Thursday, June 2, 2011

Alkisah Rayyan di Wad Pediatrik - Part 5 (kes polis?)

Assalamualaikum...

Jangan risau, dah nak abes dah cerita ni. Anyway, bukan cerita ek tapi kisah benar. Huhu. Sorry aku bukan taknak cerita terus sekali hadap, tapi aku nak cerita betul2 detail. Nanti bleh jadikan kenangan. Bleh suruh Khair Rayyan baca sendiri bila dia besar kelak. Plus, sebagai panduan ibu ibu di luar sana.

Sape yang tak mengikuti dari awal, bleh klik2 link kat bawah ek.

#1. http://ciare.blogspot.com/2011/05/kejadian-pilu.html
#2. http://ciare.blogspot.com/2011/05/alkisah-rayyan-dan-babysitternya-part-1.html
#3. http://ciare.blogspot.com/2011/05/sambungan-entry-sblm-ni.html
#4. http://ciare.blogspot.com/2011/05/alkisah-rayyan-dan-babysitternya-part-2.html
#5. http://ciare.blogspot.com/2011/06/alkisah-rayyan-di-wad-pediatrik-part-3.html
#6. http://ciare.blogspot.com/2011/06/alkisah-rayyan-di-wad-pediatrik-part-4.html 


--------------------------------------------------------------------------------
Sambungannyeerrr..

Hari ketiga Khair Rayyan makin memberangsangkan. Dia dah mula aktif. Tapi masih belom seperti dulu. Tiada senyuman manisnya. Di mana senyuman manis anak mama? :-S Jika kita buat lawak dan geletek2 dia pon....dia akan buat muka seperti di bawah............




Tajam sungguh okeyyy jelingan dia. Masa kat hospital adalah sekali dua je dia senyum. Masa dah nak discharge tu baru tersengih2. Amboii biasa tu ;)) Tapi kan, bila nurse/doctor datang terus melalak i tell you. Trauma sangat dah dia agaknya. Sian anak mama.


Hari ketiga, tiap kali doktor datang dorang akan bertanyakan "Puan dah buat report polis? Kalau tak buat bos saya tak bagi discharge tau..."


Adeh..... Masa tu pulak anak makin sihat. Darah makin ok. Tapi belom pulih 100%. Bila tengok dia kembali aktif, doktor kata boleh keluar dah hari Jumaatnya. Maunya aku tak melompat girang?? Aku pon dah serupa hantu mak limah balik rumah dah tau 4 hari dok hospital!! Nak balik.... Nak balik...



Tapi report polis macam mana?....



Aku tak pasti ibubapa lain macam mana.... Tapi aku rasa macam tak perlu report. Ke perlu?? Masa tu aku dgn MK ni memang mcm cacing kepanasan lar. Tapi last skali.... MK pergi juga ke Balai Polis sebelah Hospital Putrajaya tu..
Siapa tak sayang anak kan uols? Cuma bagi aku tiada apa nak diperbesarkan. Bagi aku, semua itu ada hikmahnya. Dan aku, konfemlah tuka babysitter, trauma masih ada. Aku yang terlebih trauma. Bila masuk toilet terbayang2 macam mana laaa gaya Khair Rayyan jatuh dalam toilet tu 



Tapi nak membebel pon tak guna, report polis telah pon dibuat. Sekarang ni semuanya terletak di tangan pihak berkuasa. Cuma, yang aku tahu, buat permulaan hanya Jabatan Kebajikan Masy dulu yang akan pergi ke premis babysitter tersebut. Jika mereka puas hati, polis tak akan teruskan siasatan.


Babysitter pernah cakap "Ciare buat la apa2 pon. Memang salah akak. Rayyan masuk hosp sebab akak. Akak redha je. Akak terima apa2 pon hukuman nanti...."


What's done is done...


Cerita pasal babysitter yang pitam dan pasal discharged ward next entry ye? I have works to do ;;)


.......bersambung...

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

9 comments:

  1. rasa sayu baca kisah ni.. mudah2an khair rayyan semakin pulih. Allah melindungi anak2 kecil ini

    ReplyDelete
  2. nasib baik ler bs tu ngaku salah..tp papepun mmg baik la tukar bs..
    harap rayyan xde paper

    ReplyDelete
  3. kesian tgk rayyan trauma..yela klu kita kena cucuk pun skt camner la budak kecik kena cucuk..dhla tak boleh nak cakap sakit ke ape.just bleh nangis..emmm sedih tgk rayyan camni..auntie rindu nk tgk gambar rayyan senyum..
    mujur bs tu faham and redha ape jer yg ciare nk buat kt dia..yela salah dia sbb rayyan jd camtu..tp mujur rayyan tak ape2..lepas ni hrp2 dh tak jd la ape2 kat rayyan.

    ReplyDelete
  4. sangat touching..

    touching tengak khair rayyan yang lemah tuh...

    touching lak ngan ayat bs tuh..

    ReplyDelete
  5. i've been read all of baby rayyan part eversince he's got admitted. Sedih dan sayu juga hati ni bila berlaku kes mcm ni..sbb rasa mcm bby rayyan tu anak kita pula.. ttg bs tu..biarlah swt yg judge.. apa yg pasti..lps ni both of you cari bby sitter yg dekat dgn rumah atau office u supaya senang nk jenguk2 slalu..n kena sentiasa pantau perkembangan dia ekoran drpd kejadian ni..eventho he's smiling n laughing around..pls..pls..do take EXTRA care on our baby k.. mwah! Mwah! xoxo to bby rayyan from me! n big fat hug for you mrs ciare! i knw you are strong woman! (^_^)

    ReplyDelete
  6. semoga rayyan cepat sembuh..bia la polis siasat..kalo kita pun serba salah kan..lagi-lagi kalo pengasuh baik sangat..^^

    ReplyDelete
  7. Ciare!
    Menggigil tangan bila baca tentang Khair Rayyan. Semoga Allah lindungi dr perkara2 yg tidak baik. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  8. hai ciare, salam perkenalan :)

    baca kisah rayyan teringat pulak kat anak sendiri masok wad. memang sedih kan tgk anak kene cucok sana sini T__T. alhamdulillah rayyan dah sehat :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah kak..rayyan tetap bambam wlau smggu dekat hospital..harap berat dia x drop la..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha