Wednesday, June 1, 2011

Alkisah Rayyan di Wad Pediatrik - Part 4 (warded)

Assalamualaikum...
Sorry pada yg email bertanya kisah Khair Rayyan yang sebenar dan masih belom berbalas emailnya. Nanti saya cuba balas secepat mungkin. Ish sayang betul Silent Reader blog ni terhadap Khair Rayyan. Korang memang curlasss ;;)

Sape yang tak mengikuti dari awal, bleh klik2 link kat bawah ek.

#1. http://ciare.blogspot.com/2011/05/kejadian-pilu.html
#2. http://ciare.blogspot.com/2011/05/alkisah-rayyan-dan-babysitternya-part-1.html
#3. http://ciare.blogspot.com/2011/05/sambungan-entry-sblm-ni.html
#4. http://ciare.blogspot.com/2011/05/alkisah-rayyan-dan-babysitternya-part-2.html
#5. http://ciare.blogspot.com/2011/06/alkisah-rayyan-di-wad-pediatrik-part-3.html


--------------------------------------------------------------------------------------


Sambungan.....

Lupa nak mention, ex-babysitter Khair Rayyan yang pitam tu ada datang melawat hari 1st di ward. Aku ni tidaklah bermasam muka pon dengan babysitter tersebut. Sebab, mungkin benar dia betul2 pengsan. Biarlah itu urusan dia dengan Allah swt. Pada masa tu, aku cuma harap anak aku cepat sembuh. Thats all matters. Jika something bad happened to my little prince, mmg siaplah dia.

Hari Rabu merupakan hari kritikal untuk mama Khair Rayyan. HUHU. Nape aku kata begitu? Sebab aku rasa macam terlalu stress nak mendapatkan semua keputusan dalam 1 hari. Keputusan xray, CT scan dan ultrasound buah pinggang.



Masih belom aktif. Masih masuk air melalui saraf di leher Aku rasa nak cabut je jarum kat leher dia tu. Eee sakit hati sangat2.


Dan petangnya, dia dah mula merengek2 meragam. Aku suspek dia dah mula rasa sakit sana sini. Yelah, before this dia banyak tidur so tak rasa sakit sangat. So bila dah berjaga, mesti rasa lebih sakit kan?

Nak tunggu waktu petang masa doktor round memang penuh debaran. Rasa macam jantung aku speed gila bunyinya. Takotnyaaa jika ada yang tak kena dengan result tu nanti I'm scared. Aku takut aku tak dapat hadapinya. Ya Allah.... Mujurlah ramai yang datang visit, terubatlah sikit hati ni. Tapi sikit ajelah.


Petang doktor pon datang...


Keputusannya diberitahu .... "Puan, keputusan xray ctscan dgn ultrasound dah keluar. Semuanya OK. Tak ada kecederaan di tulang, otak. Buah pinggang pon sangat baik. Anak puan memang kuat semangat"....

Aku masa tu, kalo boleh nak melompat2 dan buat tarian chicken dance. HUHU. Dan tak henti2 mengucapkan Alhamdulillah Alhamdulillah....... Syukur......

Namun, semuanya belom berakhir di situ. Kerana darah masih belom normal. Katanya kandungan asid lebih tinggi dari alkali?? Apa maksudnya hanya doktor2 dan Allah yang tahu. Bahasa mudahnya, darah masih ada infection. Aku suspek dia kena infection kuat sebab mesti Khair Rayyan dah terjilat2 air dalam toilet masa nanny dia pengsan. Ya Allah!!! Kesiannyaaa anak mama!


Petang tu juga, Pegawai Kebajikan Masy ada datang interview aku. Macam2 la dia cerita kenapa dia datang. Pastu dia nak siasat tempat kejadian. Amek semua details babysitter etc etc etc. Dan paling mengejutkan "Puan perlu buat report polis kerana terdapat pengabaian dalam penjagaan kebajikan anak puan..."....Aku pon blur blur kejap. HAH POLIS??! Pengabaian di sini bermaksud, babysitter tu tak dapat menjaga anak seperti yang sepatutnya kerana menjaga terlalu banyak kanak2 pada satu masa. Jadi, ada di antara kanak2 ini yang terabai kebajikannya.


Aku pon nak komen banyak2 tak reti. Taknak buat report nanti dikatakan melindungi suspek (cewah ayat macam inspektor sahab ;)) ). Nak melindungi ape? Sah2 babysitter tu buat anak aku masuk hosp kan? Aku cuma kalo boleh, taknak perbesarkan hal ini. Sebab hubungan aku dgn babysitter memang baik sebelum kejadian.

Dan selang beberapa minit datang pula doktor "Puan mesti buat report polis jika tidak, anak puan tak boleh discharge ward. Ini arahan Ketua Pakar Pediatric"....


Terkedu aku......





bersambung............


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

9 comments:

  1. sian sgt tgk rayyan..sambung lg kak..nak tau pe jadi nie...

    ReplyDelete
  2. Mmm..Susah Gak Eh Mcm Nie..Nk Report Salah Tak Report Salah..Kalau Sy La Kat Tmpt Ciare Tak Tahu La Nk Wat Cmne..Msti Pitam..Huhu..

    Rayyan Da Sihat Ke?

    :)

    ReplyDelete
  3. terkedu jugakkkk :(((


    hope rayyan cepat sembuh. sedih sangat dengar baby jatuh saket.

    ReplyDelete
  4. sian nyer rayyan yg chomel ni..kecik2 dh kena mcm2...hrp2 dia ok la sprti sediakala...

    ReplyDelete
  5. sian tengok rayyan macam tuh,tak bersemangat..aduhai..terkedu kan dr suh wat camtu..

    ReplyDelete
  6. kesiannye rayyan...lemah je...moga cepat sembuh ye rayyan....

    ReplyDelete
  7. perasaan berdebar-debar bila tgu doc tu ana dah rasa ciare. mmg hebat betul jantung berdegup. risau kalau ada apa2 yg buruk berlaku..

    sebak dada baca entry2 ni. *baru berkesempatan nk baca, busy gile lately. entry pun tak sempat nak buat.

    ReplyDelete
  8. semoga cepat sembuh...insyaallah...

    ReplyDelete
  9. salam kak ciare..zue selalu baca blog akak tp penah komen tp kali ni mmg sedih sgt baca sbb zue pun ada anak kecik jugak,Putri Ayra Nabila baru nak msuk 9 bulan.jaga rayyan elok2 ye.zue doakan segalanya baik utk akak n family.

    salam.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha