MasyaAllah, kenapa lari tajuk 100% je ni? ;)) Sebenarnya nak cakap rindu kat eonnie. Eonnie rindu saya tak? Tetiba ;)) Pastu rindu kak gee jugak. Hehe. Rindu nak makan cupcakes red velvet kak gee. Cewah ;)) Rindu mereka jelah sebab lama tak balek opis. Yang lain2 tak bleh rindu2 sebab suami orang ye harap maklum. KAHKAHHH.

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

1 comment:

  1. iskh comel betul la gambar kite berdua tuh kan. huhu
    right click save as la huhu
    woi apsal x bleh. membebel plak iskh send2 kat sy

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha