Wednesday, June 1, 2011

Alkisah Rayyan di Wad Pediatrik - Part 3 (warded)

Alhamdulillah masa entry ini ditulis, my little Khair Rayyan dah pulih seperti sediakala. Cuma ada sedikit trauma dan cepat terkejut2. Untuk mengetahui kisah awalnya, boleh klik link2 di bawah:

#1. http://ciare.blogspot.com/2011/05/kejadian-pilu.html
#2. http://ciare.blogspot.com/2011/05/alkisah-rayyan-dan-babysitternya-part-1.html
#3. http://ciare.blogspot.com/2011/05/sambungan-entry-sblm-ni.html
#4. http://ciare.blogspot.com/2011/05/alkisah-rayyan-dan-babysitternya-part-2.html

Sambungan dari entry lepas..........................


Jam 7am macam tu baru Khair Rayyan diserahkan semula pada kami. Sebelum tu Khair Rayyan dibawa ke bilik khas untuk nak masukkan jarum drip tu. Memang lama sangat kami tunggu. Sayu je tengok anak yang longlai dibaringkan di atas katil panjang wad. Nampak kecik aje dia atas katil tu. Memang lemah sangat2 rupanya. Lesu... Lemah... Tak bersuara... Tak senyum... Tak seperti biasa... Macam menatap anak patung je.. Tuhan je yang tau perasan kami masa tu... Hari pertama, tak banyak ujian dijalankan sebab kondisi dia belom stabil. Masa ni masuk airrrrrrrrrr jela kejenya sebab dia dah dehidrate. Nak tunggu dia bukak mata pon payahhh sangat. Muka macam letih aje.


Jam 8am, Doktor datang round kali pertama, hah masa tu lah mula kecoh. Adelah 10 orang doktor datang kot. Macam pesalah plak kami ni kena hadap dan ditanya macam2. Aku plak dah la blom stabil lagi dengan keadaan anak yang lemah macam ni. Rasa nak amuk pon ade bila ditanya macam2 dan di asak2 soalan ala2 terjah Melody. Mula2 doktor suruh kami cerita apa yang terjadi sebenarnya, memang detail sangat story yang dia nak. Antara sebabnya, kes ni terjadi di premis pengasuh so, dorang nak siasat ke akar umbi untuk memastikan apa punca sebenar kejadian ni. Cewah ala2 CSI plak. Tapi masa tu, aku memang wish ade CSI yang tolong siasat.


Doktor kata, terlalu banyak kes seumpama ini berlaku di Putrajaya. Dan most of the victim meninggaldunia sebelum sampai ke unit kecemasan lagi. Nauzubillah. Aku cuak ok sebut mim alip ta ya ni... Sebut yg elok2 tak boleh ke?

Bila aku dah abis cerita, dorang tanya lagi, tanya lagi, tanya lagi... Adoii... Tapi dek kerana aku paham dorang menjalankan kerja, maka aku layan jelah. Bila dah habis kami disoalsiasat doktor inform, mereka akan report Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyiasat kes ini lebih lanjut. Untuk memastikan tiada pengabaian atau deraan dalam kes anak kecik aku ni....



Pucat je muka dia masa ni ek... Leher dua2 belah lebam kesan cucuk tu sekarang Tangan lagi, kaki lagi, semua berparut. Itu baru parut, belom kesan di hati Khair Rayyan lagi. Dia punyalah trauma tengok nurse/doctor. Dia macam kenal ke bila ada orang beruniform putih datang dekat dia, terus jerit2 menangis. Sayu je hati. Mesti sakit gila dia kena cucuk sampai trauma begitu. Cian anak mama




Dan petang hari pertama tu, doktor inform hasil dari ujian air kencing tak memuaskan. Doctor suspek buah pinggang dia rosak! Mau tak gila aku mendengarnya!! Cuma belom pasti lagi. Baru assumption dari ujian air kencing yang pertama. So doktor akan buat ujian details lagi nanti.


Lepas tu datang doktor pakar lain kata nak buat CT scan utk otak pulak. Sebab ade kesan calar kat kepala Rayyan masa tu. Dan jugak nak buat fullbody xray untuk memastikan tiada tulang yang patah.

Bila dapat semua input ni bertubi2 aku rasa macam lemah sangat. Rasa tak terdaya nak menghadapi semua ni. Otak ligat berfikir apa keputusannya nanti, macam mana kalau ada tulang patah? macam mana kalau ade pendarahan dalam otak? macam mana kalau buah pinggang betul2 rosak? aku sanggup derma buah pinggang aku..... Dan macam2 lagi yang bermain dalam kepala. Sesiapa pon sbg ibu, pasti akan rasakan benda yg sama, bukan?

MK pulak on off ada dekat wad. Ate, dah hosp gomen kan. Kadang2 dia siap nyorok masa guard round. Pastu masuk balik. Taknak kena halau punya pasal. Abes waktu melawat malam pon tak reti2 nak balik sampai kena sound 3-4 kali dek guard baru balek. Huhu..


Dan bermalamlah aku bersama Khair Rayyan di ward pediatrik tanpa papa. Teringat hari pertama bersama Khair Rayyan 6 bulan yg lepas. Masa dia dilahirkan. Tak sangka akan mengulang semua episod bermalam di hospital.... Dan malam tu, konfem lah aku tak lena tido... Pikir macam2.. Kalau itu, kalau ini.... Sedih2... Mengalir air mata lagi.. Tengok pula cucuk kat leher anak, nangis lagi..... Mesin masuk air tu pulak asik berbunyiiii jek. Macam mana aku nak lelap? Huhu... Pukul 4am nurse ada round, masukkan ubat dlm drip tu. Langsung tak bole tido pulak lepas tu.... Hmm... Anak pula, langsung tak aktif, rasa nak ajak dia main2 macam selalu... Sengih2.. Gapai2 muka mama... Oh rindunyaaa.....


Nangis lagi..........


Bersambung...


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

8 comments:

  1. ya allah ciare
    besarnya dugaan.. siyes
    kalau kat tmpt ciare.. mmg akan sama
    tak tenteram, tak tenang
    pikir kan nasib anak

    alhamdullilah rayyan okay je

    cepat kasik sambung.. tak sabar nak tau kesudahannya
    camne ngan bbysitter?? apa sebenar jadik?? betul ke dia pitam smua??

    ReplyDelete
  2. Get Well Soon Rayyan..

    Tabahkan Hati Mama Rayyan..

    (Rasa Nk Nangis Baca En3 Nie)

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH..pastu cmner??
    mintak2 tak da ap la jadi...doa banyak2...

    ReplyDelete
  4. sedihnye bace...boleh bygkan kalu kat tempat akak!smoge anak akak sehat mcm biase lepas ni..tamo trauma2 da!amin!

    ReplyDelete
  5. hanya baca je dh xleh tahan airmata nie..xtau la cmne keadaan zaza klau berada di tempat kak ciare..Ya Allah..

    ReplyDelete
  6. Subhanallah...sangat menyayukan care.....sangat..oh alhamdulillah dah selamat now...cume nak tahu citer selanjutnya..huhuhu :)

    ReplyDelete
  7. masyaAllah... aku baru je start baca dah risau, dah la baru amik bibik ne, mintak2 dijauhkan perkara2 sebegini... amin hendaknya

    kuatkan semangat yea ciare n mk, skang ne anak macam mana? kat sepital lagi ke dah kua? outdated tol aku ne

    ReplyDelete
  8. sdihnyer tgk rayyan camni..klu jd kt dna tak taula camner nk hadapi camni..danial masuk wad kna jaundis pun xberenti2 air mata ni kuar tgk dia kena cucuk and ambik darah ni kan plak klu jd cam rayyan..mujur rayyan tak ape2..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha